Di dalam UIA pada masa itu, golongan salafi atau salafiah adalah golongan terpencil. Usrah kami terdiri dari mereka-mereka yang jujur mencari Islam yang sejati. Hanya sedikit sahaja pelajar Melayu di dalam kumpulan ini.
Nota: Salafi ialah berasal dari perkataan ‘Salaf’ yang bermaksud: Mereka yang terdahulu. Dari sudut istilah, salaf ialah mereka yang disebut dalam beberapa nusus syarak, iaitu:
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (Al-Taubah: 100)Ramai orang terutamanya golongan Fekah berbangsa Melayu memanggil kami dengan gelaran Wahabi. Kumpulan kami tidak ada kena mengena dengan aliran Wahabi. Malah kami tidak pernah pun mengkaji kitab-kitab wahabi. Kami lebih aman dengan pengajian kitab suci dan hadis-hadis Sahih. Dalam kumpulan ini ada professor dalam pengajian Islam, para doktor, cendekiawan Muslim, dan pelajar-pelajar bergabung di bawah satu usrah.
Golongan Salafi amat keras dalam menolak amalan Bidaah. Bidaah adalah sesuatu amalan baru yang dimasukkan dalam Islam. Nabi mengatakan setiap bidaah itu sesat, dan setiap kesesatan itu tampatnya neraka. Tetapi ulama mazhab mengatakan bidaah tu ada 2, bidaah hasanah (terpuji) dan bidaah dholalah (tercela). Sering masalah pendapat antara salafi dan ahli fekah adalah soal bidaah.
Dalam kumpulan kami, ada 4 orang rakan yang aku rapat. Dari Malaysia, Md. Zain dari kulliyyah Human Science (psikologi) dan Syafie dari kulliyyah Usuluddin. Mana kala lagi 2 orang Ahmed dari Tripoli dan Abdul Karim dari Africa. Kami berlima selalu menyuarakan pendapat tentang perkara-perkara agama yang bertentangan dengan cara nabi tapi tetap dijalankan oleh UIA.
Sebagai contoh, perarakan maulid nabi. Pada kami ia adalah amalan bidaah. Tidak pernah dibuat oleh nabi, sahabat dan golongan selepas itu. Walaupun nampak seperti amalan baik, penuh dengan selawat dan lain-lain, tetapi ia diambil dari ritual agama lain.
Suatu petang dalam kelas Aqidah (Faith), ustaz Hashim (Melayu) menyentuh sedikit soal ibadah. Melihat peluang yang ada, aku bertanya kepada ustaz mengenai bacaan Yassin selepas Maghrib di malam Jumaat yang menjadi amalan orang-orang Melayu.
"Tak jadi masalah, bukan buat salah pun" jawab ustaz Hashim ringkas.
"Tapi itu adalah bidaah, bukan amalan nabi. Nabi kata amalan yang bukan dari kami akan ditolak!"
"Oh kalau macam itu zaman nabi bawa unta, zaman kita pun kena bawa unta juga ke? bidasnya.
"Bukan begitu caranya kita mengkaji hukum. Petama kita kena bezakan yang mana hukum berkaitan ta'abbudi (amal ibadat) dan perkara luar dari ibadat. Perkara luar dari ibadat seperti menunggang unta atau memandu kereta tidak tertakluk dalam hukum. Nabi sendiri kata, kamu lebih tahu urusan duniamu.". Sedangkan urusan ibadat, nabi berkata jangan tambah atau kurangkan. Dan dalam al-Quran, tuhan telah terangkan Islam itu telah sempurna. Maka siapalah kita nak cipta dan amalkan ibadah baru?" hujahku agak tegas.
Ustaz Hashim tersenyum. "Sabar akhi (saudara), duduk dulu. Dua-dua pendapat pun betul. Jangan kita bertelagah di sini. Lagipun ini kelas Aqidah bukan kelas Fekah." ujar ustaz dengan nada tenang.
Sememangnya aku banyak bertelagah pendapat dengan para pensyarah lantaran tidak bersetuju dengan rumusan mereka tentang sesuatu topik. Tidak ada masalah untuk aku berdebat kerana dalil-dalil hukum masih segar dalam kotak memoriku. Pensyarah walau setinggi mana pun ilmunya pasti terdiam jika berhadapan dengan dalil al-Quran atau hadis sahih.
Kadang-kala ulamak 4 mazhab menggunakan hadis-hadis kurang kuat seperti hadis ahad. Ada kalanya mereka mengunakan ijtihad lantaran tiada hadis mengenainya. Perlu diingat pada zaman selepas wafatnya nabi, hadis baginda bergerak mengikut sahabat-sahabat nabi yang mencatitkannya.
Jika sahabat nabi yang menulis sesuatu hadis itu berpindah ke suatu tempat yang terpencil, maka hadis itu dibawa bersama. Jesteru ada hadis yang tidak sampai kepada para Imam. Namun kelebihan umat Islam pada zaman sekarang, semua hadis-hadis yang bertebaran itu telah berjaya disusun atur mengikut kekuatannya (sahih, ahad, dhoif dll) dan dipermudahkan untuk rujukan.
Sikap tegas dalam bab hukum menjadi 'pakaian' aku walau dimana sahaja. Dalam persatuan silat, aku menyuarakan bantahan mengenai amalan mandi silat, zikir yang tiada nas, petua-petua yang khurafat dan sebagainya. Bila balik ke rumah, perkara sama juga berlaku. Sebagai contoh, apabila sepupu membuat majlis perkahwinan, keluarganya meletakkan sepasang baju (milik pengantin) di atas atap dengan kepercayaan ia mengelakkan hujan. Aku menegurnya tanpa segan-silu. Sejak itu aku dikenali sebagai seorang yang tegas di mana sahaja aku berada.
Persatuan pelajar yang dipegang oleh underground movement yang dipanggil Hisbi Islam (dibawah pentadbiran sebuah parti Islam di Malaysia) pernah berjumpa saya dan 4 sahabat lain mengenai kefahaman kami. Rupaya kami disyaki membawa ajaran wahabi ataupun fahaman sesat yang tidak dikenal pasti. Setelah perbincangan lebih 2 jam, mereka berpuas hati walau ada sedikit perbezaan pendapat.
Keesokkan harinya Dekan kuliah memanggil aku berjumpa dengannya. Pelik, persoalan yang sama diajukan oleh beliau. Setelah berbincang, dia memahami sudut pandanganku mengenai hukum hakam. Namun beliau memberi nasihat bahawa nabi datang bukan sahaja membawa hukum-hakam, dia juga membawa adab sopan-santun. Maka beliau meminta aku supaya jangan terlalu extream dalam menegakkan pendapatku kerana dalam Islam ini ada banyak pendapat dari pelbagai ulama. Keharmonian masyarakat datang dari menghormati pendapat orang lain. Itu yang lebih penting.
Setelah perjumpaan dengan Dekan tersebut, aku cuba mengurangkan tabiat menyanggah pendapat orang lain yang berlawanan dengan pendapat yang aku pegang. Semakin lama semakin ramai pula orang yang dahulunya menjauhkan diri mula mendekati. Malah persatuan pelajar mengajak aku menyertai barisan AJK bahagian dakwah dan disiplin. Pergaulan yang makin meluas itu menjadikan aku lebih toleransi terhadap mazhab.
Pada suatu petang, aku duduk di atas pangkin mengadap ke pantai timur yang seluas mata memandang. Deruan angin bagaikan nyanyian alam yang tidak pernah berhenti. Sesekali aroma dari lumpur dan pokok bakau melintasi deria bau. Jam menunjukkan pukul 6 petang dan kehangatan mentari mulai surut bersama surutnya air laut.
"Kenapa banyak pendapat dalam Islam ya Pak Long" aku bertanya kepada Pak Long yang asyik menyedut rokok daunnya.
"Sebab manusia ini ada pemikiran tersendiri datang dari pembelajaran sendiri."
"Tetapi kitab satu, nabi terakhir itu satu, kenapa pendapat banyak?"
"Ya satu tetapi penerimanya ramai, penafsirnya ramai, penyampainya ramai, penghurainya ramai, pemalsunya pun ramai, sebab itu ada pelbagai pendapat" jawab Pak Long.
Aku terdiam. Kenapalah jauh benar zaman nabi dengan zaman sekarang hingga memungkinkan wujud pelbagai pendapat. Kalaulah aku hidup zaman sahabat, tentu tiada masalah mengetahui keaslian agama.
"Wan, besok kau balik rumah. Petang besok aku nak keluar ber'uzlah selama seminggu kat Stong."
"Dabong? dalam hutan? Kenapa tak buat dalam masjid sahaja" jawabku seolah-olah memprotes.
"Mu nih gak! Uzlah itu kan bermaksud berseorang-seorangan bukan beramai-ramaian. Nabi pun beruzlah sorang-sorang di gua Hira" balas Pak Long sambil ketawa.
Aku tidak membalas kata-kata Pak Long. Dia memang seorang yang sukar difahami. Dia hidup pun hidup sendiri, dijauhi keluarga atas sebab yang aku pun tidak pasti. Namun yang jelas aku suka melawat Pak Long kerana dia dapat membuatkan aku berfikir dari pelbagai sudut.
Senja mula menyapa bersama-sama azan maghrib di kejauhan. Kami berjalan pulang. Rumah Pak Long terletak jauh dari rumah-rumah penduduk yang lain. Perlu meredah pantai dan belukar untuk sampai ke sana. Mahukan privacy kononnya..
Bersambung ke Part 5..
.
Tak sabar tunggu next part!cepat sikit ye!
BalasPadamaku pun tak sabar nak tunggu lanjutan cerita PMN...dah habis cerita nanti baru aku boleh komen buat rumusan...hahaha
BalasPadam:)
BalasPadamsaya nampak gaya kamu bercerita cukup menggambarkan kamu seorang yg agak riak dan ujub dgn diri sendiri. harap itu cuma sangka buruk sya lah
BalasPadamDo you see those comments from Sainsrantingagamapokok and Kurotaiko? Cukup berlagak. Tapi biasalah org islam memang macam tu. Rasa depa dah baguih sgt, org lain dipandang rendah! Hakthuiiii!!
BalasPadamInilah orang melayu, bila ada pelajar yang rajin bertanya dan mempersoalkan sesuatu yang di ajar oleh guru-guru mereka, dia akan dianggap riak atau menunjuk-nunjuk. Saya pernah terkena panggilan sama sewaktu saya di universiti yang hampir 100% bangsa melayu pelajarnya. Walhal, saya sudah biasa dengan semangat ingin tahu dan budaya saing yang sihat sewaktu di sekolah menengah kebangsaan yang pelajarnya tergolong oleh pelbagai kaum.
BalasPadamOrang-orang beginilah yang selalu mengeluarkan ayat-ayat rasis terutamanya kepada saudara-saudara kaum cina kerana dengki dengan kelebihan atau kepintaran mereka, padahal kelebihan dan kepintaran amat mudah dikecapi jika lebih ramai orang melayu bersikap ingin tahu dan lebih mempersoalkan sesuatu yang dirasakan tidak adil atau tidak betul.
- A.
Ayo, Miss A :D I've replied your message on gmail. Sorry it was late. Never been checking it out for a while.... You are really doing awesome job, girl. I definitely agree with your views. Keep it up... :)))
Padamwow!!!sangat menarik x sabar utk part seterusnya....sungguh beruntung anda diberi nikmat ilmu yg bnyk drpdNYA brbanding insan2 lain yg masih trkial2 nk mndaki....ilmuNYA itu kan luas..belum ketemu lg barangkali...setiap tingkatan ilmu yg diberi olehNYA pasti ada dugaannya tp anda udah mengalah sayang seribu kali sayang!!!!!!!bila ye sambungannya tuh...
BalasPadamyou shaped you own Allah aren't you?
Padamdah masuk ke part 4, semakin menarik, terbukti islam itu memang sesuatu yang mengelirukan, semakin kita dalami, semakin jelas kelihatan kekeliruan islam itu, melayu muslim yang berkata islam itu mudah, ternyata mereka tidak mendalami agama mereka itu, cukuplah kalau kita tanya, 'u pernah baca terjemahan quran dalam bahasa melayu..?' kita akan lihat berapa ramai je sebenarnya melayu muslim yang faham apa yang mereka percaya dari kecil itu.
BalasPadamkeep it up bro. ilmu itu luas. kebanyakannya datang dari rasa ingin tahu serta usaha kita utk "explore". jika fikir ilmu itu dari Allah maka kita adalah "delusional". tidak perlu "give credit" kepada sesuatu yg tidak wujud. -C
BalasPadamSaya kagum dengan attitude pak long...kalau la beliau lebih terdedah dengan ilmu2 sains dan internet,mungkin sudah jadi seperti kita2 ni..zzzzz
BalasPadamexcited
BalasPadamTerima kasih sekalung ingatan buat yg singgah kemari :)
BalasPadamKata-kata yang berani, bernas dan indah.
BalasPadampart 5 mana???
BalasPadamblog ni buat aku addicted bertandang ke blog ni. .
-Miscellaneous Mystique-
Mengingati kembali kisah lama kehidupan yg ditinggalkan adalah seperti masuk ke dalam perigi tua untuk mengambil barang yang jatuh.
PadamPerlu tarik nafas panjang-panjang baru boleh masuk. :)