Ramai orang Melayu Islam tidak dapat memahami perlakuan kami, golongan Melayu atheist yang berani meninggalkan agama yang kononnya sempurna. Lebih-lebih lagi kami mempersoalkan ketuhanan secara terbuka.
Lantas mereka menuduh kami sebagai orang yang berputus-asa dalam mencari tuhan, orang yang marah pada tuhan, dan orang yang memberontak kepada tuhan. Mereka juga merumuskan bahawa jauh di dalam hati kami, ada sekumit keyakinan kepada tuhan. Buktinya para atheist asyik memburuk-burukkan tuhan dengan imej kekejaman dan kejahatan menunjukkan kami percaya tuhan.
Tidak, anda tersalah sangka. Atheist adalah individu yang tidak percaya kepada tuhan. Mana mungkin seseorang atheist berputus-asa, marah dan memberontak kepada suatu entiti yang dia sendiri tidak yakin kewujudannya?
Tidak dinafikan kami menggunakan ayat-ayat beremosi apabila menceritakan kedasyatan seksaan neraka dan betapa zalimnya tuhan yang mencipta neraka. Itu bukan bermaksud kami takut atau kami percaya hari akhirat. Tujuan saya adalah untuk menyedarkan akal-akal Melayu supaya berfikir sejenak benarkah tuhan itu sezalim itu? Yang kemudian membawa persoalan adakah agama ini datang dari tuhan atau datang dari akal manusia? Dan akhirnya membawa kepada persoalan ketuhanan yang lebih mendalam & taboo iaitu adakah tuhan itu benar-benar wujud?
Moga penerangan ringkas ini dapat menjelaskan kekeliruan anda selama ini. Terima kasih.
.

Golongan theist seperti ini mungkin tiada kenalan atau berkawan dengan mana-mana individu atheist. Makanan mereka adalah teori-teori konspirasi hangat, lazimnya berbentuk stereotype. Sebab itu mereka memandang atheist ini hina, sedangkan realitinya atheist juga menjalani kehidupan seperti insan-insan beragama yang lain. Bezanya kita ini hanyalah dari prinsip hidup masing-masing sahaja. Malangnya golongan atheist/murtad masih tidak mendapat hak kebebasan yang sama sepertimana yang dinkimati oleh mereka yang beragama...
BalasPadamGolongan muslim yang berperangai demikian hanya golongan yg akalnya terperangkap dalam reban ayam. Maka tidak hairanlah pemikiran mereka juga seperti ayam yang diternak. Bertelur sebiji riuhnya sekampung.
BalasPadam