Pelbagai agama dan kepercayaan dicipta oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu. Kebanyakan agama tidak dapat bertahan melawan arus zaman. Ada yang dihapuskan oleh agama baru, dan ada juga yang hilang sendiri lantaran pupusnya tamadun atau masyarakat yang menganutnya. Agama kuno ini kemudiannya menjadi mitos, kisah dongeng atau kisah purbakala.
Manusia adalah pencipta agama. Secara tidak langsung, manusialah yang mencipta entiti yang dipanggil 'TUHAN'. Lantaran itu tuhan mewarisi sifat kemanusiaan seperti marah/murka, benci, sayang, rindu, kasih, ego, narcissistic, sentiasa mahu dipuji dan sebagainya. Dan kerana manusia yang mencipta agama, maka pengikut agama tersebut sahaja yang diwar-warkan selamat pada akhir kehidupan. Pengikut agama lain akan dihumban ke neraka.
Lihat sahaja agama Yahudi, Kristian & Islam. Masing-masing mengatakan jalan mereka adalah betul dan hanya pengikut mereka masing-masing sahaja akan menjejak kaki ke syurga.

Mungkin satu masa nanti, agama-agama semitic ini pula akan dianggap sebagai kisah dongeng. Ia akan menjadi himpunan kisah fairytale yang diceritakan kepada anak-anak sebelum mereka tidur sebaris kisah Red Riding Hood dan Snow White. Dan mungkin juga pada masa itu manusia hidup lebih gembira lantaran tiada kebencian antara agama dan tiada keganasan atas nama tuhan.
.
Indahnya hidup jika tiada agama didunia. Kita hidup dgn nilai kemanusian dan undang2 yg datang dari fikiran yg sihat.
BalasPadamagreed :)
PadamMalangnya agama telah menipu kita bahawa manusia memerlukan 'manual' sebagai panduan, sedangkan kita mampu menjalani kehidupan yang lebih baik tanpanya.
BalasPadamYa.. Dan mereka yang telah kecanduan agama menjadi malas untuk berfikir. Mereka hanya mengikut 'manual' tersebut tanpa sedar yg ianya telah expired dan menzalimi banyak pihak.
Padamagama telah menjadi tuhan pada manusia...
BalasPadam