Sesetengah orang terutamanya Muslim fundamentalist mungkin terasa sakit hati melihat cara penyampaian pemilik video ini, tetapi cuba hayati dan fikirkan dengan akal yang terbuka.
.
Mungkin bukan salah mereka ketawa dengan fahaman kita, tetapi salah kita yang berpegang pada fahaman yang tidak munasabah. Ajaran agama ini terlalu taksub dengan seksaan. Ia menagih ketaatan penganutnya dengan memberi seribu ancaman kesakitan yang tidak masuk akal. Dalam kitab Mukhtasar Tazkiratul Qurthubi menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seksaan orang kafir di dalam kubur, dan demi Zat yang jiwaku berada pada genggaman kekuasaan-Nya, bahawasanya Allah menguasakan 99 tannin. Tahukah kamu semua, apakah tannin itu? Tannin ialah 99 ular yang setiap ular mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan melingkari orang kafir hingga hari kiamat. Ia diiring dari kuburnya dalam keadaan buta. Manusia yang masih hidup tidak dapat mendengar seksaan mayat di dalam kubur, ia hanya dapat didengar oleh haiwan.”
Tiada beza antara mereka yang mematuhi Hitler lantaran takut dengan kezaliman seksaannya dengan mereka yang mematuhi agama lantaran takut kezaliman seksaanNya. Mari kita sama-sama fikirkan.
PS: Tahukah anda ada suatu hadis berbunyi: “Siapa yang mati kerana sakit perut tidak akan disiksa dalam kubur (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan an-Nasa’i).
PS: Tahukah anda ada suatu hadis berbunyi: “Siapa yang mati kerana sakit perut tidak akan disiksa dalam kubur (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan an-Nasa’i).
.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA.. the jacky's meme is EPIC!!
BalasPadamhaha, bodo gle mamat berjangut tu..anyway ak respek kt ko wan sbb ko ni brani nak mampos!salut!
BalasPadamRugi menjadi atheist..andai siksa kubur itu tidak benar, org atheist dan org agama sama2 tidak dapat apa2 sbb sama2 kosong..tetapi andai siksa kubur itu benar, org atheist yg rugi dan org yg berpegang pd agama akan untung.. :-)
BalasPadamNampaknya org beragama seperti kamu amat suka berjudi. Kamu memilih agama kamu kerana jika agama kamu itu benar, kamu tak kena seksa.
BalasPadamMaaf kami golongan intelektual yang berbeza tahap pemikiran dengan gologan anda. Ribuan agama membawa ribuan cerita mengenai alam selepas mati, seksaan yang menakutkan dan pelbagai kisah tidak masuk akal. Malah ada dongeng yang gambaran akhiratnya lebih kreatif & menakutkan dari agama samawi. *Boleh rujuk konsep neraka masyarakat Mayan.
Semua ideologi termasuk agama-agama yang telah pupus mengatakan mereka benar dan agama lain salah. Maka masing-masing berjudi dengan keyakinan masing-masing.
Kami para pemikir tidak akan menerima dan tunduk pada kisah-kisah khayalan manusia hanya berdasarkan ketakutan ataupun tahap ngerinya kisah anda.
Biar hidup berpegang pada realiti, bukan bergelumang dengan khayalan sadistik kaum dahulu-kala.
Bukan berjudi tp cuba membanding pemahaman dgn atheist..siksa kubur cuma salah satu contoh. Memang diakui semua agama xkira agama samawi atau agama bumi masing2 mempertahankan ideologi sendiri tp perbandingan antara agama kita masih boleh cari dan pilih. Kami memilih agama bukan hnya semata2 kena takut siksa tp atas keimanan yg ada dlm diri (xsemua org termasuk org beragama memiliki pemahaman yg sama.
BalasPadamAgama bukan sekadar khayalan tp kebenaran di depan mata, hanya perlu pandai menilai.Agama juga bukan sekadar cerita sejarah dongeng tp panduan hidup manusia. Sbg contoh Islam mengajar adab2 seperti makan, bersuci dan menjaga kesihatan.
Carilah kebenaran dlm mencari tuhan yg satu dan saya berdoa supaya saudara menjumpainya..^_^
Maka kesimpulan org beragama sama sahaja. Bagi mereka keyakinan mereka sahaja betul, agama lain semuanya salah.
BalasPadamOrang yang meletakkan pertaruhan pada sesuatu perkara, walau seyakin manapun dia dengan kemenangan pertaruhan itu, tetap dgelar kaki judi. Jika tidak mahu digelar perjudian, jangan buat analogi seperti "org atheist rugi dan org agama akan untung jika seksa kubur benar".
Agama bukan sejarah dongeng tapi panduan hidup? Ular bercakap, manusia hidup dalam perut ikan, laut terbelah dan lain2 bukan dongeng?. Cuba ceritakan kisah ini kepada kanak-kanak non- Muslim dan katakan pada mereka kisah itu benar. Tentu mereka ketawa mendengarnya.
Hanya agama anda panduan hidup? agama lain bukan panduan? wow.
Sekarang pelbagai buku panduan hidup yg jauh lebih praktikal telah dihasilkan seperti buku komunikasi inter dan intrapersonal, Emotional Intelligence, cara berfikir kreatif, buku-buku motivasi kehidupan, panduan perbankan, panduan alam sekitar, panduan kecemasan, dan jutaan (JUTAAN) panduan yang telah wujud menjadikan manusia cemerlang dalam kehidupan dari segi dalaman dan luaran.
Kami tidak perlu panduan yang tidak lagi praktikal seperti jangan kentut semasa menyembah tuhan dan lain-lain.
Jika sekadar adab makan, bersuci dan sebagainya, setiap bangsa dan budaya ada panduan tersendiri. Tidak semestinya adab anda yg bersifat keARABan itu lebih baik dan bagus dari adab mereka yg lain.
Anda berdoa supaya saya menjumpai kebenaran tuhan?
Maaf, saya dah jumpa dan saya telah war-warkan hampir keseluruh post saya dalam blog ini.
Terima kasih atas lawatan anda. Lain kali sila letak nama untuk saya tahu dengan siapa saya berbicara :)
Hehe..saya xkata hanya agama saya panduan hidup dan agama lain bukan. sy xnafikan semua agama megajak kearah kebaikan cuma komen diatas saya beri contoh bg agama yg sy imani.
BalasPadamPada pendapat saya, golongan atheist tiada pedoman atau tujuan hidup. Bg mereka hanya tahu makan, minum, kerja dan menunggu masa kematian. Kebebasan akal yg dicari hanya sia2. Bg mereka lepas mati hanya tinggal jasad kosong mcm bangkai tikus. Apa kata mereka daftar saya mayat mereka lepas mati utk dijadikan makanan singa di zoo atau dikisar dan dijadikan baja. Sbb mungkin mereka xmau menyusahkan golongan agama utk proses pengebumian. (di malaysia sy xpasti ada ke tidak kubur utk atheist.)
Sy lihat dlm byk2 post saudara byk hanya menghentam agama Islam. Sbg atheist anda perlu berlaku adil (sy nmpak x byk agama lain dihentam dlm blog ini ).Atau mungkin ada diupah utk agenda tertentu (ops ni bkn sy nk tuduh illuminati tau ).Maafkan sy jika sy silap.
Saudara ada menyuarakan utk timbulkan sedikit keraguan dlm pemikiran kita dlm aspek ketuhanan. Inilah dinamakan sifat was was. Dalam kita was2 berfikir syaitan akan dtg menghasut pemikiran kita kearah yg diorang mahukan. Sedar x sedar kita telah terpesong. Misi syaitan dari zaman nabi adam berjaya..(maaf ye sy tahu atheist x percaya syaitan tp sy terpaksa kongsikan pendapat saya).
Sains juga penting tp sains bukan dimonopoli oleh golongan atheist. Ramai saintis2 yg mempunyai agama di dunia ini. Sejarah2 lampau juga sudah dapat dibuktikan seperti piramid firaun, laut terbelah, dan bahtera nabi Nuh.
Xsalah sy berdoa utk saudara supaya saudara kembali ke jalan yg asal ( terpulang saudara nk marah atau tidak sbb sy mendoakan anda )..Sekian pendapat sy trima kasih. Have a nice day ^_^
-basriJB-
berdoalah sejuta kali yer...kita tengok samada doa ko tu termakbul atau tak
Padamkalaulah kan, saya mati dan tetiba tuhan ckp, "kamu masuk neraka sbb kamu tak percaya pada al quran dan agama islam"..apa aku bleh ckp adalah, "aku tak kisah sbb agama kamu tak cukup kuat utk convince aku..kamu tuhan, seharusnya perfect 100 peratus, tak patut ada cacat cela, tapi kamu tuhan yg gagal,,humban je gua dalam neraka, gua tak kisah lah.."
BalasPadamwell said bro :)
PadamSape kat sini bole terangkan atau huraikan kisah hidup Ibnu Sina dan sape beliau?...saya yakin tuan blog ni mesti arif dalam sejarah islam...harap persoalan saya ni dijawab dan di terbitkan...tq..
BalasPadamI NEVER UNDERSTAND TO THOSE ATHEIST WHAT DID YOU WANT ACTUALLY sampai tak mengaku kewujudan tuhan bagi aku korang ni golongan melampau .kalau ye pun korang ni bahlol sgt tak payah susah2 jadi hero nak sebarkan fahaman melampau korang kat org lain.just keep that to yourself.Actually hidup tak dekat di sisi tuhan mmg membosankan tak caya, aku dh try kat diri aku mmg bosan
BalasPadam" sebarkan fahaman melampau korang " .. sembang macam orang islam tak sebarkan fahaman diorang jer , ceramah kat tv semua ape ? ceramah kuat2 kat masjid speaker kuat nak mati , tapi bila kuil buat ceramah agama sikit sakit hati ... hipokrit .
Padam