Isnin, 16 September 2013

Menjawab Soalan Evolusi si Pen'Copy Paste.


Jawapan:

Lucu. Amat lucu apabila kamu mengatakan kami kaum pemalas yang hanya mendengar di internet. Sedangkan ayat-ayat kamu mengenai Java man 100% copy paste dari website katolisitas.org , sebuah website Kristian Catholic! Haha! Bercakap berdekah-dekah, tapi semua copy paste dari internet. Website agama lain pula tu! Kau memang jenis tak tau malu ke? Saya dah nasihatkan kamu banyakkan baca buku Sains evolusi TERBARU, tapi kau malas, bodoh dan sombong. Kau seperti jenis manusia yang lebih hina dari sampah la bro (minta maaf cakap).


Tapi tidak mengapa, saya akan jawab juga statement copy paste kamu tu.

Sains adalah satu cabang ilmu yang sentiasa di upgrade mengikut penemuan-penemuan baru. Teori-teori pula dicipta bagi menerangkan sesuatu fenomena berdasarkan kajian terhadap semua penemuan yang ada pada masa tersebut (teori perlu melepasi pelbagai ujian dan kajian). Namun teori mungkin berubah lantaran ada penemuan baru yang menjelaskan lagi perkara tadi. Ini semua menunjukkan Sains sentiasa memperbaiki dan pemperbetulkan dirinya sendiri.

Dan dalam Sains juga ada minda-minda yang licik dan suka menipu (seperti kau la ni) hingga mencipta fossil sendiri seperti Piltdown Man yang disangka 'the missing link'. Rupa-rupanya adalah fossil ciptaan manusia. Dari sini komuniti Sains semakin berhati-hati dalam membuat kajian evolusi manusia.

Masalah dalam Java man adalah sedikit rumit kerana Dubois mewar-warkan penemuan secebis tulang kepala (skull) dan tulang kaki (femur) menyerupai manusia adalah 'the missing link'. Komuniti Sains menolak penemuan tersebut kerana kedua-dua tulang tersebut ditemui dari tempat yang berasingan. Memang ada yang mengatakan cebisan tulang kepala itu adalah sejenis gibbon (kera), namun kajian kemudiannya mengesahkan skull itu jauh lebih besar (900cc) dari kepala seekor gibbon (100cc).

Seperti yang saya sebutkan, Sains sentiasa memperbaiki dan memperbetulkan dirinya sendiri. Kajian yang dibuat selepas itu mengesahkan Java man bukannya 'the missing link' seperti yang didakwa Dubois tetapi ia adalah dari kumpulan Homo Eractus yang mengembara ke Indonesia dari Afrika 800 000 tahun dahulu. Kerana itulah ia dimasukkan dalam rantaian evolusi manusia.

Sebenarnya jika ingin menerangkan secara terperinci kontroversi penemuan Eugène Dubois memang panjang. Namun pokok-pangkalnya penemuan ini langsung tidak menganggu teori evolusi malah ia menguatkan lagi. Lagipun untuk saya bercerita panjang memerlukan saya membuka balik buku-buku lama saya. Kemudian terpaksa pula mengambil masa menyusun kronologi penemuan tersebut satu-persatu.

Saya fikir ianya TIDAK berbaloi hanya untuk menjawab statement copy paste seorang manusia yang bodoh lagi sombong serta malas membaca dan membuat kajian sendiri seperti kamu Hasim Baharuddin@Sainsrantingagamapokok.

Masalah kamu adalah tidak memahami evolusi secara mendalam. Kami tidak mengatakan manusia berevolusi dari monyet. Tetapi kami mengatakan manusia berkongsi 'keturunan yang sama' (common ancestor) dengan spesis primat (infact we're primates). Ianya tidak semudah carta evolusi yang selalu kita lihat di kelas-kelas sains masa sekolah rendah dahulu.

Klik Untuk Zooming.

Lagi satu, penggunaan Sains DNA terkini telah menjawab banyak soalan dan ruang kosong dalam kajian evolusi. Penemuan kromosom primat dalam kromosom manusia adalah bukti paling jelas yang manusia berkongsi common ancestor dengan primat. Penjelasan lebih jelas boleh dilihat pada video dibawah:
 

Kesimpulan:
Kajian evolusi adalah kajian Sains yang amat menarik untuk diikuti. Ianya sebuah teori yang didirikan oleh keringat serta minda ribuan para archeologi, biologist, chemist, anthropologist, dan pelbagai pihak di seluruh dunia setiap tahun.

Golongan agama mengatakan penemuan para Saintis di atas adalah penipuan dan satu konspirasi menjatuhkan agama mereka. Tidakkah mereka terfikir yang mustahil seluruh ahli Sains tersebut menipu dari tahun ke tahun? Jelas pemikiran yang diracuni dogma agama telah menjadi sebati dalam otak mereka, hingga mereka tidak mampu menerima realiti yang mereka itu salah.

Hasim Baharuddin@Sainsrantingagamapokok, sekali lagi saya menasihati supaya banyak membaca. Kurangkan tahap keegoan dan kesombongan yang menyumbat kebolehan anda untuk berfikir. Jangan sekadar copy paste dari hujah sampah orang Kristian. Kaji dari sumber yang benar-benar saintifik. Jangan asyik auta dan temberang orang sana-sini solah-olah anda ni bijak pandai. Jika anda bodoh, mengaku kekurangan diri dan belajarlah lagi. Terima kasih.

.

11 ulasan:

  1. Terbaiklah bro! U the Man!

    BalasPadam
  2. Si rantingpokok ni lagi! You tak payah layan dia Wan. Dia mmang spesis otak letak dekat punggung tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya sokong. Ni saje nak bagi 'penampar' halus kat dia. Lepas ni memang malas la nak layan budak tu.

      Padam
  3. LOL! Macamana u tau ni? You ni HACKER ke bro?? wow

    BalasPadam
  4. Maaf kepada para pembaca yang lain jika bahasa saya diatas agak kasar. Hasim Baharuddin atau nama pena Sainsrantingagamapokok adalah pemberi komen yang aktif dalam blog ini. Namun komen beliau hanya sekadar memaki hamun dan juga hujah tidak mempunyai isi, kosong sekosong kepalanya.

    Lantaran itu saya mengikut irama 'kasar' beliau dalam memberi hujah. Jika ada pembaca lain yang berasa tidak selesa, saya minta maaf. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu layan dia tu. Dia lagi suka kalau di layan. Mungkin dia kurang kasih sayang kot. Nak pohon kasih sayang tuhan tak boleh sebab tuhan tak akan layan dia punya. Dan tuhan tak pernah layan sesiapa pun. Berdoalah sejuta kali pun, tak kan dilayan. hehe. Kenapa tuhan tak layan? tu kena pikior sendiri la

      Padam
    2. No need to apologize. Your words are gentle what. Enough to melt everyone's heart ;)

      Padam