Rabu, 4 September 2013

Perbezaan Ketara Antara Kita.


Kami menolak agama kerana ia percanggahan dengan logik akal. Namun sebahagian golongan agama menolak logik akal semata-mata mahu membenarkan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Lantaran itu sekuat manapun hujah menggunakan dalil-dalil logik, tidak akan diterima golongan agama.

Kisah hikayat padang pasir seperti kisah manusia hidup dalam perut ikan, wanita dicipta dari tulang rusuk, kelahiran bayi ajaib tanpa benih seorang lelaki, lautan terbelah dua dan pelbagai lagi diyakini bulat-bulat oleh orang agama. Tiada langsung terfikir oleh mereka jikalau itu semua adalah ciptaan imaginasi masyarakat dahulu-kala.

Ah, tak mungkin mereka terfikir kerana mereka telah pun membuang akal ke dalam bakul sampah.

PS: Maaf jika post ini sedikit tajam. Anggaplah ia provokasi minda untuk berfikir sejenak ke wilayah yang luar dari kebiasaan. Bersihkan hati dari kebencian & jangan berhenti belajar tentang kehidupan.

.

1 ulasan:

  1. Semoga kamu beroleh hidayah dari Allah...dan kembali kepangkal jalan... lailahaillallah... Allah itu satu... Allah maha pengampun lagi maha mengasihani... pergaantungan hanya dengan Allah... fikirkan kehidupan selepas mati...hidup hanya sementara... xenjoy pun xpe..yang penting enjoy lepas mati :) semoga kata kataku ini memberi kesan dengan hati saudara..salam

    BalasPadam