Rabu, 28 Ogos 2013

The Different type of Minds.

 

.

Cartoon Therapy.


.

Morality.



.

Sains Adalah Penyelidikan Realiti Kehidupan..



.

Punca Masalah.


Inilah punca kenapa agama sering dipandang sebagai simbol keganasan oleh masyarakat dunia tetapi dipandang simbol keamanan oleh golongan moderate Muslim. Moderate Muslim cuba mempamirkan Islam sebagai agama damai dan selamat dengan mengurangkan penggunaan hadis sebagai sumber hukum (contoh hukum rejam, hukum bunuh para murtad, hukum hudud dll). Namun golongan radical Muslim seluruh dunia masih mempraktikkan hukum-hukum ini.

Sebagai contoh dalam kehidupan hari-hari, dalam hadis mengatakan:
"Siapa yang pergi ke tempat perempuan bernyanyi dan mendengar suara nyanyiannya maka akan dituang ke dalam dua lubang telinganya pada hari akhirat dengan timah yang mendidih."
Muslim moderate biasanya mengabaikan hukum ini tetapi bagi Muslim radical, ini perkara besar dan wajib dijalankan tanpa kompromi.

Maka berlakulah perkara seperti di bawah hingga menjadikan masyarakat dunia memandang hina pada mereka yang membawa label Islam.


.

Selasa, 27 Ogos 2013

Perjalananku Menuju Atheisme. PART 4.

Di dalam UIA pada masa itu, golongan salafi atau salafiah adalah golongan terpencil. Usrah kami terdiri dari mereka-mereka yang jujur mencari Islam yang sejati. Hanya sedikit sahaja pelajar Melayu di dalam kumpulan ini.
Nota: Salafi ialah berasal dari perkataan ‘Salaf’ yang bermaksud: Mereka yang terdahulu. Dari sudut istilah, salaf ialah mereka yang disebut dalam beberapa nusus syarak, iaitu:
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (Al-Taubah: 100)
Ramai orang terutamanya golongan Fekah berbangsa Melayu memanggil kami dengan gelaran Wahabi. Kumpulan kami tidak ada kena mengena dengan aliran Wahabi. Malah kami tidak pernah pun mengkaji kitab-kitab wahabi. Kami lebih aman dengan pengajian kitab suci dan hadis-hadis Sahih. Dalam kumpulan ini ada professor dalam pengajian Islam, para doktor, cendekiawan Muslim, dan pelajar-pelajar bergabung di bawah satu usrah.

Golongan Salafi amat keras dalam menolak amalan Bidaah. Bidaah adalah sesuatu amalan baru yang dimasukkan dalam Islam. Nabi mengatakan setiap bidaah itu sesat, dan setiap kesesatan itu tampatnya neraka. Tetapi ulama mazhab mengatakan bidaah tu ada 2, bidaah hasanah (terpuji) dan bidaah dholalah (tercela). Sering masalah pendapat antara salafi dan ahli fekah adalah soal bidaah.

Dalam kumpulan kami, ada 4 orang rakan yang aku rapat. Dari Malaysia, Md. Zain dari kulliyyah Human Science (psikologi) dan Syafie dari kulliyyah Usuluddin. Mana kala lagi 2 orang Ahmed dari Tripoli dan Abdul Karim dari Africa. Kami berlima selalu menyuarakan pendapat tentang perkara-perkara agama yang bertentangan dengan cara nabi tapi tetap dijalankan oleh UIA.

Sebagai contoh, perarakan maulid nabi. Pada kami ia adalah amalan bidaah. Tidak pernah dibuat oleh nabi, sahabat dan golongan selepas itu. Walaupun nampak seperti amalan baik, penuh dengan selawat dan lain-lain, tetapi ia diambil dari ritual agama lain.

Suatu petang dalam kelas Aqidah (Faith), ustaz Hashim (Melayu) menyentuh sedikit soal ibadah. Melihat peluang yang ada, aku bertanya kepada ustaz mengenai bacaan Yassin selepas Maghrib di malam Jumaat yang menjadi amalan orang-orang Melayu.

"Tak jadi masalah, bukan buat salah pun" jawab ustaz Hashim ringkas.

"Tapi itu adalah bidaah, bukan amalan nabi. Nabi kata amalan yang bukan dari kami akan ditolak!"

"Oh kalau macam itu zaman nabi bawa unta, zaman kita pun kena bawa unta juga ke? bidasnya.

"Bukan begitu caranya kita mengkaji hukum. Petama kita kena bezakan yang mana hukum berkaitan ta'abbudi (amal ibadat) dan perkara luar dari ibadat. Perkara luar dari ibadat seperti menunggang unta atau memandu kereta tidak tertakluk dalam hukum. Nabi sendiri kata, kamu lebih tahu urusan duniamu.". Sedangkan urusan ibadat, nabi berkata jangan tambah atau kurangkan. Dan dalam al-Quran, tuhan telah terangkan Islam itu telah sempurna. Maka siapalah kita nak cipta dan amalkan ibadah baru?" hujahku agak tegas.

Ustaz Hashim tersenyum. "Sabar akhi (saudara), duduk dulu. Dua-dua pendapat pun betul. Jangan kita bertelagah di sini. Lagipun ini kelas Aqidah bukan kelas Fekah." ujar ustaz dengan nada tenang.

Sememangnya aku banyak bertelagah pendapat dengan para pensyarah lantaran tidak bersetuju dengan rumusan mereka tentang sesuatu topik. Tidak ada masalah untuk aku berdebat kerana dalil-dalil hukum masih segar dalam kotak memoriku. Pensyarah walau setinggi mana pun ilmunya pasti terdiam jika berhadapan dengan dalil al-Quran atau hadis sahih.

Kadang-kala ulamak 4 mazhab menggunakan hadis-hadis kurang kuat seperti hadis ahad. Ada kalanya mereka mengunakan ijtihad lantaran tiada hadis mengenainya. Perlu diingat pada zaman selepas wafatnya nabi, hadis baginda bergerak mengikut sahabat-sahabat nabi yang mencatitkannya.

Jika sahabat nabi yang menulis sesuatu hadis itu berpindah ke suatu tempat yang terpencil, maka hadis itu dibawa bersama. Jesteru ada hadis yang tidak sampai kepada para Imam. Namun kelebihan umat Islam pada zaman sekarang, semua hadis-hadis yang bertebaran itu telah berjaya disusun atur mengikut kekuatannya (sahih, ahad, dhoif dll) dan dipermudahkan untuk rujukan.

Sikap tegas dalam bab hukum menjadi 'pakaian' aku walau dimana sahaja. Dalam persatuan silat, aku menyuarakan bantahan mengenai amalan mandi silat, zikir yang tiada nas, petua-petua yang khurafat dan sebagainya. Bila balik ke rumah, perkara sama juga berlaku. Sebagai contoh, apabila sepupu membuat majlis perkahwinan, keluarganya meletakkan sepasang baju (milik pengantin) di atas atap dengan kepercayaan ia mengelakkan hujan. Aku menegurnya tanpa segan-silu. Sejak itu aku dikenali sebagai seorang yang tegas di mana sahaja aku berada.

Persatuan pelajar yang dipegang oleh underground movement yang dipanggil Hisbi Islam (dibawah pentadbiran sebuah parti Islam di Malaysia) pernah berjumpa saya dan 4 sahabat lain mengenai kefahaman kami. Rupaya kami disyaki membawa ajaran wahabi ataupun fahaman sesat yang tidak dikenal pasti. Setelah perbincangan lebih 2 jam, mereka berpuas hati walau ada sedikit perbezaan pendapat.

Keesokkan harinya Dekan kuliah memanggil aku berjumpa dengannya. Pelik, persoalan yang sama diajukan oleh beliau. Setelah berbincang, dia memahami sudut pandanganku mengenai hukum hakam. Namun beliau memberi nasihat bahawa nabi datang bukan sahaja membawa hukum-hakam, dia juga membawa adab sopan-santun. Maka beliau meminta aku supaya jangan terlalu extream dalam menegakkan pendapatku kerana dalam Islam ini ada banyak pendapat dari pelbagai ulama. Keharmonian masyarakat datang dari menghormati pendapat orang lain. Itu yang lebih penting.

Setelah perjumpaan dengan Dekan tersebut, aku cuba mengurangkan tabiat menyanggah pendapat orang lain yang berlawanan dengan pendapat yang aku pegang. Semakin lama semakin ramai pula orang yang dahulunya menjauhkan diri mula mendekati. Malah persatuan pelajar mengajak aku menyertai barisan AJK bahagian dakwah dan disiplin. Pergaulan yang makin meluas itu menjadikan aku lebih toleransi terhadap mazhab.




Pada suatu petang, aku duduk di atas pangkin mengadap ke pantai timur yang seluas mata memandang. Deruan angin bagaikan nyanyian alam yang tidak pernah berhenti. Sesekali aroma dari lumpur dan pokok bakau melintasi deria bau. Jam menunjukkan pukul 6 petang dan kehangatan mentari mulai surut bersama surutnya air laut.

"Kenapa banyak pendapat dalam Islam ya Pak Long" aku bertanya kepada Pak Long yang asyik menyedut rokok daunnya.

"Sebab manusia ini ada pemikiran tersendiri datang dari pembelajaran sendiri."

"Tetapi kitab satu, nabi terakhir itu satu, kenapa pendapat banyak?"

"Ya satu tetapi penerimanya ramai, penafsirnya ramai, penyampainya ramai, penghurainya ramai, pemalsunya pun ramai, sebab itu ada pelbagai pendapat" jawab Pak Long.

Aku terdiam. Kenapalah jauh benar zaman nabi dengan zaman sekarang hingga memungkinkan wujud pelbagai pendapat. Kalaulah aku hidup zaman sahabat, tentu tiada masalah mengetahui keaslian agama.

"Wan, besok kau balik rumah. Petang besok aku nak keluar ber'uzlah selama seminggu kat Stong."

"Dabong? dalam hutan? Kenapa tak buat dalam masjid sahaja" jawabku seolah-olah memprotes.

"Mu nih gak! Uzlah itu kan bermaksud berseorang-seorangan bukan beramai-ramaian. Nabi pun beruzlah sorang-sorang di gua Hira" balas Pak Long sambil ketawa.

Aku tidak membalas kata-kata Pak Long. Dia memang seorang yang sukar difahami. Dia hidup pun hidup sendiri, dijauhi keluarga atas sebab yang aku pun tidak pasti. Namun yang jelas aku suka melawat Pak Long kerana dia dapat membuatkan aku berfikir dari pelbagai sudut.

Senja mula menyapa bersama-sama azan maghrib di kejauhan. Kami berjalan pulang. Rumah Pak Long terletak jauh dari rumah-rumah penduduk yang lain. Perlu meredah pantai dan belukar untuk sampai ke sana. Mahukan privacy kononnya..

Bersambung ke Part 5..

.

Why Call Him God?


.

Tuhan Mencintaimu...



.

Isnin, 26 Ogos 2013

Are You Complaining?


.

Kata-kata Kamal Haasan.



.

Dunia Dari Mata Yang Melihat.


Realiti manusia boleh hidup gembira dan ceria antara satu sama lain. Realiti manusia boleh hidup aman tanpa perlu rasa benci. Tetapi lantaran perbezaan keyakinan konflik berlaku, keganasan tercipta, dan prajudis bermaharajalela.

Aku yang terpencil ini hanya mampu menulis sambil berharap. Moga peperangan, keganasan, dan kebencian semakin terhapus dari muka bumi. Moga semakin ramai manusia dapat membuka minda serta melihat dunia dari perspektif yang lebih luas dan murni.

.

Evolusi Tak Logik!


PS: Nampaknya logik orang beragama memang jauh berbeza dengan logik dari pandangan Sains. hehe

.

Ahad, 25 Ogos 2013

Sebagai Atheist Anda Perlu Berlaku Adil! -nasihat dari Basri.

Kadang-kala malas nak layan soalan golongan agama ini. Soalan mereka menunjukkan betapa tersekat dan terkurungnya minda mereka dalam kepercayaan sendiri. Kita boleh membantu mereka jika mereka mahu keluar dari perangkap maut tersebut. Tetapi jika mereka sendiri tidak mahu keluar, itu adalah pilihan mereka. Namun yang menjengkelkan, boleh pula mereka menghulur tangan untuk menarik kita masuk ke dalam perangkap bersama-sama mereka.

Bagi soalan di bawah, saya beri jawapan dalam bentuk poin-point ringkas bagi memudahkan mereka memahami jawapan saya.

Soalan:
Jawapan:

1-Kematian memang topik hangat golongan anda. Setup sistem agama/keyakinan anda 90% tentang kematian seolah-olah hidup hanya untuk mati.

2-Tiada beza kematian saya dan anda. Sama-sama meninggalkan jasad yang kosong. Namun yang berbezanya anda mati dengan membawa harapan yg kosong dan sia-sia. Impian anda ingin mencicip dara bidadari disyurga punah sebaik sahaja anda menghembus nafas terakhir.

3.1-Sebagai atheist saya perlu berlaku adil menghentam semua agama?
Statement yang lucu dan pathetic. Jika dibuat survey mengenai agama yang dikaitkan dengan keganasan dunia hari ini, sudah pasti agama anda mendapat no.1! Mungkin bukan di Malaysia, tetapi itulah realiti worldwide! Kerana itu saya banyak bercerita mengenai agama anda. Dan maaf saya tidak dapat ikut nasihat anda supaya saya menghentam semua agama. Saya bukan pembenci agama. Saya cuma mahu membuka minda pelawat-pelawat blog ini dari dogma agama. Nampak serupa tapi berbeza.

3.2-Saya diupah untuk agenda tertentu?
Sememangnya golongan anda golongan yang paranoid dan suka berillusi. Saya menulis kerana diri sendiri dan dari situlah datang semangat, idea dan keikhlasan dalam memberi pendapat.


4- Saya menyuntik keraguan tentang ketuhanan dalam hati umat Islam dan syaitan membantu saya menjadikan mereka was-was? Er.. stop! stop! Mereka yang was-was tapi saya dan syaitan yang disalahkan? Ewaaah! Sebab tu pemikiran anda tak dapat berkembang seperti katak dibawah tempurung yg tersekat bawah pokok mati yang ditimbus runtuhan tanah. Keraguan membuatkan kita bergerak mencari fakta dan kebenaran. Keraguanlah yang mendorong manusia membina teknologi dan mengkaji setiap inci alam semesta semampu dan sejauh yang mungkin. Mereka yang takut untuk menyoal dan terima bulat-bulat ajaran yang diwarisi dari nenek moyang mereka adalah manusia yang paling rendah nilainya kerana meletakkan kemampuan intelektual mereka ke tahap paling rendah.

5-Penemuan itu bukan dalam Sains malah ia hanya spekulasi sebahagian kecil penyelidik Christian. Banyak penemuan tamadun lama mempunyai penjelasan yang berbeza mengikut Saintis-saintis yg mengkajinya. Banyakkan belajar dan melihat sesuatu kajian dari pelbagai sudut. Jangan pilih yg mana kita percaya sahaja.

6-Berkata 'saya berdoa untuk anda wahai atheist', sama seperti menabur pelbagai daging haiwan atas kepala seorang vegetarian. Ianya tidak bermoral dan sekadar untuk menunjuk anda kononnya bagus dan mulia.

Yup, have a nice day juga buat anda.

.

3 Soalan Dijawab Dengan Penampar.


Ada seorang pemuda Melayu-Jawa yang lama belajar di US kembali ke tanah air. Dia memberi tahu ibubapanya dia telah memilih kehidupan seorang atheist. Lalu ibubapanya amat risau dan segera mencari kyai (orang alim) yang boleh menarik balik anaknya kepada agama.

Pada malam itu kyai yang bijaksana sampai bersama 10 anak muridnya ke rumah mereka. Pemuda tadi dipanggil untuk mengadap sang kyai.

Kyai:
Wahai pemuda, engkau seorang atheist bukan?

Pemuda itu hanya tersenyum. Sekali-sekala dia mengeleng-gelengkan kepala seolah-olah tidak percaya ibubapanya merancang perjumpaan mengejut itu. Murid-murid pak Kyai hanya melihat tajam kepada pemuda tersebut.

Kyai: Baiklah wahai pemuda, aku ingin membuktikan kepadamu agama itu benar dan atheist itu salah. Mari sini dekat padaku!

Pemuda itu mendekati pak Kyai. Tanpa sebarang amaran, Kyai itu melempang si pemuda dengan kuat. Pemuda itu menekup pipinya sambil terpinga-pinga.

Pemuda: Kenapa Kyai menampar saya?

Kyai: Ini adalah jawapan bagi 3 soalan biasa para atheist.

Pemuda: Soalan apa?

Kyai: Setiap Atheist pasti tertanya-tanya 3 soalan ini:
  1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan!
  2. Apakah itu yang dinamakan takdir?
  3. Kalau Iblis diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api. Tentu tidak menyakitkan buat si Iblis lantaran mereka memiliki element yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Pemuda: Lalu kenapa jawapannya satu tamparan?

Kyai: Tamparan itu menyakitkan bukan? Tetapi tunjukkan wujudnya 'sakit' itu. Tentu anda tidak mampu. Begitu juga dengan jawapan soalan pertama. Kita semua boleh merasakan kewujudan tuhan tetapi tidak mampu melihatNya.

Pemuda: Soalan kedua?

Kyai: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya ? Apakah anda pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini ? Tentu tidak bukan. Itulah  yang dinamakan takdir.

Pemuda: Soalan ketiga?

Kyai: Tangan yang menampar adalah kulit dan pipi yang ditampar adalah kulit namun tetap rasa sakit. Walaupun syaithan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaithan. Dan itu adalah jawaban untuk pertanyaan terakhir.

Jawapan Kyai itu disambut dengan takbir oleh murid-muridnya. Mereka bersorak seakan telah berjaya mengalahkan logik para atheist. Ibubapa si pemuda tersenyum puas.

Si pemuda itu mendiamkan diri sambil berfikir semula mengenai hujah-hujah pak Kyai. Setelah beberapa minit, dia pun bersuara.

Pemuda: Nampaknya segala jawapan dan soalan datangnya dari Kyai. Saya meminta berikan saya peluang membela diri dengan hujah saya sendiri.

Kyai: Tentu sahaja. Silakan anak muda.

Pemuda tersebut melempang pak Kyai dengan kuat. Hampir jatuh serban pak Kyai lantaran tamparan yang tidak disangka-sangka. Murid-murid pak Kyai segera bangun ingin memukul pemuda itu tapi ditegah oleh Pak Kyai. Setelah keadaan aman semula, Kyai itu bertanya kenapa dia dilempang?

Pemuda: "Tentu sakit bukan (sambil tersenyum sinis). Hujah pak Kyai mengatakan kita semua boleh merasakan kewujudan tuhan tetapi tidak mampu melihatNya. Sama seperti rasa sakit itu. Namun kyai silap disitu. Bukan semua manusia merasai kewujudan tuhan. Saya tidak merasainya, rakan-rakan saya tidak merasainya, dan jutaan orang di dunia tidak merasainya. Sama seperti kita tidak merasai kewujudan dewa Hanuman dalam agama Hindu, atau Holy Ghost dalam Christianity, atau Zeus dalam kepercayaan Greek kuno!

Namun pak Kyai merasakan wujudNya tuhan kerana pemikiran pak Kyai telah di'brainwash sejak kecil lagi. Lantaran itu pak Kyai yakin semua orang boleh merasa wujudNya sedangkan realitinya tidak! Namun kesakitan tamparan saya yang Kyai rasa itu adalah realiti, deria pipi pak Kyai menangkap rasa sakit dan rasa itu bergerak antara saraf-saraf menuju ke otak bahagian Thalamus dan kemudian bergerak ke kawasan otak yang mengawal emosi (limbic system), kesakitan (Somato-sensory system), pergerakkan reflek dan lain-lain. Belum lagi saya terangkan mengenai perincian proses tersebut. Segala-galanya berlaku dalam hitungan saat sahaja.

Sekarang pak Kyai nampak 'sakit' itu wujud dan boleh dilihat dengan kaca mata Sains perubatan moden. Berbeza dengan tuhan, yang wujudnya samar-samar bagaikan ilusi, yang bersembunyi dalam kepercayaan penganut-penganutnya sahaja."

Kyai: (Terdiam dan terpaku.) Setelah beberapa minit dia berkata, "Baiklah, bagaimana pula dengan soalan no. 2 iaitu persoalan takdir?

Sekali lagi pemuda itu melempang pak Kyai dengan kuat. Berpinar-pinar mata pak Kyai lantaran tamparan yang tidak disangka-sangka. Murid-murid pak Kyai segera bangun ingin memukul pemuda itu tapi masih ditegah oleh Pak Kyai. Setelah keadaan aman semula, Kyai itu bertanya kenapa dia dilempang?

Pemuda: Semasa Pak Kyai melempang saya tadi, adakah atas paksaan sesiapa atau kehendak sendiri?

Kyai: errr... Kehendak sendiri..kot..

Pemuda: Tamparan saya tadi pun atas kehendak sendiri. Free Will! Bukan paksaan. Dan semestinya BUKAN Takdir. Jika orang merompak memberi alasan takdir sebagai penyebab dia merompak, sudah tentu dunia kacau-bilau! Takdir itu ilusi, kehendak sendiri itulah realiti!

Kyai: (Terdiam lagi sambil memandang ibubapa si pemuda dengan pandangan sayu). Er.. jadi untuk soalan ke tiga?

Sekali lagi pemuda itu melempang pak Kyai dengan kuat. Berdengung telinga pak Kyai lantaran tamparan yang tidak disangka-sangka. Murid-murid pak Kyai segera bangun ingin memukul pemuda itu tapi masih ditegah oleh Pak Kyai. Mereka mula mencaci maki pemuda tersebut. Setelah keadaan aman semula, Kyai itu bertanya kenapa dia dilempang?

Pemuda: Soalan ketiga mengenai syaitan dari api, neraka dari api dan adakah syaitan mengalami kesakitan bila dicampak dalam api neraka. Betul?

Kyai: Ya betul.

Pemuda: "Atheist adalah golongan yang tidak percaya kepada wujudnya syaitan, syurga, neraka, kitab suci, ritual agama dan pelbagai perkara melibatkan dogma agama. Maka Kyai, soalan seperti itu TIDAK AKAN ditanya oleh seorang atheist. Jikalau syaitan dan neraka pun kami tidak percaya, masakan kami mahu bertanya mengenai hal-hal terperinci seperti itu.

Sudah tentu soalan-soalan tadi adalah rekaan Kyai semata-mata, Maka dengan itu selayaknya Kyai ditampar lantaran menipu."

Pemuda itu kemudiannya bangun dan menuju ke bilik tidur. Letih perjalanan dari US ke Malaysia masih lagi terasa. Ditambah pula soalan-soalan rekaan pak Kyai yang mengelirukan. Namun si pemuda pasti malam ini dia akan tidur dengan nyenyak. Kenapa? Kerana hatinya berasa amat puas sepuas tapak tangannya yang masih berasa panas dan kebas.


PS: Kisah '3 soalan 1 penampar' adalah satu cerita popular untuk mengalahkan logik para atheist. Namun jelas 3 soalan itu bukanlah dicipta oleh atheist tetapi direka oleh golongan agama bagi memperlekehkan keintelektualan para atheist. Maka saya memanjangkan lagi cerita itu dengan menjadikan watak pemuda itu lebih bijak dari versi yang asal. Moga bermanafaat.
.

Soalan Dari 'Anonymous'.

Selalunya saya akan delete komen dari Anonymous jika ianya kasar atau berunsur caci maki. Komen di bawah ini saya biarkan, malah saya jawab lantaran bahasanya yang sopan. Mengikut pengalaman, berdialog atau berbahas dengan orang beragama adalah suatu perbuatan yang tidak produktif. Tiada apa-apa perubahan akan berlaku jika dialog itu bukan berdasarkan hati dan fikiran yang terbuka.

Namun saya pasti, dialog tersebut dapat memberi manafaat kepada pelawat blog ini, tidak kiralah dari mana-mana pihak asalkan sudi bersikap neutral dan rasional.

1. Komen dari post: Seksaan Alam Kubur. 


2. Komen dari post: Cikgu Tiada Otak! 


3. Komen dari post: Ancaman dan Ketakutan. 


4. Komen dari post: Penutup Akal.


Saya rasa semua komen ini adalah dari orang yang sama. Buat Tanpa Nama (anonymous), terima kasih atas soalan anda. Terima kasih juga kerana sudi menjengah kemari. Have a nice & lovely day.

.

Sabtu, 24 Ogos 2013

What If You're Wrong?

Soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai atheism, "Bagaimana jika kamu sebenarnya salah?". Soalan ini boleh dijawab dari pelbagai sudut. Namun jawapan dari Professor Richard Dawkins sangat menarik, logik dan tepat pada sasaran.


.

Perjalananku Menuju Atheisme. PART 3.

Kehidupan di UIA agak tenang. Di sini senior-senior lebih suka membuat hal sendiri dari menganggu para junior. Kami bebas memilih aktiviti yang kami mahu tanpa paksaan. Aku memilih untuk menyertai sebuah persatuan silat. Setidak-tidaknya ada juga aktiviti senaman semasa belajar di situ.

Setiap hari aku bangun sebelum azan subuh bagi mengikut solat Subuh berjamaah. Selepas solat aku mengulang-kaji nota-nota pelajaran sebelumnya. Mula-mula tersenguk-senguk juga lantaran mengantuk. Namun setelah menjadi rutin, ia perkara biasa.


Suasana sosial di UIA agak unik kerana di situ bertembungnya pelbagai bangsa, etnik, mazhab, bahasa, latar-belakang dan pemikiran. Malah ada juga beberapa non-muslim yang dibenarkan menuntut di sini. Yang lucunya, mereka yang beraliran Syiah pula dilarang sama-sekali (namun ada juga yang dapat masuk dengan cara berlakon menjadi ahli Sunni).

Kelas yang aku paling minati adalah kelas fekah (hukum-hakam amali) dan Usul Feqah (kaedah bagaimana fekah dirumuskan). Aku selalu membandingkan antara 4 mazhab feqah. Kisah hidup Imam Malik, Syafie, Hambali & Hanafi menarik minatku.

Dalam kelas usul fekah, barulah ku tahu ada berpuluh-puluh mazhab yang disenaraikan oleh ulama. Namun setelah masa berlalu, hanya 4 mazhab besar sahaja yang tinggal. Mazhab lain samada hilang ditelan masa, atau hanya diamalkan oleh minoriti terpencil, ataupun bergabung dengan salah satu mazhab besar.

Pernah aku tanyakan kepada pensyarah fekah yang berasal dari Iraq, kenapa ada banyak mazahib sedangkan nabi itu satu? Dia menjelaskan bahawa perbedaan mereka hanya pada perkara ranting bukan perkara pokok seperti akidah. Memang al-Quran itu satu dan nabi itu satu, tapi penafsirannya adalah pelbagai. Dengan berpegang pada 4 pendapat besar, kita dapat memudahkan urusan pemberian hukum dan pengeluaran fatwa. Pensyarahku segera memberi satu dalil dari hadis:
"Perselisihan dalam umatku adalah rahmat."
Aku hanya mengangguk tetapi masih tidak berpuas hati. Jika ada 4 mazhab, yang mana satu yang sebenarnya betul-betul datang dari nabi? Tak kan semua betul! 

Sebagai contoh lelaki bersentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi) membatalkan wudu' dalam mazhab Syafie manakala dalam mazhab Hanafi tidak membatalkan wudu'. Ia sememangnya perkara kecil tetapi persoalannya mana satu yang nabi buat?

Secara logik, jika satu mazhab kata  'A adalah B' dan satu lagi mazhab mengatakan 'A bukan B", bukankah itu kekeliruan yang amat jelas?

Memang lecturer-lecturerku telah menjelaskan tentang perbedaan dalam pemahaman lafaz nas, perbedaan dalam masalah hadis, dalam penggunaan kaedah lughawiyah (bahasa) nas, dalam mentarjihkan dalil-dalil yang berlawanan, perbezaan dalam qiyas, dalam penggunaan dalil-dalil hukum dan illat hukum serta pelbagai lagi menjadi penyumbang berbezanya pendapat para Imam.

Walau penerangannya panjang, namun fakta tetap fakta. Yang mana satu benar-benar datang dari nabi? Tak mungkin hukum 'A adalah B' dan 'A bukan B' datang dari sumber yang sama.

Maka aku mula mengkaji 4 mazhab dan kekuatan dalil-dalil mereka. Aku fokuskan kepada hukum-hakam solat, puasa, dan ibadat-ibadat yang berkaitan dengan kehidupan aku sebagai pelajar. Aku tidak mengambil perhatian kepada fekah muamalat (jual-beli), munakahat (pernikahan), siyasah (politik) dan berkaitan dengannya. Aku perlu tetapkan priority demikian kerana hendak mengkaji dalil dalam solat pun mengambil masa yang panjang dan rujukan berjela-jela. Apatah lagi jika mengkaji soal-soal muamalat dan lain-lain.

Setiap kali aku membuat kesimpulan, aku akan jumpa beberapa pensyarah fekah dan bentangkan kepada mereka. Ada yang menerima dan ada pula yang menolak. Nampaknya antara pensyarah pun boleh ada perbezaan pendapat.

Aku mendapat A+ dalam usul fekah dan A- dalam fekah yang melonjakkan CGPA semester tersebut ketahap tertinggi.


Semester seterusnya aku mengambil kelas Ulum al-Quran (kajian al-Quran) dan Ulum al-Hadis. (kajian Sunnah). Aku masih lagi obses mengkaji dalil-dalil mazhab. Tetapi kali ini aku sudah ada advantage kerana kedua-dua kelas ini mampu membawa aku kepada cara kehidupan nabi yang sebenar-benarnya. Bukankah nabi mengatakan: 
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,"
Semakin lama mendalami kitab suci dan sunnah, semakin kurang minatku dalam fekah. Al-Quran adalah dalil yang tak boleh dipertikaikan kaum Muslimin, dan sunnah pula memperjelaskan lagi hukum hakam agama.

Dalam pengajian Ulumul Hadis, aku mendalami pelbagai jenis hadis dan kekuatannya dalam membuat dalil. Amat mengejutkan banyak hadis yang digunakan kita (orang Melayu) adalah bertaraf dhaif, lemah dan  palsu.

Sebagai contoh hadis yang terkenal "Kebersihan itu separuh daripada iman." adalah hadis Dhoif Jiddan (tersangat lemah).

Kemudian hadis yang sering digunakan oleh ahli Fekah bagi menerangkan perbezaan pendapat: "Perselisihan dalam umatku adalah rahmat." dan “Para sahabat aku adalah seperti bintang-bintang, barangsiapa dari kamu mengikut mereka, mereka akan diberikan petunjuk.” Ini adalah hadis berstatus Maudhu' dan tidak boleh digunakan dalam hujah.

Pengajian al-Quran dan Sunnah ini membuatkan aku menilai semula dalil-dalil fekah yang telah aku senaraikan. Mana-mana dalil Fekah yang bercanggah, aku akan pilih dalil yang menggunakan hadis paling kuat. Maka dari situ aku mula establish amalan agama yang aku konfirm dari nabi dan amalan yang boleh diragukan asal usulnya.

Pada masa ini aku tidak lagi bertaklid pada satu mazhab sahaja. Aku bertanya hal ini kepada pensyarah-pensyarahku dan rupanya kebanyakkan mereka juga tidak terkurung dalam satu mazhab. Alasan mereka jika kita dah tahu sesuatu amalan tu ada dalil sahih datang dari nabi, kenapa kita kena ikut amalan mazhab yang dalilnya lemah.

Dari situ baru aku tahu wujudnya kumpulan yang dipanggil salafi dan kumpulan yang dipanggil ahli fekah. Golongan salafi adalah golongan intelektual yang mengkaji 2 sumber sahaja iaitu al-Quran dan Sunnah. Manakala ahli Fekah adalah mereka yang pakar dalam hukum-hakam yang di establish oleh 4 mazhab.

Ahli fekah memandang serong kepada salafi dan golongan salafi memandang ahli fekah sebagai pencetus ramainya golongan taklid (ikut tanpa soal). Aku lebih selesa bersama golongan salafi kerana mereka bila berbicara tentang dalil, mereka terus petik dari Al-Quran atau hadis sahih. Sedangkan ahli fekah akan menyatakan bahawa pendapat imam Syafie 'begini begini', pendapat Imam Hanafi 'begitu begitu' dan seterusnya. Jika keadaan terdesak atau darurat, ahli fekah membenarkan kita menukar hukum mengikut mana-mana pendapat imam yang sesuai. Suatu konsep yang tidak boleh diterima akal.

Bersambung ke Part 4..

.

Jumaat, 23 Ogos 2013

My Moral Code.

 



Muslim vs Amerika.

Kebencian sebahagian umat Islam terhadap negara non-Muslim terutama United State, Amerika amatlah menghairankan. Sikap prajudis dan stereotype terhadap Amerika bagaikan sebati dengan jiwa mereka. Laungan boikot barangan Amerika, pembakaran bendera Amerika, kutukan laknat dalam doa-doa orang mukmin terhadap Amerika menunjukkan sikap kebencian mereka yang membara.

Tahukah mereka di United State, bilangan penduduk yang beragama Islam mencecah 2.6 juta (2010) dan jumlah itu telah meningkat berkali ganda pada akhir-akhir ini. Secara amnya orang Islam di Amerika hidup aman dan tenteram bersama masyarakat bukan Islam. Namun keharmonian itu sering terganggu dengan aktiviti-aktiviti keganasan yang dihadiahkan oleh puak pelampau Muslim.

Sudah tentu juga terbit kemarahan dari pihak non-Muslim hingga menimbulkan beberapa konflik dalaman. Walaubagaimanapun, pihak Amerika masih bertoleransi dengan umat Islam kerana mereka sedar bukan semua Muslim menyokong keganasan. Namun sebaliknya umat Islam sentiasa berharap kejatuhan Amerika dan diganti dengan kerajaan Islam. Tidakkah itu menjadikan umat Islam seperti ular yang bersembunyi di dalam rumah menunggu masa mematuk tuan rumah sehingga mati?

Setiap solat Jumaat di negara kita ada bacaan doa mengutuk Amerika seolah-olah negara itu hanya diduduki oleh Iblis, dajjal dan syaitan. Pelajar-pelajar kita yang melanjutkan pelajaran kesana dapat melihat bahawa negara itu tidak seburuk seperti apa yang ditanam ke dalam otak mereka sejak kecil.

Ya, mungkin kita tak setuju beberapa polisi dalam dan luar negara mereka. Itu negara mereka dan urusan mereka. Untuk apa kita melenting? Malah bukan semuanya penduduk US bersetuju dengan kerajaan yang memerintah. Kita dengan mudah menyalahkan seluruh Amerika, bakar bendera, dan melaungkan 'Allah hu Akhbar" seolah-olah sedang berjihad. Kita mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati. Jesteru itu tidak usah kita marah jika ada dikalangan mereka melabelkan Islam ini agama keganasan, agama yang tiada toleransi, dan agama kebencian.

Di bawah ini adalah video dokumentari experiment bagi melihat reaksi penduduk US terhadap discriminasi terhadap Muslim. Lokasi di sebuah kedai serbaneka. Penjual Muslim dan pembeli anti-Muslim tersebut adalah pelakon. Kita lihat gelagat mereka dan buat kesimpulan sendiri tentang sikap kita terhadap mereka dan vice-versa.


.

Khamis, 22 Ogos 2013

Tanya Diri Sendiri "Mungkinkah Aku Yang Tersilap"


Soalan ini saya telah tanyakan pada diri sendiri berkali-kali. Mungkin sekarang giliran anda pula.

.

We are All the Same.


.

Agama? Kedai? Kita Minum Dululah!

Pada suatu hari datang seorang rakan lama bernama Md. Zain. Dia seorang pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang Psikologi Kaunseling. Dia tidak tahu aku sekarang seorang atheist. Seingat Zain, aku adalah seorang yang kuat berpegang kepada agama. Selepas menghidang kopi-o panas, kami mula berborak.

Menurut Zain, ramai pelajar Melayu yang sudah hilang jati diri dan tak kenal tuhan. Mereka meninggalkan ajaran agama bagaikan membuka kasut. Saban hari ada sahaja kes berkaitan aqidah remaja dirujuk kepadanya. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Bila Zain melihat aku tidak berkata apa-apa, dia pun bertanya:
"Wan, kau rasa kenapa mereka tidak endahkan agama?"

"Hmm.. Jika sesuatu kedai semakin lama semakin kurang orang masuk dan beli barangannya, kau rasa salah siapa?" saya jawap pertanyaan dengan pertanyaan berkias.

"Salah kedai. Mungkin ada kesilapan dalam promosi atau masalah produknya."

"So sama juga dengan agama"

"Maksud kau agama kurang dipromosi oleh kita umat Islam? Betul juga, usaha dakwah kita semakin lemah" jawab Zain.

"Mungkin bukan salah promosi.. Semua orang dah tahu mengenai kedai tu. Mungkin salah produk?"

"Eh.. apa kau maksudkan ni Wan? Islam adalah produk jiwa yang paling terbaik. It sells it self bro" jawab Zain.

"Itu anggapan si penjual , tetapi anggapan orang awam bagaimana? Kita bercakap mengenai kedai yang berusia 1400 tahun. Mungkin produk yang dijual tidak menepati keperluan zaman sekarang?" jawabku agak sinis.
Wajah Zain mulai merah. Mungkin dia terkejut dengan jawapan ringkas aku.
"Bro, ini bukan salah agama. Ini salah remaja-remaja sekarang yang tidak tahu menilai agama!"

"Adakah kau dah terangkan kepada mereka tentang agama sepenuhnya?"

"Iya, aku sudah terangkan betapa indahnya Islam, mengenai pengasih & penyayangnya tuhan, janji syurga buat yang taat, dan neraka buat yang berdosa. Tapi tidak dapat menembusi akal mereka. Mungkin hati remaja-remaja sekarang sudah terlalu hitam untuk menerima cahaya hidayah."
Aku menghirup kopi-o panas perlahan-lahan. Zain juga menghirup kopinya sambil membaca Basmalah sedikit kuat seolah-olah ingin meningatkanku supaya membacanya sekali. Jam berbunyi menandakan pukul 5 petang.

Setelah meneguk separuh cawan, aku memulakan semula dialog yang terhenti tadi.
"Ok, sekarang kita guna analogi kedai tadi. Ada satu kedai yang nampak hebat, tetapi sudah berusia 1400 tahun, orang awam tahu mengenai adanya kedai tersebut namun ramai yang tidak mahu membeli-belah di situ. Ada yang masuk sekejap kemudian keluar tanpa membeli apa-apa. Jawab dengan logik, salah siapa?" tanya saya agak tegas.
Zain berdiam diri dengan wajah kelat. Riak wajahnya menunjukkan reaksi terkejut, marah dan keliru.
Saya menyambung lagi, "Point-point aku adalah:
  • Orang awam tidak boleh disalahkan jika mereka tidak mahu membeli dari kedai kita. Paksaan akan merosakkan imej dan kredibiliti kedai itu sendiri.
  • Kita tak boleh paksa mereka memilih kedai kita. Sebaliknya kita sendiri perlu menilai setiap kelemahan yang ada pada kedai tu.
  • Kita mesti bersikap terbuka. Jika ada pelanggan setia kita yang mahu memilih kedai lain, kita perlu lepaskan mereka. Jangan ganggu mereka dengan ugutan dan kencaman. Ini hanya menampakkan betapa samsengnya management kita. 
  • Jangan memburukkan kedai lain dan memuji kedai sendiri berlebih-lebihan. Orang awam boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Sekali sahaja mereka dapat melihat penipuan kita, sampai mati mereka tak akan datang ke kedai kita.
  • Jangan mengatakan kedai orang lain tiada lesen seolah-olah kedai kita sahaja yang sah disisi undang-undang. Jangan buat cerita seolah-olah kedai lain akan dirobohkan Majlis Pembandaran & pemiliknya akan diseksa dalam penjara selama-lamanya. That is Bullshit.
  • Jika boleh renovate kedai yang berusia 1400 tu, cubalah renovate bagi moden sikit. Binaan yang lama dah terlalu tua dan berbahaya kepada orang awam. Jika tak boleh renovate, tutup sahajalah kedai tu. Not worth it anymore. "
Zain bagaikan terpaku. Matanya tak berkedip melihat aku. Dahinya berkerut bagaikan memikirkan sesuatu. Tidak beberapa lama kemudian Zain bagaikan tersedar dari khayalan dan terus beristighfar.

"Kalau aku tak kenal kau Wan, tentu aku ingat kau ni dah murtad! Hahaha!" Ujar Zain sambil ketawa.

"Tak perlu kenal aku, kenal sahaja diri kau rata-rata, nescaya kau kenal hakikat dengan nyata" kias aku ringkas.

Kami berpisah selepas berborak-borak selama sejam. Kebanyakkannya kisah semasa kami di UIA dulu. Aku tidak pasti samada Zain memahami atau tidak kiasan-kiasan aku tadi. Namun biarlah berkias dari bersuluh kerana kadang-kadang manusia ini tidak sanggup berhadapan dengan kenyataaan. Apatah lagi kenyataan yang pahit untuk ditelan.



.

Rabu, 21 Ogos 2013

Conventional VS Religious Logic.


Jawapan Kepada Adik Siti Sabariah.


Tiada masalah. Sememangnya rasionaliti perlu menjadi tunjang dalam mana-mana perbincangan.

Pertama sekali saya nak jawab statement adik yang tak pasti jika saya berfikir dari otak sendiri atau ada yang mempengaruhi fikiran saya. Jawapan saya sememangnya saya berfikir dari akal saya sendiri. Thank you for your concern. Tiada yang mempengaruhi saya samada Iblis, Illuminati, Politik mahupun Kitab Suci (yang sudah pasti mempengaruhi kotak pemikiran cik adik).

Keduanya, saya menjadi Atheist bukan sebab nafsu. Hairan ramai Muslim pakar prajudis. Mereka mengatakan semua yahudi adalah jahat, amerika semuanya anti Islam, orang kafir semuanya ke neraka, atheist kejar nafsu dan macam-macam tohmahan lagi. Seolah-olah agama adik mengajar manusia supaya berpecah belah, benci-membenci, dan bersangka buruk sahaja. Pelikkan?

Ketiga, adik kata "memandangkan golongan atheist perlu dibimbing?". Wow. Saya dah jengah blog adik. Adik muda lagi. Cuba dapatkan dulu bimbingan ilmu dari guru-guru adik. Perjalanan adik masih jauh. Luaskan pemandangan dan pengalaman sebelum menabik dada untuk membimbing orang lain. Ok dik :)

Keempat, selagi kita hidup perlulah berbudi. Buat ibubapa yang dah besarkan kita, buat keluarga, masyarakat, diri sendiri. Pasal tujuan hidup atheist tu tak perlulah adik bimbang. Cuba baca post saya mengenai atheism dan faham betul2 atheist itu hanya sekadar label. Mereka adalah individu yang mempunyai fikiran sendiri, jadi tujuan hidup bergantung kepada diri masing-masing. Adakah hanya kerana adik seorang Muslim, maka adik anggap semua manusia hidup untuk mentaati kepercayaan adik? 

Jika adik fikir macam tu, adik hidup dalam ilusi. Realitinya Islam hanya sekadar kepercayaan. Manusia di alam sebenar hidup mengikut rentak masing-masing. Berbeza dengan adik, kami tidak menunggu mati. Kami tidak pernah mengeluarkan cerita-cerita seperti azab dalam kubur, kehidupan alam akhirat dan sebagainya. Malah kami mendakap kehidupan dan meraikan setiap nafas yang dihela dengan jujur dan bangga.

Mungkin hakikatnya kami lebih banyak bersyukur dengan kehidupan. Berbeza dari golongan agama yang asyik bermurung mengingatkan kematian.

Oh ya, Yang Kelima, mengenai dokumentari GOD. Ya saya dah lama tonton. Bukan sahaja God, malah puluhan dokumentari seperti 'God, The Universe and Everything Else', 'God Grew Tired of Us', 'The God Delusion', 'The Story of God – How Religion and Faith changed over Time', 'A Brief History of Time', 'Afghanistan – The Taliban Revolution', 'Religulous', 'Atheism: Jonathan Miller's Brief History of Disbelief', 'The Big Question - Is there a God? by BBC.', 'BBC Horizon God, Einstein and Quantum Physics', dan lain-lain.

Jika adik berminat dengan subjek ketuhanan, adik boleh cari dan tonton dokumentari yang saya nyatakan tadi. Memang terbaik buat insan yang mempunyai pemikiran 'rasional' seperti adik. Rajin-rajin belajar. Moga adik berjaya. Tqvm. Wassalam.

.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kebebasan Minda.


Terima kasih atas soalan Puan N. Biarlah saya jawab secara terbuka di sini. Setidak-tidaknya dapat satu entri baru dalam blog ini. Hehe

Erti kebebasan boleh diinterpretasi kepada jutaan definisi, mungkin sebanyak kepala-kepala manusia di dunia ini. Tafsirannya adalah relatif. Setiap orang mahukan kebebasan dari sesuatu yang mengongkong mereka. 

Ada remaja yang mahu bebas dari kongkongan ibubapa, ada penjenayah mahu bebas dari buruan polis, ada pekerja mahu bebas dari beban tugas kerjayanya, ada artis mahu bebas dari kontrak  syarikat rakamannya, ada jutawan mahu bebas dari tekanan jiwanya, ada yang fakir mahu bebas dari belitan hutangnya dan berjuta jenis kebebasan yang didambakan umat manusia.

Bila bercakap mengenai Kebebasan Yang Sebenar, ia bersifat sangat relatif. Tafsirannya boleh dibahaskan oleh golongan pemikir, ahli falsafah, dan cendekiawan agama (dari 3 agama samawi, Hindu, Jainism etc). Sudah pasti kesimpulan mereka berbeza antara satu sama lain.
 
Pada saya minda akan bebas secara mutlak apabila manusia itu mati. Namun pendapat saya ini pasti disanggah oleh mereka yang meyakini hari akhirat. Malah mungkin juga disanggah oleh penganut Buddha yang berpegang pada konsep nirvana yang boleh dicapai semasa kita hidup lagi. Dan akan disanggah juga oleh mereka yang percaya kepada aktiviti paranormal yang percaya minda manusia yang mati adakalanya menjadi entiti ghaib ataupun hantu-hantu yang berkeliaran.

Dari kecil minda kita telah dimasukkan dengan pelbagai input. Segala input ini membentuk pelbagai jenis pemikiran, idea, fahaman dan keyakinan yang kemudiannya menjadi perangkap minda. Minda yang terperangkap dalam satu jenis pemikiran/ideologi/fahaman/keyakinan berupaya untuk bebas jika ia mahu. 

Namun bebas dari satu perangkap pemikiran tidak bermaksud kita sudah bebas dari perangkap pemikiran yang lain. Sebagai contoh seorang itu TIDAK mempercayai wujudnya unicorn, tetapi dalam masa yang sama PERCAYA wujudnya Santa Clause. Bebas dari satu pemikiran, tapi terperangkap dalam pemikiran yang lain.

Kesimpulan:
  • Apa erti kebebasan? Ianya relatif. Bergantung kepada konteks. 
  • Bolehkah minda kita bebas? Boleh. Namun persoalannya dari apa? ideologi? trauma? impian? keinginan? ego?. Setiap satunya membawa kepada perbincangan tersendiri. 
  • Apakah kebebasan minda yang sebenar? Ianya relatif. Bergantung kepada kefahaman seseorang.
  • Minda boleh berhenti? Ya apabila empunya minda itu mati. Tapi jawapan itu masih relatif bergantung kepada fahaman masing-masing.


PS: 

Manusia adalah diantara species cemerlang dalam mengadaptasikan kehidupan mereka di atas bumi. Kehebatan ini datang dari kekuatan minda. Asalnya minda manusia hanya berfikir untuk kelangsungan hidup (surviving). Namun semakin lama semakin meningkat kualiti minda manusia berbanding spesis lain apabila mereka mula berfikir bagaimana untuk berkomunikasi lebih praktikal, bagaimana untuk bergerak lebih pantas, bagaimana untuk membina koloni yang kukuh, dan seterusnya.

Kemudian minda manusia membina tamadun, bahasa, budaya, agama, seni, falsafah, dan pelbagai ilmuan serta teknologi yang sentiasa meningkat mengikut masa. Amat menyedihkan jika kita membiarkan minda hebat ini terperangkap dalam sangkar agama yang telah reput dimakan usia.

Jesteru saya menulis mengenai kebebasan minda di dalam blog ini adalah berdasarkan itu. Moga insan yang kecil seperti saya dapat membuka sekurang-kurangnya sedikit ruang buat minda-minda yang masih terperangkap mencari jalan keluar. Inilah dia kebebasan yang saya perjuangkan.

.

Mindaku Ingin Bebas Berdiri.

Berdialog dengan sahabat yang beragama tidak kiralah Muslim atau Kristian, kadang-kala membuat saya tergamam. Bukan tergamam kerana kehabisan hujah, tetapi tergamam melihat betapa kuatnya mereka berpegang kepada ayat-ayat dari kitab zaman dahulu-kala. Mereka menolak logik akal dan mereka menutup enjin pemikiran semata-mata ingin membenarkan apa yang tertulis dalam kitab.

Bukan itu sahaja, malah mereka mengajak saya sama-sama yakin membabi-buta segala ajaran agama yang telah expired ribuan tahun itu. Pendek-kata buang akal fikiran dan terima tanpa persoalan.

Jika kita menerima sesuatu info tanpa berfikir, maka apa bezanya kita dengan bayi yang baru melihat dunia?

Jika kita mematuhi sesuatu arahan tanpa berfikir, apa beza kita dengan haiwan peliharaan di rumah?

Jika kita disuruh mengikuti, patuh, tanpa menyoal dan membantah, apa bezanya kita dengan tahanan perang yang tidak punya hak keatas diri sendiri?

Kehebatan manusia adalah perasaan ingin tahu yang tinggi serta kebolehan mengkaji dan mempersoalkan sesuatu perkara sehingga keakar umbi.

Namun bila kehebatan manusia ini dihambat dan dikurung dalam sangkar agama, yang tinggal hanya  kepatuhan tanpa persoalan. Para penganutnya ditakut-takutkan dengan ancaman terbatalnya akidah, jatuh syirik dan jatuh kafir jika tersilap mengajukan soalan.

Ini membuatkan mereka lebih suka berdiam diri. Seperti mana lopak menjadi kotor kerana airnya tidak mengalir, begitu juga dengan minda. Dan akhirnya lopak minda mereka menjadi beku, tersadai di kutub kejumudan, ketaksuban dan fanatisme.

Mindaku ingin bebas berdiri,
Bebas memilih jalan kebenaran,
Jalan yang berturabkan bukti-bukti.
Bukan jalan yang dilapisi mimpi,
Bukan jalan mengalir arak suci,
Bukan jalan yang dibarisi bidadari,
Bukan jalan yang diancam azab dan api.

Mindaku ingin bebas berdiri,
Bukan sebagai hamba illusi,
Tetapi sebagai insan realiti.
 
Wan Izzuddin: Aug 13.
.

Isnin, 19 Ogos 2013

Shit Happens.

Sekadar untuk senyuman. Ceria-ceriakan hari anda!



Have YOU ever wondered just WHY shit happens to you?  Well, you're not alone. People have wondered about this fundamental question for many ages, and everyone seems to have a different theory. So, for your reading enjoyment, we have here a massive collection of various ways in which people have tried to explain why shit happens:
Taoism:
Shit happens.
If you can shit, it isn't shit.
Shit happens, so flow with it.

Hare Krishna:
Shit Happens, Rama Rama Ding Ding.
She-it happens, She-it happens, happens, happens, she-it, she-it... (Repeat until you become one with she-it)
Please accept this flower and buy our shit.

Confucianism:
Confucious say, "Shit happens."
Confucious says, "If shit has to happen, let it happen properly."

Buddhism:
If shit happens, it isn't really shit.
If shit happens, it isn't really happening to anyone.
Shit will happen again to you next time.
Only he who totally gives up the desire for shit will have salvation.

Zen:
First, shit was shit. Then it wasn't. Now I'm one with Zen, and shit is shit again.

Hinduism:
I've seen this shit happening before.
This shit is not a religion, it is the way of life.
This shit happening is you.

Catholicism:
If shit happens, you deserved it.
You were born shit, you are shit, and you will die shit. (unless you accept Jesus as your savior)

Charismatic Catholicism:
Shit is happening because you deserve it, but we love you anyway.

Judaism:
Why does shit always happen just before closing the deal?

Islam:
We don't take any shit.
If shit happens, it is the will of Allah.
If shit happens, blame the Jews and America.
If shit happens, blow yourself up.
Jehovah's Witnesses:
Knock Knock, "Shit Happens."
Here, we insist you take our shit.
Shit happens door to door.
Open the door and I'll show you what shit is.
Good Morning, I have some shit for you to read.
Want to buy a subscription to our Shit?

Darwinism:
Survival of the shittiest.
This shit was once food.

Creationism:
... And the Lord said "Let there be shit" ... and there came piles of it.
After six days of this shit, He rested.

Atheism:
I don't believe this shit!
Shit doesn't happen. Shit is dead.
It looks and smells like shit, so I'm damned if I'm going to taste it.
That shit is bullshit.

Agnosticism:
It looks and smells like shit, but I haven't tasted it, so I'm not sure whether its shit or not.
I don't know shit!
How can we know if shit happens?
You can't prove any of this shit!

Native Americans:
Shit is sacred when it happens.

Shintoism:
You inherit the shit of your ancestors.
Shit is everywhere. So as long as you're stepping in it, show it some respect.
Everything except Japan is Shit.

Satanism:
We hope bad shit happens to all of you.
We will make your shit happen.
Shit doesn't just happen... it's created by an asshole.
What's wrong with shit happening?
Shit rules!

.

Stop Child Soldier.

Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, atheist bukan satu organisasi ataupun satu sistem. Ia hanya sekadar label yang menunjukkan individu tersebut tidak lagi mempercayai kewujudan tuhan lantaran tiada bukti kukuh yang boleh diterima akal.

Maka tidak boleh katakan semua atheist itu sama. Mereka adalah individualiti yang berbeza. Justeru mempunyai pendapat dan fikiran yang berbeda.

Diambil dari satu Atheist FB page.

Ini adalah Red and Purple. Kedua-dua mereka adalah Atheist. Mereka sedang berdialog tentang keganasan di Mesir. Si Red dengan konfiden'nya mengatakan dia tidak teragak-agak menembak kanak-kanak yang telah di'brainwash oleh puak pengganas untuk memegang senjata api. Red mengatakan bahawa dia tidak akan rasa menyesal kerana yang dibunuh itu adalah bakal pengganas pada masa hadapan.

Si Purple pula tidak bersetuju dengan si Red. Anda pula bagaimana?


Jika tanya saya, point-point saya adalah seperti di bawah:
  1. Mengemukakan idea untuk membunuh kanak-kanak itu pun sudah cukup membuatkan sesiapa yang mempunyai akal & budi berasa mual, terkejut dan marah. Hanya orang yang sadistik atau bodoh sahaja yang boleh mengeluarkan statement seperti itu.
  2. Sememangnya melibatkan kanak-kanak dalam peperangan adalah satu sikap yang terkutuk. Mereka sepatutnya dilindungi bukan dipergunakan dalam peperangan. Namun pemikiran kanak-kanak ini telah di'brainwash oleh orang dewasa. Mereka menyertai dunia keganasan bukan dengan kehendak sebenar mereka. Adakah mereka layak dibunuh tanpa soal? 
  3. Tidak semestinya kanak-kanak yang memegang senjata api itu tahu menggunakan senjata api. Mungkin bagi mereka itu sekadar barang mainan. Sanggupkah kamu membunuh kanak-kanak yang sedang memegang barang mainannya?
  4. Dalam peperangan kanak-kanak dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Child Soldiers, Displaced Children, Orphans, Wounded or Handicapped Children, Imprisoned Children, Exploited Children (sexual exploitation or even forced labor). Jadi kamu kenal ke kanak-kanak yang kamu nak tembak itu dalam kategori mana? Kamu fikir boleh main nak tembak sahaja ke?
  5. Bukan semua kanak-kanak itu memahami situasi yang berlaku. Mereka mengikut tanpa soal. Mereka sama sahaja seperti orang awam yang menjadi mangsa keganasan. Adakah kamu rasa membunuh orang awam itu satu perkara mulia?
  6. Jika mengikut logik Red, kanak-kanak itu dibunuh kerana mereka bakal menjadi pengganas. Bagaimana dia tahu anak itu bakal pengganas? Adakah dia mempunyai ilmu melihat masa hadapan? Jika guna logik sebegini, maksudnya kita boleh membunuh semua kanak-kanak North Korea kerana mereka akan membesar sebagai pengganas di Asia! Atau kita boleh bunuh semua kanak-kanak Maxico bagi menggelakkan krisis pendatang haram di United States?. Nonsense!
  7. Dan yang terakhir, ianya melanggar hak asasi manusia dan Penjanjian Geneva yang tertulis seperti di bawah:
The Geneva Convention relating to the protection of individual civilians in times of war (art 27 to 34): the fundamental guarantees granted by these texts, such as the right to the respect of life, physical and moral integrity, the ban of forced bodily services, torture, collective punishment, and reprisals are applicable to children.
Jika anda dalam situasi hidup dan mati dimana anda perlu membunuh kanak-kanak untuk hidup, itu mungkin boleh dibahas lagi. Namun jika anda sekadar mahu membunuh kanak-kanak atas alasan mereka future terrorist, maka sebenarnya andalah terrorist yang sebenar-benarnya. Minda anda telah korup dan distorted.



.

Kepincangan Umat Islam Seluruh Dunia.

Ada seorang kawan yang juga atheist bertanya kepada saya kenapa tidak menulis mengenai kekejaman di Mesir? Saya tersenyum sinis. Saya akan menjawab secara umum tanpa memihak kepada mana-mana parti...

Banyak pertumpahan darah berlaku di negara mojoriti Muslim. Bukan sahaja di Mesir, malah di seluruh dunia seperti di Palestin, Syria, Iraq, Iran, Libya, Afganistan, Burma dan lain-lain. Yang menjadi mangsa adalah orang awam, wanita, orang tidak berupaya, dan juga kanak-kanak. Darah yang membasahi jalan raya umpama lopak-lopak air, debu bangunan yang runtuh umpama kabus, dan tangisan anak-anak umpama ungas sahut-sahutan. Bagaikan perkara biasa pula.

Kenapa? Kerana ia berlaku hampir setiap hari sehingga dunia mula lali, bosan dan feedup dengan berita sedemikian. Seringkali perbalahan di Middle East adalah diantara umat Islam dengan umat Islam yang lain. Mereka sama-sama menyembah Allah dan mendaulatkan Muhammad sebagai rasul mereka. Namun perbalahan tetap berlaku.

Bagi saya, perbalahan umat Islam adalah hasil dari benih-benih kebencian yang ditanam oleh mereka sendiri kepada anak cucu mereka. Sejak kecil mereka diajar untuk membenci dan memandang rendah kepada kelompok lain seperti kaum Yahudi, Kristian, Amerika, dan lain-lain. Seumpama seluruh dunia berkonspirasi untuk memusuhi Islam. Konsep yang dipanggil "us against them". 


Hinggakan jika orang bukan Islam memberi salam kepada mereka (walau dengan niat yang baik), mereka diajar untuk menjawab "waalaikumussam" yang bermaksud "celakalah keatas kamu".

Kebencian itu kemudiannya dipandang sebagai suatu ketaatan. Jika tiada kebencian terhadap golongan kafir, maka kamu adalah insan yang berdosa.

Kebencian ini kemudiannya berjangkit menjadi kebencian terhadap golongan  yang mempunyai fahaman yang berbeza walaupun sama-sama Muslim. Di situlah timbul perbalahan Sunni dan Syiah, Hamas dan Fattah, Wahabi dan Sunni dan lain-lain.

Kebencian yang menjadi racun minda telah mereputkan setiap ruang moraliti insan hinggakan saudara seagama sendiri pun sanggup dibunuh, ditembak dan dibom tanpa fikir panjang.  Maka hingga kini epik saga kesedihan mereka berkumandang seluruh dunia dan memenuhi dada akhbar dari tahun ke tahun.

Yang peliknya, kaum Islam fundamentalist ini lebih suka menunding jari kepada Yahudi dan Amerika atas setiap tragedi yang berlaku. Mereka yakin semua konflik di dunia Islam datangnya dari perancangan sulit Amerika dan sekutunya Israel (teori konspirasi). Sedangkan jika Amerika menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan, merekalah yang paling awal menunggu di saf paling hadapan.

PS:
 
Konflik dalaman dunia Islam tidak pernah berhenti sejak wafatnya nabi sehingga sekarang. Perperangan demi peperangan silih berganti bagaikan pertukaran siang dan malam. Mungkin sudah sampai masanya kaum Islam berhenti sejenak dan melihat serta mengakui kelemahan diri sendiri. Berhenti dari menyuap anak-anak mereka dengan kebencian. Berhenti dari memandang diri mereka lebih mulia dari kaum-kaum yang lain. Berhenti dari mengikuti dogma agama yang sering dimanipulasikan oleh kaum pelampau. Pandang pada realiti dan sedarlah sudah masanya untuk kamu berubah.
PSS: 
Saban hari doa dipohon oleh seluruh umat Islam dari seluruh dunia memohon kemenangan buat umat Islam. Namun satu pun tidak di makbulkan? Mungkin mereka perlu fikir semula kepada siapa agaknya doa itu dipohon?!. Umpama surat diposkan ke alamat yang tidak berpenghuni. Walau berjuta kali pun dihantar tetap tidak akan ada jawapan.

.

Ahad, 18 Ogos 2013

Ulama Mengaku Hukuman Murtad adalah Bunuh.


Hukuman yang termaktub dalam Islam bagi murtad adalah hukuman bunuh. Selalunya ulama Islam dan penganutnya akan teragak-agak memberi jawapan apabila persoalan ini diajukan dihadapan umum.

Ini kerena jauh dalam hati mereka tahu hukuman tersebut tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia serta tidak adil buat individu tersebut. Agama ini sememangnya terkenal dengan polisi no return'nya. Sekali anda masuk agama ini, anda tidak boleh keluar lagi.

Namun seperti kata-kata bijak pandai, orang yang baik tidak akan membunuh insan yang lain dengan zalim tanpa alasan yang kukuh. Hanya agama yang mampu membuatkan orang yang baik bertindak sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan rasa bersalah.

.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Tuhan Pilih Kasih.


PS: Why god? Why???

.

Antara Aku & Tuhanmu. -Part 1.


Andai aku punya kuasa untuk menahan anak kecil dari diseksa, didera dan diperkosa oleh manusia berjiwa binatang, PASTI aku akan menahannya dari berlaku!

Dan itulah perbezaan ketara antara aku manusia biasa dan tuhanmu yang bergelar maha pengasih dan maha penyayang.

.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Islam dan Sains -Part 3 (Tidak Malu)


Wahai sahabat-sahabat yang beragama. Amat jelas bahawa Sains datang dari kajian, penyelidikan & pengiraan yang amat teliti. Ianya hasil dari ribuan kegagalan experiment, tercipta dari kerahan fizikal dan minda para saintis, serta sifat tidak berputus asa mereka memungkinkan kita melihat pelbagai kehebatan teknologi pada masa sekarang.

Masalah paling kritikal dalam agama adalah penganutnya meyakini segala-galanya ada termaktub dalam kitab suci mereka. Ini termasuklah persoalan astronomi, big bang, struktur DNA, atom, penciptaan manusia dan lain-lain.

Yang lucunya, apabila ahli Sains menjumpai sesuatu penemuan ilmiah, dengan segera para ulama kontemporari  mencari ayat-ayat dalam kitab suci yang boleh dipadankan dengan penemuan tersebut. Sering kali ayat yang mereka petik tidak tepat, terlalu luas maknanya atau langsung tiada kena mengena dengan topik Sains yang dibincangkan.

Para cendekiawan agama akan bertungkus lumus menyamakan tafsiran ayat-ayat suci mereka dengan Sains sehingga ayat yang mudah difahami (mengikut standard mentaliti masyarakat kuno padang pasir) menjadi kompleks lantaran tafsiran mereka.

Dan yang lebih memalukan lagi, mereka mendabik dada seolah-olah merekalah yang menjumpai penemuan Sains tersebut. Mereka menjaja kesana kemari penemuan itu serta menggembar-gemburkan persamaannya dengan petikan ayat dari kitab suci mereka. Tanpa segan silu juga mereka menghebahkannya ke dalam internet, buku, suratkhabar, majalah dan lain-lain. Hilang kisah para saintis, ditutupi dengan kisah keajaiban kitab mereka.

Namun realiti tetap kukuh berdiri. Hasil dari usaha para saintis seluruh dunia, kini kita boleh terbang ke udara melawat negara-negara yang jauh, boleh menyelam ke dasar laut mengkaji hidupan-hidupan di sana, mampu tinggal di dalam bangunan kukuh yang mencecah awan dan pelbagai lagi.

Hasil dari keringat para saintis ini juga ubat-ubatan bagi pelbagai penyakit merbahaya seperti malaria, kusta, barah dan lain-lain dapat diciptakan. Dan pada hari ini, hampir semua perkara dan benda di sekeliling kita datang dari penemuan sains.

Golongan beragama memperlecehkan sains. Namun tanpa segan silu, mereka menaiki kenderaaan yang tercipta dari Sains, menggunakan telefon pintar yang datang dari Sains, menonton TV dan melayari internet yang terhasil dari ilmu Sains, mendapat ubat, rawatan, kelahiran dan kematian di hospital yang menggunakan 100% ilmu Sains perubatan dan pelbagai lagi.

Adakah mereka tidak tahu malu? Atau mereka terlalu ego? Atau mereka sememangnya mempunyai hati yang tertutup dan minda yang beku sehingga tidak dapat berfikir walaupun sejenak?
 
Walsciencea'lam..

.