Selasa, 20 Ogos 2013

Mindaku Ingin Bebas Berdiri.

Berdialog dengan sahabat yang beragama tidak kiralah Muslim atau Kristian, kadang-kala membuat saya tergamam. Bukan tergamam kerana kehabisan hujah, tetapi tergamam melihat betapa kuatnya mereka berpegang kepada ayat-ayat dari kitab zaman dahulu-kala. Mereka menolak logik akal dan mereka menutup enjin pemikiran semata-mata ingin membenarkan apa yang tertulis dalam kitab.

Bukan itu sahaja, malah mereka mengajak saya sama-sama yakin membabi-buta segala ajaran agama yang telah expired ribuan tahun itu. Pendek-kata buang akal fikiran dan terima tanpa persoalan.

Jika kita menerima sesuatu info tanpa berfikir, maka apa bezanya kita dengan bayi yang baru melihat dunia?

Jika kita mematuhi sesuatu arahan tanpa berfikir, apa beza kita dengan haiwan peliharaan di rumah?

Jika kita disuruh mengikuti, patuh, tanpa menyoal dan membantah, apa bezanya kita dengan tahanan perang yang tidak punya hak keatas diri sendiri?

Kehebatan manusia adalah perasaan ingin tahu yang tinggi serta kebolehan mengkaji dan mempersoalkan sesuatu perkara sehingga keakar umbi.

Namun bila kehebatan manusia ini dihambat dan dikurung dalam sangkar agama, yang tinggal hanya  kepatuhan tanpa persoalan. Para penganutnya ditakut-takutkan dengan ancaman terbatalnya akidah, jatuh syirik dan jatuh kafir jika tersilap mengajukan soalan.

Ini membuatkan mereka lebih suka berdiam diri. Seperti mana lopak menjadi kotor kerana airnya tidak mengalir, begitu juga dengan minda. Dan akhirnya lopak minda mereka menjadi beku, tersadai di kutub kejumudan, ketaksuban dan fanatisme.

Mindaku ingin bebas berdiri,
Bebas memilih jalan kebenaran,
Jalan yang berturabkan bukti-bukti.
Bukan jalan yang dilapisi mimpi,
Bukan jalan mengalir arak suci,
Bukan jalan yang dibarisi bidadari,
Bukan jalan yang diancam azab dan api.

Mindaku ingin bebas berdiri,
Bukan sebagai hamba illusi,
Tetapi sebagai insan realiti.
 
Wan Izzuddin: Aug 13.
.

7 ulasan:

  1. boleh saya nak tanya sesuatu? kita bincang secara rasional ye. bukan ape, ramai yang saya kenal sudah beralih ke atheism. sama ada sedar atau tidak. tapi blog anda amat membantu saya apa sbb kebnyakannya dari muslim tapi beralih pada atheism. dari blog anda, ia bnyak berkenaan dangan logik, dan anda species yang suka berfikir, x tahu berfikir dari otak sendiri atau ada yang mempengaruhi fikiran anda. tapi kebanyakan yg sy kenal, mereka beralih pada atheism atas sbb nafsu.
    saya faham jika anda nak delete komen saya, sbb sy perhatikan blog anda, mcm x de langsung kata2 negative terpampang dalam blog anda, walaupun anda sendiri mengatakan yang kita perlu berfikiran terbuka.
    saya nak tanya bnyak, memandangkan golongan atheist ni bagi saya perlu dibimbing, kemukakan apa yang mereka x faham. cumanya sekarang saya nak tanya soalan ini sahaja. athiest ni hidup mereka hanya menunggu mati sahaja ke? mcm, hidup untuk kerja, untuk makan, kerja tido, pernahkah athiest (dari golongan intelektual) berfikir, mengapa mereka di hidupkan? BTW, dah tengok dokumentari GOD? di youtube? siap ada malay sub lagi. ia bukan berkenaan orang melayu ke x, islam atau x. tapi berkenaan fitrah kita yang memerlukan tuhan. jikalau anda sudi berbincang dengan saya, sudah semestinya saya bergembira dan x nak melepaskan peluang ini ;)my email : model_alim93@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Siti Sabariah Hashim,

    "tapi kebanyakan yg sy kenal, mereka beralih pada atheism atas sbb nafsu."

    Boleh saya tahu, jika kebanyakan dari mereka beralih pada atheism atas sebab nafsu, yang selebihnya atas sebab apa?

    Saya beralih pada atheism atas banyak sebab, tapi nafsu hanyalah setitis dari keseluruhannya. Nak tahu juga sebab2 lain peralihan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab pe yek awak beralih?

      Padam
    2. Tanpa Nama,

      Banyak sebabnya kalau nak tulis dalam satu komen beserta perbahasannya rasanya tak cukup, tapi ringkasnya saya skeptik dengan ajaran Islam sejak saya kecil lagi, walaupun di-brainwash di sekolah KAFA dan subjek Pendidikan Islam dari sekolah rendah sampai universiti, saya masih seorang yang skeptikal, peralihan tu bukan sejenak, ia mengambil proses yang panjang. Mungkin cara saya berfikir dengan akal logika serta rasa ingin tahu yg mendalam terhadap alam ini yang membuatkan saya beralih kepada atheism dan humanism.

      Masa kecik2 saya tak puas hati kenapa cikgu BI saya (Kristian) tak boleh masuk syurga sedangkan dia seorang yg sangat baik hehe.. dari situ persoalan demi persoalan timbul dalam minda, dan dari situ saya nampak betapa tak logiknya mana2 agama pun kat dunia ni.

      Padam
  3. Dude, I'm in love with the wisdom in ur writing!

    BalasPadam