Seluruh masyarakat dunia dari Jepun, China, India, Nusantara, hingga ke Eropah dan tanah Arab mempunyai kisah-kisah fairytales tersendiri. Dengan mudah manusia dapat mengkategorikan kisah-kisah itu sebagai kisah dongeng ciptaan manusia. Namun apabila kisah-kisah ini bersatu dengan agama, para penganutnya menutup suis logika mereka. Segala kisah tersebut ditelan sebagai kisah benar tidak kiralah segila manapun jalan ceritanya.
Bagi orang agama, kisah dalam kitab suci adalah benar belaka. Untuk meyakini kisah-kisah tersebut, akal perlu dibuang keluar, digantikan dengan segala kegilaan mengenai tuhan yang kuat cemburu, pemarah, pendendam dan sadistik yang amat suka menghancurkan seluruh kaum purba atas alasan, mereka tidak meyakini kewujudanNya. Cerita berbeza namun konsep yang sama diulang-ulang. Kisah tuhan egoist membisik wahyu kepada seorang lelaki secara senyap-senyap, kemudian menyuruh lelaki tadi menyebarkannya kepada masyarakat umum. Jika mereka menolak, semua sekali tak kira anak-anak, orang tua, wanita, serta haiwan peliharaan akan dihapuskan dengan bencana alam seperti ribut, gempa bumi dan banjir besar.
Belum lagi masuk bab manusia hidup dalam perut ikan, laut terbelah dua, unta keluar dari batu, manusia kebal api, haiwan bercakap dengan manusia, batu boleh berlari, bayi lahir tanpa benih bapa, bulan terbelah dua, manusia mati hidup semula, dan pelbagai lagi kisah yang boleh diklasifikasi sebagai dongengan.
Bagi orang agama, kisah dalam kitab suci adalah benar belaka. Untuk meyakini kisah-kisah tersebut, akal perlu dibuang keluar, digantikan dengan segala kegilaan mengenai tuhan yang kuat cemburu, pemarah, pendendam dan sadistik yang amat suka menghancurkan seluruh kaum purba atas alasan, mereka tidak meyakini kewujudanNya. Cerita berbeza namun konsep yang sama diulang-ulang. Kisah tuhan egoist membisik wahyu kepada seorang lelaki secara senyap-senyap, kemudian menyuruh lelaki tadi menyebarkannya kepada masyarakat umum. Jika mereka menolak, semua sekali tak kira anak-anak, orang tua, wanita, serta haiwan peliharaan akan dihapuskan dengan bencana alam seperti ribut, gempa bumi dan banjir besar.
Belum lagi masuk bab manusia hidup dalam perut ikan, laut terbelah dua, unta keluar dari batu, manusia kebal api, haiwan bercakap dengan manusia, batu boleh berlari, bayi lahir tanpa benih bapa, bulan terbelah dua, manusia mati hidup semula, dan pelbagai lagi kisah yang boleh diklasifikasi sebagai dongengan.
Saya tiada masalah jika ada sahabat-sahabat yang ingin terus meyakini kisah-kisah dongeng tersebut. Namun janganlah dihina dan dimarahi mereka yang tidak mahu mempercayainya. Kami adalah golongan yang meraikan rasionaliti akal fikiran. Kisah-kisah dongeng bagi kami sekadar hiburan. Jadi jangan terasa hati jika kami ketawa takala mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan dengan begitu serius dan penuh emosi oleh golongan agama.
.
.
Ini amat baik untuk dibuat satu rencana dalam majalah. Info ringkas tapi padat dan tepat :)
BalasPadammanalah ada majalah yg nak terbit rencana macam ini puan/cik Aisyah :)
PadamMasa kecil2 dulu macam syok je dgr cerita nabi2 ni. Bila dah besar baru sedar mengarut je. Patutla ulama2 tak cerita lagi pasal ni sebab diorg pun malu nak cerita agaknya.
BalasPadamMaaf wan. Yg unta keluar dari batu tu kisah pasal apa tu? Boleh buat hujah dgn kawan-kawan (^_^)
BalasPadamKisah nabi salleh kalau tak silap. Salah satu 'magic' dia adalah mengeluarkan unta dari batu.
PadamSelalu magician keluarkan arnab je dari topi.. hehe
Problem dgn islam tak terhenti setakat kisah2 karut nabi2 je.tp lebih menyeluruh dalam semua aspek agama tu sendiri.percaya atau tak,problem ni tak sesimple apa yg kita nampak sekarang ni yg buatkan kita pelik macam mana manusia waras masih boleh percaya sedangkan mereka tu bijak pandai.siap jd professor universiti,doktor,loyer,majistret dsbg.
BalasPadamconsider this,kalau kita tgk blk dlm quran,contohnya perihal meteor sebagai peluru utk tembak setan,zulkarnain sampai ke hujung dunia,manusia dicipta dr tanah liat mcm membentuk pasu,matahari jarak sejengkal dari kepala di pdg mahsyar(ni mmg ridiculous,sejengkal nk jd apa?even sejuta kilometer pon dh hangus,nikan peluh takat pinggang),semua ni terbukti karut dgn penemuan sains.tp benda2 ni tak semudah tu utk dibuang mcm tu je oleh org2 islam.satu taktik yg paling berkesan,benda2 yg terbukti salah fakta mcm ni dgn mudah dimasukkan dlm kategori metaphor/allegories.dgn itu,ayat dibawah ini amatlah convenient bg mereka.
surah al'imran, ayat 7;
"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah."
bersambung...
-Bukan Hamba-
sambungan
BalasPadamkita boleh terima kalau argument yg quran tu mmg diturunkn setghnya jelas,dan setghnya berkias seperti ayat diatas.tp,who decides which is which?bilakah fakta2 logik kekal sbg fakta dan yg tak saintifik dikategorikan sbg metaphor?ikut apa yg kita dpt observe sampai hari ni,jwpnnya ialah, setelah sheikh2 dan ulamak2 dah kering idea mcmana nk membenarkan semua ni lg sedangkan fakta sains dgn jelas menunjukkan ianya terpesong.tp bg manusia2 yg hidup sebelum zaman sains,dah tentu mereka menganggap semuanya realiti,tak ada yg metaphor.what kind of double standard is this?adakah tuhan tu suka conform kpd provisional mindset/knowledge mengikut zaman,instead of teaching the truth?atau at least avoid teaching the wrong stuff kalau alasannya ilmu sains terkini akan konfiuskan masyarakat kuno?
argument yg kita biasa dgr ialah kebijaksaan tuhan menggunakan ayat clear dan straightforward utk perkara2 berkaitan hukum hakam,ibadah dan ritual.manakala menggunakan metaphor utk kisah2 pengajaran dsbg.to me,this is utterly bullshit.quran tak bg clear instruction utk haji,puasa,not even tutup aurat.semua ni masih lg perlukan interpretation manusia yg boleh jd bercabang2.hasilnya,tgk sekeliling anda.whoever has the authority,he dictates his version of truth.oh isu kalimah allah...bila nk abis?belum masuk instructions berkaitan perang.no wonder islam sgt sinonim dgn terrorism.selagi masalah interpretation ni ada dlm islam,islam will never work,islam tak akan jd penyelesaian kpd masalah dunia,islam tak boleh jd the way of life!even satu dunia dah masuk islam pun kedamaian takkan muncul.
bersambung...
-Bukan Hamba-
sambungan
BalasPadambalik pd kisah2 fairytale.zaman ni kita dah nampak org islam terpecah dlm isu israk mikraj,samada terjadi exactly mcm diceritakan atau sebaliknya.bg yg murtad,"mehh...merepek".bg yg islam tp masih punyai kuasa atas logik akal mereka,"tidak...ini metaphor saja,roh nabi saja yg naik ke tujuh langit".helloo...tujuh langit?manada langit.langit tu cuma label yg kita bg utk describe empty space diluar atmosfera bumi.ye,ofcourse..tu pun metaphor kan?...surely org dulu2 percaya yg langit tu mmg benda fizikal kat atas kepala.kebetulan bercakap psl langit,kt mana kedudukan allah sebenarnya?kalau allah tak ada kedudukan spesifik (omnipresent),kenapa nabi kena naik atas langit bertemu arasy allah?
tak mustahil,dalam 10-50 akan datang,bila sains makin progress,lebih byk kisah2 fairytale ni tak akan mampu bertahan sbg fakta,unless tunduk kpd realiti dan jatuh dlm kategori metaphor/allegory utk memastikan islam kekal relevan.bila satu masa evolution dah tak mampu dibidas lg,dah tentunya kisah adam hawa tu akan jadi kisah kiasan dgn makna pengajaran super mendalam nonesense.
sedikit brain teaser;mungkinkah satu hari nanti,dongeng neraka pun akan masuk dalam kategori kiasan,metafor atau simbolik?setelah ilmu psikologi semakin berkembang,kita dapat nilai yg penceritaan kisah sadis neraka dlm quran tu agak way overboard.mesej yg sepatutnya membuatkan kita menangis ketakutan dah membuatkan kita menggigil,meracau ketakutan.x abis lg.it's worse than that.kita jd telalu takut sampai lebih dr meracau sampai satu point kita tersnap,wait a minute,is this even real?mesej yg terlalu rich dgn violence tu dah buat kita curios instead.by the way,dlm kepercayaan kristian dah lama dah ada yg menganggap neraka tu simbolik saja.maksud neraka tu cuma 'keadaan yg terpisah dr tuhan'.for me personally,pasti benda yg sama akan jd pd islam satu hari nanti.wajah islam 100 thn lg akan jadi agama yg 99% simbolik.cuma cara tu je islam boleh survive.
sebagai penutup,saya nk ajak semua berfikir.dlm byk2 hadis,kisah2 nabi dan sahabat,ada tak yg terfikir yg cerita2 ni terlalu perfect,terlalu dramatik,terlalu tersusun plot-plotnya.seolah2 semuanya scripted mcm dlm novel atau movie.sedangkan realiti biasanya lebih mundane dan random.contohnya kisah yg nabi sebut ibumu,ibumu,ibumu...tak ke dialog tu mcm terlalu diset towards a predetermined goal of the story?
-Bukan Hamba-
PS: admin,sori comment ni terlalu panjang.terpulang pd admin nk siarkan atau tak.kalau nk amik isi utk post akan datang dlm blog ni pon boleh.dipersilakan
Terima kasih kepada "Bukan Hamba" yang memberi komen yang bernas. Point2 yang anda kemukakan adalah antara penyebab saya meninggalkan agama. Huhu..
BalasPadamPS: Poin2 ini akan disentuh lagi dalam siri PMA. Mungkin dlm rumusan kelak :)