Pilihan terbentang luas. Mana satu jalan yang anda pilih?
- Adakah anda ingin menjadi golongan yang pandang ke masa silam atau golongan yang pandang ke masa hadapan?
- Adakah anda ingin menjadi manusia yang yakin pada fantasi atau manusia yang berpegang kepada bukti?
- Adakah anda mahu menerima membuta-tuli apa yang anda pelajari atau anda mahu berfikiran kritis & rasional terhadapnya?
- Adakah anda mahu terkurung dalam undang-undang barbaric orang Arab 1400 tahun dahulu atau anda mahu mengikut undang-undang terkini yang dibuat hasil pemikiran manusia yang rasional dan berperikemanusiaan.
- Adakah anda mahu diancam dan diugut dengan azab seksaan jika bercanggah pendapat dengan kitab suci, atau anda dipuji apabila anda bercanggah pendapat serta mengemukakan penemuan baru dalam kajian sains dan teknologi?
Sukar bagi mereka yang terperangkap dalam dogma agama untuk melihat alternatif lain jalan yang mereka lalui. Tetapi fahamilah, pilihan sentiasa ada. Malah kuasa memilih itu ada ditangan setiap individu. Buatlah pilihan sekarang. Jika tidak sekarang, bila lagi anda ingin keluar dari delusi dan manipulasi agama? Bila lagi untuk anda hidup dengan fikiran yang bebas dengan perspektif kehidupan yang jauh lebih luas?
.
Kita pilih dgn akal yang terbuka. Jangan sampai masuk trap ugama yang tidak lagi relavent!
BalasPadamtepat sekali. :)
Padamu ni penyanyi aisyah tu ke? ha3
BalasPadamSaya pilih bank rakyat! haha (tiba-tiba je)
BalasPadamhaha.. lawak tok imam malam2 ni :)
PadamBro wan, dah macam ucapan pilihan raye dah gua dengar bro...lol...like ai said on my facebook before, kita tubuhkan parti murtad semalaysia....saya mesti piley!!! Hahaha
BalasPadamOk juga tu.. parti murtad semalaysia (PMS).
Padamer.. PMS? lain macam bunyinya.. haha