Sabtu, 5 Oktober 2013

Aku Menulis Kerana Apa? Hmm..

Aku menulis di dalam blog yang bergenre taboo dan mempunyai target pembaca minoriti ini bukan untuk menghina orang beragama. Kritikan dan ulasan aku adalah terhadap ideologi lama yang dipegang oleh bangsa aku, bangsa Melayu. Pada masa yang sama aku berharap penulisan aku yang sedikit keras terhadap agama dapat memberi satu anjakan persepsi dan provokasi terhadap pemikiran jumud bangsa aku. 

   Ah, aku tidak peduli jika mereka menjadi atheist atau tidak. Apa yang penting mereka dapat memahami realiti sebenar dunia. Mengapa Islam dikaitkan dengan keganasan? Mengapa masyarakat non-Muslim membenci negara Islam timur tengah? Mengapa Muslim semakin mundur dan mundur dalam sains & teknologi? Mengapa remaja Melayu Muslim mengalami krisis dalam moral dan identiti? Itu semua soalan-soalan yang aku ingin tanam kepada benak orang kita dan semoga mereka dapat mencari sendiri jawapannya dari blog ini.

Aku terbaca di sebuah website soal-jawab agama:

 

   Aku ketawa kecil bila penulis itu mendakwa aku mahu menghapuskan Islam. Lebih lucu lagi bila dia mengatakan usaha aku menulis di blog ini hanya membantu menyebarkan Islam. Disambung dengan ekspresi tipikal mereka "Allah Akbar!". Seorang lagi Muslim dengan akal dangkal dan kata-kata yang berakar dari minda berdelusi.

   Aku tiada masalah dengan Islam. Bagiku ia sama seperti budaya manusia yang diturunkan dari generasi ke generasi. Bagaimanapun, ajaran berusia 1400 tahun ini mempunyai potensi menakutkan jika ia diamalkan secara fanatik dan egois tanpa memandang realiti kehidupan zaman ini. Contohnya keganasan atas nama Islam di pelbagai negara (antara yang terbaru: 40 pelajar maut ditembak tentera Islamis di Negeria), pembunuhan kaum Kristian di Syria, pengeboman berani mati (terbaru sekali kelmarin di Iraq, 60 orang maut), penafian hak wanita, perkahwinan bawah umur di Yamen, dan banyak lagi. Hanya mereka yang dalam keadaan denial sahaja tidak nampak perkara ini.

   Muslim di nusantara seumpama robot-robot yang menafikan itu semua berlaku. Seolah-olah otak mereka telah dirakam "Dunia masih aman, Islam agama kedamaian, Kerosakan di dunia berpunca dari orang kafir". Aku pernah menjadi salah seorang 'robot' seperti mereka. Lantaran itulah aku menguatkan hati untuk membuat blog ini bagi membangunkan mereka dari terus tidur dalam penafian.

Oh ya, website di atas itu mengatakan tanpa sedar aku membantu menyebarkan Islam. Biarlah aku jawab dengan screenshot di bawah:

 

Kemudian beberapa hari selepas itu, kami ber'PM sekali lagi.

PS: Moga sahabat semua bebas dari dogma-dogma pemikiran yang sempit dan terpesong dari realiti. Sentiasa kita menghargai setiap hela nafas kita di dunia ini dan menikmati kehidupan yang sebenar-benarnya. Have a good weekend!

.

40 ulasan:

  1. Well, this make my day

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Me too.
      Ayat "Bahaya isi blog itu bagi yang tidak kuat imannya" daripada Rush Sina di atas tu juga pernah diucap oleh saya juga semasa membaca www.islam-watch.org 2 tahun lepas. Kenapa rasa bahaya? Kerana terasa kepercayaan kepada islam tu tergoncang dan rasa sgt takut bahawa apa yang diimani selama ini mungkin salah. Ada 2 situasi yang boleh wujud, jika rasa takut menyebabkan Bro Rush Sina berhenti mencari kebenaran, beliau akan menjadi islam selamanya. Jika Bro Rush Sina mengatasi rasa takut dan mencari kebenaran tanpa prejudis, maka dia pun akan jadi ateis seperti saya.

      Padam
  2. Orang kita ni hidup dalam khayalan. Cakap macamana pun diorg tak boleh terima juga. Terima kasih kepada penulis kerana menyampaikan isi hati aku. Heh heh

    BalasPadam
  3. So bro, dapat 'saudara baru' la ni ya? hehe

    BalasPadam
  4. Firman Allah SWT:

    Atau siapakah dia yang menjadi tentera bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah dalam (keadaan) tertipu. Atau siapakah dia yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri? Maka apakah orang yang berjalan terjungkal di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 orang islam ni bila dah xde argument nak balas,xde hujah intelektual nak dikeluarkan lagi,dorang akan rasa x senang duduk kalau x buat apa2.jadi at least,quotelah mana2 ayat quran dgn harapan setinggi gunung that somebody will pick it up, akan tertancap,terkesima dgn 'magis' ayat kata2 allah tu dan balik kpd islam.

      well,its not doing it.ayat spesifik diatas xde apa2 makna mendalam pun,cuma membeza2kan 2 golongan manusia yg percaya dan x percaya.memberi security kpd yg dh commit utk percaya dn terpaksa 'submit' everything about their life to allah.ini adalah satu kehilangan sebenarnya kalau tgk dr konteks pengikut awal nabi.kerana hidup susah,terpaksalah invest for hope in the afterlife.so ayat2 bagi security mcmni amatlah didahagakan.

      thats all there is to it.islam menerapkan mentaliti 'us vs them',kita yg benar dan orang lain yg sesat.itulah yg dilakukan oleh islam,memecahbelahkan manusia dgn kebencian,prejudis,diskriminasi,sikap condescending.

      walhal manusia dah hidup sejak zaman batu beratus ribu tahun dulu,discovering,belajar dari kesilapan,berkerjasama membangun tamadun tanpa islam pun.then came islam saying no,hanya jalan allah saja yang boleh bimbing hidup manusia.x ke satu statement yg angkuh tu?

      -Bukan Hamba-

      Padam
    2. dalam islam zalim tu maksudnya tidak meletakkan sesuatu ditempat yang betol mcm ko r, ade akal x brape nak gune..Al-anbiya ayat 99: Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam Neraka dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam Neraka selama-lamanya, ko rase manusia paling lame boleh hidup lame mana? paling lame 100 tahun, adakah ia adil kalo orang buat dosa 100 tahun letak dalm neraka selama lamanya..bukan kah ini zalim? Sbb bende2 mcm ni la hidup orang islam x berkat, suke sangat meletakan sesuatu tidak ditempat yg sepatutnya, sampah korang buang sesuka hati, kalo pergi toilet masjid diorang x flush pon toilet,padahal tu rumah Allah, tp kalo org nak runtuh masjid pandai pulak die mengamuk -aminbakri-

      Padam
  5. Apa tujuan ayat ni? Untuk mengingatkan umat islam yang lain dan menyedarkan kami yang kafir ni. I pun nk bg peringatan juga ni. Sementara iman u masih kuat lagi ni, lebih baik kurang2kan berkunjung ke blog ni.U x rasa bahaya ke baca blog ni. Karang terpesong aqidah plak. Bukan apa. Sekali terbangun, susah nak tidur balik. - Pesanan dari Ex Muslimah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong ex-Muslimah! kami tidak bertanggungjawab atas 'terbangunan' anda :)

      PS: Hanya yang jujur dan berani mencabar keyakinan diri sahaja mampu terbangun dari mimpi. Good Luck bro Jai!

      Padam
    2. Kepada Ex-muslimah dan co.

      Jadi kesimpulannya adakah dunia ini secara inherentnya tidak adil? Orang yang berlaku kejam, tidak perlu takutkan balasan atas kekejamannya?

      Dan orang yang dizalimi pula?

      Maaf kalau soalan ini terlampau terlambat (baru saja discover blog ni dalam bahasa melayu, usually benda macam ni semua dalam english, terasa agak delighted yang ada juga saudara sebangsa yang merenung).

      saya x berminat untuk berdebat, cuma nak tahu pendapat saudara sekalian. secara hakikatnya, walaupun agak mudah untuk kita semua untuk memilih haluan/kepercayaan masing2 (atau menolak), saya rasa lebih sukar secara nalurinya untuk accept dunia tanpa keadilan, sama ada in this life or the next.

      harap boleh berkongsi pendapat sekalipun terlambat. thanks - seekerme

      Padam
  6. That crying Hacker Boy sticker is EPIC xD

    BalasPadam
  7. Bro Awaken Malay a.k.a Wan Izzuddin, saya Ismail dari Selangor.

    Saya berminat dengan cara pemikiran tuan. Boleh kita jumpa di Sri Petaling? Atau boleh beri no. phone tuan? Jangan risau saya belanja makan dan duit minyak nanti. Saya harap janganlah ditolak permintaan ikhlas ini. Hubungi je saya Ismail 03-9580515. Selalu saya yang angkat. Jika saya tiada tinggal je pesanan. Saya akan call balik. Terima kasih tuan.

    Ismail.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. call no ini: 03-90570162. ya.

      Ismail

      Padam
    2. maaf ya. kurang berminat. Terima kasih.

      Padam
    3. Abang Mail nak ajak berdebat ke? :p

      Padam
    4. Berdebat xpe lg. Sekali nak nyawa...sendiri mau ingat la

      Padam
    5. kurang berminat ke takut...?saja tanya...hahhahahah

      Padam
  8. Ini lah kelakuan mat atheis cap ayam...hanya ss komen yang bias berat sebelah...komen aku yang panjang lebar pun terjawab...pirahh pengecut.

    BalasPadam
  9. Ibn 'Aun reported:

    I wrote to Nafi' inquiring from him whether it was necessary to extend (to the disbelievers) an invitation to accept (Islam) before m". ing them in fight. He wrote (in reply) to me that it was necessary in the early days of Islam. The Messenger of Allah (may peace be upon him) made a raid upon Banu Mustaliq while they were unaware and their cattle were having a drink at the water. He killed those who fought and imprisoned others. On that very day, he captured Juwairiya bint al-Harith. Nafi' said that this tradition was related to him by Abdullah b. Umar who (himself) was among the raiding troops.

    Source: Sahih Muslim
    Book 19 Chapter 1 Hadith 4292

    Cuba kau tanya mukmin dorang aware tak tentang kewujudan hadith di atas yg menunjukkan perang yang berlaku bukan mempertahankan diri tetapi adalah serang hendap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, dgn mengkaji hadith2 sahih pun boleh jumpa pelbagai masalah dalam agama ini. Tapi biasalah, jika org dalam keadaan 'denial' tidak mampu melihat perkara tersebut.

      Padam
    2. Pointnya: mukmin sering menasihati supaya menuruti al-quran & sunah utk dpt hidayah,maknanya kena faham sebanyak mungkin apa yg terdpt di dlm quran dan hadis sahih,si penasihat pula tidak aware ttg kewujudan hadith2 spt yg di atas.ironik?

      Padam
    3. tu cuma ayat mantra orang islam.apa2 masalah pun solutionnya kembali jalan allah,kembali kpd islam,kembali kpd alquran dan sunnah.tp apa maksud sebenar 'kembali' ni?betul cakap arob wannabe,yg menyuruh kembali tu pun got no idea apa sebebnarnya kembali tu sbb dia sendiri x paham sepenuhnya quran dan sunnah.

      iin fact, auhkan diri dari quran dan sunnah adalah penyelesaian sebenar sbb kita tgk negara2 yg cuba nk ikut quran dan sunnah kebanyakan lg teruk dpd negara sekular atas sbb2 interpretation yg bermacam2.

      malaysia?negara ni relatively okay setakat ni.tp kalau kita move kpd quran dan sunnah sepenuhnya,agak2nye lah mcm mana jd negara ni?makin okay atau makin teruk?

      Padam
    4. Sempena kedatangan hari raya qurban mari kita cuba fikirkan bagaimana ibadah qurban mendatangkan faedah kepada fakir miskin.pengqurban beli lembu dari penternak lembu,lembu diqurbankan dagingnya diagihkan sesama sendiri.penternak lembu untung,orang masjid,kawan,jiran untung merasa daging segar,fakir miskin menganga!

      Padam
    5. Banyak ayat Al-Quran dan hadith tak berpandukan konteks. Apa kata anda buat banyak entries yang bagi ayat al-Quran + konteks + maksud sebenar ayat tu.
      Kebanyakan point2 yang keluar semua ada dalam media.
      Jangan risau, Dr. Maza, Sheikh Hamza Yusuf dll banyak kupas topik2 popular ni. Teruskan mendalami Islam, saya yakin anda belum lagi 100% atheist.

      Padam
    6. Narrated Abu Sa'id Al-Khudri:

      When the tribe of Bani Quraiza was ready to accept Sad's judgment, Allah's Apostle (may peace be upon him) sent for Sad who was near to him. Sad came, riding a donkey and when he came near, Allah's Apostle (may peace be upon him) said (to the Ansar), "Stand up for your leader." Then Sad came and sat beside Allah's Apostle (may peace be upon him) who said to him. "These people are ready to accept your judgment." Sad said, "I give the judgment that their warriors should be killed and their children and women should be taken as prisoners." The Prophet (may peace be upon him) then remarked, "O Sad! You have judged amongst them with (or similar to) the judgment of the King Allah."

      Source: Sahih Al Bukhari
      Vol 4,Book 52,Hadith 280

      Muslim bila tak boleh terima kenyataan yg kepercayaan dianuti disebar oleh role model dgn cara serang hendap akan cakap hadith di atas out of context.apesal kau tak cakap hadith cara2 sembahyang pun out of context?

      Hadith di atas cerita ttg kesah yahudi bani quraiza penduduk sekitar yathrib yg juga diserang hendap waktu subuh.berlaku slps perang khandak,dituduh bersubahat dgn kafir quraish mekah menyerang yathrib.akhirnya 600-900 lelaki kena sembelih dlm masa 1 hari,woman & children enslaved.

      Padam
    7. Kalau zaman skrang, negara-negara yg perang, tapi rakyat yang tak berlawan pulak mati atas alasan 'collateral damage'. Ni kan pulak yang berlawan. Apa kata kita sama-sama menentang perang dan berdamai (lebih-lebih lg isu palestin israel) dan mengutuk siapa-siapa yang melepaskan bom kpd rkyat.

      Padam
  10. saya hasim baharuddin ingin berjumpa dengan anda(kalau lah tak kecut telor)...no tel;03-2282 2222..ada bran?hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi lipas sampah ni? Bagi nombor telefon pun palsu! Anak Baharuddin ni memang pengecut betul. Entah-entah sunat pun belum lagi. Hahahaha

      Padam
    2. hehe.. Bro Hasim, jika dalam internet pun ayat-ayat saudara copy paste dari website christian creationist, akhlak pekerti saudara macam lanun laut, dan hujah saudara kosong tiada isi, untuk apa lagi kita berjumpa.

      PS: Rupanya telefon yang saudara letak tu pun telefon palsu ya? hahaha.. Kuat auta juga saudara ni ya. So dah jelaslah siapa yg kecut telur ni ;)

      Padam
    3. so immature.kita harap hasim ni akan grow out of his bigoted thinking and narrow mindedness.lps tu dpt lihat dunia dari perspektif lbh luas bkn cuma ikut teropong sempit agama shj.saya sebelum murtad pun perangai mcm ni.skarang menyesal betul

      Padam
    4. Mat Imam Norse baru belajar nak jadi kartunis kat KDU ada hati nak jadi ateis ikut2 an perabis duit mak bapak jer....pi belajar rajin2 yer boleh buat animasi untuk puak ateis kat sini...hahhahahaaha

      Padam
    5. lagi satu...no tu betul lar,apsal lak tak betul...korang takde duit nak top up kot...semua nak kena suap mak bapak jer...hahhahahah

      Padam
  11. Truth belongs to anyone, not being monopolized by any single individual or religion.

    BalasPadam
  12. The best truth are kindness and honesty. Letting others fail to know the worst lies in religion through intellectual dishonesty is part of evil. Evil is not the truth. Nobody wants evil things in their life.

    BalasPadam
  13. Ape pendapat korang ttg Allah..korg rs wujud x.
    Alquran tu karangan semata2 ke.
    Nabi muhammad tu blakon2 jadi nabi ke..(delusi)
    And roh..atau nyawa yg hidupkn mnusia..ade x penjelasan mngenai roh dlm sains..

    Ape pndpt korg utk sume ni..

    BalasPadam
  14. aku baru jumpa blog ni dalam 2 hari lepas,,,, dan ni lah blog yang aku cari selama ni,, kandungan penuh isi,,pendapat tentang ketuhanan dan persoalan dari kecik banyak aku dapat dari sni,,, terima kasih :)

    BalasPadam