Jumaat, 20 September 2013

Munir si Muslim Syiah.

Aku terjumpa dengan kawan lama dari sekolah menengah. Namanya Munir. Berpakaian segak, bertali leher dan berkemeja belang sedang mnghirup teh tarik di sebuah warung mamak. Mula-mula aku agak was-was kerana sewaktu di sekolah dahulu, dialah bapak segala samseng. Pakaian seumpama pekerja bengkel lantaran penuh dengan tompok-tompok hitam. Rambut yang serabai ditambah dengan mimik muka yang menjengkelkan, dia hanya mampu didekati oleh budak-budak nakal dan juga guru disiplin. Jika ada tayar kereta guru yang pancit atau beg guru kena sorok dalam tandas, memang Munirlah punya angkara.
 

"Assalamualaikum.. Munir?" aku memulakan bicara. Dia memandang aku dari atas ke bawah.

"Wan? Wan Izzuddin kan?"

"Haha, ya aku Wan!" Kami bersalaman dan Munir terus mendakap aku bagaikan saudara yang lama terpisah. Aku agak canggung kerana dia bukannya dalam kategori sahabat mahupun kawan semasa di sekolah dahulu. Malah akulah pengawas yang selalu menangkapnya semasa dia ponteng sekolah, hisap rokok di tandas, mengintai pelajar perempuan menukar pakaian, dan curi-curi makan semasa bulan puasa.

"Wan.. Lama betul tak jumpa kau beb. Jom minum dengan aku!" ujarnya sambil memberi aku kerusi plastik berwarna merah.

Kami berborak panjang mengenai kehidupan masing-masing selepas sekolah. Rupanya Munir bekerja sebagai agen hartanah dan pejabatnya hanya seberang jalan dari warung tersebut. Dia kini sudah berubah, tidak lagi nakal seperti dahulu. Lagipun dia sudah berkahwin, perlu jaga kelakuan supaya anak-anaknya nanti tidak terikut perangai bapaknya masa sekolah dulu.

Kemudian tajuk perbualan memasuki topik-topik semasa di dalam Harian Metro yang ada di atas meja kami. Biasalah, adat bersembang di kedai kopi tidak sah kalau tak menyentuh isu semasa.

"Wan, kau lihat tajuk berita ni -Waspada Gerakan Syiah"

"Ok, so?"

"So lihatlah ulama kita amat takut dengan syiah seolah-olah syiah itu musuh Islam!"

"Bukankah fatwa mengatakan syiah itu kafir" aku cuba memancing.

"Syiah adalah Islam! Malah syiah adalah jalan Islam yang sebenar!" ujar Munir bersungguh-sungguh.

"Kau ahli syiah ya?" aku bertanya tanpa selindung. Munir terdiam sebentar. Matanya liar melihat kiri dan kanan. Aku menghirup teh tarik yang belum luak sedikit pun. Aromanya yang wangi meyakinkan aku teh yang digunakan adalah teh cap masjid.

"Wan, kau pun tahu masa sekolah dulu aku memang jahat. Macam-macam benda jahat aku buat. Kau satu-satunya pengawas yang berani tangkap aku. Jadi bagi membalas jasa, aku mengaku aku join Syiah." ujar Munir tersekat-sekat.

"Oh, ok" jawabku sambil menghirup teh sekali lagi.

"Oh ok? Itu saje?"

"Ye la, kau expect aku jawab apa?"

"Bila aku beritahu aku join syiah kepada kawan-kawan lain, mereka menyumpah seranah aku. Ada yang halau aku beb! Tapi kau relax je?" beria-ria Munir menjelaskan kepadaku.

"Itu hak kau. Kau ada hak untuk percaya apa yang kau nak percaya." jawabku ringkas.

Munir tersenyum. Dia menghabiskan saki baki teh tariknya. Kemudian dia memesan segelas air suam dari pelayan warung. Alang-alang berjumpa Munir di sini, aku pun memesan sekeping roti telur buat sarapan pagi.

"Kau tahu Wan, Syiah adalah ajaran Islam yang sebenar datang dari nabi Muhammad. Semasa nabi nak wafat, dia mahu mengumumkan yang menantunya Ali alaihi salam sebagai penganti baginda. Namun disekat secara halus oleh Abu Bakar dan Umar. Malah dengan licik mereka mengumumkan Abu Bakar sebagai penganti nabi. Kemudian Umar menjadi khalifah kedua. Tetapi ilmu-ilmu Islam dan kerohanian Islam sebenar diwarisi oleh Ali alaihi salam sahaja. Masalah demi masalah berlaku dalam dunia Islam hingga semua kitab Al-Quran dibakar dan dicetak semula mengikut susunan khalifah ketiga iaitu Uthman dan rakan-rakan licik beliau. Jadi Wan, kitab suci yang kita guna sekarang adalah palsu! Setelah huru-hara dalam 3 khalifah awal, maka rakyat mengangkat Ali sebagai khalifah ke-4. Masalah masih lagi ada kerana Muawiyah laknatullah mahu merampas..."

"Stop Munir!" aku meminta Munir berhenti dari memberi penjelasan. Aku menghabiskan saki-baki teh tarik dari gelas aku.

"Kenapa Wan?"

"Kau nampak tak gelas teh tarik aku yang kosong ni Munir?"

"Ya Wan, nampak! Kenapa?"

"Kosongkan. That is the amount of fuck I give!" ujarku sambil ketawa.

Munir tersengih-sengih. Dari wajah dia nampak seperti menyesal menerangkan sejarah syiah denganku. Aku masih lagi ketawa seolah-olah ia satu perkara yang sangat lucu.

"Wan, kenapa kau dah berubah ya? Dulu kau amat mengambil berat mengenai agama" Munir bertanya selepas suasana kembali tenteram.

"Kalau aku beritahu yang aku dah murtad macamana?" aku bertanya dengan nada serius.

Munir terdiam. Dia segera meneguk air suam seperti orang kehausan. Dahinya yang berkerut menunjukkan dia sedang berfikir. Lagi sekali matanya liar memandang kiri kanan.

"Kau biar betul beb? Kau convert Kristian ke?" tanya Munir bersungguh-sungguh.

"Nope. Aku jadi atheist"

"What the hell?! Kau hilang akal ke?" tanya Munir dengan wajah terkejut.

"Kenapa? Kau nak adu di pejabat agama ke?

"Tidak.. tidak.... No problem beb. Rasanya kita berdua adalah enemy of the state! Kita dalam situasi yang sama. Lagipun seperti yang kau cakap, ini hak kita. Kita ada hak untuk percaya apa yang kita nak percaya." jawab Munir sambil ketawa kecil.

Aku hanya tersenyum. Sikap Munir jauh berbeza dengan sikap Muslim yang lain. Realitinya, bukan syiah itu baik terhadap atheist. Mereka baik kerana mereka adalah minoriti di sini. Sedangkan di negara syiah seperti Iran, atheist akan dihukum pancung.

Kami berpisah pagi itu dengan senyuman. Kami kemudian menuju haluan masing-masing. Kami membawa pulang rahsia masing-masing yang nampak sama namun berbeza sejauh langit dan bumi. Aku tidak lagi mendengar cerita mengenai Munir kecuali pada suatu hari aku menonton dalam You-Tube penangkapan jemaah syiah di sebuah rumah kedai oleh JAIS & pihak polis. Munir kelihatan tersenyum sambil memandang kepada kamera dengan tangan bergari. Aku hanya mampu mengeleng kepala dan tersenyum pahit


.

9 ulasan:

  1. Best cerita ni bro. Tiba2 i teringin nak minum teh tarik. Kehkehkeh. Thumbup!

    BalasPadam
  2. enemy of my enemy is my friend.

    BalasPadam
  3. sama saje golongan aties and syiah. Sama-sama menuju ke neraka. Aku doakan korg kembali ke jalan islam yg sebenarnya.amin.

    BalasPadam
  4. Jai ISTAC fuck off, kau pun sama je masuk neraka dengan golongan kitorang, mengikut beribu beribu agama lain, kau pun tergolong golongan murtad, so tak payah nak arrogant sangat bhai.

    BalasPadam
  5. Orang islam pun boleh masuk neraka kristian dan yahudi. Orang kristian pula masuk neraka islam dan yahudi. While orang yahudi pula masuk neraka islam dan kristian. Tu baru reasoning pakai tiga agama saja. Cuba bayangkan reasoning dia pula menggunakan beribu2 agama/kepercayaan/kult2 yang lain.

    BalasPadam
  6. Ak ada soalan nak tanya, ape pendapat korang. Ak ni dulu alim dan pernah mase ak nak ambik spm aku smbahyang hajat 90 hari berturut turut dan "alhamdullilah?", ak dapat 9A. Masa ak belajar di universiti ak kenal dengan mamat ni sorang, die melayu tapi mak die kawin dgan arab palestin. Nenek die sekarang berpindah ke israel, die pernah kata kat ak israel layan orang arab 1000x lagi baik berbanding negara arab yang lain. Die ni pandai, geng die (juga melayu) kuat minum dan x sembahyang, banyak music bagus ak tahu dari die , macm arcade fire dan arctic monkey. Tp ape yg ak kagum mereka ni hidup punyai kesedaran sivik yang ak fikir adalah first world mentaliti (cthnye: lepas makan kat restoran self serving mcm mekdi, die kutip segala bagai die & the gang makan dlm tray, dan kosong kan tray tu kat tempat buang sampah, so org lain boleh terus duduk tempat die lepak tadi tanpa cleaner crew datang bersih). Ak pernah tanye die kenapa die x sembanhyang die kate bagi die sekarang aku tidor, die x nak kejutkan ak sbb sekali ak terbangun dah x boleh tidur lagi, ak x paham. Nak juga ak tahu, kemudian die mula bagitau die x percaya pada agama & malas nak berhujah sbb semua hujah die ade dlm buku dawkins dan sam harris. Ak ni bodo, pergi download buku2 tu dan bace cover to cover, lepas bace tgok plak video2 kat youtube (walaupun mase tu xde duit nak subscribe broadband laju). skarg ak jadi freethinker(agnostic to be exact) berpunca dari mamat tu. Ak berjaya dalm pelajaran & mendapat kerja yg baik, mak ak kata die bangga dgan ak sbb jadi contoh kpd adik2 yang lain tapi amat kecewa dgan ak yg x sembahyang dan x mengamal cara hidup islam, die kate ak kufur nikmat. Sebenarnya bukan sekali ak mencuba untuk kembali ke "pangkal jalan" ni, tapi ibarat kawan ak tu kate sekali terkejut dari tidur ni x mungkin da boleh tidur balik, kalau keluar islam masuk kristian ok lagi, boleh lagi diislamkan semula, tp bila da TERSEDAR tanpa apa medium lain (seperti agama) tak mungkin boleh kembali tidur (kembali beragama) lagi, melainkan ade orang boleh reboot otak ni. Masa ramadhan 2011 ak puasa penuh, malam mengaji dan terawih 30 hari mengikuti ceramah2 agama disurau, pergi balik kerja dengar ceramah ustaz idruz. tapi x berjaya, ak pernah join tabligh seri petaling, tapi bile ak dgr hujah2 ketauhidan mereka ni ak tau ia tidak boleh diguna pakai bagi yang berfikir, hadith2 pula bagiku kelakar kerana banyak element yang self contradictory mcm syaitan diikat dibulan puasa tapi ade pulak dosa manusia buat tapi disalahkan pula nafsu, tapi tanpa nafsu mcm mana manusia boleh hidup gembira disyurga? maka diada adakan pula nafsu jahat x jahat. Quran pula bercangah dgan sains seperti ayat sperm dari tulang rusuk, dan matahari muncul dari tanah berlumpur dilihat oleh zulkarnain (masa tu mereka x paham tentang bumi ni bulat). Tapi ak masih lagi rasa cemburu pada mereka yg muslim ni, hidup mereka simple, percaya sungguh pada tuhan, mati dibangkitkan semula, sayang pada islam dan terus berharap hudud dilaksanakan di malaysia. Kadang2 ak nak hidup macam tu mengikut arus tapi x boleh. Hidup dua identiti macam ak ni kadang payah contohnya raya tahun 2013 ak join family baca yasin kat kubur arwah datuk aku, semata2 nak diterima oleh mereka. Aku nak tanya apa pendapat korang? adakah patut org mcm kita berhijrah keluar negara? sebab kita minoriti yg jika diketahui majoriti diangap sebagai sesat & hina. Kadang2 ak kena berlakon, contohnya bile balik kampung x larat kene bebel oleh mak ak, ak pegi sembahyang jumaat walaupun bile dgr khutbah ak rase isinya adalah bertentangan dgan common sense dan logik akal (nak ketawa pun ade), dan bile ak sembahyang ak dengar imam menangis ak rasa alahai kesianya kerana menangis takut akan yang tiada. Tapi kadang2 ak cemburu dgan mereka ini yg merasakan dgan penuh yakin ini lah kebenaran yg hakiki, hidup senang ikut je ape orang buat, tp ibarat kata kawan ku itu, sekali ko terjaga takkan boleh lagi tidur seperti mereka ini.

    BalasPadam
  7. tak payah doakan puak ateis nih...semua buang masa jer..

    BalasPadam
  8. Tulisan yang bagus. Bahasa yang bagus, Apa pendapat ko psl undang2. Undang2 yang yang ade di malaysia baik di luar negara, adalah satu penganiayaan, Apa hak majoriti untuk menentukan drug consumtion itu salah. Malah di sesetengah negara maju, memiliki dadah boleh dihukum gantung? Saya rasa itu adalah penindasan menggunakan agama demokrasi?

    BalasPadam
  9. org syiah ada otak sikit dari org sunni... sy ada pengalaman jd "org syiah". hehe

    BalasPadam