Jumaat, 23 Ogos 2013

Muslim vs Amerika.

Kebencian sebahagian umat Islam terhadap negara non-Muslim terutama United State, Amerika amatlah menghairankan. Sikap prajudis dan stereotype terhadap Amerika bagaikan sebati dengan jiwa mereka. Laungan boikot barangan Amerika, pembakaran bendera Amerika, kutukan laknat dalam doa-doa orang mukmin terhadap Amerika menunjukkan sikap kebencian mereka yang membara.

Tahukah mereka di United State, bilangan penduduk yang beragama Islam mencecah 2.6 juta (2010) dan jumlah itu telah meningkat berkali ganda pada akhir-akhir ini. Secara amnya orang Islam di Amerika hidup aman dan tenteram bersama masyarakat bukan Islam. Namun keharmonian itu sering terganggu dengan aktiviti-aktiviti keganasan yang dihadiahkan oleh puak pelampau Muslim.

Sudah tentu juga terbit kemarahan dari pihak non-Muslim hingga menimbulkan beberapa konflik dalaman. Walaubagaimanapun, pihak Amerika masih bertoleransi dengan umat Islam kerana mereka sedar bukan semua Muslim menyokong keganasan. Namun sebaliknya umat Islam sentiasa berharap kejatuhan Amerika dan diganti dengan kerajaan Islam. Tidakkah itu menjadikan umat Islam seperti ular yang bersembunyi di dalam rumah menunggu masa mematuk tuan rumah sehingga mati?

Setiap solat Jumaat di negara kita ada bacaan doa mengutuk Amerika seolah-olah negara itu hanya diduduki oleh Iblis, dajjal dan syaitan. Pelajar-pelajar kita yang melanjutkan pelajaran kesana dapat melihat bahawa negara itu tidak seburuk seperti apa yang ditanam ke dalam otak mereka sejak kecil.

Ya, mungkin kita tak setuju beberapa polisi dalam dan luar negara mereka. Itu negara mereka dan urusan mereka. Untuk apa kita melenting? Malah bukan semuanya penduduk US bersetuju dengan kerajaan yang memerintah. Kita dengan mudah menyalahkan seluruh Amerika, bakar bendera, dan melaungkan 'Allah hu Akhbar" seolah-olah sedang berjihad. Kita mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati. Jesteru itu tidak usah kita marah jika ada dikalangan mereka melabelkan Islam ini agama keganasan, agama yang tiada toleransi, dan agama kebencian.

Di bawah ini adalah video dokumentari experiment bagi melihat reaksi penduduk US terhadap discriminasi terhadap Muslim. Lokasi di sebuah kedai serbaneka. Penjual Muslim dan pembeli anti-Muslim tersebut adalah pelakon. Kita lihat gelagat mereka dan buat kesimpulan sendiri tentang sikap kita terhadap mereka dan vice-versa.


.

2 ulasan:

  1. The population of muslim is increasing by year, that very interesting..:) logically, why this statistical keep increase, something to ponder

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapannya mudah. Amerika sebuah negara yg terbuka dan nilai matawangnya yg tinggi menjadikan ia pilihan utama rakyat negara lain berhijrah ke situ. Termasuklah umat Islam yg masuk ke US meningkat dari tahun ke tahun.

      Mereka sendiri tidak sanggup duduk lama dinegara mereka lebih2 lagi negara Islam seperti Iraq, iran, syria, mesir, dan lain2 dimana hak wanita tidak diendah, hukuman bunuh atas nama agama berleluasa, hukuman rogol bagi perogol dan yg dirogol sama sahaja, pemikiran sempit, kebencian pada negara jiran dan banyak lagi faktor.

      Lantaran itu mereka berpindah ke US dan menjadikan populasi Muslim di US semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ramai rakan online saya adalah dari kalangan mereka. Kebanyakkan rakan saya itu samada menjadi ex-muslim atau agnostic muslim di US.

      Mereka tak berani menukar kepercayaan di negara sendiri atas ancaman seksaan dan bunuh. Bukan semua negara Islam begitu, namun kebanyakkan begitulah terutamanya negara timur tengah.

      Padam