Anak-anak yang dilahirkan di dunia ini tidak mempunyai apa-apa agama. Namun orang dewasa telah meletakkan label agama kepada anak-anak ini mengikut fahaman agama mereka sendiri. Jadi dari kecil lagi anak-anak ini menjadi mangsa 'cucian minda' terperangkap dalam ideologi yang dia sendiri tidak faham. Dari usia yang mentah inilah segala bentuk keraguan dan pertanyaan-pertanyaan tulus mereka ditemplak & tidak diendahkan.
Apabila mereka menonton TV, mereka akan bertanya seperti "kenapa tuhan menyeksa manusia dengan kejam", "kenapa tuhan tak selamatkan mangsa rogol dan bunuh?" "kenapa tuhan biarkan anak-anak itu didera hingga mati". Bukan sahaja jawapan tidak diberi, malah dimarahi kerana tidak yakin kepada keadilan tuhan. Jadi anak-anak itu membesar dengan fahaman sempit ibubapa mereka.
Apabila anak-anak itu dewasa, mereka meneruskan apa yang mereka belajar dari ibubapa mereka. Anak-anak mereka pula menjadi mangsa di'brainwash oleh mereka. Ini menjadi satu kitaran hidup (vicious circle) yang tidak berkesudahan.
Agama mengutuk kaum kafir Quraisy lantaran mereka menerima buta-buta fahaman datuk moyang mereka. Namun hakikatnya, dua-dua sama sahaja. Yang pasti fikiran mulus anak-anaklah yang menjadi mangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan