Kemarahan seseorang terhadap sesuatu itu menunjukkan ketidak-upayaan dirinya mengawal perkara tersebut.
Contoh: Seorang pemandu kereta berasa marah/bengang dan naik angin apabila tersekat di dalam jem (kesesakan lalu lintas).
Kenapa pemandu itu marah?
Dia marah kerana dia tidak mampu untuk menghilangkan kesesakkan tersebut.
Kemarahan bererti ketidak-upayaan. Dan ketidak-upayaan bermaksud kelemahan.
Maka kenapa tuhan boleh murka/marah terhadap makhluknya yang tidak berupaya ini? Adakah Dia tidak mampu merubah perkara yang dia murkai?
Maka kenapa tuhan boleh murka/marah terhadap makhluknya yang tidak berupaya ini? Adakah Dia tidak mampu merubah perkara yang dia murkai?
- Lantaran murka kepada kaum nabi nuh, semua makhluk (kecuali yang didalam bahtera) mati lemas tak kira tua muda, sihat cacat, bayi, haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan. (al-Ankabut: 14)
- Lantaran murka kepada kaum 'Ad, semua orang termasuk kanak-kanak dihentam bencana ribut dan tertimbus dalam pasir. (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13)
- Lantaran murka dengan kaum nabi Saleh yang membunuh unta betina mukjizat nabi Saleh, semua mati kena bencana.. .(al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
- Lantaran murka kepada kaum nabi luth, bumi dilingkupkan ke atas mereka. Paling sadis, isteri nabi Luth pun kena hukuman Allah hanya kerana berpaling ke belakang melihat nasib kaumnya ditimpa bencana.(al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
- Lantaran murka kepada kaum Madyan dan kaum Aikah (nabi Syu'aib), mereka dihapuskan dengan kepanasan dan dengan suara pekikan yang kuat. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
- Lantaran murka kepada Firaun, semua penduduk Mesir kena hukum seperti air sungai Nil menjadi darah hingga tidak boleh diminum, musim kemarau melampau, serangan hama, katak dan belalang. Firaun dan tentera-tenteranya pula ditenggelamkan dalam laut. (Hadis-hadis/ al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92)
- Dan pelbagai lagi kemurkaan terhadap Ashab Al-Sabt (al-A’raf: 163), Ashab al-Rass (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12), Ashab al-Ukhdudd (al-Buruj: 4-9), Ashab al-Qaryah (Yasin: 13), Kaum Tubba’ (ad-Dukhan: 37), Kaum Saba (Saba: 15-19)...
Dia mengetahui segala perkara yang bakal terjadi. Tiada apa yang menjadi misteri bagi diriNya. Namun bila perkara itu terjadi, kenapa Dia boleh murka, mengutuk dan menghukum hingga yang kanak-kanak, bayi, wanita, orang tua dan tidak upaya tidak terlepas dari azab bencana?
Andai segala-galanya dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar alam semesta berada di dalam kekuasaan kita, adakah kita boleh marah? Adakah akan berlaku perkara yang mampu membuatkan kita marah? Tentu tidak.
Tuhan yang dicipta oleh pemikiran manusia sahaja yang boleh berasa marah. Ini kerana manusia mencipta imej tuhan berdasarkan sifat diri mereka sendiri. Lantaran itu tuhan yang tercipta itu mempunyai personaliti bipolar. Personaliti pertama adalah pengasih dan penyayang. Manakala personaliti kedua pemarah, sadis, zalim dan tidak bertimbang-rasa.
Tuhan yang dicipta oleh pemikiran manusia sahaja yang boleh berasa marah. Ini kerana manusia mencipta imej tuhan berdasarkan sifat diri mereka sendiri. Lantaran itu tuhan yang tercipta itu mempunyai personaliti bipolar. Personaliti pertama adalah pengasih dan penyayang. Manakala personaliti kedua pemarah, sadis, zalim dan tidak bertimbang-rasa.
Para ulama cuba merationalkan perkara ini dengan memberi pelbagai penjelasan dan alasan. Namun bagi yang mahu berfikir, alasan mereka kelihatan amat rapuh bagaikan daun kering dimusim luruh. Yang pasti andai tuhan itu wujud, maha berkuasa dan maha mengetahui, sudah pasti sifatnya bukan seburuk yang tertulis dalam kitab suci agama ribuan tahun dahulu.
.
.
fitrah alam dan fikiran waras memberitahu kita yang setiap kejadian itu tertakluk kepada hukum causality. Ini bermakna setiap yang terjadi ada sebabnya. Ia dianggap keajaiban/miracle sebab pada ketika itu kita belum mengetajui sebab-musababnya. Hasil kajian dan teknologi sains membuatkan banyak benda yang dahulunya dianggap keajaiban menjadi perkara biasa dan kewujudan mereka dapat dibuktikan.
BalasPadamFakta#hukum alam sememangnya terbukti
BalasPadamyg baik akan dibalas baik,yg buruk akan di balas buruk...