Jumaat, 6 September 2013

Jangan dilayan.

 

Kebelakangan ini banyak komen di blog ini yang datang dari orang beragama berbaur kesombongan, kejahilan, dan sindiran kasar. Mereka ini sekadar mahu menghentam kita golongan Melayu atheist/freethinker/agnostic dengan hujah-hujah yang menyeleweng serta kiasan yang kosong tidak berisi. Apabila mereka tidak dapat mematahkan hujah rasional kita, mereka mula menggunakan taktik kotor dengan merendah-rendahkan intelektual golongan atheist.

Taktik tipikal yang selalu digunakan adalah dengan mengutuk keluarga kita sebagai beruk, menuduh atheist boleh bersetubuh dengan mak bapak sendiri kerana tiada agama, menuduh ilmu atheist Melayu hanya copy paste dari internet, mengatakan atheist Melayu cuba mengikut trend atheist barat, mengisytiharkan bahawa golongan kita akan diazab seteruk-teruknya bila mati kelak dan sebagainya.

Tanpa mereka sedar, mereka hanya menzahirkan kejahilan mereka mengenai atheism. Pendekatan mereka terhadap atheism seolah-olah ia sejenis ideologi atau sejenis agama. Sedangkan atheism itu hanya satu definasi bahawa kami tidak percaya pada kewujudan tuhan lantaran tiada bukti-bukti yang kukuh! Itu sahaja.

Komen-komen mereka juga menunjukkan wajah sebenar kemunafikan orang beragama. Penggunaan kata-kata yang kotor seperti lubang tahi, ekor bergelumang tahi, tulisan penuh tahi dan sebagainya mencerminkan peribadi mereka (saya pun tak tahu kenapa golongan mereka suka sangat dengan perkataan 'tahi').

Seumpama air yang dituang penuh dengan debu, maka sudah tentu dalam teko air itu penuh dengan debu. Jika tulisan mereka penuh perkataan tahi, maka agak-agaknya apakah yang penuh dalam otak dan jiwa mereka?

Mulai sekarang saya akan terus delete komen mereka tanpa kompromi. Tak perlu kita merendahkan tahap intelektual kita setaraf pemikiran beku mereka. Just ignore them. Otak mereka yang tertutup akan tetap tertutup selagi mereka tidak mahu berfikir luar dari dogma agama.

.

9 ulasan:

  1. mungkin x payah delete kot.biarkan je komen2 mcm tu jd paparan kpd pembaca lain yg masih rasional,betapa rendahnya tahap pemikiran org yg claim dapat petunjuk dari tuhan.kekadang boleh jd bahan kelakar jugak.

    BalasPadam
  2. "mungkin x payah delete kot"..itu aja ayat drpd kamu yg aku setuju kerna jika kamu delete 'komen' aku ya pasti akan aku ulasnya lg buat tatapan kalian...tapi jujur ah aku x tidak peduli mau delete atau tidak itu terserah sama kamu..

    BalasPadam
  3. Yup. Definitely agree. Just ignore yang bodoh2 tu. Jangan dilayan sangat. Dari pengalaman saya sendiri, semua tu hanya membuang masa saja. Tulis banyak post2 baru lagi berfaedah dan produktif :)

    BalasPadam
  4. Haha, typical atheist..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, typical muslim.. butthurt la tu! hahaha

      Padam
  5. teruskan menulis, saya suka baca blog anda walaupun saya ni seorang muslim

    BalasPadam
  6. Aku syorkan ko takyah delete komen2 tuh, biar jer terpapar kat sini. Half of what makes this blog interesting is reading the comments that these e-jihadist troglodytes write.

    BalasPadam