Aku tertarik kepada videoclip nya yang tersembunyi pelbagai maksud. Rentak lagunya juga unik.
.
Kehidupan ini tidak sempurna.Diri ini tidak sempurna.Akal ini tidak sempurna.Manusia berjuang dalam ketidaksempurnaan.Ya, tiada kesempurnaan. Yang ada hanya siri kerambangan situasi. Kadang-kala kebetulan-kebetulan yang menakjubkan, bersama turun naik emosi dan kefahaman.
Kehidupan ini tidak sempurna. Namun inilah realiti yang nyata. Pilihan ditangan sendiri. Bukan pada entiti rabbani mahupun dewa sakti.Ketidaksempurnaan ini acap kali menganugerahkan pilihan. Pilihan antara suka dan duka. Pilihan antara benci dan toleransi. Pilihan antara mahu berfikir & atau sekadar duduk berserah kepada pelbagai dalih.
Aku tidak sempurna.
Engkau tidak sempurna.
Dalam hal ini kita tiada beza.
Menyulam kehidupan dalam ketidaksempurnaan yang sama.
"Saya adalah bekas penganut Islam yg agak konservatif dan telah menjadi ateis.Saya berasa gembira dan lega sekali apabila membaca tulisan ini.. Seperti membaca sebahagian luahan perasan saya sendiri. Sejak meninggalkan agama Islam 2 tahun lepas, saya juga berasa MARAH, SEDIH dan BENCI kerana berasa tertipu dan jadi mangsa agama. Saya telah menjadi seorang Islam yang boleh dikatakan taat agama selama 26 tahun. Tidak pernah meninggalkan solat sejak tingkatan satu sehingga 2 tahun yg lalu dan tahu hadith mengenai setiap pergerakan dalam solat. Memakai tudung sejak darjah 4 sehingga sekarang .
Semasa sekolah rendah, selain daripada menerima pendidikan agama dari sekolah kebangsaan, saya juga mengikuti kelas fardhu ain dan juga bersekolah di sekolah agama rakyat di waktu petang. Mendapat pendidikan agama juga dari sekolah agama yang memang pilihan sendiri bukan keluarga kerana ingin menjadi muslimah yang lebih baik.
Saya tidak pernah bercinta selama saya hidup 27 tahun kerana 'bercouple' dikira haram. Kononnya ingin mendapatkan jodoh dan berkahwin kerana Allah. Jadi saya menolak cubaan lelaki memikat saya. Terasa bodohnya saya. Saya juga selalu cepat rasa bersalah kalau membuat perkara yang dikira berdosa dalam agama walaupun perkara kecil.
Dalam 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk keluar Islam, saya membaca al-Quran dengan terjemahan.dan juga belajar memahami hadith secara online. Saya juga menjadi rujukan kawan2 tentang hal2 agama dan masih lagi sedemikian kerana saya perlu berlakon menjadi Muslim yang baik.
Permulaan saya keluar dari Islam apabila saya mengetahui bahawa fahaman muktazilah yang mengangkat logik akal mengatasi ilmu wahyu pada zaman keemasan Islam di zaman khalifah Abbasiyah yang telah membawa mereka maju dalam pelbagai bidang. Kemajuan mereka bukan sebab agama Islam pun. Sebelum ini otak saya didoktrinkan bahawa al-Quran itu panduan manusia sejagat dan jawapan kepada kehidupan manusia dalam pelbagai bidang tetapi apabila membaca terjemahan2 di dalamnya saya tak rasa ianya penduan pun. Kisah2 nabi seperti kisah2 dongeng yang diulang2 dalam beberapa surah yang berbeza kononnya untuk pengajaran tapi tiada penjelasan terperinci. Baik baca buku sejarah peradaban dunia, boleh diketahui terperinci tempat, masa dan pelakunya yang menunjukkan kejadian itu sememangnya terbukti berlaku .
Banyak ayat suci pun asyik-asyik menyentuh hal hukuman macam tuhan ni kejam sangat. Belum lagi diskriminasi kepada perempuan yang banyak dilakukan oleh Islam berbanding agama lain. Tak pakai tudung dalam masyarakat melayu Islam pun dikira mcm berdosa besar sangat. Perempuan disalahkan apabila terjadinya rogol sebab tak tutup aurat. Perceraian berlaku kerana perempuan tidak ikut perintah suami. Bercinta sebelum kahwin dilarang sebab takut terlanjur jadi disuruh berkahwin seolah-olah perkahwinan dalam Islam ni sekadar nak halalkan seks je. Pastu lelaki jadi raja sebabnya lelaki diangkat sebagai pemimpin dan perempuan jd macam hamba. Sejak keluar dari Islam baru terfikir semua ni dan rasa sangat stress memikirkan keadaan keadaan wanita dalam Islam.
Sengaja saya menulis sebegini kerana mahu masyarakat yg beragama Islam faham yang bukannya semua orang Islam keluar agama itu sebab mahu kebebasan melakukan maksiat tetapi ada juga seperti saya yang keluar agama kerana saya mengkaji. Tambah-tambah org Islam jarang bersolat, tak tau pun makna ayat al-Quran dan kaki maksiat tidak layak memandang rendah kepada orang seperti saya kerana mereka sendiri tidak memahami dan mengamalkan Islam. Walaupun saya murtad, saya berpegang kepada Golden Rule.
Saya tidak mahu berdakwah kepada orang yang beragama kerana sangatlah sukar bagi seorang penganut yang agak taat meninggalkan 'tuhan'nya. Ianya lebih perit dari menghadapi kematian orang tersayang. Dulu apa-apa yang saya buat, saya akan buat atau cuba buat semuanya adalah demi Allah. Jadi tentulah saya rasa sedih bila saya kehilanganNya. Saya pernah fikir tidak mahu hidup lagi... Namun saya cuba tabahkan hati, cuba melakukan perubahan positif dalam pemikiran dan tindakan saya. Akhirnya saya dapat melalui penderitaan kehilangan tuhan dalam masa setahun setengah ini walaupun saya perlu berlakon sebagai penganut agama Islam."