Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, atheist bukan satu organisasi ataupun satu sistem. Ia hanya sekadar label yang menunjukkan individu tersebut tidak lagi mempercayai kewujudan tuhan lantaran tiada bukti kukuh yang boleh diterima akal.
Maka tidak boleh katakan semua atheist itu sama. Mereka adalah individualiti yang berbeza. Justeru mempunyai pendapat dan fikiran yang berbeda.
Maka tidak boleh katakan semua atheist itu sama. Mereka adalah individualiti yang berbeza. Justeru mempunyai pendapat dan fikiran yang berbeda.
Diambil dari satu Atheist FB page. |
Ini adalah Red and Purple. Kedua-dua mereka adalah Atheist. Mereka sedang berdialog tentang keganasan di Mesir. Si Red dengan konfiden'nya mengatakan dia tidak teragak-agak menembak kanak-kanak yang telah di'brainwash oleh puak pengganas untuk memegang senjata api. Red mengatakan bahawa dia tidak akan rasa menyesal kerana yang dibunuh itu adalah bakal pengganas pada masa hadapan.
Si Purple pula tidak bersetuju dengan si Red. Anda pula bagaimana?
Si Purple pula tidak bersetuju dengan si Red. Anda pula bagaimana?
Jika tanya saya, point-point saya adalah seperti di bawah:
- Mengemukakan idea untuk membunuh kanak-kanak itu pun sudah cukup membuatkan sesiapa yang mempunyai akal & budi berasa mual, terkejut dan marah. Hanya orang yang sadistik atau bodoh sahaja yang boleh mengeluarkan statement seperti itu.
- Sememangnya melibatkan kanak-kanak dalam peperangan adalah satu sikap yang terkutuk. Mereka sepatutnya dilindungi bukan dipergunakan dalam peperangan. Namun pemikiran kanak-kanak ini telah di'brainwash oleh orang dewasa. Mereka menyertai dunia keganasan bukan dengan kehendak sebenar mereka. Adakah mereka layak dibunuh tanpa soal?
- Tidak semestinya kanak-kanak yang memegang senjata api itu tahu menggunakan senjata api. Mungkin bagi mereka itu sekadar barang mainan. Sanggupkah kamu membunuh kanak-kanak yang sedang memegang barang mainannya?
- Dalam peperangan kanak-kanak dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Child Soldiers, Displaced Children, Orphans, Wounded or Handicapped Children, Imprisoned Children, Exploited Children (sexual exploitation or even forced labor). Jadi kamu kenal ke kanak-kanak yang kamu nak tembak itu dalam kategori mana? Kamu fikir boleh main nak tembak sahaja ke?
- Bukan semua kanak-kanak itu memahami situasi yang berlaku. Mereka mengikut tanpa soal. Mereka sama sahaja seperti orang awam yang menjadi mangsa keganasan. Adakah kamu rasa membunuh orang awam itu satu perkara mulia?
- Jika mengikut logik Red, kanak-kanak itu dibunuh kerana mereka bakal menjadi pengganas. Bagaimana dia tahu anak itu bakal pengganas? Adakah dia mempunyai ilmu melihat masa hadapan? Jika guna logik sebegini, maksudnya kita boleh membunuh semua kanak-kanak North Korea kerana mereka akan membesar sebagai pengganas di Asia! Atau kita boleh bunuh semua kanak-kanak Maxico bagi menggelakkan krisis pendatang haram di United States?. Nonsense!
- Dan yang terakhir, ianya melanggar hak asasi manusia dan Penjanjian Geneva yang tertulis seperti di bawah:
Jika anda dalam situasi hidup dan mati dimana anda perlu membunuh kanak-kanak untuk hidup, itu mungkin boleh dibahas lagi. Namun jika anda sekadar mahu membunuh kanak-kanak atas alasan mereka future terrorist, maka sebenarnya andalah terrorist yang sebenar-benarnya. Minda anda telah korup dan distorted.The Geneva Convention relating to the protection of individual civilians in times of war (art 27 to 34): the fundamental guarantees granted by these texts, such as the right to the respect of life, physical and moral integrity, the ban of forced bodily services, torture, collective punishment, and reprisals are applicable to children.
.
Sungguh menyedihkan sekali untuk orang dewasa yang dikira waras, namun masih memperlakukan kanak-kanak sedemikian rupa. Apa yang kanak-kanak ini perlukan hanyalah pendidikan dan kehidupan yang sewajarnya. Malangnya ada segelintir pihak yang berfikiran sempit hanya tahu mengambil kesempatan lantas memperlekehkan mereka.
BalasPadamSudahlah korang MUNAFIK ATHEIST! KORANG TAK PERLU BERPURA-PURA BAIK DAN AMBIL BERAT PASAL MESIR LA,BUDAK-BUDAK LA,APA LA. Sebenarnya korang naksemua org islam mampos kan. Tunggu kebangkitan kami nanti!
BalasPadammemalukan Islam.
Padam"islam itu baik, muslim belum tentu"
Orang nak buat benda baik pun ko nak condemn jugak ke? Hindarilah prasangka yang buruk itu.. Islam kan ajar umatnya bersangka baik
BalasPadam@lynnAG:
BalasPadamTotally agree. Thanks Lynn.
@Jihadi
Sabar. Fikiran yang tenang adalah pantulan kebijaksanaan. Chill bro.
Sekiranya dia Atheist tapi hujahnya lebih bagus dan rasional berbanding orang2 Islam, kenapa nak fikir dia mahu semua orang Islam mampus. Dengan menjadi seorang Atheist x semestinya dia nak jadi MILITANT!!
BalasPadamJihadi Rahman, tolong kembali ke pangkal jalan.bawak mengucap.jangan nak tunjuk sangat attitude jihad kamu yg kelihatan agak huduh di komen kamu tu.buat malu Islam je.
BalasPadam