Ini kisah lama berlaku di Kismayo, selatan Somalia, Afrika. Kisah 5-6 tahun yang lepas. Kisah dimana syariat menjadi undang-undang utama. Agama bukan lagi ditegakkan dengan lisan dan pena. Malah ia ditegakkan dengan senjata api dan bom tangan. Ini adalah kisah seorang gadis bernama Aisha Ibrahim Duhulow yang menjadi mangsa kecanduan agama penganut-penganutnya..
Aisha Ibrahim Duhulow, seorang gadis berusia 13 tahun telah dirogol oleh 3 orang lelaki. Dia dan keluarganya segera berjumpa dengan pemerintah wilayah itu iaitu kumpulan Islamis Al-Shabab untuk membuat aduan. Setelah ketua kumpulan itu mendengar aduan Aisha, dia segera menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada gadis itu. Manakala tugas mencari & menghukum perogol-perogol itu tidak pula menjadi keutamaan bagi mereka.
Dalam agama Islam sememangnya tiada istilah rogol. Ia tidak disebut langsung dalam al-Quran walau ia adalah satu jenayah terbesar di dunia sejak zaman berzaman. Yang ada hanya hukuman bagi zina. Maka dalam zina, yang bersalah adalah kedua-duanya iaitu si lelaki dan si perempuan. Oleh itu jika ada wanita yang mengadu dirogol, maka ia dianggap sebagai pengakuan (verbal confession) bahawa dia telah berzina.
Kumpulan al-Shabab menarik gadis itu ke stadium bola. Pengumuman dibuat kepada penduduk-penduduk tempatan bahawa pelaksanaan hukum rejam akan dilakukan. Semua diwajibkan hadir.
Beberapa activist hak asasi manusia datang melihat namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa berhadapan dengan pihak extremist Islam yang lengkap bersenjata. Mereka melihat tangisan dan teriakkan mangsa dan keluarganya. Bapa Aisha beberapa kali menerangkan yang anaknya tidak bersalah dan masih dibawah umur. Gadis yang berumur 13 tahun itu dilaporkan oleh kumpulan Al-Shabab sebagai wanita berumur 23 tahun berzina dengan 3 lelaki. Mereka juga memberitahu media kemudiannya bahawa Aisha Ibrahim Duhulow mengaku kesalahannya dan dengan rela hati menerima hukuman tersebut.
"Jangan! Jangan! Tolong jangan bawa saya ke situ! Jangan bunuh saya! Jangan bunuh saya!" itu adalah jeritan gadis tersebut, diberitahu sendiri kepada media oleh mereka yang berada berdekatan mangsa.
Aisha Ibrahim Duhulow kemudian diheret dan dimasukkan ke dalam sebuah lubang di tengah stadium hingga terbenam separuh badan. Stadium bola sepak itu mula dibanjiri lebih 1000 penduduk Kismayo dan kawasan sekitar. Dalam kekalutan tersebut, rayuan gadis ini langsung tidak dipedulikan.
50 orang tampil untuk menjadi perejam. Rayuan si gadis hilang berganti bunyi batu-batu dilempar dari seluruh arah. Selepas 10 minit, Aisha tidak lagi bergerak. Mereka mengeluarkannya dari lubang dan mengarahkan 2 petugas medic untuk memeriksa samada dia masih hidup atau sudah mati. Petugas perubatan mengatakan si gadis masih bernyawa. Tanpa berlengah, Aisha ditanam semula dan lontaran batu bermula sekali lagi dengan lebih kejam. Ianya berlangsung sehinggalah mereka pasti yang Aisha meninggal dunia.
Bukan semua bersetuju dengan tindakan al-Shabab. Ada sekumpulan penduduk yang cuba membantah. Pihak militan al-Shabab telah melepaskan tembakan sehingga melukakan seorang lelaki dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Pihak al-Shabab kemudiannya telah memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa atas tembakan tersebut.
"Kami akan melakukan apa sahaja yang Allah arahkan kepada kami" tegas kumpulan Al-Shabab sebelum menyuruh penduduk bersurai.

PS: Sebenarnya amat berat untuk aku menulis kisah ini. Beberapa kali aku bertangguh lantaran perasaan geram, marah, kecewa, sedih yang membuat aku hilang kata-kata. Banyak kisah-kisah sebegini berlaku di seluruh dunia terutama negara-negara Islam. Benar, kezaliman berlaku dimana-mana, namun kisah-kisah seperti di atas adalah bukti kelemahan ajaran agama sebagai rujukan utama sesebuah negara atau pemerintahan. Muslim terutama di nusantara akan mengatakan ia adalah salah penganut bukan salah agama. Tetapi jika agama yang dikatakan paling sempurna pun gagal mendidik jiwa penganut-penganut tegarnya, maka bukankah itu mencerminkan kecacatan agama? There has got to be something wrong with the ideology for it to happen so often.
Negara Islam manakah yang telah menerapkan 100% hukum syariah tidak berlaku pergolakan? Malah sejurus selepas kematian nabi Muhammad, seluruh masyarakat Islam porak peranda. Golongan murtad bertambah dengan pesat hingga khalifah pertama terpaksa mengistiharkan perang. Khalifah kedua dan ketiga mati dibunuh. Masyarakat Islam kemudian berpecah antara pengikut khalifah keempat, Ali (menantu nabi) dan Muawiyah (sahabat nabi). Mereka saling berbunuhan. Belum lagi mengenai perang Jamal antara isteri nabi (Aisyah) dan Ali menantu nabi. Seolah-olah ajaran Islam mengenai kasih sayang hilang bersama wafatnya nabi Muhammad.
Mungkin hukum syariat boleh dijalankan dengan cemerlang pada 1400 tahun dahulu. Tetapi masa berlalu dan masyarakat mula berubah. Pemikiran semakin tinggi dan jauh. Moraliti telah beranjak ke suatu paradigma yang lebih global, lebih sesuai buat zaman tersebut. Wanita dan lelaki berdiri di aras yang sama, saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Undang-undang tidak lagi barbaric dan sadistik seperti hukuman rejam atau kerat anggota badan. Pencapaian ilmu sains telah mencapai tahap memberangsangkan berbeza dengan zaman-zaman sebelumnya. Ya, ianya tidak sempurna dan masih berhadapan dengan pelbagai masalah. Namun ia adalah praktikal dan sesuai dengan kehendak zaman. Malah ia boleh diperbaiki dan diperbaiki lagi oleh setiap generasi yang mendatang.
Wan Izzuddin, 3.38 am.
The best example of how devastating Islam is. Sungguh ironi apabila umat islam masa kini masih menolaknya, sedangkan hudud itu sendirilah yang disarankan islam. Now this is among the best reason why muslim gotta leave islam :)
BalasPadamYou have no right to ask us to leave Islam! Kisah diatas tentu telah diperbesar-besarkan. Mungkin juga tidak pernah terjadi. Islam adalah agama keadilan dan kedamaian. Only people who have darkness in his/her heart can't see the truth.
PadamI was a muslimah myself. I don't think my words is sort of 'asking' or 'appealing' for muslim to leave Islam. I'm just stating 'the best reason' in terms of the real fact. Which is part of the reasons why I left Islam. Muslim don't have any rights to ask infidels to embrace Islam again. Same goes with Islam who don't have any rights to suppress our lives as human being by taking our lives and making our blood 'halal' to be killed. I think there is a strong justification of why Islam set such rules in the past. Ianya hanyalah atas kepentingan politik semata2.
PadamCerita ni betul atau tak, kita tak tahu. Tapi sebenarnya banyak berita di negara seperti Somalia di mana mangsa rogol dihukum seperti dalam cerita ni. Sangat2 menyedihkan. Kejam dan tak adil.
PadamSamada cerita ini betul atau tidak, fakta mengenai terdapat hukuman rejam sampai mati ini masih dinyatakan dalam islam. Muslim tetap tak boleh lari dari fakta ni. It's you to decide. Samada tidak suka/tidak setuju, merelakannya, ataupun buat tak tahu sajala.
PadamJika ini terjadi pun tentu gadis itu mendapat ganjaran syurga Allah yang tidak ternilai. Kesakitan didunia hanya sementra. Tentu dia sekarang gembira disisi tuhan. :)
BalasPadamCuba bayangkan anak anda berada disituasi gadis di atas. Sanggup anda biarkan ia diseksa hingga mati atas alasan dia akan mendapat ganjaran syurga? Komen anda amat menjijikkan (maaf cakap ya).
PadamSusah kalau berbincang dengan orang yang kecanduan agama ni. Semuanya baik2 aje atas nama agama. Hak Allah lebih utama dari hak asasi manusia katanya. Hmm...
PadamTanpa nama 7.51... senang lah cakap... sebab bukan ko yang rasa..mari sini aku lempar batu kat ko supaya ko dapat ganjaran syurga dekat sana..kadang2 aku baca komen2 orang islam ni buat aku rasa jelek..
PadamAlah.. Orang Melayu terlebih manja. Sikit2 ganas! Sikit2 melanggar hak asasi! Hak thuii la. Awaken Malay a.k.a Melayu Celup, ganas atau tidak hanya pada persepsi manusia bro. Mungkin generasi akan datang, kena cubit pun dianggap keganasan. Perspektif manusia berubah2! Sebab tu perlu ada agama utk buat penetapan. Tapi korg mana paham. Semua kat sini melayu celup, melayuu manja.
PadamKo baca balik isu ni..dah memang ganas dan tak ada hati perot..mari sini aku lempar batu kat ko..baru ko tahu ganas tak ganas..bro kalau tak ada hujah nak balas... duduk diam2.. tak pun pergi dengar ceramah zahar deros.. dari ko menyibuk dekat sini
Padam-Johannes-
melayu celop?apa kaitan melayu dgn muslim sebenar?tang tu je dh tunjuk ketidakupayaan berfikir dan menilai guna reasoning.dgn akal camni,patutla x dpt nmpk kekurangan dalam agama tu
Padammat ateis pondan memang larh camtu bro....hahhahhaha
PadamMelayu Muslim = Melayu celopan arab. baik2 dah ada budaya melayu sendiri nak juga cium b****t pak arab tu LOL
PadamMelayu sebenarnya asalnya berkemban dan berkebaya jarang, bukannya bertudung bawah matahawi khatulistiwa terik. Melayu sebenarnya menari Mak Yong, main muzik bertali-tali dan menari ronggeng, bukannya dengar lagu pak arab padang pasir. Nah, nak melayu sangat. Nama pun arab, nak pakai nama Melor, Chempaka dah haram dah. Tak Melayu langsung, puii!
Padam-A.
Salam. Don't put all egg in one basket. Setiap Muslim adalah bebeza bro. Saya pun tak sokong hukuman di atas. But i am still a Muslim. Saya tak fikir ajaran agama sebegini zalim. Peace!
BalasPadambaguslah jika tuan tidak menyokong hukuman diatas :) Pada saya, tidak kiralah hukuman itu datang dari siapa pun samada dari raja, tentera, atau alien sekalipun, ia perlu dinilai dari kaca mata kemanusiaan (humanis). Jika tidak, tak guna kita menjadi manusia.
PadamBagus Jai. Keep good your humanity.
PadamBukalah minda anda. Tiada bezanya islam itu dengan kezaliman dan keganasan kerana peranannya dalam mengasaskan hukuman2 melampau seperti sebatan dan rejam sampai mati ini.
PadamEinstein yang bijak pandai sains pon membantu membunuh beribu2 orang awam di jepun (Bom Atom di Horoshima)
BalasPadamtak publish post aku lagi...hahahha...tahap trauma tingkat 10 ko ni wan tengok nama aku yang hebat ni...hahaha
PadamTidak, Einstein juga kecewa kerana pihak kerajaan menggunakan penemuan saintifiknya untuk kerja2 bom tu. Dia menemukan ilmu sains, namun orang salahgunakan.
PadamEinstein bijak dan banyak sumbangan, tapi kafir laknat so wajib masuk neraka :\
PadamOr perhaps, the HUMAN mind is the one who started it all. No single religion will ask us to stab someone.
BalasPadamHomosapien. Evil mind.
Well there is a religion that asked you to 'stab' someone. Clearly shown in its scripture. It is islam. Not quite sure about other religion though since I was raised in Islamic education/environment
BalasPadamYea i agree with you.. Love should be the foundation of all belief but still there's these people who refuse to acknowledge it.
PadamScared. Blind. Ego.
Yes, leaving is the best option. But in the end, we have to bear in mind that every start will have an end.
Hence, be smart enough to seek the truth one, never jump to an early mindset. Never stop searching.
I've been down the road for a long time and i never choose to abandon the fact that there is ... Something/someone behind my life.
Cheers!
negara islam yang tebaik.. kalo di nusantara ni lihat pada negara brunei.. apakah kalian lupe bahawa islam itu sebagai agama yg bawa kesejahteraan sekalian alam.. kemudian kalian jaja cerita pasal para sahabat, perkara ni telah dijelaskan dalam hadis bahawa akan tiba satu masa bahwa umat islam ni akn berpecah-belah, maka adalah tanggungjawab seorang muslim utk naik kn syiar islam.. KELUAR ISLAM DAN MENOLAK KETUHANAN ATAS DASAR LOGIK AKAL MANUSIA YG AMAT LAH TERBATAS DAN BERDASARKAN HUJAH2 BUKTI SEMASA ADALAH X RELEVEN.. SAUDARA YAKIN SAUDARA SUDAH MENGAJI DAN FAHAM ISI KANDUNGAN AL-QURAN SEBENAR2 BENARNYA?... JIKA BEGITU, MOHON HAYATI SURAH MUNAFIQUN..
BalasPadamsaya mula baca blog ni sebagai muslim yang bencikan murtad...tetapi akhirnya temui kebenaran...there's no god..glad to be free..=)
BalasPadamhuuuuuu
BalasPadam