Khamis, 15 Ogos 2013

Perjalananku Menuju Atheisme. PART 2.

Kemudian masuk alam persekolahan. Tiada banyak peristiwa menarik yang berlaku. Namun obsesi aku kepada ketuhanan semakin tinggi. Terdetik difikiran, jika aku mahu menuju ketuhanan, aku perlu mendalami agama terlebih dahulu. Ilmu agama yang aku pelajari di sekolah nampak terlalu mendatar dan terasa bagaikan kosong sahaja. Oleh itu setelah tamat persekolahan, aku memilih untuk masuk ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


Apabila bermulanya kehidupan aku di UIA, aku cuba hidup mengikut jalan Muslim yang ideal seperti solat berjemaah, membaca al-Quran setiap hari, mengikuti ceramah-ceramah agama dan seterusnya. Aku akui aku menemui ketenangan di sini.

Tahun pertama di UIA berlalu tanpa banyak masalah. Masalah yang timbul hanya apabila aku pulang ke rumah. Ayah suka bercerita mengenai hal-hal kesufian denganku sedangkan aku lebih suka berbincang bab Fekah dan Aqidah. Tiada seorang pensyarah pun yang mengajar kesufian di UIA membuatku memandang kesufian seperti suatu bidaah dalam agama. Malah aku tidak pernah jumpa hadis-hadis yang menceritakan mengenai kesufian. Ayahku pula sentiasa menyuruh aku supaya terus belajar. 

"Ilmu Allah ini terlalu luas, suatu hari kau pasti berjumpa" katanya lagi.

Sejak memasuki UIA, aku tidak lagi melawat datuk di Pahang. Dengar cerita jemaah mereka telah mencecah ratusan orang seluruh Malaysia. Terngiang-ngiang di telingaku kata-kata datuk:

"Allah itu maha berkuasa. Tidak bergerak sesuatu pun tanpa izinNya. Baik dan buruk datang dari Dia jua. Jasad ini hanya boneka, menari mengikut gerak Allah".

"Jika Dia yang mengerakkan setiap sesuatu, kenapa ada konsep dosa, pahala, syurga dan neraka? " fikirku.

Aku pernah bertanya kepada Pak Long (abang ibuku) tentang ini. Dia berkata bahawa tuhan dan hamba jangan dicampur aduk. Tuhan adalah tuhan dan hamba adalah hamba. Namun Pak Long ini seorang individu yang pelik. Dia sentiasa bersolat sendirian dan tidak pernah hadir solat Jumaat. Aku pernah bertanya mengenai itu. Dia menjawab:

"Imam solat itu adalah ketua dan makmum adalah pengikut. Bagaimana aku mahu ikut belakang seorang ketua yang jiwanya sendiri tidak bersih dan hitam dengan debu dunia?"

"Tapi Pak Long, dalam fekah solat itu sah walau imamnya seorang fajir (perlaku maksiat) mahupun fasik. Lagipun mana boleh kita menghukum orang sebegitu sahaja! Soal hati bukan soal kita" balas aku kepada Pak Long.

"Kau masih muda Wan, banyak benda kau belum tahu. Baiklah, apa sifat Maani dan sifat Maanawiyah dalam solat?"

"er.. Saya tak pernah dengar pun sifat-sifat tu?"

"Di mana pula letaknya nafi dan isbat dalam solat?" soalnya lagi.

"Saya tidak tahu.." jawab saya perlahan.

"Maka banyak benda yang kau belum faham. Kenal diri kamu rata-rata baru kamu kenal Aku dengan nyata!" ujar Pak Long dengan tona yang sedikit tinggi.

Aku hanya mendiamkan diri. Apa yang diajar oleh ayah, datuk dan pak long jauh berbeza dari apa yang aku faham. Dalam usia yang muda itu aku memberontak untuk membuktikan mereka silap dan aku berada di jalan yang betul iaitu jalan ahli Sunnah wal Jamaah.

Aku mula obses dengan keaslian agama. Fokus aku dalam hidup mula berubah. Aku bertekad mencari ajaran Islam yang sebenar-benarnya, yang original datang dari nabi Muhammad sendiri. Bukan dari interpretasi sesiapa dan bukan dari bidaah masyarakat. Masa-masa terlapang aku habiskan di perpustakaan UIA dengan membaca buku-buku sirah (sejarah Islam), fekah, mazhab-mazhab dalam Islam, falsafah Islam dan lain-lain.


Bersambung ke Part 3..

.

8 ulasan:

  1. sape2 hok mikir, x kire ddk cerok mane pun mesti dok akan boleh layan bende2 beragame ni, kecuali sek2 malas, kt ganu klantan byok skali..kalu ustaz kabo mende sume ye gi caye! ingat lgi ustazah ak darjh 4 kabo kalo org kapir wi salam jwb waalikumussam (bencana atas kamu), ak mse tu dh bleh pikir, abu talib pom kapir gok, pok sedara nabi, xkan die jwb gitu gok ke pok sedara die...last2 sbb ustazah tu meta bdk2 x brahi mane, setiap kali die mask kelas die wi salam, budk kelas senyp2 jawab waalaikumussam gok..2 x termasuk inciden dimane ustaz ak kabo sbnornye sperm mari kot tulang rusuk(86:7), yahudi & nasrani ni jahat nok memesongkan kite kate sperm mari kot batu zakar, fail gle..religion can realy makes people lose their sanity, unless you switch off your mind

    BalasPadam
  2. kawe seghonok jumpo ore kelate dale nih. Kawe buleh kecek kelate sikek-sikek ja. Daghi budok lg kawe dok KL.

    Bule jadi saing kawe kak sini weyy

    BalasPadam
  3. molek gok tu, ambe dari tganu gok dan asal dari klate..saudara awaken malay tulih la skali skale dlm bahasa klate atau ganu..bagi orang dinung terbuka minda skit..rmai dinung pulau sy..padahal dulu best friends belake..sy masih anggap dia smer best friend tp bagi mereka, agama lagi penting dari persahabatan..nok wak guane? berat berat :D

    BalasPadam
  4. lorh demo ni klate murtak ko? bulih la buak saing lagu nih :p

    BalasPadam
  5. hehe.. ramai saing dalam nih deh. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  6. Insaflah semua yg murtad2 kat sini.. istighfar byk2 dan mengucap kembali..

    BalasPadam
  7. Quran surah 7 Al-A'raaf ayat 146 (7:146)

    BalasPadam
  8. Mu xtakut ko masuk nerako?krg keno bakar nga api nerako ko tuhan?tp tuhan tu gapo dio?

    BalasPadam