Selasa, 29 Oktober 2013

Ketidaksempurnaan.


Kehidupan ini tidak sempurna.
Diri ini tidak sempurna.
Akal ini tidak sempurna.
Manusia berjuang dalam ketidaksempurnaan.

Ya, tiada kesempurnaan. Yang ada hanya siri kerambangan situasi. Kadang-kala kebetulan-kebetulan yang menakjubkan, bersama turun naik emosi dan kefahaman.

Kehidupan ini tidak sempurna. Namun inilah realiti yang nyata. Pilihan ditangan sendiri. Bukan pada entiti rabbani mahupun dewa sakti.

Ketidaksempurnaan ini acap kali menganugerahkan pilihan. Pilihan antara suka dan duka. Pilihan antara benci dan toleransi. Pilihan antara mahu berfikir & atau sekadar duduk berserah kepada pelbagai dalih.
Aku tidak sempurna.
Engkau tidak sempurna.
Dalam hal ini kita tiada beza.
Menyulam kehidupan dalam ketidaksempurnaan yang sama.


.

15 ulasan:

  1. agreed.hidup x sempurna,dunia x sempurna. tp langsung x bermakna mesti wujud satu entiti sempurna yg boleh provide kesempurnaan, dan sesuatu pihak yg claim mampu provide kesempurnaan adalah betul (read:religion).life doesn't beg perfection.it stays imperfect as it is, as expected for something that resulted from various random occurrence.tugas kita ialah make the best out of this limitation. bukannya biarkan diri terperangkap dlm delusi x rasional, dan habiskan byk tenaga defending such delusion

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah anda mengaku manusia tidak sempurna. Sesungguhnya Allha SWT lah yang sempurna dan insan yang tidak sempurna ini memerlukan Allah untuk membimbing ke jalan yang diredhaiNya. Alhamdulillah, anda telah nampak hakikat (fact) ini. Musnah yang batil apabila datang kebenaran. Moga anda terus mencari dan mencari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jai ni tidak tahu apa yg dia cakap.mcm tak pernah ambil tahu sunnah nabi dari sira al nabawiyya dan koleksi hadis sahih 6 imam terkemuka.pasti dia tak tahu yang idola dia tu membenarkan pengikut sendiri gunakan taqiyya utk membunuh kafir,juga pembunuhan tersebut adalah kehendak idola tu.

      Padam
    2. jelaslah mentaliti anda mmg senget dan terpesong dek doktrin agama yg tebal menghimpap kemampuan anda berfikir.anda sewenang-wenang membuat andaian langsung tak berasas tentang golongan tak beragama.darimana anda korek fakta yang golongan kami ini mengaku sempurna?daripada kalangan kamikah sendirikah atau dari ceramah pak imam2,guru2 agama yang anda rasa ada authority?

      bagaimana kami nak hormat manusia jenis seperti anda jika begini membuat andaian sesuka hati,menolak realiti,malas mengkaji,tak cuba mengenali orang2 seperti kami.Tanpa nama pertama diatas dah jelaskan dgn baik pandangan kami tentang kesempurnaan.komen anda dgn penuh ignorance ni bukti kebenaran komen tanpa nama tersebut.apakah anda faham maksud komen diatas?

      Padam
    3. taqiyya itu fahaman syiah wahai sahabat, dan
      bagaimana mahu mengkaji kalian sahabat semua,
      andai setiap hujah, kami sulamkan bersama ayat dari kitab 'padang pasir' anda semua sangkal dengan logik akal yang dangkal

      Padam
  3. Tau pun diri ko tak sempurna. Sebab tu kita kena kembali kpd Islam yg sempurna..

    الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

    “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (Al-Maaidah: 3)

    Teruskan mengkaji!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni pandai je suruh orang teruskan mengkaji,dia tahu ke tak saidina uthman pernah membakar beberapa versi al-quran sebelum guna-pakai versi yang ada sekarang.

      Padam
    2. nak tanye...ape sebenarnya fungsi golongan Tahfiz Al-Quran tu ye?mohon penjelasan....

      Padam
    3. Yeke saidina uthman pernh membkar alquran?boleh cerita lebh lanjut?

      Padam
    4. Yeke?boleh critakn lebh lanjut?

      Padam
  4. hmm.. End of the day, people only see what they want to see..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah bro.. Delusi mereka terlalu tebal. Mabuk dalam ideologi karut padang pasir. hahaha. Sabo je la

      Padam
  5. ideologi padang pasir? boleh terangkan..

    BalasPadam
  6. Pada pandangan sy...apa yg dkatakan kesempurnaan itu adalah seluruh gabungan ketidaksempurnaan yg terwujud...practice make perfect because of we are not perfect!

    BalasPadam