Wahai sahabat-sahabat yang beragama. Amat jelas bahawa Sains datang dari kajian, penyelidikan & pengiraan yang amat teliti. Ianya hasil dari ribuan kegagalan experiment, tercipta dari kerahan fizikal dan minda para saintis, serta sifat tidak berputus asa mereka memungkinkan kita melihat pelbagai kehebatan teknologi pada masa sekarang.
Masalah paling kritikal dalam agama adalah penganutnya meyakini segala-galanya ada termaktub dalam kitab suci mereka. Ini termasuklah persoalan astronomi, big bang, struktur DNA, atom, penciptaan manusia dan lain-lain.
Yang lucunya, apabila ahli Sains menjumpai sesuatu penemuan ilmiah, dengan segera para ulama kontemporari mencari ayat-ayat dalam kitab suci yang boleh dipadankan dengan penemuan tersebut. Sering kali ayat yang mereka petik tidak tepat, terlalu luas maknanya atau langsung tiada kena mengena dengan topik Sains yang dibincangkan.
Para cendekiawan agama akan bertungkus lumus menyamakan tafsiran ayat-ayat suci mereka dengan Sains sehingga ayat yang mudah difahami (mengikut standard mentaliti masyarakat kuno padang pasir) menjadi kompleks lantaran tafsiran mereka.
Dan yang lebih memalukan lagi, mereka mendabik dada seolah-olah merekalah yang menjumpai penemuan Sains tersebut. Mereka menjaja kesana kemari penemuan itu serta menggembar-gemburkan persamaannya dengan petikan ayat dari kitab suci mereka. Tanpa segan silu juga mereka menghebahkannya ke dalam internet, buku, suratkhabar, majalah dan lain-lain. Hilang kisah para saintis, ditutupi dengan kisah keajaiban kitab mereka.
Namun realiti tetap kukuh berdiri. Hasil dari usaha para saintis seluruh dunia, kini kita boleh terbang ke udara melawat negara-negara yang jauh, boleh menyelam ke dasar laut mengkaji hidupan-hidupan di sana, mampu tinggal di dalam bangunan kukuh yang mencecah awan dan pelbagai lagi.
Hasil dari keringat para saintis ini juga ubat-ubatan bagi pelbagai penyakit merbahaya seperti malaria, kusta, barah dan lain-lain dapat diciptakan. Dan pada hari ini, hampir semua perkara dan benda di sekeliling kita datang dari penemuan sains.
Golongan beragama memperlecehkan sains. Namun tanpa segan silu, mereka menaiki kenderaaan yang tercipta dari Sains, menggunakan telefon pintar yang datang dari Sains, menonton TV dan melayari internet yang terhasil dari ilmu Sains, mendapat ubat, rawatan, kelahiran dan kematian di hospital yang menggunakan 100% ilmu Sains perubatan dan pelbagai lagi.
Adakah mereka tidak tahu malu? Atau mereka terlalu ego? Atau mereka sememangnya mempunyai hati yang tertutup dan minda yang beku sehingga tidak dapat berfikir walaupun sejenak?

Walsciencea'lam..
.
.
tu yang aku pelik bro... yang paling pelik, bila ada agama claim seiringan dengan sains. tapi sekali sebot pasal evolution, natural selection, serta merta ia dinafikan sebab tak disebut dalam mana2 kitab suci.
BalasPadammacam mana pulak dengan quantum theory, plate tectonic, particle physics dan lain2 yang tak pernah disebut dalam mana2 kitab suci?
Yup. Banyak ayat dalam kitab suci terlalu umum sehingga beberapa makna boleh diguna-pakai.
BalasPadamAyat-ayat beginilah yg mereka gunakan. Bila Sains mengatakan sesuatu perkara, mereka akan buka kitab dan cari persamaan walau satu ayat atau satu perkataan.
Dan mereka cuba kaitkan ayat itu dgn penemuan Sains walaupun asalnya ayat tu tiada kaitan antara satu sama lain. Penganut taklid pasti percaya, tetapi org lain yg punyai akal akan nampak kepalsuannya.
jujurlan incik...sebenayne kamu hanya memperalatkan sains untuk kepentingan hawa nafsu seniri...pandai sunguh nak muhong yer
BalasPadamoh my gosh.. jujurlan, sebenayne, seniri, muhong... hahahahahaha! Tq, u make my day! (*sambil kesat air mata terbit dari kelucuan)
Padam