Petang-petang sebegini waktu aku merehatkan fikiran. Ditemani secawan kopi Hazelnut panas 3-in-1, sebungkus biskut lemon dan sebuah laptop. Duduk di taman permainan yang dihiasi lanskap tasik dan bunga teratai. Terdengar nyanyian burung dikejauhan. Matahari sedikit redup ditutupi awan sedikit mendung. Angin sesekali bertiup gemalai mengeringkan keringat di wajah.
Sekali-sekala melintas kanak-kanak berlari berkejaran tanpa kerungsingan diminda mereka. Nun di tepi sebuah glonsor pula seekor kucing sedang asyik mengendap burung-burung pipit yang turun mencari makanan di tanah. Rimbunan buluh di tepian tasik beralun-alun apabila ditiup angin. Kemudian menjadi pegun bila angin terhenti. Semuanya bergerak dan pegun mengikut rentak masing-masing.
Ya, semuanya yang hidup bergerak walau pada zahir ianya diam terpaku. Seperti rambut yang tampak diam tapi ia tetap bergerak memanjang sehingga 9 inci setiap tahun. Kuku manusia pula memanjang secara purata 3 milimeter setiap bulan. Rumput-rumput boleh bergerak membesar 2 inci setiap minggu menghala ke langit. Namun pergerakkan itu tidak mampu dilihat oleh mata kasar.

Dulu keyakinan aku terhadap ketuhanan seampuh gunung di Himalaya.. Pegun ia bagaikan dipaku ketanah. Tidak berganjak gunung keimanan walau berhujah dengan seribu kuffar, fikirku pada masa itu. Jiwa teguh di jalan hakikat dan jasad berpadu dalam makrifah & syahadah. Bagaikan gunung teguh bersama tariq agama.
Ya, aku sangka gunung itu pegun dan teguh. Rupanya kini hancur dimamah realiti. Bagaikan bergeraknya rambut, significant selepas beredarnya waktu. Adakah kau mampu memahaminya sahabat?
Hidup ini terlalu singkat untuk kau bermain dalam delusi agama. Kemerdekaan minda jauhnya hanya selangkah kaki. Persoalannya adakah kau mahu bergerak? Tidak apa jika geraknya seakan rambut, atau kuku, atau rumput. Yang penting kamu mahu bergerak.
Aku? Sedang menghirup kopi panas. Sesekali mencicip biskut lemon. Ah, hidup ini indah.
.
Sungguh mendalam sekali ;) Amat kasihan ramai manusia yang hanya membuang masa/menyebabkan kerosakan di muka bumi atas nama agama sedangkan banyak lagi aktiviti bermakna dan bermanfaat lain yang boleh dilakukan...
BalasPadamYa. Selagi hidup kita buatlah sesuatu yg bermakna buat diri sendiri dan org sekeliling :)
Padami only understand half of it. This must be deep right? as what melayu freethinker said ;)
BalasPadamhahaha.. sorry bahasa agak sastera sikit hari ni ;)
PadamBodoh la dah masuk Islam tubek balik! Bodo nanang la mu!! Mu ingat neraka boleh buat main-main? tobak aaa..
BalasPadamKata org lain bodoh akan membuatkan anda pandai? Neraka hanya wujud dalam otak org yg mempercayainya. Jangan hanya kerana sebuah kitab ada tulis pasal neraka, anda mempercayainya bulat2.Jika ada orang yg pernah pergi ke neraka dan balik ke sini dengan pelbagai bukti kukuh, saya berminat utk membuat sebuah dokumentari tentangnya.
PadamPercaya pada wujudnya neraka adalah keyakinan tanpa bukti. Keyakinan yang membuta tuli seperti itu adalah dipanggil delusi.
PadamOrang yg sedang berdelusilah sebenarnya hidup di dalam 'neraka' kerana tidak dapat keluar ke alam realiti.
Takut betul ya kamu pada nasib kami semua yang bakal masuk ke "Neraka". Mereka yang menjadi mangsa pada sistem penghambaan adalah contoh bukti "Neraka" yang sebenar. Dimanakah kamu golongan agama ketika itu?. Cilaka sungguh, kamu hanya membiarkan sistem hamba ini bertahan beribu tahun. Tahukah kamu siapa yang menjadi penyelamat?. Jawapannya, Civilization! Civilization! not religion.
Padamwell said :)
PadamOrang yang masih dalam 'neraka' mana mungkin faham pemikiran orang kat luar neraka, unless dorang sendiri yang keluar dari neraka itu... lol
BalasPadamyup. Itu shj caranya :)
Padam