Khamis, 26 September 2013

Jalan Para Atheist.


Kenapa kami memilih jalan ini? Kerana ia adalah jalan yang bebas dari penipuan dan penindasan rasionaliti. Ia bukannya satu kepercayaan atau suatu agama. Ia adalah keadaan asal manusia, default setup, tanpa cengkaman idea-idea karut dan muntahan minda puak arab ribuan tahun dahulu.

Kami adalah golongan manusia yang memilih Sains dan meninggalkan ajaran kitab kuno yang banyak kesilapan sana sini. Bukan kami bermaksud Sains bebas dari silap. Sains hanya ilmu pengetahuan. Sains mempunyai kelemahan. Tetapi kesanggupan warga Sains untuk tunduk kepada penemuan baru dan teori yang lebih kukuh menunjukkan Sains sentiasa dalam keadaan diperbaiki dan dipertingkatkan.

Tidak seperti agama, segala-galanya rigid, kaku, jumud dan beku hingga pelbagai konflik terjadi apabila agama bertembung dengan realiti. Mana mungkin ketamadunan baru yang berteraskan Sains dan teknologi cuba dibentuk mengikut acuan masyarakat padang pasir 1400 tahun dahulu. Hasilnya hanya kepincangan moral, penindasan wanita, penafian hak minoriti, pemberontakan jiwa serta penghinaan terhadap intelektual manusia.


.

11 ulasan:

  1. Beautifully said.. Ia bagaikan rumusan blog ini in a single post :)

    BalasPadam
  2. Jika x keberatan, boleh saudara kongsi kehidupan peribadi saudara. Spt perkahwinan, jika sudah, saudara berkahwin mengikut fahaman mana. Jika belum, adakah saudara plan ke arah itu? Jika ya, akan memilih calun yg bagaimana? Akan berkahwin mengikut cara mana? Bila sudah ada anak, bmana mendftarkan anak?

    Maaf jika terlalu peribadi.

    BalasPadam
  3. Can science create an organism out of non living substance. If thats impossible, can science create a cell?

    BalasPadam
  4. saya dapat rumuskan dari tulisan ini adalah agama itu bongkak dan tidak boleh diubah mengikut masa. Manakala sains itu merendah diri dan ia seiring dengan masa. Nah, jelas mana yg palsu dan mana yang benar.

    BalasPadam
  5. Kamu mati nanti barulah kamu akan rasa seksaan yang tidak terkira. Pada masa itu kamu merayu untuk kmbali semula kedunia tapi tiada peluang kedua. Fikrikanlah wahai kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai manusia takut untuk mati. Lantaran itu pelbagai agama tercipta menjanjikan kehidupan selepas mati. Anda orang beragama adalah golongan yang mahu hidup selama-lamanya. Anda dambakan hidup di syurga yg mewah makanan, arak, susu dan madu mengalir bagaikan sungai, dan ribuan bidadari-bidadari pemuas nafsu serakah.

      Kerana mahu merebutkan mimpi-mimpi kosong ini, anda sanggup akur dan mempersetujui yang seluruh non-muslim dikalangan rakan-rakan anda, jiran-jiran, guru-guru, kawan sepejabat, mereka-mereka yang telah membuatkan hidup anda selesa seperti pembina jalanraya, penyapu sampah, polis trafik, para doktor, pengurus rumah orang kurang upaya dan lain-lain diseksa setiap hari selama-lamanya diakhirat hanya kerana perbezaan keyakinan?

      Adakah anda mahu menjadi seorang manusia yang pengecut, dayus dan mempunyai hati yang sangat-sangat jelek? Bukakan sedikit minda. Kaji semula ajaran kaum padang pasir yang disuapkan ke dalam minda kita sejak kecil.

      Berhenti dari menjadi hipokrit. Berhenti dari menipu diri sendiri. Berani mengambil langkah pertama iaitu mempersoalkan pegangan diri sendiri. Bukan kerana sesiapa, tetapi kerana jujur dgn diri sendiri.

      Fikir-fikirkanlah wahai sahabat :)

      Padam
    2. Relax brader, brader relax. Kalau engkau lahir di benua Eropah, Amerika, Afrika dan ataupun kau dilahirkan di Malaysia tetapi dalam bangsa lain. Lahir-lahir je ke muka bumi ini sudah pasti engkau bukan Muslim. Macam mana nak kira ni?. Ouh okay, tunggu dapat "hidayah" kan?. Jadi kalau tak dapat "hidayah" sampai kau mati. Masuk neraka lah juga kan. :p

      Padam
  6. sy rase makin jauh dgn tuhan sejak follow blog u. Sigh..

    ..yet i m still here seperti ditarik hidung.

    Good video by the way. it makes me thinkin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. its ok.jangan terburu-buru.what ever the outcome,mcm video tu cakap,never stop asking questions

      Padam
    2. Terima kasih kerana singgah kemari :)

      Tidak salah untuk kita berfikir secara kritis setiap aspek yang berkaitan dgn diri kita sendiri. Yang penting kita tahu dan berpuas hati bahawa setiap kesimpulan yang kita dapat adalah hasil dari pencarian, pemikiran dan kefahaman kita yang mendalam, bukan sekadar ikut-ikutan.

      Have a great weekend ;)

      Padam
  7. muzik latar belakang dia sedap di dengar, siapa tahu tajuknya..? :-)

    BalasPadam