Jumaat, 16 Ogos 2013

Antara Pendapat, Ugutan & Moral.


Sikap umat beragama selalunya amat kasar dan menakutkan apabila seseorang dari kalangan mereka memberi pendapat yang berbeza dengan fahaman mereka. Tekanan yang diberikan oleh kaum-kaum ini menyebabkan para intelektual Melayu lebih suka berdiam diri dari menyampaikan kebenaran kepada umum.

Kadangkala bukan sahaja dengan kata-kata kasar & kurang ajar, malah dengan ugutan bunuh melibatkan keluarga dan saudara-mara kepada si pemberi pendapat.

Inbox saya juga selalu penuh dengan ugutan-ugutan. Namun setiap ugutan yang sampai hanya menguatkan pendirian saya bahawa agama bukan jawapan kepada kebenaran dan bukan juga jawapan kepada masalah moral. Malah sikap yang dipamirkan sebahagian dari mereka (bukan semua) menunjukkan merekalah kaum yang paling tidak bermoral di dunia.
 
.

2 ulasan: