Rabu, 14 Ogos 2013

Ancaman dan Ketakutan.

Agama mengajar tidak kiralah sejahat mana pun kamu, samada kamu seorang pembunuh, perogol, perompak atau penipu, asalkan kau tetap dalam agama dan tidak mensyirikkan tuhan, kamu pasti akan dimasukkan ke dalam syurga setelah diseksa di neraka mengikut tempoh yang ditetapkan berdasarkan dosa kamu.

Namun jika kamu tidak percaya pada tuhan (tidak kiralah sebaik mana pun kamu, walaupun tidak pernah berbuat jahat, selalu membantu manusia dalam kesusahan, membina pusat perlindungan haiwan terbiar, menubuhkan rumah kebajikan wanita dan kanak-kanak mangsa dera, memberi pekerjaan kepada ribuan orang, bekerja sukarela membantu mangsa bencana alam, mendermakan organ buat pesakit yang memerlukan, mempertahankan hak orang beragama dari prajudis masyarakat, membina sekolah kanak-kanak OKU dan seribu macam jenis kebaikan) TEMPAT KAMU tetap di neraka Jahannam dimana kau akan dibakar, diseksa dengan besi panas, dituangkan ke dalam mulut kau cecair lahar yang mendidih, kulit kau akan disiat-siat, dilibas dengan cabuk-cabuk api oleh malaikat penjaga neraka Jahannam.

Ya, neraka Jahannam. Sampai bila? Infiniti! Cuba bayangkan 100 tahun, 800 tahun, 600 000 tahun, 9 000 000 tahun... Ah, tak mungkin kita mampu bayangkan infiniti.


Bagi mereka yang bekerja di pejabat atau dimana sahaja. Cuba lihat sekelilingmu. Lihat rakan-rakanmu/pelangganmu/gurumu/muridmu/jiranmu yang memilih agama yang berbeza. Tidak kiralah namanya Ah Chong atau Mutusamy atau David. Sanggupkah engkau melihat mereka diseksa dengan kejam hanya kerana mereka berlainan fahaman? Sanggupkah engkau membayangkan mereka dan keluarga mereka menangis merayu, dipukul dengan belatan besi neraka hingga pecah otak, patah tulang, dan terburai isi perut? dan kemudian dicantum semula dan diseksa lagi & lagi & lagi...



Fakta ini sudah cukup buat seseorang yang mempunyai akal dan hati yang murni untuk berhenti & berfikir sejenak. Tuhan jenis apakah yang kau sembah itu? Sanggupkah kau menyembah tuhan sebegitu? dan benarkah tuhan sebegitu benar-benar wujud atau hanya produk ciptaan manusia sadistik ribuan tahun dahulu?

Ramai yang suka mengelak dari berfikir lantaran takut terjerumus ke lembah syirik dan kemudian nanti dilempar ke dalam neraka. Namun bak kata seorang sahabat saya, "Ketakutan itu bukanlah penentu kepada kewujudan neraka." Saya amat setuju.

Dan saya menambah "Ancaman dan ketakutan juga bukan penentu kebenaran, malah ia adalah suatu petanda pembohongan dan manipulasi fikiran."

.

8 ulasan:

  1. Nanti kau mampos nanti barula kau tau nasib kau dajjal!..Bongok!

    BalasPadam
  2. Jihadi Rahman, camna kau tau nasibnya? Kau tukang tilik ka? Kau tuhan ka?

    Rahman kononnya.

    BalasPadam
  3. dalamilah islam dgn sedalam dalamnya...insyaAllah kalian akan mendapat kebenarannya...carilah dgn hati, bkn dgn logik semata-mata..kerna akal kita terhad..^_^

    BalasPadam
  4. Akal memang terhad, tidak dinafikan. Namun ia masih mampu menilai kebenaran.

    Berbanding mereka yang tak mampu menilai. Bukan kerana akal mereka terhad, tetapi kerana telah telah biasa disuap illusi agama sejak kecil sehingga tidak lagi mampu melihat dari kaca mata rasional dan logik.

    Sama sahaja orang yang percaya kepada wujudnya unicorn, santa claus, tooth fairies, manusia boleh hidup dalam perut ikan, lautan terbelah, buraq terbang, dajal mata satu dan lain-lain. Mereka semua dalam satu kategori.

    Walau sejauh mana mereka mengali, yang mereka jumpa hanya lapisan-lapisan khayalan dan illusi.

    Jika tuhan yang diceritakan dalam kitab suci adalah benar, pasti dia akan meletakkan tanda-tanda yang lebih jelas buat akal seperti menulis ayat suci pada DNA manusia atau menzahirkan jutaan malaikat turun dari langit.

    Namun Tuhan tidak bebuat demikian. Yang Tuhan lakukan adalah berbisik kepada seorang manusia dari padang pasir dan suruh dia sebarkan. Siapa tak percaya kena bakar,siat-siat,pukul,toreh,simbah, seksa SAMPAI BILA-BILA!

    BalasPadam
  5. "Lihat rakan-rakanmu/pelangganmu/gurumu/muridmu/jiranmu yang memilih agama yang berbeza. Tidak kiralah namanya Ah Chong atau Mutusamy atau David. Sanggupkah engkau melihat mereka diseksa dengan kejam hanya kerana mereka berlainan fahaman?"

    Ini adalah antara soalan-soalan yang terdetik sewaktu saya kecil sebab saya ada ramai kawan akrab non-muslim, selain dari diskriminasi melampau dalam Quran terhadap perempuan. Alasan perempuan adalah kaum lemah sangat tidak boleh dipakai apabila antaranya perempuan perlu memakai tudung untuk lelaki muslim yang lemah nafsu. Terbukti kes rogol pun boleh berlaku bila wanita menutup aurat sepenuhnya dan kebanyakannya dengan orang yang dikenali.

    It's a whole different story. It's a case of power, patriarchy as well as psychological background of abuser etc. Ramai je kawan-kawan Malaysian non-muslim kat rumah pakai short pants dan singlet, takde pun kena rogol oleh bapak atau abang-abang diaorang. Yang perempuan melayu yang tutup litup yang banyak dengar kes rogol. Lepas tu nak salahkan tak pakai tudung, tak tutup aurat walaupun kat rumah. Semua salah perempuan, kan?

    Sorry for the rant, lol. I probably should think of taking up writing although it would be more emotional rather than rational and calm like yours.

    -A.

    BalasPadam
  6. Well said -A. :)

    Apa yg you cakap adalah rational. Itulah realiti yg berlaku dalam dunia hari ini.

    BalasPadam
  7. exactly...mmg satu hujah ni dh cukup buat kita fikir,bg sesiapa yg berani berfikir.sedalam mana majoriti muslim tu sendiri memahami islam?namun mereka tetap islam selagi mereka percaya allah itu satu,muhammad pesuruhnya.nampak mcm tahap keberuntungan mereka ni terlalu tinggi x masuk akal kerana dijanjikan syurga pd akhirnya sedangkan golongan yg mengkaji,menganalisa kebanyakan mainstream religions, yg menemui kesimpulan berbeza dilaknat dan dijanjikan seksaan terlampau teruk.

    just remember this,hidup ni mmglah x perfect.shit happens,whether you believe there is god or there is no god. just because islam ada panduan kesihatan,doesnt mean it's true.just because islam ada panduan kebersihan,doesnt mean it's true.just because islam beri anda makna dan tujuan hidup,doesnt mean it's true.just because islam seems to provide explanation for certain mysteries, doesnt mean it's true.just because islam seems to solve certain life's problems, doesnt mean it has to be true.

    betul,banyak kebaikan dalam islam,just like in any good system.but it has flaws.masalah islam ialah,islam tak boleh ada flaw.even kalau ada 1 flaw pun,islam itu palsu.cuba buka minda dan fikir,berapa flaws mungkin ada dlm islam?

    BalasPadam
  8. Org athist ialah org yg tiada tujuan hidup dn sentiasa ingin happy srpanjang masa.korangla yg menyebabkan dunia keliru dgn fahamsn pukimak lancau ko pergi mati la athist kuar dari bumi ni

    BalasPadam