Bagaimana perasaan seorang yang keluar dari agama dan memilih jalan atheism? Dimana tercampaknya spiritualiti yang telah dipupuk sejak lahir dalam suasana agama? Soalan yang ditanya oleh bro X and the jihad geng. Aku masih lagi terkesima dengan skill kalian menjejak aku. Terima kasih atas profesionaliti dan perbincangan yang damai semalam. Namun aku berharap kalian berhenti disitu kerana maklumat peribadi seseorang adalah milik mereka sendiri. Jangan melampaui hak privacy insan lain hanya atas nama agama.
Perasaan aku selepas memilih jalan Atheism? Tiada satu jawapan yang solid. Perasaan bergolak dalam fasa tertentu. Emosi mencari tempatnya untuk bermukim secara berperingkat. Namun selepas ribut, pasti langit akan kembali tenang.
Dahulu sewaktu mula-mula aku mula melihat kepalsuan agama, aku jadi seorang yang pemarah. Marah kepada diri, marah kepada keluarga, marah kepada masyarakat, dan tentunya marah kepada tuhan. Tentulah marah jika sesuatu yang telah menjadi darah daging, suatu obsessi, suatu kecintaan rupanya hanya khayalan semata-mata.
Marah kepada diri sendiri kerana terlalu bodoh untuk memahaminya lebih awal. Marah kepada keluarga yang menyuap aku dengan mitos sejak lahir ke dunia menyebabkan aku tiada pilihan lain melainkan yakin dan taat.. Marah kepada kepada masyarakat yang begitu taksub terhadap pegangan mereka hingga tiada keberanian bagi jiwa-jiwa minoriti menongkah-arus. Dan marah kepada 'tuhan' kerana segala ketaatan dan perasaan cinta yang telah dicurahkan selama ini hanya ilusi permainan minda.
Dahulu sewaktu mula-mula aku mula melihat kepalsuan agama, aku jadi seorang yang pemarah. Marah kepada diri, marah kepada keluarga, marah kepada masyarakat, dan tentunya marah kepada tuhan. Tentulah marah jika sesuatu yang telah menjadi darah daging, suatu obsessi, suatu kecintaan rupanya hanya khayalan semata-mata.
Marah kepada diri sendiri kerana terlalu bodoh untuk memahaminya lebih awal. Marah kepada keluarga yang menyuap aku dengan mitos sejak lahir ke dunia menyebabkan aku tiada pilihan lain melainkan yakin dan taat.. Marah kepada kepada masyarakat yang begitu taksub terhadap pegangan mereka hingga tiada keberanian bagi jiwa-jiwa minoriti menongkah-arus. Dan marah kepada 'tuhan' kerana segala ketaatan dan perasaan cinta yang telah dicurahkan selama ini hanya ilusi permainan minda.
Sebab itu kamu dapat lihat ramai antara kami yang meggunakan 'kemarahan' sebagai intonasi utama dalam ekspresi diri. Disinilah timbul tuduhan Islamophobia kepada kami. Pantang disebut tentang tuhan dan agama, pasti melenting para atheist.
Mereka para atheist/ex-Muslim melenting bukan kerana Islamphobia. Kemarahan ini datang dari pelbagai sebab seperti tekanan tidak dapat mengekspresikan diri secara public, ancaman undang-undang, tekanan masyarakat, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi mereka yang dibuang keluarga, saudara dan kawan-kawan lantaran berubah keyakinan. Belum lagi caci maki jiran-jiran dan orang yang langsung tiada kena mengena. Seolah-olah mereka tiba-tiba bertukar menjadi makhluk asing yang datang dari planet jauh.
Jika dahulu mereka kanak-kanak yang selalu memanjat pokok manga di halaman rumah sambil bersorak-sorak umpama tarzan, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.
Jika dahulu mereka kanak-kanak yang selalu memanjat pokok manga di halaman rumah sambil bersorak-sorak umpama tarzan, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.
Jika dahulu mereka anak yang sentiasa memandang kepada ayah dan ibu dengan perasaan kasih sayang, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.
Jika dahulu mereka remaja yang bermandi-manda di tali air dengan rakan-rakan kampung dengan hilai ketawa, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.
Kamu mengenal mereka sejak dahulu dan sekarang kamu beriaksi seolah-olah mereka orang asing? Cuba letak dirimu ditempat mereka dan rasa apa yang mereka rasa. Sedih, pilu, marah? Akhirnya 'marah' menjadi lebih dominan kerana ia dapat menutup segala sakit yang datang dari kesedihan dan kepiluan.
Kamu tentu pernah membaca kisah-kisah para mualaf (baru memeluk Islam), bagaimana mereka bermula, dibuang keluarga, dipulau masyarakat mereka, dipandang hina oleh bangsa mereka sendiri. Begitu juga dengan golongan ex-Muslim. Sama sahaja, just another side of a coin.
Ada keluarga asal mualaf yang hati mereka menjadi sejuk dan menerima mereka kembali setelah tahun berlalu. Namun ini tidak berlaku kepada golongan ex-Muslim kerana tiada keluarga atau masyarakat Muslim yang akan menerima mereka semula. Pada orang Islam, mereka sudah menjadi NAJIS.
Jika dahulu mereka remaja yang bermandi-manda di tali air dengan rakan-rakan kampung dengan hilai ketawa, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.
Kamu mengenal mereka sejak dahulu dan sekarang kamu beriaksi seolah-olah mereka orang asing? Cuba letak dirimu ditempat mereka dan rasa apa yang mereka rasa. Sedih, pilu, marah? Akhirnya 'marah' menjadi lebih dominan kerana ia dapat menutup segala sakit yang datang dari kesedihan dan kepiluan.
Kamu tentu pernah membaca kisah-kisah para mualaf (baru memeluk Islam), bagaimana mereka bermula, dibuang keluarga, dipulau masyarakat mereka, dipandang hina oleh bangsa mereka sendiri. Begitu juga dengan golongan ex-Muslim. Sama sahaja, just another side of a coin.
Ada keluarga asal mualaf yang hati mereka menjadi sejuk dan menerima mereka kembali setelah tahun berlalu. Namun ini tidak berlaku kepada golongan ex-Muslim kerana tiada keluarga atau masyarakat Muslim yang akan menerima mereka semula. Pada orang Islam, mereka sudah menjadi NAJIS.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis... (At-Taubah:28)
Sekarang kemarahan yang tinggi menjulang telah padam dari hati aku. Mungkin datang dari 'masa' yang mematangkan fikiran. Mungkin juga dari minda yang dambakan ketenangan.
Aku sudah maafkan diri sendiri atas kebekuan mindaku dahulu. Aku maafkan keluargaku kerana mereka juga mangsa kepada ideologi yang tidak dinafikan paling berpengaruh di dunia. Aku maafkan masyarakat atas kebencian mereka, Dahulu aku pun salah seorang dari mereka dan aku pernah berkongsi kebencian yang sama. Aku maafkan tuhan? Persoalan yang tidak lagi relevan lantaran soalannya tidak lagi rasional.
Kini mindaku lebih tenang dan ringan lantaran tiada lagi dogma-dogma agama menghentam aku dengan sifat bipolar tuhan yang sekejap maha penyayang dan sekejap menjadi psychopath yang mengancam makhluk-makhluk sekecil debu ini dengan seksaan-seksaan melampau batas.
Tiada lagi hukum-hakam ciptaan masyarakat arab kuno menjadi panduan hidupku. Dengan akal dan minda yang sihat, aku tahu membezakan mana yang baik dan buruk. Aku membantu insan lain tanpa membayangkan ganjaran syurga. Aku menolong warga tua melintas jalan tak kiralah dia seorang penganut Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain tanpa membayangkan mereka akan disiksa diakhirat kelak. Aku dapat bergaul dengan ikhlas tanpa membezakan warna kulit, merasai pelbagai keunikkan makanan tanpa mengira latar-belakang tukang masaknya, mengalami pelbagai pengalaman tanpa hambatan 5 waktu penyembahan. Dan setiap kali aku memberi senyuman, ianya adalah atas sebab budi pekerti, bukannya sebab ianya satu 'sedekah'.
Jiwa aku kini lebih tenang apabila melihat alam semesta. Tiada lagi hambatan pemikiran tentang kiamat, akhir zaman, dan doktrin kehancuran bumi semakin dekat dan lain-lain.
Aku takjub terhadap keluasan langit dan kompleksiti bumi. Aku tertarik dengan pelbagai teori mengenai permulaan alam. Aku terhibur dengan pelbagai penemuan quantum fizik, biologi, astronomi, dan ilmuan Sains yang sentiasa terbuka untuk perdebatan (yang pastinya tidak berakhir dengan pertumpahan darah). Jika ditanya kemana tercampaknya spritualiti aku yang dulu, maka aku akan jawab disinilah tempatnya ia berbakti sekarang ini.
Adakah atheist tiada masalah? Selagi kita ini manusia sudah tentu ada masalahnya. Cuma aku lebih suka memilih fikiran yang positif dan emosi yang positif. Masalah datang dan pergi, sama sahaja bagi yang tidak beragama atau yang beragama, atau bagi yang berdoa dan tidak berdoa. Walau berdoa kepada dewa sehebat Hanuman atau segagah dewa Thor sekalipun tidak akan menghilangkan masalah yang ada. Jika masalah timbul, hadapailah ia dengan keberanian dan kebijaksanaan.
Untuk apa aku menulis di blog ini? Adakah untuk dakwah; menarik orang menjadi atheist? (tanya seorang pembaca yang membuat aku LOL sendirian). Aku tidak peduli seseorang itu memilih jalan apapun dalam hidup mereka kerana itu hak mereka. Asalkan mereka tidak memaksa orang menghormati hak mereka sedangkan mereka memijak hak orang lain.
PS: Di atas hanya sekadar pendapat aku secara individu, tidak melambangkan pendapat para atheist atau non-Muslim secara umum. Terima kasih.
“The only way that we can live, is if we grow. The only way that we can grow is if we change. The only way that we can change is if we learn. The only way we can learn is if we are exposed. And the only way that we can become exposed is if we throw ourselves out into the open. Do it. Throw yourself.”
― C. JoyBell C.
.
Aku adalah orang Islam tapi aku faham maksud korg. Memang nmpak tak adil di mata manusia tapi adil dmata tuhan. itu punca masalahnya korg.
BalasPadamjadi sebagai seorang manusia, u sebenarnya sedar dan tahu ketidakadilan itu berlaku dan masih berusaha menafikannya..?
Padambagaimana mungkin ketidakadilan yang jelas itu boleh menjadi sesuatu yang adil di mata tuhan u yang dikatakan maha sempurna itu..?
maka akhirnya, sempurnakah tuhan u itu..?
dan satu lagi, tuhan u ada mata, dah sama macam manusia je.
To Tanpa Nama 2 September 2013 6:34 PG
PadamAnda bercakap bg pihak tuhan ke? I think the god is in you because it exists only in your head.
Tak adil dimata manusia tapi adil dimata tuhan? Soalan yg membawa lebih banyak soalan, bukan jawapan :)
PadamTanpa Nama, siapa awak nak bercakap bagi pihak "tuhan"? Kalau dia tidak suka kenapa dia tidak bercakap sendiri kepada semua orang yang dia tidak suka? Memandai la awak ni, buat-buat tahu je..
BalasPadamKeep up the good work bro!
BalasPadamKH xxxx
terima kasih fye :)
Padamluahan yang jujur dan matang. aku tertarik dengan persoalan(pada aku) setiap tindakan saudara seperti membantu orang melintas jalan, memberi senyuman n so forth tidak lagi terikat dengan konsep mendapat ganjaran what we called 'sedekah' which mean kontra dengan konsep 'ikhlas dan jujur'.
BalasPadammecha
yup. Morality tidak sepatutnya berdasarkan expectation pada ganjaran atau seksaan selepas mati.
Padamsebagai sorang Atheist, i setuju dengan pendapat u.
BalasPadammemaafkan tuhan, memang tidak relevan memandangkan tuhan itu tak pernah wujud. bagaimana mungkin untuk memaafkan sesuatu yang tak pernah wujud.
;)
PadamMarah, aku pun dulu sama juga. Hati ni rasa panas bila kenangkan ahli keluarga dan rakan-rakan sendiri masih terperangkap dalam dogma agama. Rasa panas bila mereka dengan senang sahaja mengecop kalau kufur confirm masuk neraka. Tapi lama-lama dah tak kisah dah, tiada gunanya berasa marah. Senyum.
BalasPadamwelcome to the club. Kelab 'senyum' :)
PadamGreat article.i felt uplifted after reading this.thank you! :)
BalasPadamwelcome niania :)
PadamNothing is more relieving than to hear that we're not alone in this journey.. Sebuah artikel yang menyayat hati. Diharap lebih ramai yang lebih memahami... Terima kasih kerana menulis perkongsian yang bermakna seperti ini :)
BalasPadamTerima kasih. Moga minda masyarakat kita menjadi lebih matang dan terbuka dalam memahami senario sebenar kehidupan hari ini.
PadamKepada orang yang tidak ada kerja lain nak menjejak maklumat peribadi orang lain semata-mata kerana berlainan fahaman, tuhan, atau idea, lebih baik pergi jejak kes rasuah wang wakyat, penyelewengan duit tabung haji atau zakat, kes pedophile kahwin dengan budak 13 tahun ke, atau macam-macam lagi benda yang boleh diperbetulkan. Nak betulkan akidah orang, lebih baik cermin diri dahulu sebelum buat perangai cyber stalker yang buruk.
BalasPadamPerangai gaya witch-hunt ni tak perlu nak pakai kat zaman internet ni, dah buka pun ruangan untuk perbincangan dan pemahaman. Biasanya orang yang suka tindas-menindas ni, tandanya orang tu dah tak pandai nak sampaikan ideanya, atau memang ideanya dah tak betul, terus guna cara membuli. Bukannya nak guna akal :P
-A.
Yup. menganggu hak privacy seseorang adalah salah walau atas alasan apa sekali pun. Perbincangan adalah cari yg lebih ideal walau kata putus tidak mungkin dapat bertaup pada satu jawapan. Namun ia mungkin boleh membawa kepada satu kesefahaman.
Padamemmm...kesimpulannya aku rasa seperti kalian ini ingin menjadi 'tuhan' barangkali yang menganggap "ketidaksempurnaan tuhan" (versi anda) sebagai satu cabaran bagi kalian berlumba2 untuk jadi sempurna dan hebat di mata manusia sejagat...(ini pendapat aku harus menerima nya ya kerna "kesempurnaan kalian itu")
BalasPadamApa kau merepek ni labuuu? hahaha
Padamhahaha ni mungkin antara org yg sudah di "brainwash" ni. ya tuhan bipolar disorder mmg sempurna. :p
PadamBiasanya org mcm ni sy malas mo layan, suru dia baca buku logik banyak2 dlu
PadamBunga Lily, kami bukan mengejar kesempurnaan. Malah kami akur yang kami tidak sempurna dalam erti kata ilmu dan pengetahuan. Namun kami tidak serah membuta tuli kepada ajaran kuno berusia 1400 tahun lalu.
PadamSaya bukan mengatakan tuhan tidak sempurna. Yang saya maksudkan adalah tuhan yang anda sembah itu banyak cacat-celanya lantaran ia dicipta oleh manusia yang pastinya tidak sempurna.
Apa-apapun, soalan anda lari dari tajuk post ini. Arah tuju soalan pun agak kabur. Atau sebenarnya saya yang tak faham soalan anda. Maklumlah, saya ni insan biasa yang tak sempurna ;)
sesungguhnya kenyataan aku itu adalah meliputi segala setiap pertanyaan mahupun kenyataan yg trdetik pada hati kalian ,bukan semata hanya utk post ini ya (awaken malay & serumpunnya)kerna sudah semestinya blog kamu ini tentang kebencian kalian terhadap "tuhan"(ALLAH) hanya cerita2nya yg beda ..konsepnya tetap samakan..jadi aku disini mempertahankn 'Tuhan' yg mengADAkan aku yakni(ALLAH)seperti mana kamu memperjuangkan sesuatu(akal-yg terhad itu) yg menurut kalian itu 'sempurna'..
PadamPara ateis tidak membenci tuhan atau Allah kerana kami percaya tuhan tidak wujud/ tiada bukti tuhan itu wujud.
PadamKami bukannya "memperjuangkan" akal, tapi cuba menggunakannya sebaik mungkin. Tidak bermaksud kami terlampau pandai atau sempurna. Malah kerana kami rasakan kami kurang lagi ilmu dan tidak sempurnalah maka kami dengan sebaik mungkin menambah lagi ilmu dengan banyak lagi membaca & berbincang.
Mungkin yang Cik Bunga Lily rasakan "kebencian" itu hanya luahan perasaan tertindas kerana kami kebanyakannya tidak dapat katakan "Aku ateis" secara terbuka di luar sana tanpa ada ugutan hukum bunuh dan cacian dari Muslim di luar sana.
Kami tidak kisah kalau Cik Bunga Lily nak jadi Muslim terbaik dan paling alim diluar sana. Kami tidak membenci orang-orang Islam atau orang-orang beragama, cuma orang-orang yang tidak membenarkan kami untuk tidak beragama.
Kalau tuhan itu Maha Penyayang, pastinya semua manusia buatannya diberikan masuk syurga. Hanya manusia saja yang mempunyai perasaan mahu menghukum orang lain kerana manusia itu bukan Maha Penyayang.
-A.
OK. Jika akal kita terhad maknanya Allah wujud lah? very convincing. hehe
Padam-CR
ya begitu?emang benar kalian tidak mmbenci 'ALLAH'?setahu aku kalian 'ateis' di blog ini ex'muslim aja,bermakna wujudnya kalian itu sejak azali adalah 'islam' yg mana pernah mengagungkan 'ALLAH' kemudian melepaskan ikatan rukun islam dan iman setelah kononnya kalian telah pandai mggunakan 'akal logik' kamu itu sebaik mungkin..gitu ya?jujur ya,sbnarnya aku juga ngak peduli jika kalian istiharkn diri kalian itu manusia yg tidak punya agama atau tidak percaya (terserah jika ingin kembali zaman kuno itu) kerna 'hidayah' itu urusan 'Tuhanku"(ALLAH)>ini mengikut kepercayaan aku pd agamaku<..cuma aku tertanya2 adakah benar kalian ini 'ateis'(tidak suka beragama/tidak percaya wujudnya tuhan) atau masih keliru/berperang/hipokrit dgn diri sndiri(masih inginkan 'tuhan' tp bukan tuhan 'ALLAH")kerna menurutku segala penceritaan dlm blog 'ateis melayu' ini (hampir semuanya/memang smuanya) adalah bercirikan perasaan benci yg amat dalam terhadap 'isi kandungan islam itu" tapi tidak pd 'tuhan2'(versi anda/tiada tuhan) dan agama2 lain..melainkan hanya kebanggaan,kepujian,keseronokan,kepercayaan yg mencurah2 pada "ideologi2" yg lain itu (menurutku juga kamu seperti berdelusi ya)sedangkan 'islam' agama yg pernah singgah bersemadi di hati kalian..kamu injak2 kan seperti sampah persis cerita dongengan (delusi)semata2...adilkah?dimanakah keterbukaan minda dan hati kalian yg 'kononnya berkoar2 ingin memperjuangkan' prinsip rumpun 'ateis' kalian (yg mana ku pikir tidak salah kalau aku kata kalian juga mnciplak 'ideologi' ateis dr negara barat/dimana aja..aku ngak peduli asalnya yg ku rasa delusi aja kamu) jika wujud diskriminasi dlm pegangan baru kalian(emm..dinamakan pegangan atau apa aja..terserah) terhadap agama aku(Islam)?ya udah, jika kalian tidak mahu beragama (tidak merugikan aku mahupun saudara2 seagamaku)itu terserah..makanya aku yg berpegang pd kepercayaanku begitu juga saudara2ku yg lain..pastinya akan rasa terpanggil ke sini utk mmpertahankan kesucian islam dek kerna rasa tercuit sakit dgn hinaan ,cacian,dan pndangan sinis kalian terhadap 'Allah'-tuhanku,islam-agamaku,alquran-peganganku,Nabi Muhammad-Rasulku...oleh "ex-Muslim" terutamanya..seperti kalian semua ini..aku tidak mahu berbahas dgn kalian mengenai perkara2 ghaib (rukun iman-hati) yg wajib manusia percaya dlm konteks kewujudan tuhan 'Allah Taala' kerna tidak berguna langsung cukuplah aku diberi nikmat 'rasa' drpdNYA yg tiada pada kalian.(aku tidak peduli jika kamu kata aku 'delusi'..aku hanya akan senyum seperti kamu juga akan tersenyum...tp kita tunggu pengakhirannya nnti siapa yg akan tersenyum panjang...(bukan niat utk angkuh/meninggi diri tp sekadar menunjukkan kelegaan/keyakinan/kesyukuran atas kepercayaan dlm apa peganganku)>tidak memaksa kalian utk turut serta dlm 'rasa' ini hanya 'exclusive' bagi yg percaya akan kewujudan tuhan semesta alam ("ALLAH SWT")...sekian
Padamorg yg berdelusi tidak akan sedar yg dia sedang berdelusi. Memang la 'rasa' org berdelusi tu 'exclusive'..
PadamExclusive untuk masuk ke hospital sakit otak. Adios!
Imam Agama Norse > (senyum:tiada agama/tidak percaya tp guna pakai 'Imam' segala juga percaya bnda2/cerita2 kuno (norse mithology) (delusi)..lucu ah kamu ya!)emm...ya..samada aku yg berdelusi atau kamu juga turut sama berdelusi ..ya terserah aja..yg pnting syukur kami tidak tempah tiket utk masuk ke hospital sakit otak..jika dibandingkan dgn anda yg "sakit otak" memikirkan 'jln keluar' kononnya..drpd belenggu diri sndiri yg mana hanya menggunakan 1 perspektif iaitu 'akal logik'(luaran) tanpa ada 'hati' (dalaman) (yg mana kami(islam) mggunakan kedua2nya nikmat Allah itu dgn baik...tp bila rasa 'sakit' pandai juga kalian menggunakan rasa "hati"..sekian
PadamImam norse dan Lily:
PadamSabar.. sabar.. Jgn gaduh2 :D
Buat sakit hati sendiri sahaja kalau gaduh-gaduh.
And Lily, jika terasa sakit hati dan geram, tak perlulah singgah kemari. Tempat anda mungkin bukan disini :)
gaya percakapan bunga lily macam dari indonesia.
Padamkepada bunga lily, i sebagai seorang Atheist tak pernah fikir pun untuk cari kesempurnaan, kerana i sedar yang kesempurnaan itu tak pernah wujud. dan bila kesempurnaan itu tak pernah wujud, bagaimana mungkin untuk wujudnya tuhan..?
Saya sangat senang hati bila baca artikel ni. Saya rasa semua xmuslim felt the same way after realising the truth. Sebenarnya saya tak lah pandai berayat, jadi boleh tak saya pinjam ayat awaken malay dalam hujah saya dengan family or my friends tentang mylife as an atheist?
BalasPadam-Rafie
Jika boleh dimanafaatkan, silakan sahaja. :)
PadamNamun dalam pengalaman saya, orang beragama ini telah tertutup hati mereka. Akal mereka sudah terlalu beku untuk memahami walau sebagus manapun penjelasan kita.
Apa-apapun, moga sukses bro :)
qoute kata2 anda
BalasPadam"Tiada lagi hukum-hakam ciptaan masyarakat arab kuno menjadi panduan hidupku. Dengan akal dan minda yang sihat, aku tahu membezakan mana yang baik dan buruk. Aku membantu insan lain tanpa membayangkan ganjaran syurga. Aku menolong warga tua melintas jalan tak kiralah dia seorang penganut Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain tanpa membayangkan mereka akan disiksa diakhirat kelak. Aku dapat bergaul dengan ikhlas tanpa membezakan warna kulit, merasai pelbagai keunikkan makanan tanpa mengira latar-belakang tukang masaknya, mengalami pelbagai pengalaman tanpa hambatan 5 waktu penyembahan. Dan setiap kali aku memberi senyuman, ianya adalah atas sebab budi pekerti, bukannya sebab ianya satu 'sedekah'."
apa yang anda tulis sebenarnya apa yang digariskan oleh Islam yang sebenar.... saya ketawa bila membaca posting anda... rasa sayang anda sebenarnya sedang melakukan perkara yang dituntut oleh Islam yang sebenar..bukannya Islam yang anda tinggalkan..
1)perkara berkaitan perbuatan baik dan buruk adalah penentuan akal... jika tiada agama pun akal sudah mampu membuat keputusan yang baik.... menurut akal..setiap perbuatan baik akan menerima balasan yang baik dan yang buruk akan menerima pembalasan buruk... sebenarnya orang yang tinggal dlam hutan pun tahu beza baik dan buruk..tak perlu agama untuk bagitahu... fungsi agama di sini adalah dalam bentuk hukum.. jika berbuat bunuh orang bagaimana nak mencari bukti, saksi dan bagaimana nak menghukum... Allah swt yang mencipta manusia tahu akan fisiologi dan spritual manusia.. perbuatan membunuh hanya akan terbela apabila orang yang membunuh dihukum bunuh...
jadi..contoh jenayah membunuh.
akal berkata ia adalah perbuatan jahat dan perlu di hukum..
akal mungkin boleh memberi pelbagai pilihan hukuman seperti:
1) bunuh
2) penjara
3) denda.
tetapi syariat Allah swt menetapkan hukuman bunuh.
dan ia memberikan keamanan kepada keluarga mangsa.
:)...
sambungan...
Padamanda berkata " Aku membantu insan lain tanpa membayangkan ganjaran syurga"
syurga dan neraka hak mutlak Allah swt, tiada manusia kecuali yang terpilih yang mempunyai autoriti untuk claim apa2.
ibadah yang bertahun tidak menjamin ke syura... ibadah hanya tanda ingatan.. melakukan ibadah dengan niat nak masuk syurga adalah menempati tiket keneraka..
sebenarnya ada 3 perkara penting dalam kesan perbuatan manusia
dalam Islam yang anda tinggalkan hanya ada dua..
1)dosa
2) pahala
3) ehsan Allah swt
dalam kewujudan kita sebagai manusia.. nikmat kurnian Allah swt adalah infiniti. jika kita beribadat sejuta tahun sekali pun.. takkan mampu kita nak beli nikmat melihat sahaja.. apatah lagi nikmat yang lain..... jadi adakah Allah swt meminta kita beribadah sebagai bayaran atas nikmat yang dia kurniakan...??? tentunya tidak.. bahkan ibadah kita tidak memeberikan apa2 nilai tambah kepada Allah swt... tetapi sebagai manusia kita beribadah sebagai tanda ingatan dan taat kepada pencipta... akal anda tentunya bersetuju orang yang buat baik pada kita patutlah kita ingat...samaada orang yang buat baik tu minta ataupun tidak.,, tentunya akal anda tak boleh jugde orang tolong kita tu minta ingat jasa baik dia sebagai tak ikhlas... akal tak dpt detect ikhlas ke tak ???ikhlas bukanlah boleh diukur dengan logik.. kan...kan..kan.
jadi bagaimana nak masuk syurga Allah swt sedangkan beribadat pun tak boleh beli tiket..
maka ehsan Allah swt yang menentukan kita ke syurga...
kalau kita tak masuk syurga.. pun tak apa ..sebab kita dah dapat nikmat di dunia yang tak dapat kita bayar semula pun..
dan jika masuk neraka..pula itu adalah hasil perbuatan jahat kita di dunia... ini bertepatan dengan akal yang mengatakan buat jahat dapat balasan jahat..
syurga adalah lambang maha pengasih Allah swt yang tak pernah putus dan kekal terhadap hambanya yang ingat padanya...ia adalah extended nikmat... sambungan dari nikmat di dunia..jika kita nak sambung..beribadatlah....
tapi macam mana kalau buat baik tapi tak ingat Allah swt.. itu adalah dalam ehsan Allah jugak..hanya dia yang tahu..kita siapa nak jugde..anda sendiri tahu apa yang anda nak buat pada orang tak tahu nak kenang jasa...bagi Allah swt.. dia penyanyang dia pengasih...bersangka baik padanya...
sekian...
..
anda berkata " Aku membantu insan lain tanpa membayangkan ganjaran Valhalla"
PadamValhalla (syurga) dan Niflheim (neraka) hak mutlak Thor The Most Powerful, tiada manusia kecuali yang terpilih yang mempunyai autoriti untuk claim apa2.
ibadah yang bertahun tidak menjamin ke syura... ibadah hanya tanda ingatan.. melakukan ibadah dengan niat nak masuk Valhalla adalah menempati tiket ke Niflheim..
sebenarnya ada 3 perkara penting dalam kesan perbuatan manusia
dalam Mitos masyarakat Norse yang anda tinggalkan hanya ada dua..
1)dosa
2) pahala
3) ehsan Thor The Most Powerful
dalam kewujudan kita sebagai manusia.. nikmat kurnian Thor The Most Powerful adalah infiniti. jika kita beribadat sejuta tahun sekali pun.. takkan mampu kita nak beli nikmat melihat sahaja.. apatah lagi nikmat yang lain..... jadi adakah Thor The Most Powerful meminta kita beribadah sebagai bayaran atas nikmat yang dia kurniakan...??? tentunya tidak.. bahkan ibadah kita tidak memeberikan apa2 nilai tambah kepada Thor The Most Powerful... tetapi sebagai manusia kita beribadah sebagai tanda ingatan dan taat kepada pencipta... akal anda tentunya bersetuju orang yang buat baik pada kita patutlah kita ingat...samaada orang yang buat baik tu minta ataupun tidak.,, tentunya akal anda tak boleh jugde orang tolong kita tu minta ingat jasa baik dia sebagai tak ikhlas... akal tak dpt detect ikhlas ke tak ???ikhlas bukanlah boleh diukur dengan logik.. kan...kan..kan.
jadi bagaimana nak masuk Valhalla Thor The Most Powerful sedangkan beribadat pun tak boleh beli tiket..
maka ehsan Thor The Most Powerful yang menentukan kita ke Valhalla...
kalau kita tak masuk Valhalla.. pun tak apa ..sebab kita dah dapat nikmat di dunia yang tak dapat kita bayar semula pun..
dan jika masuk Niflheim..pula itu adalah hasil perbuatan jahat kita di dunia... ini bertepatan dengan akal yang mengatakan buat jahat dapat balasan jahat..
Valhalla adalah lambang maha pengasih Thor The Most Powerful yang tak pernah putus dan kekal terhadap hambanya yang ingat padanya...ia adalah extended nikmat... sambungan dari nikmat di dunia..jika kita nak sambung..beribadatlah....
tapi macam mana kalau buat baik tapi tak ingat Thor The Most Powerful.. itu adalah dalam ehsan Thor jugak..hanya dia yang tahu..kita siapa nak jugde..anda sendiri tahu apa yang anda nak buat pada orang tak tahu nak kenang jasa...bagi Thor The Most Powerful.. dia penyanyang dia pengasih...bersangka baik padanya...
sekian...
Kesian.. dah besar gajah pun masih percaya cerita dongeng orang arab mabuk todi.
Padam"jadi..contoh jenayah membunuh.
Padamakal berkata ia adalah perbuatan jahat dan perlu di hukum..
akal mungkin boleh memberi pelbagai pilihan hukuman seperti:
1) bunuh
2) penjara
3) denda.
tetapi syariat Allah swt menetapkan hukuman bunuh.
dan ia memberikan keamanan kepada keluarga mangsa."
jd cuma sebab islam tu ada suggest hukuman utk jenayah mcm bunuh,bukti islam tu betul?kalau compare dgn hukuman sekular,mmglah hukuman sekular ni byk kelemahan,x perfect dan x boleh menyelesaikan masalah jenayah sepenuhnya.tp bolehkah hukuman islam?ada testimoni yg reliable dimana hukuman ni dijalankan,terbukti plg efisien,works brilliantly on every level?
apa yg aku nmpk,utk so called 'memberi keamanan pd keluarga mangsa' adalah satu lame excuse.terlalu mudah utk justify something bg org2 yg simple minded tanpa memikirkan kompleksiti masalah jenayah.mungkin 'keamanan' yg diinginkan keluarga mangsa tu cuma lahir dr perasaan dendam yg cuma mahu perkara sama berlaku keatas pembunuh ahli keluarganya.jd islam menggalakkan avenge mentality.itu bukan penyelesaian segala masalah.
tu belum kira lg sebab dan circumstance jenayah tu berlaku.kaedah penyiasatan lg.apa korang betul percaya panggil 4 saksi tu kaedah plg reliable utk tentukan pesalah?imagine berapa ramai penjenayah yg akan terlepas sbb gagal dpt 4 saksi tulen?semua gara2 betapa 'rare'nya org betul2 jujur dlm dunia ni,who 4 of them happened to be at the right time,in the right place bila jenayah tu berlaku.tell me you don't seriously believe in that,or you gotta be kidding me!
pelaku jenayah pun mempunyai hak masing2.kemungkinan dia berubah dan dapat memberi manfaat kpd dunia dlm cara lain.kemajuan manusia ni terbentuk dpd manusia yg melakukan pelbagai kesilapan dan belajar dr kesilapan tersebut.
do you see the complexity of this problem?sng2 je siapa bunuh dia kena bunuh?manusia learn dpd kekurarangan sikit demi sikit hukuman sekular diubah,ditambah baik.tp hukuman islam tetap rigid.mana yg lbh praktikal?
my point is,terlalu mudah utk nitpick benefit drp sesuatu hukum islam tu utk jd base argument kpd bukti islam tu benar.walhal byk kekurangannya dibuat x nmpk,justify dgn mencari kebaikan lain,layer upon layer sugarcoat segala kekurangan.
hakikatnya hukum islam tu sama tahap dgn hukum sekular yg byk kelemahan,berguna dlm sesetengah situasi,flawed dlm situasi yg lain.
persoalannya,kalau hukum islam tu dtg dr ajaran islam yg benar,dr tuhan yg maha mengetahui,maha bijaksana,dimana letaknya satu x-factor strong enough yg dpt melonjakkan terus hukum islam ni ketahap paling bagus diatas hukum2 sekular?dimana kelainannya?dimana buktinya?should be pretty obvious,clear as day.ye lah,kata tuhan maha agung maha bijaksana yg turunkan,kan?
apa yg kita lihat cuma org2 islam yg bersusah payah cuba justify kelemahan2 hukum islam dgn argument2 yg makin kreatif dr semasa ke semasa.if its real gold,you don't have to paint it gold
tak pernah bosan baca artikel dalam blog ni, teruskan menulis
BalasPadam-Miscellaneous Mystique-
Bosan aku dengan cerita retorik kaum ateis yang dah wujud sekian lama sejak dari zaman dulu lagi kerana berlandaskan akal tanpa rohani.tapi aku tak salahkan puak ateis pada zaman sekarang sebab mereka sebenarnya hanya memahami agama secara akademik.agama itu bukan hanya terletak dalam kotak air "dutchlady" kecil sedikit dari otak.hanya dengan rohani aja kita boleh merantau melangkaui sains.lihat lah kehebatan saintis islam tanpa meninggalkan sifat kesufian tauhid pada ALLAH.Kaum ateis pasti memberi jawapan yang berulang kali "delusi kosong pada mereka yang beragama".
BalasPadamMalas aku nak mengulas panjang pada puak korang.
Cuma aku pelik dengan puak ateis nih mengaku dengan pendedahan sains itu kita dapat melihat dan mendekatkan diri kepada kejadian alam semesta tapi kenapa semua kaum ateis dalam kehidupan sosialnya yang masih menciplak peraturan dalam berugama.
Contohnya ; sains tidak menghalang proses biologi,kimia dll sekiranya lelaki berjimak dengan perempuan.jadi cabaran aku kepada puak ateis ialah kenapa korang tak berjimak dangan adik beradik,abang,kakak,mak bapak korang sedang sains itu tetap akan menjalani proses penyatuan sperma dan ovum tiada unsur proses penolakan sains dalam konteks ini.Apa kata korang?ada berani melakukan perubahan iaitu kembali pada asal kehidupan sosial umat ateis ?ini baru satu cabaran belum lagi cabaran lain.Aku mencabar puak ateis kerana puak ateis itu semuanya nak bebas tidak mahu terkongkong dalam peraturan kehidupan beragama dan hanya mengambil sesuatu yang sesuai dengan kehendak nafsu nafsinya.Kepada atheis yang pernah MENGAKU beragama ISLAM mengambil jalan mudah untuk keluar dari kongkongan FEKAH hanya kerana terlahir dari sifat kemahuan,kehendak mahu dipenuhi segera seterusnya kecewa bila tidak berjaya termakbul lantas menyalahkan ALLAH.Terus mengambil pen tandakan titik noktah pada teori berugama hanyalah delusi dengan mengatakan manusia yang menciptakan nama ALLAH.
Sebenarnya itulah nasib ateis di Malaysia pada hatinya zulmat hitam tidak dapat menerima kewujudan ALLAH sedangkan makian hinaan dari puak kafir,musyrik,munafik,ateis bahkan seluruh makhluk sekalipun tidak akan menjejaskan sedikit pun akan kekuasaan ALLAH.
here we go. nilai universal pun nak mengaku agama Islam yg punya. Kita tak perlukan agama Islam utk beretika dan berfikir secara rasional. Memang tidak akan menjejaskan kekuasaan Allah sebab Allah tidak wujud. Hanya wujud dalam fikiran kamu.
Padam-CR
Ya, kami mahu bebas tapi kami takdelah sampai nak sakitkan hati orang dengan mahu melakukan perkara yang mengganggu ketenteraman orang, seperti "cabaran" saudara/saudari untuk kami berjimak dengan keluarga sendiri. Dah terBUKTI pun bila berbuat demikian, akan menimbulkan padah psikologi yang merosakkan rumah tangga.
PadamAteis percaya bila ada BUKTI dan tidak akan percaya bila tak ada bukti. Contohnya, tiada bukti kewujudan tuhan setakat ini. Atau bila seorang pemandu langgar lampu merah, terbukti akan membawa kemalangan, paling tidak, huru-hara. Jadi para ateis yang menggunakan otak akan mengikut undang-undang ini dengan HORMAT sebab kami tak mahu ganggu keselamatan orang lain.
Cakap pasal hormat, mahkamah syariah di Borneo pula membenarkan si perogol kahwin dengan mangsa rogol berumur 13 tahun, dan secara automatik menjadi HALAL kerana ibu-bapa budak tersebut ingin menutup malu, tanpa memikirkan padah psikologi mangsa berumur 13 tahun tersebut walaupun terbukti yang mangsa rogol tersebut mengalami trauma. Contoh lain ada dalam blog ini berkenaan budak 11 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki dewasa walaupun budak itu tidak mahu. Itu dah menganggu ketenteraman dan tidak menghormati orang lain.
Buat apa para ateis mahu "kembali kepada asal kehidupan sosial umat ateis" sedangkan kebanyakan kami belajar dari sejarah dan sains teknologi terkini? Ada kami menghalang umat Islam untuk menggunakan Internet walaupun "kehidupan asal nabi" tak menggunakan internet, kereta, seluar jeans, nuklear, kapal terbang, bom atom, dll. Tak, silakanlah.
Para ateis tidak merasakan sedikitpun keperluan untuk berdakwah seperti anda. Kalau sudah bosan dengan retorik kami, silakanlah tinggalkan dari membaca blog ini, takyah buang masa anda. Sembahyang dan berdoa untuk kami lagi baguskan?
Sekali lagi, kami tak menyalahkan Allah kerana kami tidak percaya (lagi) kewujudan tuhan. Dan kewujudan blog-blog seperti inilah yang membuktikan kami tidak ada titik noktah dalam membuktikan ketidakwujudannya.
Kalau sudah malas nak mengulas panjang pada "puak kami", silakanlah pergi dan salam selamat.
-A.
Kami hanya berlandaskan akal tanpa rohani? Sebenarnya yang lebih tepat adalah berlandaskan akal tanpa delusi.
PadamTentulah dengan delusi kau boleh merantau jauh. Tapi kau merantau dalam khayalan yang datang dari candu agama. Penggunaan kotak air "dutchlady" sebagai kiasan langsung tidak membantu hujah kau. Atau sebenarnya kau sedang mengidam nak minum susu dutchlady? hehe
Kehebatan saintis Islam? siapa? Khawarizmi? Ibn Sina? Mas'udi? Itu semua kisah lama. Kegemilangan sains pada masa itu adalah kerana polisi kerajaan Bani Abbasiyyah membenarkan kitab-kitab falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle dan lain-lain diterjemah, dikaji dan diperbaiki. Berbeza dengan pihak gereja yang melarang buku falsafah Yunani diterjemah pada zaman kegelapan Kristian.
Kajian Sains telah bermula sebelum kelahiran jesus Christ lagi. sebagai contoh ahli falsafah perubatan, Alcmaeon (500 BC) yang mengkaji tentang fungsi otak & hubungannya dengan sistem deria. Beliau juga memperkenalkan bahawa otak adalah sejenis organ yang memproses pemikiran. Beliau hidup pada ribuan tahun sebelum lahirnya tokoh perubatan islam, Ibn Sina.
Malah Sains berkembang bukan sahaja di Baghdad zaman Bani Abbasiyyah, tetapi berkembang di negara lain seperti empayar China dan India. Jika hendak dihuraikan perkembangan sains mereka tentu memerlukan berjilid-jilid kertas kerana sains mereka merangkumi pelbagai cabang seperti sains pembinaan, sains pertanian, sains perubatan, sains mekanikal, sains peperangan dan lain-lain.
Kajian Sains sentiasa diperbaiki oleh saintis pada zaman kemudiannya. Seperti mana sains pada zaman yunani dibaiki oleh saintis zaman Abbasiyyah, kemudian dibaiki lagi oleh saintis eropah. Itu sememangnya proses normal dalam sejarah perkembangan Sains.
Yang menyedihkan (lebih kepada pathetic), golongan Muslim hari ini tak habis-habis mengagung-agungkan saintis mereka yang hidup ratusan tahun dahulu. Pada mereka seolah-olah sains itu mencapai kemuncak pada zaman tersebut. Tetapi bila mereka sakit, tahu pula kelam-kabut cari doktor yang menggunakan sains perubatan moden!
Ah.. Malas pula aku mahu jawab soalan kau yang selebihnya. Aku memang malas nak jawab kalau soalannya berbaur keangkuhan, kebodohan dan kekejian, yang selalunya melambangkan keperibadian si pertanya soalan.
Lagipun sahabat-sahabat saya di atas telah pun menjawab dengan penuh hikmah & jelas! :)
Natijahnya golongan agamawan ini keliru dalam membezakan agama dan kerohanian *tumpang promote link* :)
Padamhttp://melayufreethinker.blogspot.com/2013/09/perbezaan-di-antara-agama-kerohanian.html
sila define 'rohani'
PadamAku suka blog ni.
BalasPadamAku bkn Atheist tp jujur blog ni adalah pilihan no 1 aku.
Teruskan menulis 'Abe'.. :D
TQ Shafiq :)
PadamItulah, setiap orang ada jalan tersendiri, maka wujud pengalaman tersendiri, dan natijahnya corak pemikiran tersendiri.
Tiada masalah dalam perbezaan asalkan jgn ada kebencian :D
mmg feel betul luahan saudara penulis blog.bg aku permulaannya bukan marah,tp perasaan ketakutan melampau bila melalui frasa perubahan utk keluar dr mindset yg terbentuk lbh 20 thn.hampir gila dibuatnya.kemudiannya lahir ketenangan yg amat sgt bila dh memahami sepenuhnya jalan yg diambil ni.lps tu muncul pulak perasaan sedih,frustration bila tgk sekeliling golongan theist yg jd makin wara',kira nk betulkan org lain je,pastu kesiankan kt kita ni yg kononnya lost.org yg sesat akan cari jalan pulang.kami x sesat,kami selesa berada ditempat baru,and to make it our new 'home'.nothing wrong with that.apalah lojiknya pilihan kami ni utk dikecam dgn seksaan selama2nya.walaupun terpaksa lalui double-life,risiko persecution,namun deep down still ketenangan tu masih menutupi semua kekurangan.utk yg dah keluar,tahniah anda semua!
BalasPadamTerima kasih kerana singgah kemari :)
PadamYup, bila kita dah mula terfikir melangkah keluar, pada masa itu nampak segala keburukan agama. Selama ini kita tak 'mampu' untuk lihat kerana mata kita telah ditutup oleh kebekuan akal lantaran telah di'brainwash sejak kecil.
Tidak kiralah kita memilih jalan atheist secara bersembunyi atau tidak, yang penting akal dan perasaan bebas dari belenggu 'hoax' yang terbesar dalam sejarah manusia.
Good Luck & Salam perkenalan :)
Terima kasih kerana mewujudkan blog ini. Biar masyarakat yang beragama faham apa yang kita fikirkan dan yang penting disini kita tidak mengajak mereka untuk menyertai kita (sebaliknya mereka yang selalu berbuat demikian). Teruskan menulis kerana saya memang menyukai penulisan anda walaupun saya faham ramai yang akan panas punggung dengan tulisan anda. Sememangnya hidup sebagai seorang ex-muslim dan transwoman (yes I am) agak mencabar, but yes we all have to keep going :)
BalasPadamYup, memang itulah tujuannya. Sekadar bekongsi fikiran. Tiada niat untuk berdakwah atau menarik Muslim menjadi atheist. Walau niat kita berkongsi, tetap ada sahaja yg panas punggung.. huhu
PadamTerima kasih kerana singgah :)
Saya adalah bekas penganut islam yg agak konservatif dan telah menjadi ateis.Saya berasa gembira dan lega sekali apabila membaca tulisan ini..seperti membaca sebahagian luahan perasan saya sendiri. Sejak meninggalkan agama islam 2 thn lepas, sy juga berasa MARAH, SEDIH dan BENCI kerana berasa tertipu dan jadi mangsa agama. Saya telah menjadi seorang islam yang boleh dikatakan taat agama selama 26 tahun. Tidak pernah meninggalkan solat sejak tingkatan satu sehingga 2 thn yg lalu dan tahu hadith mengenai setiap pergerakan dalam solat. Memakai tudung sejak darjah 4 sehingga sekarang .Semasa sekolah rendah,selain daripada menerima pendidikan agama dari sekolah kebangsaan, saya juga mengikuti kelas fardhu ain dan juga bersekolah di sekolah agama rakyat di waktu petang. Mendapat pendidikan agama juga dari sekolah agama yang memang pilihan sendiri bukan keluarga kerana ingin menjadi penganut agama yang lebih baik. Saya tidak pernah bercinta selama saya hidup 27 tahun kerana 'bercouple' dikira haram. Kononnya ingin mendapatkan jodoh dan berkahwin kerana Allah.Jadi saya menolak cubaan lelaki memikat saya. Terasa bodohnya saya. Saya juga selalu cepat rasa bersalah kalau membuat perkara yang dikira berdosa dalam agama walaupun perkara kecil. Dlm 5 thn sebelum keluar islam, saya membaca al quran dengan terjemahan.dan juga belajar memahami hadith secara online. Saya juga menjadi rujukan kawan2 tentang hal2 agama dan masih lagi sedemikian kerana saya perlu berlakon menjadi muslim yang baik. Permulaan saya keluar dari islam apabila saya mengetahui bahawa fahaman muktazilah yang mengangkat logik akal mengatasi ilmu wahyu pada zaman keemasan islam di zaman khalifah abbasiyah yang telah membawa mereka maju dalam pelbagai bidang dan bukan sebab agama islam pun . Sebelum ini otak ini didoktrinkan bahawa al quran itu panduan manusia sejagat dan jawapan kepada kehidupan manusia dalam pelbagai bidang tetapi apabila membaca terjemahan2 di dalamnya saya x rasa ianya penduan pun. Kisah2 nabi seperti kisah2 dongeng yang diulang2 dlm beberapa surah yg berbeza kononnya utk pengajaran tp tiada penjelasan terperinci.Baik baca buku sejarah peradaban dunia, boleh diketahui terperinci tempat, masa dan pelakunya yg menunjukkan ianya memang terbukti kejadian itu berlaku . Banyak ayat2 pn asyik2 hukuman2 cam tuhan ni kejam sangat. Belum lg diskriminasi kepada perempuan yg byk dilakukan oleh islam berbanding agama lain. X pakai tudung dalam masyarakat melayu islam pun dikira mcm berdosa besar sgt. Perempuan disalahkan apabila terjadinya rogol sebab x tutup aurat. Perceraian berlaku kerana perempuan tidak ikut perintah suami. Bercinta sebelum kahwin dilarang sebab takut terlanjur jadi disuruh berkahwin seolah2 dlm perkahwinan dalam islam ni nk halalkan seks je. Pastu lelaki jd raja sebabnya lelaki diangkat sbg pemimpin dan perempuan jd mcm hamba.Sejak keluar dari islam baru terfikir sumer ni dan rasa sgt stres kalau masih nk jd muslim women. Sengaja saya menulis sebegini kerana mahu masyarakat yg beragama islam faham yg bukannya semua orang islam yg keluar agama itu sebab mahu kebebasan melakukan maksiat tetapi ada juga seperti saya yang keluar agama kerana saya mengkaji. Tambah2 org islam yg tinggal solat ,x tau pun makna ayat al quran dan berbuat maksiat lebih2 lagi tidak layak mengata orang seperti saya kerana mereka tidak memahami pun islam itu. Walaupun saya sudah murtad, saya berpegang kepada golden rule. Tapi saya tidak ingin pun berdakwah kepada orang yg beragama kerana sangatlah sukar utk seorg penganut yg agak taat meninggalkan 'tuhan'nya. Lebih perit dari menghadapi kematian org tersayang. Dulu apa2 yg sy buat, saya akan buat atau cuba buat semuanya adalah demi Allah. Jadi tentulah saya rasa sedih bila saya kehilanganNya. Saya pernah fikir tidak mahu hidup lg...tapi saya bertabah dan melakukan perubahan dalam pemikiran dan tindakan saya. Akhirnya saya dapat melalui penderitaan kehilangan tuhan dalam masa setahun setengah ini walaupun saya perlu berlakon sebagai penganut islam.
BalasPadamsaya berdoa ,.. semoga kelak kamu semua diberi hidayah agar kamu dapat melihat kebenaran yang sebenar benarnya . in sha Allah . itu saja dari saya .sekian .
BalasPadam