Sabtu, 28 September 2013

Losing My Religion.


Gula-gula kapas buat telinga dihari Ahad. Lagu lama (1991) dari R.E.M. :)

.

Wanita, Poster Seksi dan Rogol..


Semalam (27.09.13) Majlis Pembandaran Kota Bharu telah memberi amaran kepada pemilik sebuah salon rambut yang mempamirkan poster wanita tidak menutup aurat. Poster yang dikatakan terlalu 'seksi' itu hanyalah gambar lelaki dan wanita yang meragakan gaya rambut terkini. Pemilik salon juga memberitahu media yang mereka juga diberi ceramah' pendek mengenai kesalahan tersebut.

Reference: The Star Online.

PS: Poster salon rambut pun jadi nak jadikan isu! Agaknya seluruh hidup orang beragama yang diisi dengan ibadat itu tidak dapat membuatkan iman mereka kebal berhadapan gambar wanita seksi (walaupun sekadar mempamirkan kepala dan rambut). Mereka menunjukkan seolah-olah otak kaum lelaki ini dipenuhi nafsu seks semata-mata dan kaum wanita pula adalah punca lelaki tidak boleh kawal nafsu.

Tidak hairanlah hak wanita di negara Islam seperti di Iran, Iraq, Syria, Arab Saudi dan lain-lain diperlekehkan. Contohnya dalam kes rogol, wanita mangsa rogol juga dikenakan hukuman kerana kesalahan berzina. Malah ada pula mangsa rogol diwajibkan oleh mahkamah berkahwin dengan si perogol (mengikut hukum penzina perlu berkahwin dengan penzina juga).

Dalam kebanyakkan agama, wanita adalah mangsa dan sering ditindas. Walaupun ia jarang berlaku dalam negara masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, tetapi ia adalah perkara biasa di negara yang mengamalkan hukum syariah secara total.

Kes terbaru yang dilaporkan, gadis 19 tahun yang dirogol berkali-kali oleh 7 lelaki Muslim telah mendapat hukuman penjara 6 bulan dan 200 kali sebatan oleh mahkamah Arab Saudi atas alasan tidak munasabah.


Inilah kecelaruan moraliti dan penindasan hak asasi manusia atas nama agama. Inilah yang terjadi apabila undang-undang kuno masyarakat padang pasir dipegang dan dipatuhi tanpa ada soal-jawab.

Betul juga telahan Albert Einstein, kebodohan manusia ini memang tiada penghujungnya. Sigh..

.

Khamis, 26 September 2013

List of Diseases Eradicated by Science and Prayer.



.

Jalan Para Atheist.


Kenapa kami memilih jalan ini? Kerana ia adalah jalan yang bebas dari penipuan dan penindasan rasionaliti. Ia bukannya satu kepercayaan atau suatu agama. Ia adalah keadaan asal manusia, default setup, tanpa cengkaman idea-idea karut dan muntahan minda puak arab ribuan tahun dahulu.

Kami adalah golongan manusia yang memilih Sains dan meninggalkan ajaran kitab kuno yang banyak kesilapan sana sini. Bukan kami bermaksud Sains bebas dari silap. Sains hanya ilmu pengetahuan. Sains mempunyai kelemahan. Tetapi kesanggupan warga Sains untuk tunduk kepada penemuan baru dan teori yang lebih kukuh menunjukkan Sains sentiasa dalam keadaan diperbaiki dan dipertingkatkan.

Tidak seperti agama, segala-galanya rigid, kaku, jumud dan beku hingga pelbagai konflik terjadi apabila agama bertembung dengan realiti. Mana mungkin ketamadunan baru yang berteraskan Sains dan teknologi cuba dibentuk mengikut acuan masyarakat padang pasir 1400 tahun dahulu. Hasilnya hanya kepincangan moral, penindasan wanita, penafian hak minoriti, pemberontakan jiwa serta penghinaan terhadap intelektual manusia.


.

Rabu, 25 September 2013

Pesanan Seorang Wanita Yang Pernah Ditindas.


Pesanan dari seorang wanita yang bernama Wafa Sultan. Dengarkan dan fahamilah realiti yang berlaku sekarang. Mana-mana negara yang menerapkan 100% undang-undang syariah akan menghadapi masalah diskriminasi, penindasan dan penafian hak minoriti. Itu bukan lagi suatu kata-kata kosong, malah ia adalah fakta yang jelas bagi mereka yang jujur dalam membuat penilaian.


.

Selasa, 24 September 2013

Tuhan Yang 'Psychopathic'.


Hanya orang yang bebas minda dapat menilai betapa zalim dan gilanya tuhan ciptaan kaum-kaum terdahulu. Tetapi bagi penganut agama, mata mereka telah buta, telinga mereka telah tuli, dan akal mereka telah beku untuk memahami fakta yang jelas ini. Tuhan sebegini hanyalah ciptaan minda gelap manusia. Malah jika ia wujud sekalipun, tuhan sebegini tidak layak untuk disembah apatah lagi dipuji.


.

Isnin, 23 September 2013

Mormonism: The Beginning.

Mormonism adalah suatu cult/agama baru yang dicipta oleh Joseph Smith pada tahun 1820-an. Ianya suatu ajaran yang diolah dari agama Kristian & masih diamalkan sehingga sekarang. Mormonism mempunyai kisah-kisah yang tidak masuk akal dan terlalu pelik untuk akal rasional menerimanya. Namun masih ada orang yang menyakini dan memperjuangkan agama ini. 

Di bawah adalah video mengenai permulaan dunia berdasarkan kepercayaan Mormonism.


PS: Orang yang beragama khususnya dari 3 agama utama (Yahudi, Kristian, & Islam) pasti ketawa besar melihat kebodohan agama mormonism. Namun tanpa sedar, agama yang mereka pegang selama ini tidak kurang lucunya berbanding Mormonism. Yang membezakan adalah agama samawi dicipta  oleh delusi lelaki Yahudi/Arab ribuan tahun dahulu. Manakala agama Mormon dicipta oleh delusi lelaki US sekitar 190 tahun yang lepas.


.

The God Who Wasn’t There..



.

Sekali Terbangun Tidak Mungkin Dapat Tidur Kembali.

Ini adalah soalan dan perkongsian pengalaman dari seorang pembaca blog yang amat menarik kerana ia suatu situasi yang sering berlaku kepada seorang atheist sewaktu mula-mula meninggalkan agama. Saya kongsikan komen beliau di sini (selepas di edit sedikit) untuk tatapan para pelawat blog.
    " Aku ada soalan nak tanya, apa pendapat korang. Aku ni dulu alim dan pernah masa aku nak ambik spm aku sembahyang hajat 90 hari berturut turut dan "alhamdullilah?" aku dapat 9A. Masa aku belajar di universiti aku kenal dengan mamat ni sorang. Dia melayu tapi mak dia kawin dengan arab palestin. Nenek dia sekarang berpindah ke israel. Dia pernah kata kat aku israel layan orang arab 1000x lagi baik berbanding negara arab yang lain. Dia ni pandai. Geng dia (juga melayu) jenis kuat minum dan tak sembahyang. Banyak muzik bagus aku tahu dari dia, macam Arcade Fire dan Arctic Monkey. Tapi apa yang aku kagum mereka ni hidup punyai kesedaran sivik yang aku fikir adalah first world mentaliti (contohnya: lepas makan kat restoran self serving mcm McD, dia kutip segala bagai dia & the gang makan dalam tray, dan kosong kan tray tu kat tempat buang sampah, so org lain boleh terus duduk tempat dia lepak tadi tanpa cleaner crew datang bersih).
           Aku pernah tanya dia kenapa dia tak sembahyang. Dia kata bagi dia sekarang aku tidur, dia tak nak kejutkan aku sebab sekali aku terbangun dah tak boleh tidur lagi. Aku tak paham. Aku tetap nak tahu. Kemudian dia mula bagitau dia tak percaya pada agama & malas nak berhujah sebab semua hujah dia ada dlm buku Dawkins dan Sam Harris. Aku ni bodo, pergi download buku2 tu dan baca cover to cover. Lepas baca tengok plak video2 kat Youtube (walaupun masa tu xde duit nak subscribe broadband laju). Sekarang aku jadi freethinker (agnostic to be exact) berpunca dari mamat tu. Aku berjaya dalam pelajaran & mendapat kerja yang baik. Mak aku kata dia bangga dengan aku sebab jadi contoh kepada adik2 yang lain tapi amat kecewa dengan aku yang tak sembahyang dan tak mengamal cara hidup islam. Mak kata aku kufur nikmat.

       Sebenarnya bukan sekali aku mencuba untuk kembali ke "pangkal jalan" ni. Tapi ibarat kawan aku tu kata sekali terkejut dari tidur ni tak mungkin da boleh tidur balik. Kalau keluar islam masuk kristian ok lagi, boleh lagi diislamkan semula. Tapi bila dah TERSEDAR tanpa apa medium lain (seperti agama) tak mungkin boleh kembali tidur (kembali beragama) lagi, melainkan ada orang boleh reboot otak ni.
           Masa ramadhan 2011 aku puasa penuh, malam mengaji dan terawih 30 hari mengikuti ceramah2 agama disurau, pergi balik kerja dengar ceramah ustaz Idruz. Tapi tak berjaya. Aku pernah join tabligh seri petaling, tapi bila aku dgr hujah2 ketauhidan mereka ni aku tau ia tidak boleh diguna pakai bagi yang berfikir. Hadith2 pula bagiku kelakar kerana banyak element yang self contradictory mcm syaitan diikat dibulan puasa tapi ada juga orang buat perkara dosa. Kemudian disalahkan pula nafsu, tapi tanpa nafsu mcm mana manusia boleh hidup gembira disyurga? Maka diada-adakan pula nafsu jahat tak jahat. Quran pula bercanggah dengan sains seperti ayat sperm dari tulang rusuk, dan matahari muncul dari tanah berlumpur dilihat oleh zulkarnain (masa tu mereka tak paham tentang bumi ni bulat).
       Tapi aku masih lagi rasa cemburu pada mereka yang muslim ni, hidup mereka simple, percaya sungguh pada tuhan, mati dibangkitkan semula, sayang pada islam dan terus berharap hudud dilakusanakan di Malaysia. Kadang2 aku nak hidup macam tu mengikut arus tapi tak boleh. Hidup dua identiti macam aku ni kadang payah contohnya raya tahun 2013 aku join family baca yasin kat kubur arwah datuk aku semata2 nak diterima oleh mereka.
           Aku nak tanya apa pendapat korang? Adakah patut org macam kita berhijrah keluar negara? Sebab kita minoriti yang jika diketahui majoriti diangap sebagai sesat & hina. Kadang2 aku kena berlakon, contohnya bila balik kampung tak larat kene bebel oleh mak, aku pergi sembahyang jumaat walaupun bila dgr khutbah aku rase isinya adalah bertentangan dengan common sense dan logik akal (nak ketawa pun ada). Dan bila aku sembahyang, aku dengar imam menangis. Aku rasa alahai kesiannya kerana menangis takut kepada yang tiada.
       Tapi kadang2 aku cemburu dengan mereka ini yang merasakan dengan penuh yakin inilah kebenaran yang hakiki, hidup senang ikut je apa orang buat. Tapi ibarat kata kawan ku itu, sekali kau terjaga takkan boleh lagi tidur seperti mereka ini. "
 
Jawapan saya:

Perasaan ingin kembali 'tidur' dan terus berdelusi adalah satu fasa, saya kira biasa terjadi di kalangan yang datang dari background keluarga yang religious atau mereka yang sememangnya kuat agama. Saya sendiri mengalami fasa tersebut sewaktu mula-mula menjadi agnostik terhadap ketuhanan. Perasaan yang bercampur-baur dengan kemarahan kepada tuhan yang forsaken/membiarkan saya terumbang ambing dalam konflik akidah. Beribu doa saya pohon supaya tuhan memberi paling kurang satu 'sign' atau 'alamat' mengenai kebenaran islam namun tiada jawapan yang diterima. Pada masa itu juga timbul keinginan untuk kembali duduk dibawah tempurung agama dan menutup suis logika. Saya ingin hanyut dalam delusi agama kerana takut, risau & tidak bersedia menghadapi realiti.

Namun seperti yang saya katakan tadi, ianya adalah satu 'fasa'. Setelah terumbang-ambing dalam emosi dan perasaan, kini segala-galanya dah kembali normal. Saya tidak lagi memandang golongan yang masih 'tidur' itu sebagai golongan yang bertuah (lucky). Malah mereka adalah golongan manusia yang tidak merdeka mindanya dan terperangkap dalam kejahilan.

Dunia tercipta lebih kurang 4.6 billion tahun dahulu. Simple cells wujud 3.6 billion tahun dahulu. Pada 60 juta tahun dahulu, moyang primat mula mengenal hidup. Setelah berevolusi jutaan tahun, muncul spesis manusia moden pada 200 ribu tahun yang lampau. Kemudian pelbagai tamadun tercipta dari Mesopotamia, Mesir purba Parsi, Greek dan lain-lain datang dan pergi bersilih ganti.

Kemudian sampai zaman kita dimana rahsia langit dan bumi semakin jelas terungkap lantaran kemajuan Sains & teknologi. Kajian-kajian yang rapi dan menyeluruh giat diadakan dari hari ke hari. Jutaan saintis dari dahulu hingga sekarang dari pelbagai negara mengharungi cabaran demi memahami realiti.

Namun ciptaaan 3 agama samawi oleh manusia memberi impak yang besar dalam kehidupan insan. Agama ini mempunyai kebaikkan dan keburukkannya. Tetapi masalah yang ia timbulkan jauh lebih besar dari kebaikkannya. Minda manusia yang memeluk agama terperangkap dengan dogma ribuan tahun dahulu. Perangkap ini membuatkan kreativiti dan perasaan ingin tahu manusia tidak lagi bebas. Mereka seumpama banduan terpenjara dalam lokap agama, tidak berani membantah, dan tidak berani bersuara. Maka jadilah mereka ini golongan yang tertidur.

Kita beruntung lahir di zaman ini. Amat-amat beruntung. Jika kita lahir pada zaman Parameswara contohnya, tentu kita tidak kenal apa itu sains, big bang, evolusi, quantum dan pelbagai lagi. Berbillion manusia tidak mendapat peluang serta kekuatan untuk berfikiran secara bebas dan terbuka seperti apa yang kita perolehi sekarang. Ia perlu dihargainya seperti permata yang amat bernilai. Dan semestinya permata ini tidak akan dapat pada golongan yang tertidur.


Berhijrah ke negara luar adalah pilihan masing-masing. Jika kita rasa duduk di Malaysia memberi tekanan fizikal atau mental, lebih baik berpindah keluar. Seperti saya sudah biasa dengan kehidupan di Malaysia. Yup, kadang-kadang perlu berlakon. Tetapi itu saya anggap satu pengorbanan buat menenangkan perasaan ibubapa dan keluarga. Yang penting kita tahu siapa kita dan kita sedar kita adalah orang yang sudah terjaga. Kita adalah golongan yang berpijak di bumi nyata. Tidak mungkin kita nak menghina intelektual kita sendiri dengan  kembali menjadi golongan yang masih 'tidur'. Betul tak?  :)

.

Sabtu, 21 September 2013

Kisah Apek dan Church.


Aku berborak dengan seorang lelaki berbangsa cina pertengahan tahun di taman permainan. Aku kenal dia lebih dari 3 tahun sejak pindah ke taman perumahan di situ. Selalunya setiap petang dia datang ke taman permainan itu membawa cucu-cucunya bermain.

"Apek, you orang Kristian kan?" aku bertanya.

"Ya, why?"

"Kenapa you tak pergi church hari Ahad?"soalku.

Apek menarik nafas beberapa kali sebelum menjawab:

"I selalu tolong orang, rajin kerja, tak suka cari gaduh, hormat pada jiran, sayang pada kanak-kanak, I jaga my family, I pelihara haiwan-haiwan yang terbiar dan sakit dan I pandang semua manusia sama tiada racist. Jadi kenapa I kena pergi church yang asyik cerita tuhan mahu seksa & bakar kita dalam Hell-Fire? Buang masa I untuk habiskan hari Ahad mengadap tuhan yang mengaku penyayang but in the same time sadistic and mad." jawab si apek ringkas dan padat.

"Hahaha.. Good point!" jawabku sambil merenung ke arah sebuah masjid di hujung taman. Aku ketawa kecil bila mengenangkan jawapan apek itu boleh diguna-pakai dalam situasi agama lain.
 
Apek hanya tersenyum sambil menepuk bahuku sebelum pergi mendapatkan cucu-cucunya yang bermain gelongsor.


.

Islam Bukan Agama Kedamaian?


Islam bukan agama kedamaian? Ini diakui sendiri oleh tokoh Islam di UK, Anjem Choudary. Dengar sendiri kupasan dari beliau mengenai Islam dan hala tuju kehidupan orang Islam.


.

Jumaat, 20 September 2013

Munir si Muslim Syiah.

Aku terjumpa dengan kawan lama dari sekolah menengah. Namanya Munir. Berpakaian segak, bertali leher dan berkemeja belang sedang mnghirup teh tarik di sebuah warung mamak. Mula-mula aku agak was-was kerana sewaktu di sekolah dahulu, dialah bapak segala samseng. Pakaian seumpama pekerja bengkel lantaran penuh dengan tompok-tompok hitam. Rambut yang serabai ditambah dengan mimik muka yang menjengkelkan, dia hanya mampu didekati oleh budak-budak nakal dan juga guru disiplin. Jika ada tayar kereta guru yang pancit atau beg guru kena sorok dalam tandas, memang Munirlah punya angkara.
 

"Assalamualaikum.. Munir?" aku memulakan bicara. Dia memandang aku dari atas ke bawah.

"Wan? Wan Izzuddin kan?"

"Haha, ya aku Wan!" Kami bersalaman dan Munir terus mendakap aku bagaikan saudara yang lama terpisah. Aku agak canggung kerana dia bukannya dalam kategori sahabat mahupun kawan semasa di sekolah dahulu. Malah akulah pengawas yang selalu menangkapnya semasa dia ponteng sekolah, hisap rokok di tandas, mengintai pelajar perempuan menukar pakaian, dan curi-curi makan semasa bulan puasa.

"Wan.. Lama betul tak jumpa kau beb. Jom minum dengan aku!" ujarnya sambil memberi aku kerusi plastik berwarna merah.

Kami berborak panjang mengenai kehidupan masing-masing selepas sekolah. Rupanya Munir bekerja sebagai agen hartanah dan pejabatnya hanya seberang jalan dari warung tersebut. Dia kini sudah berubah, tidak lagi nakal seperti dahulu. Lagipun dia sudah berkahwin, perlu jaga kelakuan supaya anak-anaknya nanti tidak terikut perangai bapaknya masa sekolah dulu.

Kemudian tajuk perbualan memasuki topik-topik semasa di dalam Harian Metro yang ada di atas meja kami. Biasalah, adat bersembang di kedai kopi tidak sah kalau tak menyentuh isu semasa.

"Wan, kau lihat tajuk berita ni -Waspada Gerakan Syiah"

"Ok, so?"

"So lihatlah ulama kita amat takut dengan syiah seolah-olah syiah itu musuh Islam!"

"Bukankah fatwa mengatakan syiah itu kafir" aku cuba memancing.

"Syiah adalah Islam! Malah syiah adalah jalan Islam yang sebenar!" ujar Munir bersungguh-sungguh.

"Kau ahli syiah ya?" aku bertanya tanpa selindung. Munir terdiam sebentar. Matanya liar melihat kiri dan kanan. Aku menghirup teh tarik yang belum luak sedikit pun. Aromanya yang wangi meyakinkan aku teh yang digunakan adalah teh cap masjid.

"Wan, kau pun tahu masa sekolah dulu aku memang jahat. Macam-macam benda jahat aku buat. Kau satu-satunya pengawas yang berani tangkap aku. Jadi bagi membalas jasa, aku mengaku aku join Syiah." ujar Munir tersekat-sekat.

"Oh, ok" jawabku sambil menghirup teh sekali lagi.

"Oh ok? Itu saje?"

"Ye la, kau expect aku jawab apa?"

"Bila aku beritahu aku join syiah kepada kawan-kawan lain, mereka menyumpah seranah aku. Ada yang halau aku beb! Tapi kau relax je?" beria-ria Munir menjelaskan kepadaku.

"Itu hak kau. Kau ada hak untuk percaya apa yang kau nak percaya." jawabku ringkas.

Munir tersenyum. Dia menghabiskan saki baki teh tariknya. Kemudian dia memesan segelas air suam dari pelayan warung. Alang-alang berjumpa Munir di sini, aku pun memesan sekeping roti telur buat sarapan pagi.

"Kau tahu Wan, Syiah adalah ajaran Islam yang sebenar datang dari nabi Muhammad. Semasa nabi nak wafat, dia mahu mengumumkan yang menantunya Ali alaihi salam sebagai penganti baginda. Namun disekat secara halus oleh Abu Bakar dan Umar. Malah dengan licik mereka mengumumkan Abu Bakar sebagai penganti nabi. Kemudian Umar menjadi khalifah kedua. Tetapi ilmu-ilmu Islam dan kerohanian Islam sebenar diwarisi oleh Ali alaihi salam sahaja. Masalah demi masalah berlaku dalam dunia Islam hingga semua kitab Al-Quran dibakar dan dicetak semula mengikut susunan khalifah ketiga iaitu Uthman dan rakan-rakan licik beliau. Jadi Wan, kitab suci yang kita guna sekarang adalah palsu! Setelah huru-hara dalam 3 khalifah awal, maka rakyat mengangkat Ali sebagai khalifah ke-4. Masalah masih lagi ada kerana Muawiyah laknatullah mahu merampas..."

"Stop Munir!" aku meminta Munir berhenti dari memberi penjelasan. Aku menghabiskan saki-baki teh tarik dari gelas aku.

"Kenapa Wan?"

"Kau nampak tak gelas teh tarik aku yang kosong ni Munir?"

"Ya Wan, nampak! Kenapa?"

"Kosongkan. That is the amount of fuck I give!" ujarku sambil ketawa.

Munir tersengih-sengih. Dari wajah dia nampak seperti menyesal menerangkan sejarah syiah denganku. Aku masih lagi ketawa seolah-olah ia satu perkara yang sangat lucu.

"Wan, kenapa kau dah berubah ya? Dulu kau amat mengambil berat mengenai agama" Munir bertanya selepas suasana kembali tenteram.

"Kalau aku beritahu yang aku dah murtad macamana?" aku bertanya dengan nada serius.

Munir terdiam. Dia segera meneguk air suam seperti orang kehausan. Dahinya yang berkerut menunjukkan dia sedang berfikir. Lagi sekali matanya liar memandang kiri kanan.

"Kau biar betul beb? Kau convert Kristian ke?" tanya Munir bersungguh-sungguh.

"Nope. Aku jadi atheist"

"What the hell?! Kau hilang akal ke?" tanya Munir dengan wajah terkejut.

"Kenapa? Kau nak adu di pejabat agama ke?

"Tidak.. tidak.... No problem beb. Rasanya kita berdua adalah enemy of the state! Kita dalam situasi yang sama. Lagipun seperti yang kau cakap, ini hak kita. Kita ada hak untuk percaya apa yang kita nak percaya." jawab Munir sambil ketawa kecil.

Aku hanya tersenyum. Sikap Munir jauh berbeza dengan sikap Muslim yang lain. Realitinya, bukan syiah itu baik terhadap atheist. Mereka baik kerana mereka adalah minoriti di sini. Sedangkan di negara syiah seperti Iran, atheist akan dihukum pancung.

Kami berpisah pagi itu dengan senyuman. Kami kemudian menuju haluan masing-masing. Kami membawa pulang rahsia masing-masing yang nampak sama namun berbeza sejauh langit dan bumi. Aku tidak lagi mendengar cerita mengenai Munir kecuali pada suatu hari aku menonton dalam You-Tube penangkapan jemaah syiah di sebuah rumah kedai oleh JAIS & pihak polis. Munir kelihatan tersenyum sambil memandang kepada kamera dengan tangan bergari. Aku hanya mampu mengeleng kepala dan tersenyum pahit


.

Nampak Berbeza Tapi Serupa (2)



.

Khamis, 19 September 2013

Kisah Dongeng dan Agama.


Seluruh masyarakat dunia dari Jepun, China, India, Nusantara, hingga ke Eropah dan tanah Arab mempunyai kisah-kisah fairytales tersendiri. Dengan mudah manusia dapat mengkategorikan kisah-kisah itu sebagai kisah dongeng ciptaan manusia. Namun apabila kisah-kisah ini bersatu dengan agama, para penganutnya menutup suis logika mereka. Segala kisah tersebut ditelan sebagai kisah benar tidak kiralah segila manapun jalan ceritanya.

Bagi orang agama, kisah dalam kitab suci adalah benar belaka. Untuk meyakini kisah-kisah tersebut, akal perlu dibuang keluar, digantikan dengan segala kegilaan mengenai tuhan yang kuat cemburu, pemarah, pendendam dan sadistik yang amat suka menghancurkan seluruh kaum purba atas alasan, mereka tidak meyakini kewujudanNya. Cerita berbeza namun konsep yang sama diulang-ulang. Kisah tuhan egoist membisik wahyu kepada seorang lelaki secara senyap-senyap, kemudian menyuruh lelaki tadi menyebarkannya kepada masyarakat umum. Jika mereka menolak, semua sekali tak kira anak-anak, orang tua, wanita, serta haiwan peliharaan akan dihapuskan dengan bencana alam seperti ribut, gempa bumi dan banjir besar.

Belum lagi masuk bab manusia hidup dalam perut ikan, laut terbelah dua, unta keluar dari batu, manusia kebal api, haiwan bercakap dengan manusia, batu boleh berlari, bayi lahir tanpa benih bapa, bulan terbelah dua, manusia mati hidup semula, dan pelbagai lagi kisah yang boleh diklasifikasi sebagai dongengan.

Saya tiada masalah jika ada sahabat-sahabat yang ingin terus meyakini kisah-kisah dongeng tersebut. Namun janganlah dihina dan dimarahi mereka yang tidak mahu mempercayainya. Kami adalah golongan yang meraikan rasionaliti akal fikiran. Kisah-kisah dongeng bagi kami sekadar hiburan. Jadi jangan terasa hati jika kami ketawa takala mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan dengan begitu serius dan penuh emosi oleh golongan agama.

.

Nampak Berbeza Tapi Serupa.


.

Rabu, 18 September 2013

Menilai dan Mengkritik Kehidupan.


Manusia adalah spesis yang sentiasa berfikir, membuat penilaian, pembandingan dan kritikan secara sedar atau tidak terhadap perkara yang berada disekitar mereka. Keputusan sesuatu penilaian adalah unik bagi setiap individu bergantung kepada orientasi pemikiran, keyakinan, dan ketajaman akal masing-masing. Inilah yang membuatkan manusia mempunyai pelbagai sikap (attitude) terhadap isu-isu dalam kehidupan.

Walaupun kita mempunyai pelbagai penilaian sendiri, namun bukan semua boleh dizahirkan. Kita tidak sepatutnya mengkritik kecacatan fizikal insan lain seperti lumpuh, tempang atau kudung anggota badan. Kita juga tidak sepatutnya menghina wajah insan lain yang kita nilaikan sebagai 'hodoh'. Begitu juga kita tidak boleh mengkritik seseorang berdasarkan bangsa atau warna kulit.

Namun berbeza dengan idea atau ideologi, ia terbuka untuk sebarang penilaian dan kritikan. Tiada sekatan untuk manusia menilai sesuatu idea. Malah adalah satu kewajiban sesuatu idea itu dikaji baik dan buruknya sebelum ia diaplikasikan dalam kehidupan. Mereka yang menyokong idea tersebut tidak perlu marah jika ianya dikritik. Ini kerana yang dikritik adalah 'ideologi' bukannya individu yang menyokongnya.

Ini adalah hak asas dalam kehidupan manusia. Kebebasan mengkritik sesuatu ideologi tidak boleh disekat. Setiap ideologi terbuka kepada penilaian dan kritikan walaupun ideologi itu disanjung oleh penyokong-penyokongnya setinggi langit. Sikap patuh membuta-tuli tanpa menilai dengan rasional sesuatu idea adalah suatu penghinaan terhadap intelektual manusia.

Pelbagai ideologi ketuhanan telah tercipta dalam sejarah manusia yang dipanggil sebagai 'agama'. Ada yang telah pupus dan ada yang masih bertahan hingga ke hari ini. Tuhan atau dewa adalah autoriti paling tinggi dalam sesuatu agama dan ia tidak terlepas dari penilaian tulus akal manusia yang rasional. Nama-nama seperti Zeus, Thor, Horus, Anubis dan lain-lain yang menjadi sembahan kaum dahulu kini menjadi sekadar mitos.

Bayangkanlah jika manusia tidak berani mengkritik ideologi di atas, tentu sekarang manusia masih menyembah Zeus, Thor, Horus dan lain-lain.

Tiada ideologi agama yang kebal dari kritikan dan penilaian manusia. Walau sekuat manapun anda mengimani sesuatu agama, anda tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang anda yakin. 

Orang yang beragama sentiasa memandang agama lain sebagai terpesong. Mustahil mereka memandang agama lain sebagai benar dan tulus. Begitu juga sebaliknya. Proses penilaian sentiasa berlaku tidak kiralah anda berpegang pada agama atau pun tidak.

Akhir kata, jangan menghalang manusia dari membuat penilaian dan kritikan terhadap sesuatu ideologi. Jika mereka mahu menerima sesuatu ideologi setelah membuat penilaian, itu adalah hak mereka. Jika mereka mahu menolak sesuatu ideologi setelah membuat penilaian, itu adalah hak mereka. Malah jika mereka mahu meninggalkan sesuatu ideologi yang mereka pegang selama ini setelah membuat penilaian, itu adalah hak mereka. Tiada hak untuk sesiapa pun di muka bumi ini bagi menghalang atau menafikan hak mereka.


.

Isnin, 16 September 2013

Menjawab Soalan Evolusi si Pen'Copy Paste.


Jawapan:

Lucu. Amat lucu apabila kamu mengatakan kami kaum pemalas yang hanya mendengar di internet. Sedangkan ayat-ayat kamu mengenai Java man 100% copy paste dari website katolisitas.org , sebuah website Kristian Catholic! Haha! Bercakap berdekah-dekah, tapi semua copy paste dari internet. Website agama lain pula tu! Kau memang jenis tak tau malu ke? Saya dah nasihatkan kamu banyakkan baca buku Sains evolusi TERBARU, tapi kau malas, bodoh dan sombong. Kau seperti jenis manusia yang lebih hina dari sampah la bro (minta maaf cakap).


Tapi tidak mengapa, saya akan jawab juga statement copy paste kamu tu.

Sains adalah satu cabang ilmu yang sentiasa di upgrade mengikut penemuan-penemuan baru. Teori-teori pula dicipta bagi menerangkan sesuatu fenomena berdasarkan kajian terhadap semua penemuan yang ada pada masa tersebut (teori perlu melepasi pelbagai ujian dan kajian). Namun teori mungkin berubah lantaran ada penemuan baru yang menjelaskan lagi perkara tadi. Ini semua menunjukkan Sains sentiasa memperbaiki dan pemperbetulkan dirinya sendiri.

Dan dalam Sains juga ada minda-minda yang licik dan suka menipu (seperti kau la ni) hingga mencipta fossil sendiri seperti Piltdown Man yang disangka 'the missing link'. Rupa-rupanya adalah fossil ciptaan manusia. Dari sini komuniti Sains semakin berhati-hati dalam membuat kajian evolusi manusia.

Masalah dalam Java man adalah sedikit rumit kerana Dubois mewar-warkan penemuan secebis tulang kepala (skull) dan tulang kaki (femur) menyerupai manusia adalah 'the missing link'. Komuniti Sains menolak penemuan tersebut kerana kedua-dua tulang tersebut ditemui dari tempat yang berasingan. Memang ada yang mengatakan cebisan tulang kepala itu adalah sejenis gibbon (kera), namun kajian kemudiannya mengesahkan skull itu jauh lebih besar (900cc) dari kepala seekor gibbon (100cc).

Seperti yang saya sebutkan, Sains sentiasa memperbaiki dan memperbetulkan dirinya sendiri. Kajian yang dibuat selepas itu mengesahkan Java man bukannya 'the missing link' seperti yang didakwa Dubois tetapi ia adalah dari kumpulan Homo Eractus yang mengembara ke Indonesia dari Afrika 800 000 tahun dahulu. Kerana itulah ia dimasukkan dalam rantaian evolusi manusia.

Sebenarnya jika ingin menerangkan secara terperinci kontroversi penemuan Eugène Dubois memang panjang. Namun pokok-pangkalnya penemuan ini langsung tidak menganggu teori evolusi malah ia menguatkan lagi. Lagipun untuk saya bercerita panjang memerlukan saya membuka balik buku-buku lama saya. Kemudian terpaksa pula mengambil masa menyusun kronologi penemuan tersebut satu-persatu.

Saya fikir ianya TIDAK berbaloi hanya untuk menjawab statement copy paste seorang manusia yang bodoh lagi sombong serta malas membaca dan membuat kajian sendiri seperti kamu Hasim Baharuddin@Sainsrantingagamapokok.

Masalah kamu adalah tidak memahami evolusi secara mendalam. Kami tidak mengatakan manusia berevolusi dari monyet. Tetapi kami mengatakan manusia berkongsi 'keturunan yang sama' (common ancestor) dengan spesis primat (infact we're primates). Ianya tidak semudah carta evolusi yang selalu kita lihat di kelas-kelas sains masa sekolah rendah dahulu.

Klik Untuk Zooming.

Lagi satu, penggunaan Sains DNA terkini telah menjawab banyak soalan dan ruang kosong dalam kajian evolusi. Penemuan kromosom primat dalam kromosom manusia adalah bukti paling jelas yang manusia berkongsi common ancestor dengan primat. Penjelasan lebih jelas boleh dilihat pada video dibawah:
 

Kesimpulan:
Kajian evolusi adalah kajian Sains yang amat menarik untuk diikuti. Ianya sebuah teori yang didirikan oleh keringat serta minda ribuan para archeologi, biologist, chemist, anthropologist, dan pelbagai pihak di seluruh dunia setiap tahun.

Golongan agama mengatakan penemuan para Saintis di atas adalah penipuan dan satu konspirasi menjatuhkan agama mereka. Tidakkah mereka terfikir yang mustahil seluruh ahli Sains tersebut menipu dari tahun ke tahun? Jelas pemikiran yang diracuni dogma agama telah menjadi sebati dalam otak mereka, hingga mereka tidak mampu menerima realiti yang mereka itu salah.

Hasim Baharuddin@Sainsrantingagamapokok, sekali lagi saya menasihati supaya banyak membaca. Kurangkan tahap keegoan dan kesombongan yang menyumbat kebolehan anda untuk berfikir. Jangan sekadar copy paste dari hujah sampah orang Kristian. Kaji dari sumber yang benar-benar saintifik. Jangan asyik auta dan temberang orang sana-sini solah-olah anda ni bijak pandai. Jika anda bodoh, mengaku kekurangan diri dan belajarlah lagi. Terima kasih.

.

Ahad, 15 September 2013

This is Frigging Stupid.


PS: Yup Jonah, I totally agree with you. Haha..

.

Sabtu, 14 September 2013

What Come After "I Don't Know.." ?



.

Funny, Sad, & True.



.

Senyuman Wanita Kecanduan..


Manusia yang normal tidak akan tersenyum setelah membunuh orang awam dan kanak-kanak dengan serangan bom. Namun manusia yang kecanduan agama boleh ketawa mengingati perbuatan zalim mereka. Kenapa? Kerana mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu diredhai tuhan. Darah insan-insan kecil yang tak berdosa bagi mereka umpama haiwan korban kepada tuhan.

Orang yang baik akan tetap baik dan orang yang jahat akan tetap jahat tidak kiralah dia beragama atau tidak. Namun yang mampu mendorong orang yang baik berbuat jahat adalah agama.

.

Jumaat, 13 September 2013

Soalan Layak Ke Bakul Sampah.



.

Antara 2 Pilihan Jalan.


Pilihan terbentang luas. Mana satu jalan yang anda pilih?
  • Adakah anda ingin menjadi golongan yang pandang ke masa silam atau golongan yang pandang ke masa hadapan?
  • Adakah anda ingin menjadi manusia yang yakin pada fantasi atau manusia yang berpegang kepada bukti?
  • Adakah anda mahu menerima membuta-tuli apa yang anda pelajari atau anda mahu berfikiran kritis & rasional terhadapnya? 
  • Adakah anda mahu terkurung dalam undang-undang barbaric orang Arab 1400 tahun dahulu atau anda mahu mengikut undang-undang terkini yang dibuat hasil pemikiran manusia yang rasional dan berperikemanusiaan.
  • Adakah anda mahu diancam dan diugut dengan azab seksaan jika bercanggah pendapat dengan kitab suci, atau anda dipuji apabila anda bercanggah pendapat serta mengemukakan penemuan baru dalam kajian sains dan teknologi?
Sukar bagi mereka yang terperangkap dalam dogma agama untuk melihat alternatif lain jalan yang mereka lalui. Tetapi fahamilah, pilihan sentiasa ada. Malah kuasa memilih itu ada ditangan setiap individu. Buatlah pilihan sekarang. Jika tidak sekarang, bila lagi anda ingin keluar dari delusi dan manipulasi agama? Bila lagi untuk anda hidup dengan fikiran yang bebas dengan perspektif kehidupan yang jauh lebih luas?


.

Khamis, 12 September 2013

Gunung di Himalaya.

Petang-petang sebegini waktu aku merehatkan fikiran. Ditemani secawan kopi Hazelnut panas 3-in-1, sebungkus biskut lemon dan sebuah laptop. Duduk di taman permainan yang dihiasi lanskap tasik dan bunga teratai. Terdengar nyanyian burung dikejauhan. Matahari sedikit redup ditutupi awan sedikit mendung. Angin sesekali bertiup gemalai mengeringkan keringat di wajah.

Sekali-sekala melintas kanak-kanak berlari berkejaran tanpa kerungsingan diminda mereka. Nun di tepi sebuah glonsor pula seekor kucing sedang asyik mengendap burung-burung pipit yang turun mencari makanan di tanah. Rimbunan buluh di tepian tasik beralun-alun apabila ditiup angin. Kemudian menjadi pegun bila angin terhenti. Semuanya bergerak dan pegun mengikut rentak masing-masing.

Ya, semuanya yang hidup bergerak walau pada zahir ianya diam terpaku. Seperti rambut yang tampak diam tapi ia tetap bergerak memanjang sehingga 9 inci setiap tahun. Kuku manusia pula memanjang secara purata 3 milimeter setiap bulan. Rumput-rumput boleh bergerak membesar 2 inci setiap minggu menghala ke langit. Namun pergerakkan itu tidak mampu dilihat oleh mata kasar.


Dulu keyakinan aku terhadap ketuhanan seampuh gunung di Himalaya.. Pegun ia bagaikan dipaku ketanah. Tidak berganjak gunung keimanan walau berhujah dengan seribu kuffar, fikirku pada masa itu. Jiwa teguh di jalan hakikat dan jasad berpadu dalam makrifah & syahadah. Bagaikan gunung teguh bersama tariq agama.

Ya, aku sangka gunung itu pegun dan teguh. Rupanya kini hancur dimamah realiti. Bagaikan bergeraknya rambut, significant selepas beredarnya waktu. Adakah kau mampu memahaminya sahabat?

Hidup ini terlalu singkat untuk kau bermain dalam delusi agama. Kemerdekaan minda jauhnya hanya selangkah kaki. Persoalannya adakah kau mahu bergerak? Tidak apa jika geraknya seakan rambut, atau kuku, atau rumput. Yang penting kamu mahu bergerak.

Aku? Sedang menghirup kopi panas. Sesekali mencicip biskut lemon. Ah, hidup ini indah.

.

Rabu, 11 September 2013

Just Add 'God' in The Sentences..



.

Tiga Sifat Dalam Satu.


Tuhan, suatu konsep ciptaan manusia. Diletakkan kepada tuhan itu sifat maha berkuasa (all-mighty), maha mengetahui (all-knowing) dan maha penyayang (all-loving). Namun mereka tidak sedar yang 3 sifat tersebut tidak boleh bersatu secara harmoni. Bila 3 sifat ini bercantum pada satu entiti, penyifatan entiti tersebut menjadi paradox, bercanggahan dan mustahil.

Jika manusia memahami konsep falsafah Epicureanism ini, maka mereka akan faham bahawa mustahil tuhan mempunyai 3 sifat di atas dalam satu masa. Sekaligus ini membuktikan tuhan itu dicipta oleh minda manusia yang keliru dengan konsep yang mereka reka sendiri.


.

Selasa, 10 September 2013

Kisah Dongeng Yang Dulunya Agama.


Pelbagai agama dan kepercayaan dicipta oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu. Kebanyakan agama tidak dapat bertahan melawan arus zaman. Ada yang dihapuskan oleh agama baru, dan ada juga yang hilang sendiri lantaran pupusnya tamadun atau masyarakat yang menganutnya.  Agama kuno ini kemudiannya menjadi mitos, kisah dongeng atau kisah purbakala.

Manusia adalah pencipta agama. Secara tidak langsung, manusialah yang mencipta entiti yang dipanggil 'TUHAN'. Lantaran itu tuhan mewarisi sifat kemanusiaan seperti marah/murka, benci, sayang, rindu, kasih, ego, narcissistic, sentiasa mahu dipuji dan sebagainya. Dan kerana manusia yang mencipta agama, maka pengikut agama tersebut sahaja yang diwar-warkan selamat pada akhir kehidupan. Pengikut agama lain akan dihumban ke neraka.

Lihat sahaja agama Yahudi, Kristian & Islam. Masing-masing mengatakan jalan mereka adalah betul dan hanya pengikut mereka masing-masing sahaja akan menjejak kaki ke syurga.

Mungkin satu masa nanti, agama-agama semitic ini pula akan dianggap sebagai kisah dongeng. Ia akan menjadi himpunan kisah fairytale yang diceritakan kepada anak-anak sebelum mereka tidur sebaris kisah Red Riding Hood dan Snow White. Dan mungkin juga pada masa itu manusia hidup lebih gembira lantaran tiada kebencian antara agama dan tiada keganasan atas nama tuhan.

.

Isnin, 9 September 2013

Sayang Lebih Dari Seorang Ibu.

"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.
Sewaktu kecil, hadis ini sering diwar-warkan oleh ustaz di sekolah. Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang seorang ibu. Namun jika diteliti ajaran agama dan kitab sucinya, kita akan dapati pelbagai percanggahan dengan maksud hadis di atas.

Sejarah manusia pertama (mengikut agama samawi) pun dah menunjukkan percanggahan itu. Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.

Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.

Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!

Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya dihiasi dengan ancaman seksaan yang tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya diseksa, dibakar, disepak terajang setiap hari untuk tempoh yang infiniti.

Yang pasti banyak statement dari agama bercanggah antara satu sama lain. Sifat tuhan tidak konsisten dan lebih kepada sifat diktaktor yang mempunyai masalah emosi. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.
.

Kebencian Yang Telah Berakar Umbi.


Sebuah rancangan TV Mesir membuat satu prank dimana tetamu rancangan tersebut (Muslim Mesir) diberitahu bahawa rancangan TV itu adalah kelolaan Israel sewaktu siaran dijalankan. Lihat bagaimana reaksi mereka.

PS: Lihat tetamu lelaki tersebut memukul wanita (pengacara) tanpa belas kasihan. Selepas dia diberitahu itu hanya satu prank, dia menjawab jika dia tahu wanita itu bukan dari Israel, dia tidak akan memukulnya. Jawapan yang memualkan keluar dari mulut lelaki yang menganut agama yang kononnya agama 'kedamaian'.

Begitu juga dengan tetamu kedua, beliau menerkam lelaki yang menyamar menjadi Yahudi tanpa teragak-agak sedangkan lelaki itu hanya berdiri tanpa provokasi.

Beginilah kebanyakkan mindset golongan Muslim masakini. Keganasan dan kebencian sentiasa ada dalam hati mereka. Selain Yahudi, ada lagi group yang menjadi mangsa kebencian terpendam mereka seperti negara Amerika, atheist, golongan gay & lesbian, kumpulan  Syiah, ajaran Wahabi, mubaligh Kristian, wanita tidak bertudung, dan pelbagai lagi.

Andai kebencian itu akan meletup, pastinya golongan wanita dan orang awam akan menjadi mangsa..

.

Anjing Menyalak Bukit.

Antara komen Sainsrantingislampokok

Lucu melihat ada golongan agama yang meradang lantaran komen mereka di delete. Saban hari mereka menghantar komen dengan harapan ianya tepampang pada blog ini.

Maaf, saya tidak suka membiarkan komen berbaur sampah di blog saya. Beberapa individu seperti nickname "Sainsrantingislampokok" beberapa kali mengeluarkan komen berbaur penghinaan dan carut-marut setelah hujahnya dipatahkan. Atas buruknya keperibadian beliau, maka saya akan delete setiap komen yang datang dari beliau tidak kiralah apa komen sekalipun.

Nasihat saya jika anda tidak mampu berdepan dengan realiti dengan cara berhikmah, sila tinggalkan blog ini dan sertai blog-blog lain yang sealiran dengan anda. Saya tiada masa menerangkan hujah-hujah saya kepada minda beku seperti anda. Individu seperti andalah yang mempamirkan Islam dalam bentuk yang jijik lagi menjelekkan. Bagi saya komen-komen anda seperti anjing menyalak bukit, anjing sakit tekak tetapi bukit tetap teguh berdiri.

PS: Lucu melihatkan mereka sampai tahap seakan 'merayu' memohon komen mereka disiarkan. Terasa macam blog saya ni macam artis pula. Macam-macam hal..


.

Ahad, 8 September 2013

Sedikit Penjelasan Buat Theist.

Ramai orang Melayu Islam tidak dapat memahami perlakuan kami, golongan Melayu atheist yang berani meninggalkan agama yang kononnya sempurna. Lebih-lebih lagi kami mempersoalkan ketuhanan secara terbuka.

Lantas mereka menuduh kami sebagai orang yang berputus-asa dalam mencari tuhan, orang yang marah pada tuhan, dan orang yang memberontak kepada tuhan. Mereka juga merumuskan bahawa jauh di dalam hati kami, ada sekumit keyakinan kepada tuhan. Buktinya para atheist asyik memburuk-burukkan tuhan dengan imej kekejaman dan kejahatan menunjukkan kami percaya tuhan.

Tidak, anda tersalah sangka. Atheist adalah individu yang tidak percaya kepada tuhan. Mana mungkin seseorang atheist berputus-asa, marah dan memberontak kepada suatu entiti yang dia sendiri tidak yakin kewujudannya?


Tidak dinafikan kami menggunakan ayat-ayat beremosi apabila menceritakan kedasyatan seksaan neraka dan betapa zalimnya tuhan yang mencipta neraka. Itu bukan bermaksud kami takut atau kami percaya hari akhirat. Tujuan saya adalah untuk menyedarkan akal-akal Melayu supaya berfikir sejenak benarkah tuhan itu sezalim itu? Yang kemudian membawa persoalan adakah agama ini datang dari tuhan atau datang dari akal manusia? Dan akhirnya membawa kepada persoalan ketuhanan yang lebih mendalam & taboo iaitu adakah tuhan itu benar-benar wujud?

Moga penerangan ringkas ini dapat menjelaskan kekeliruan anda selama ini. Terima kasih.



.

Realiti Zaman Ini.



.

Sabtu, 7 September 2013

Epik Sebuah Delusi.

Pada suatu masa dahulu di tengah-tengah padang pasir, tercipta suatu kepercayaan delusi yang datang dari khayalan & halusinasi seorang lelaki. Delusi itu berkembang luas di kalangan mereka yang tertindas. Kenapa? Kerana delusi itu umpama candu untuk mereka lari dari realiti kehidupan yang sukar. 

Akal fikiran mereka didodoikan dengan janji-janji syurgawi. Penindas-penindas mereka pula akan dibakar selama-lamanya dalam kawah seksaan. Suatu idea yang tidak akan ditolak oleh mereka yang sering dibuli golongan elit dan autokrat negara mereka.

Maka delusi dan khayalan ini berkembang subur. Ramai mula mempercayainya lantaran kesungguhan lelaki tadi menerangkan kenikmatan di syurgawi. Arak yang mengalir bagaikan sungai, bidadari-bidadari yang sentiasa bersedia untuk di'tunggangi' tuannya, puluhan hamba wanita yang boleh disuruh itu ini, dan makanan yang berlimpah ruah yang boleh hadir dalam sekelip mata.

Mana mungkin golongan yang selalu ditindas, kegersangan jiwa, dan sering kelaparan tidak berasa teruja! Fikiran mereka dimanipulasikan oleh janji-janji kemuncak nafsu. Delusi menjadi fantasi di malam hari, menjadi imaginasi  di siang hari. Rasional akal terpinggir sepi.

Apabila mereka dapat berhijrah ke negara baru dan diberikan mandat pemerintahan, delusi tersebut disusun menjadi sistem pentadbiran dan undang-undang. Perlakuan manusia mula dikawal atas nama delusi. Hingga persoalan 'buang angin' pun dibincangkan dan diperdebatkan.

Delusi yang pada mulanya aman itu mula menuntut darah. Peperangan menentang mereka yang tidak yakin kepada delusi dijalankan tanpa henti. Pelbagai negara ditawan atas nama delusi, dengan harapan mendapat ganjaran syurgawi dan kangkangan sang bidadari.

Ibubapa yang berdelusi menyuap anak-anak mereka dengan delusi. Apabila anak-anak ini membesar menjadi ibubapa, mereka pula menyuap delusi kepada akal kecil anak-anak mereka. Kitaran ini terus berlaku dari satu generasi ke satu generasi.

Hingga tiba suatu masa, ada segolongan anak-anak ini tidak mahu lagi menjadi mangsa kitaran pemikiran ibubapa mereka. Dengan akal yang sihat, pembelajaran, pengamatan dan juga skeptikaliti, mereka dapat melihat dunia dari kaca mata realiti. Mereka memahami bahawa delusi itu hanyalah suatu imaginasi dan fantasi generasi padang pasir ribuan tahun yang lalu. Maka ditinggalkan delusi dan mereka berjalan ke pintu realiti dengan berani.

Kini rasional akal mereka dapat bernafas semula tanpa gangguan delusi dan khayalan. Dunia yang sempit mula terasa luas dan indah. Kebencian terhadap insan lain yang dipelopori delusi semakin hilang. Momokan palsu azab seksa tidak lagi menganggu diri. Bagaikan suatu kelahiran semula, jasad yang sama namun jiwa berbeza. Maka disinilah kehidupan sebenar bermula.



.

Muslims Are Not Happy.

Muslims are not happy

They’re not happy in Gaza
They're not happy in Egypt
They're not happy in Libya
They're not happy in Morocco
They're not happy in Iran
They're not happy in Iraq
They're not happy in Yemen
They're not happy in Afghanistan
They're not happy in Pakistan
They're not happy in Syria
They're not happy in Lebanon

So, where are they happy?

They're happy in Australia
They're happy in England
They're happy in France
They're happy in Italy
They're happy in Germany
They're happy in Sweden
They're happy in the USA & Canada
They're happy in Norway
They're happy in almost every country that is not Islamic!

And who do they blame?

Not Islam...
Not their leadership...
Not themselves...
THEY BLAME THE COUNTRIES THEY ARE HAPPY IN!!
And they want to change the countries they're happy in, to be like the countries they came from where they were unhappy.


.

Jumaat, 6 September 2013

Jangan dilayan.

 

Kebelakangan ini banyak komen di blog ini yang datang dari orang beragama berbaur kesombongan, kejahilan, dan sindiran kasar. Mereka ini sekadar mahu menghentam kita golongan Melayu atheist/freethinker/agnostic dengan hujah-hujah yang menyeleweng serta kiasan yang kosong tidak berisi. Apabila mereka tidak dapat mematahkan hujah rasional kita, mereka mula menggunakan taktik kotor dengan merendah-rendahkan intelektual golongan atheist.

Taktik tipikal yang selalu digunakan adalah dengan mengutuk keluarga kita sebagai beruk, menuduh atheist boleh bersetubuh dengan mak bapak sendiri kerana tiada agama, menuduh ilmu atheist Melayu hanya copy paste dari internet, mengatakan atheist Melayu cuba mengikut trend atheist barat, mengisytiharkan bahawa golongan kita akan diazab seteruk-teruknya bila mati kelak dan sebagainya.

Tanpa mereka sedar, mereka hanya menzahirkan kejahilan mereka mengenai atheism. Pendekatan mereka terhadap atheism seolah-olah ia sejenis ideologi atau sejenis agama. Sedangkan atheism itu hanya satu definasi bahawa kami tidak percaya pada kewujudan tuhan lantaran tiada bukti-bukti yang kukuh! Itu sahaja.

Komen-komen mereka juga menunjukkan wajah sebenar kemunafikan orang beragama. Penggunaan kata-kata yang kotor seperti lubang tahi, ekor bergelumang tahi, tulisan penuh tahi dan sebagainya mencerminkan peribadi mereka (saya pun tak tahu kenapa golongan mereka suka sangat dengan perkataan 'tahi').

Seumpama air yang dituang penuh dengan debu, maka sudah tentu dalam teko air itu penuh dengan debu. Jika tulisan mereka penuh perkataan tahi, maka agak-agaknya apakah yang penuh dalam otak dan jiwa mereka?

Mulai sekarang saya akan terus delete komen mereka tanpa kompromi. Tak perlu kita merendahkan tahap intelektual kita setaraf pemikiran beku mereka. Just ignore them. Otak mereka yang tertutup akan tetap tertutup selagi mereka tidak mahu berfikir luar dari dogma agama.

.

Khamis, 5 September 2013

Perjalananku Menuju Atheisme (PMA). PART 5

Tahun ke-3 bermula untuk batch kami. Pelajar dari kuliah IRK (Islamic Revealed Knowledge) diwajibkan mengambil beberapa subjek luar dari kuliah tersebut. Aku memilih beberapa kelas dalam psikologi kerana aku mempunyai minat dalam bidang itu. Aku juga mengambil kelas Intro. to Philosophy, iaitu satu-satunya kelas falsafah di UIA.

Suasana di kuliah Human Science (Psikologi) memang berbeza dengan kuliah IRK. Kelihatan pergaulan lelaki dan wanita agak longgar sedikit. Walaupun dipisahkan antara tempat duduk lelaki dan wanita, tetapi pelajar lelaki dan wanita boleh bergabung dalam satu kumpulan untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau assignment. Aku rimas dengan suasana sebegitu. Aku ingin membantah tetapi aku tahu bantahan aku hanya akan memburukkan keadaan seperti mana yang aku alami pada tahun sebelumnya.

Gambaran Sekolah Pemikir di Athens


Kelas pertama subjek falsafah dijadualkan pada waktu petang hari Isnin. Sebelum pergi ke kelas aku berjumpa dengan beberapa sahabat berborak tentang pelajaran. Akibatnya aku hadir lewat 15 minit. Semua mata tertumpu padaku. Pensyarah Melayu bergelar Dr. Pandak itu memanggil aku masuk dan disuruhnya aku berdiri di hadapan kelas. Dengan perasaan malu, sesal dan kaget aku mematuhinya.

"Nama siapa ya?" tanya beliau dalam bahasa Inggeris (bahasa pengantar kedua UIA. Bahasa pertama adalah Arabic).

"Nama saya Wan Izzuddin"

"Toyyib, baiklah Wan, kami sedang berbincang mengenai falsafah moral. Maka saya mahu memberi kamu satu situasi. Kamu sedang memandu laju dan di dalam kereta kamu ada 3 orang ahli keluarga. Tiba-tiba muncul ditengah jalan 10 orang kanak-kanak melintas. Pada masa itu kamu hanya ada 2 PILIHAN sahaja!
  1. Kamu elak kanak-kanak  tersebut. 10 kanak-kanak itu terselamat tetapi kamu dan keluarga kamu terbabas masuk gaung dan mati semuanya. Atau
  2. Kamu langgar 10 kanak-kanak tersebut dan mereka semua mati. Tetapi kamu dan 3 ahli keluarga kamu dapat teruskan kehidupan.
Option yang mana satu anda akan pilih?" soal Dr. Pandak secara tiba-tiba.

Dengan serius aku berfikir, segala hukum hakam agama aku cuba himpunkan namun ianya bertembung antara satu sama lain. Kedua-dua pilihan tersebut mempunyai nas-nas yang menyokong.

Setelah berfikir lama, aku menjawab:

"Saya akan pilih option yang pertama. 10 kanak-kanak selamat, tetapi 4 orang maut. Itu lebih baik dari 4 orang selamat tetapi 10 orang maut."

"Baik.. Tapi bagaimana jikalau saya katakan salah seorang ahli keluarga yang menumpang kamu itu adalah ibu kamu? Adakah kamu masih memilih option yang pertama?" soal pensyarah muda itu sambil tersenyum sinis.

Soalan itu bagaikan satu tamparan hebat pada aku. Otak aku gagal mencari jawapan, ilmu aku bagaikan terpinga-pinga, persis orang sesat di dalam hutan, dan mulutku yang selama ini kuat berhujah tertutup rapat bagaikan dijahit.

Apabila melihat aku lama terdiam, Dr. Pandak mempersilakan aku duduk bersama pelajar-pelajar lain.

"Persoalan falsafah dan moral bukan sesuatu yang mudah. Setiap bangsa, budaya dan agama cuba menjawab persoalan ini. Bagaimana kita nak menetapkan sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak?" beliau melemparkan soalan.

Seorang pelajar dari Turki menjawab : "Kita ikut suara majoriti. Suara majoriti menjadi aras penentu moraliti."

"Jika majoriti dunia mengatakan agama Kristian adalah agama sebenar, maka betul agama Kristian menjadi agama sebenar? tanya pensyarah itu semula.

"Jika begitu Al-Quran dan Sunnah adalah aras penentu!" jawab seorang pelajar wanita yang berpurdah hitam.

"Betul tu. Namun al-Quran dan sunnah terbuka kepada pelbagai tafsiran. Setiap orang mungkin menafsir al-Quran dan sunnah mengikut cara mereka tersendiri." jawab beliau sambil menjeling kepada aku.

Kelas itu berlangsung selama setengah jam dan Dr. Pandak menutup kelas pertama itu lebih awal dari sepatutnya. Kemudian baruku tahu bahawa Dr. Pandak tidak suka mengajar terlalu lama kerana dia beranggapan pelajar akan hilang fokus jika belajar terlalu lama. Ada juga desas-desus yang mengatakan Dr. Pandak sebenarnya tidak puas hati dengan pihak pentadbiran yang menganak-tirikan kelas falsafah seolah-olah kelas itu hanya sekadar persinggahan pelajar untuk melengkapi CGPA mereka. Entahlah.


 

Selepas solat magrib, aku duduk di hadapan meja study. Buku-buku falsafah yang baru sahaja aku pinjam dari perpustakaan dibelek satu persatu. Aku cuba memahami konsep-konsep dalam falsafah hingga berkerut-kerut dahi. Tanpa aku sedar jam menginjak 2 pagi. Aku mula menghormati kebijaksanaan cendekiawan yunani yang kembang mekar 300 tahun sebelum kelahiran nabi isa. Walaupun mereka saling bercanggah pendapat, tetapi suasana ilmu & pemikiran pada zaman itu amat pesat bagaikan satu perlumbaan.

Namun cepat-cepat aku beristighfar kerana aku sedar aku secara tidak langsung telah mengagung-agungkan orang kafir. Aku menolak buku-buku falsafah ke tepi meja. Malam itu aku bersolat Isyak pukul 3 pagi ditemani bunyi unggas dari kawasan hutan Sungai Pusu (betul-betul di sebelah hostel aku).


Beberapa minggu berlalu. Sudah sampai masanya kami membuat tugasan berkumpulan. Dr. Pandak  menyuruh kami membuat kumpulan 2 orang. Aku melihat pelajar-pelajar lain sibuk memilih rakan-rakan masing-masing. Aku memandang kiri dan kanan mencari pelajar yang masih belum mendapat pasangan. Dari sudut belakang bilik kuliah, aku melihat seorang sister (gelaran bagi pelajar muslimah. Juga dipanggil ukhti iaitu versi arabic'nya) memandang tepat kepadaku seolah-olah meminta persetujuan untuk menjadi partner assignment. Hanya renungannya sahaja yang aku mampu tafsirkan kerana wajahnya terhijab disebalik niqab/purdah hitam

Pelajar-pelajar lain telah mendapat rakan tugasan masing-masing. Dr. Pandak menyenaraikan 5 tajuk dan menyuruh kami setiap kumpulan memilih salah satu tajuk untuk dijadikan assignment bertulis.

Seperti biasa, kelas berakhir awal. Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Hanya ada beberapa pelajar yang tinggal. Ada yang sedang berborak dan ada yang sedang mengulang-kaji pelajaran.

Aku menoleh kebelakang dan sister tadi masih lagi ada di situ. Betul ke sangkaan aku atau hanya mainan minda? Kotak fikiran aku tertanya-tanya perlukah aku pergi berjumpa dengannya atau pulang sahaja ke hostel.  Lagipun amat jarang seorang pelajar wanita memilih pelajar lelaki menjadi partner assignment jika tidak kenal. Malah Dr. Pandak ada menyatakan jika sesiapa tiada pasangan, boleh buat solo assigment (buat sorang-sorang la maksudnya).

Sekadar Hiasan.


Aku berdiri mengemas meja dan bersedia untuk pulang. Tiba-tiba terdengar suara halus memanggil dari belakang. Rupanya sister tadi memanggil aku.

"Wan! Tunggu sekejap!"

Aku duduk kembali sambil memandang sister yang memanggil aku. Dari matanya yang bewarna kehijauan menunjukkan dia seorang foreigner. Namun dari tutur bahasanya menunjukkan dia seorang Melayu jati. Jarang aku berjumpa pelajar wanita Melayu memakai niqab hingga yang kelihatan hanya sepasang mata sahaja.

"Ya sister? Boleh saya bantu?" tanyaku tersekat-sekat. Biasalah, amat jarang bercakap dengan wanita ajnabi.

"Wan, boleh tak kita jadi partner dalam assignment ni?"

"Er.. tiada masalah. Awak kenal saya ke?"

"Mestilah kenal! Sudah beberapa kali kita duduk dalam satu kelas yang sama! Takkan awak tak perasan saya?" soal sister tersebut.

Mustahil untuk kenal lantaran burkanya hanya menunjukkan 2 biji mata sahaja. Namun aku diamkan kerana itu umpama mengutuk agama sendiri.

"Maaf sis, saya tak perasan langsung." ujarku mengaku silap.

"Tidak mengapa. Nama saya Sarah, Sarah Ali Foroohar! Call me 'Sarah'!"

"Awak Melayu?"

"Campuran Iran dan Melayu. Ayah saya dari Iran dan mak saya Melayu" jawabnya. Ini telah menjelaskan persoalan warna matanya dan juga kefasihannya dalam bahasa Melayu.

Sarah menanggalkan kain niqab yang menutup wajahnya. Terserlah seraut wajah yang amat cerah dan cantik dengan senyuman paling manis yang tidak dapat aku lupakan sehingga sekarang. Melihat aku tergamam, dia segera menutup wajahnya semula.

Kami kemudian bertukar-tukar nombor telefon dan bersetuju untuk berjumpa semula bagi membincangkan topik tugasan yang dipilih. Kami kemudian berjalan menghala ke hostel masing-masing yang terletak arah bertentangan. Ingin sekali aku mengajaknya minum petang di cafe kuliah. Aku mahu mengenali latar belakang gadis bermata hijau itu. Tetapi perasan malu yang menebal membuatkan aku membatalkan hasrat tersebut..

Setelah beberapa langkah berjalan aku menoleh kebelakang. Rupanya Sarah juga menoleh ke arahku. Aku segera berpusing semula kehadapan dan teruskan berjalan.

"Apa yang aku fikirkan ni!" gerutu hatiku sendirian sambil mempercepatkan langkah. Tanpa aku sedari, perkenalan ringkas hari itu adalah suatu permulaan persahabatan yang unik dan complicated. Malah ia juga punca konflik dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar UIA...


Akan bersambung ke Part 6..


.

Plan? What Plan?



.

Nilai Kemanusiaan Para Atheist.

Molly is a stay at home mother

My morality comes from a contemplation of consequences: in any situation, I will strive to do the most good and least harm that I can.
Hi, I'm Molly!  I'm a stay at home mother with two beautiful daughters, and I'm an atheist.  Although I do not believe in God or a Deity, I am still a spiritual person and enjoy spending time meditating and contemplating the natural world.  My morality comes from a contemplation of consequences: in any situation, I will strive to do the most good and least harm that I can.

JD -- believes in the golden rule

I'm a big believer of the golden rule, to me that's pretty much all you need in order to live a good life. 
I like nature, animals, reading, goofing around and hanging out with a small group of close friends. My morality comes from within me. I'm a big believer of the golden rule, to me that's pretty much all you need in order to live a good life.


Rabu, 4 September 2013

Perbezaan Ketara Antara Kita.


Kami menolak agama kerana ia percanggahan dengan logik akal. Namun sebahagian golongan agama menolak logik akal semata-mata mahu membenarkan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Lantaran itu sekuat manapun hujah menggunakan dalil-dalil logik, tidak akan diterima golongan agama.

Kisah hikayat padang pasir seperti kisah manusia hidup dalam perut ikan, wanita dicipta dari tulang rusuk, kelahiran bayi ajaib tanpa benih seorang lelaki, lautan terbelah dua dan pelbagai lagi diyakini bulat-bulat oleh orang agama. Tiada langsung terfikir oleh mereka jikalau itu semua adalah ciptaan imaginasi masyarakat dahulu-kala.

Ah, tak mungkin mereka terfikir kerana mereka telah pun membuang akal ke dalam bakul sampah.

PS: Maaf jika post ini sedikit tajam. Anggaplah ia provokasi minda untuk berfikir sejenak ke wilayah yang luar dari kebiasaan. Bersihkan hati dari kebencian & jangan berhenti belajar tentang kehidupan.

.

Selasa, 3 September 2013

Kisah Disebalik Perintah Penyembelihan Ismail (JOKE).



.

Cinta Sang Psychopath.

"Cinta kau hanya untuk aku seorang sahaja! Jangan kau berani menaruh hati kepada yang lain! Aku tahu apa yang ada dalam otak kau! Aku tahu kemana sahaja kau pergi! Seluruh hidup kau adalah untuk taat kepada aku! Aku sayang sangat pada kau. Kalau kau lupa aku atau kau tinggalkan aku, aku akan cari kau! Dan bila dah jumpa aku tumbuk kau sampai pecah muka, aku akan tendang mulut kau sampai patah gigi, aku akan pijak perut kau sampai keluar semua makanan yang aku beri kepada kau selama ini! Dengar cakap aku! Aku sayang pada kau. Sayang aku lebih dari ibu kau sayang pada kau. Jadi kau kena puji aku setiap hari! Tugas kau hanya patuh padaku tanpa perlu soal itu dan ini!. Tak perlu kau guna otak lembab kau untuk faham. Ikut sahaja arahan aku sebab aku jauh lebih bijak dari kau! Faham sayang?!"


  

PS: Inilah cinta seorang psychopath. Jika anda mempunyai pasangan bipolar seperti ini, adakah anda akan setia sehingga hujung nyawa? Atau anda cepat-cepat angkat kaki keluar dari rumah dan hidup seperti insan yang benar-benar merdeka minda serta fizikalnya?. Begitulah persoalan ketuhanan. Analogi yang sama dalam dimensi yang berbeza. 

Layakkah ditaati sesuatu entiti yang mempunyai peribadi psychopath? Jika kamu rasa tuhan tidak mungkin psychopath, maka fikirkanlah kemungkinan bahawa tuhan psychopath yang engkau sembah itu adalah watak yang diciptakan oleh suatu minda yang gila..

Dan yang mampu membayangkan malah merealisasikan kegilaan sebegitu hanyalah satu organisma sahaja di muka bumi ini. Organisma yang dipanggil manusia.

.

Why I Mock Religion?

 
 
.

Isnin, 2 September 2013

Perasaan & Spritualiti Seorang Atheist.

Bagaimana perasaan seorang yang keluar dari agama dan memilih jalan atheism? Dimana tercampaknya spiritualiti yang telah dipupuk sejak lahir dalam suasana agama? Soalan yang ditanya oleh bro X and the jihad geng. Aku masih lagi terkesima dengan skill kalian menjejak aku. Terima kasih atas profesionaliti dan perbincangan yang damai semalam. Namun aku berharap kalian berhenti disitu kerana maklumat peribadi seseorang adalah milik mereka sendiri. Jangan melampaui hak privacy insan lain hanya atas nama agama.


Perasaan aku selepas memilih jalan Atheism? Tiada satu jawapan yang solid. Perasaan bergolak dalam fasa tertentu. Emosi mencari tempatnya untuk bermukim secara berperingkat. Namun selepas ribut, pasti langit akan kembali tenang.

Dahulu sewaktu mula-mula aku mula melihat kepalsuan agama, aku jadi seorang yang pemarah. Marah kepada diri, marah kepada keluarga, marah kepada masyarakat, dan tentunya marah kepada tuhan. Tentulah marah jika sesuatu yang telah menjadi darah daging, suatu obsessi, suatu kecintaan rupanya hanya khayalan semata-mata.

Marah kepada diri sendiri kerana terlalu bodoh untuk memahaminya lebih awal. Marah kepada keluarga yang menyuap aku dengan mitos sejak lahir ke dunia menyebabkan aku tiada pilihan lain melainkan yakin dan taat.. Marah kepada kepada masyarakat yang begitu taksub terhadap pegangan mereka hingga tiada keberanian bagi jiwa-jiwa minoriti menongkah-arus. Dan marah kepada 'tuhan' kerana segala ketaatan dan perasaan cinta yang telah dicurahkan selama ini hanya ilusi permainan minda.
  
Sebab itu kamu dapat lihat ramai antara kami yang meggunakan 'kemarahan' sebagai intonasi utama dalam ekspresi diri. Disinilah timbul tuduhan Islamophobia kepada kami. Pantang disebut tentang tuhan dan agama, pasti melenting para atheist.

 

Mereka para atheist/ex-Muslim melenting bukan kerana Islamphobia. Kemarahan ini datang dari pelbagai sebab seperti tekanan tidak dapat mengekspresikan diri secara public, ancaman undang-undang, tekanan masyarakat, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi mereka yang dibuang keluarga, saudara dan kawan-kawan lantaran berubah keyakinan. Belum lagi caci maki jiran-jiran dan orang yang langsung tiada kena mengena. Seolah-olah mereka tiba-tiba bertukar menjadi makhluk asing yang datang dari planet jauh.

Jika dahulu mereka kanak-kanak yang selalu memanjat pokok manga di halaman rumah sambil bersorak-sorak umpama tarzan, maka sekarang mereka tetap yang itu juga. 

Jika dahulu mereka anak yang sentiasa memandang kepada ayah dan ibu dengan perasaan kasih sayang, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.

Jika dahulu mereka remaja yang bermandi-manda di tali air dengan rakan-rakan kampung dengan hilai ketawa, maka sekarang mereka tetap yang itu juga.

Kamu mengenal mereka sejak dahulu dan sekarang kamu beriaksi seolah-olah mereka orang asing? Cuba letak dirimu ditempat mereka dan rasa apa yang mereka rasa. Sedih, pilu, marah? Akhirnya 'marah' menjadi lebih dominan kerana ia dapat menutup segala sakit yang datang dari kesedihan dan kepiluan.

Kamu tentu pernah membaca kisah-kisah para mualaf (baru memeluk Islam), bagaimana mereka bermula, dibuang keluarga, dipulau masyarakat mereka, dipandang hina oleh bangsa mereka sendiri. Begitu juga dengan golongan ex-Muslim. Sama sahaja, just another side of a coin.

Ada keluarga asal mualaf yang hati mereka menjadi sejuk dan menerima mereka kembali setelah tahun berlalu. Namun ini tidak berlaku kepada golongan ex-Muslim kerana tiada keluarga atau masyarakat Muslim yang akan menerima mereka semula. Pada orang Islam, mereka sudah menjadi NAJIS.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis... (At-Taubah:28)

 

Sekarang kemarahan yang tinggi menjulang telah padam dari hati aku. Mungkin datang dari 'masa' yang mematangkan fikiran. Mungkin juga dari minda yang dambakan ketenangan.

Aku sudah maafkan diri sendiri atas kebekuan mindaku dahulu. Aku maafkan keluargaku kerana mereka juga mangsa kepada ideologi yang tidak dinafikan paling berpengaruh di dunia. Aku maafkan masyarakat atas kebencian mereka, Dahulu aku pun salah seorang dari mereka dan aku pernah berkongsi kebencian yang sama. Aku maafkan tuhan? Persoalan yang tidak lagi relevan lantaran soalannya tidak lagi rasional.

Kini mindaku lebih tenang dan ringan lantaran tiada lagi dogma-dogma agama menghentam aku dengan sifat bipolar tuhan yang sekejap maha penyayang dan sekejap menjadi psychopath yang mengancam makhluk-makhluk sekecil debu ini dengan seksaan-seksaan melampau batas.

Tiada lagi hukum-hakam ciptaan masyarakat arab kuno menjadi panduan hidupku. Dengan akal dan minda yang sihat, aku tahu membezakan mana yang baik dan buruk. Aku membantu insan lain tanpa membayangkan ganjaran syurga. Aku menolong warga tua melintas jalan tak kiralah dia seorang penganut Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain tanpa membayangkan mereka akan disiksa diakhirat kelak. Aku dapat bergaul dengan ikhlas tanpa membezakan warna kulit, merasai pelbagai keunikkan makanan tanpa mengira latar-belakang tukang masaknya, mengalami pelbagai pengalaman tanpa hambatan 5 waktu penyembahan. Dan setiap kali aku memberi senyuman, ianya adalah atas sebab budi pekerti, bukannya sebab ianya satu 'sedekah'.

Jiwa aku kini lebih tenang apabila melihat alam semesta. Tiada lagi hambatan pemikiran tentang kiamat, akhir zaman, dan doktrin kehancuran bumi semakin dekat dan lain-lain.

Aku takjub terhadap keluasan langit dan kompleksiti bumi. Aku tertarik dengan pelbagai teori mengenai permulaan alam. Aku terhibur dengan pelbagai penemuan quantum fizik, biologi, astronomi, dan ilmuan Sains yang sentiasa terbuka untuk perdebatan (yang pastinya tidak berakhir dengan pertumpahan darah). Jika ditanya kemana tercampaknya spritualiti aku yang dulu, maka aku akan jawab disinilah tempatnya ia berbakti sekarang ini.

Adakah atheist tiada masalah? Selagi kita ini manusia sudah tentu ada masalahnya. Cuma aku lebih suka memilih fikiran yang positif dan emosi yang positif. Masalah datang dan pergi, sama sahaja bagi yang tidak beragama atau yang beragama, atau bagi yang berdoa dan tidak berdoa. Walau berdoa kepada dewa sehebat Hanuman atau segagah dewa Thor sekalipun tidak akan menghilangkan masalah yang ada. Jika masalah timbul, hadapailah ia dengan keberanian dan kebijaksanaan. 

Untuk apa aku menulis di blog ini? Adakah untuk dakwah; menarik orang menjadi atheist? (tanya seorang pembaca yang membuat aku LOL sendirian). Aku tidak peduli seseorang itu memilih jalan apapun dalam hidup mereka kerana itu hak mereka. Asalkan mereka tidak memaksa orang menghormati hak mereka sedangkan mereka memijak hak orang lain.

PS: Di atas hanya sekadar pendapat aku secara individu, tidak melambangkan pendapat para atheist atau non-Muslim secara umum. Terima kasih.
“The only way that we can live, is if we grow. The only way that we can grow is if we change. The only way that we can change is if we learn. The only way we can learn is if we are exposed. And the only way that we can become exposed is if we throw ourselves out into the open. Do it. Throw yourself.”
― C. JoyBell C.

.