Khamis, 22 Ogos 2013

Agama? Kedai? Kita Minum Dululah!

Pada suatu hari datang seorang rakan lama bernama Md. Zain. Dia seorang pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang Psikologi Kaunseling. Dia tidak tahu aku sekarang seorang atheist. Seingat Zain, aku adalah seorang yang kuat berpegang kepada agama. Selepas menghidang kopi-o panas, kami mula berborak.

Menurut Zain, ramai pelajar Melayu yang sudah hilang jati diri dan tak kenal tuhan. Mereka meninggalkan ajaran agama bagaikan membuka kasut. Saban hari ada sahaja kes berkaitan aqidah remaja dirujuk kepadanya. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Bila Zain melihat aku tidak berkata apa-apa, dia pun bertanya:
"Wan, kau rasa kenapa mereka tidak endahkan agama?"

"Hmm.. Jika sesuatu kedai semakin lama semakin kurang orang masuk dan beli barangannya, kau rasa salah siapa?" saya jawap pertanyaan dengan pertanyaan berkias.

"Salah kedai. Mungkin ada kesilapan dalam promosi atau masalah produknya."

"So sama juga dengan agama"

"Maksud kau agama kurang dipromosi oleh kita umat Islam? Betul juga, usaha dakwah kita semakin lemah" jawab Zain.

"Mungkin bukan salah promosi.. Semua orang dah tahu mengenai kedai tu. Mungkin salah produk?"

"Eh.. apa kau maksudkan ni Wan? Islam adalah produk jiwa yang paling terbaik. It sells it self bro" jawab Zain.

"Itu anggapan si penjual , tetapi anggapan orang awam bagaimana? Kita bercakap mengenai kedai yang berusia 1400 tahun. Mungkin produk yang dijual tidak menepati keperluan zaman sekarang?" jawabku agak sinis.
Wajah Zain mulai merah. Mungkin dia terkejut dengan jawapan ringkas aku.
"Bro, ini bukan salah agama. Ini salah remaja-remaja sekarang yang tidak tahu menilai agama!"

"Adakah kau dah terangkan kepada mereka tentang agama sepenuhnya?"

"Iya, aku sudah terangkan betapa indahnya Islam, mengenai pengasih & penyayangnya tuhan, janji syurga buat yang taat, dan neraka buat yang berdosa. Tapi tidak dapat menembusi akal mereka. Mungkin hati remaja-remaja sekarang sudah terlalu hitam untuk menerima cahaya hidayah."
Aku menghirup kopi-o panas perlahan-lahan. Zain juga menghirup kopinya sambil membaca Basmalah sedikit kuat seolah-olah ingin meningatkanku supaya membacanya sekali. Jam berbunyi menandakan pukul 5 petang.

Setelah meneguk separuh cawan, aku memulakan semula dialog yang terhenti tadi.
"Ok, sekarang kita guna analogi kedai tadi. Ada satu kedai yang nampak hebat, tetapi sudah berusia 1400 tahun, orang awam tahu mengenai adanya kedai tersebut namun ramai yang tidak mahu membeli-belah di situ. Ada yang masuk sekejap kemudian keluar tanpa membeli apa-apa. Jawab dengan logik, salah siapa?" tanya saya agak tegas.
Zain berdiam diri dengan wajah kelat. Riak wajahnya menunjukkan reaksi terkejut, marah dan keliru.
Saya menyambung lagi, "Point-point aku adalah:
  • Orang awam tidak boleh disalahkan jika mereka tidak mahu membeli dari kedai kita. Paksaan akan merosakkan imej dan kredibiliti kedai itu sendiri.
  • Kita tak boleh paksa mereka memilih kedai kita. Sebaliknya kita sendiri perlu menilai setiap kelemahan yang ada pada kedai tu.
  • Kita mesti bersikap terbuka. Jika ada pelanggan setia kita yang mahu memilih kedai lain, kita perlu lepaskan mereka. Jangan ganggu mereka dengan ugutan dan kencaman. Ini hanya menampakkan betapa samsengnya management kita. 
  • Jangan memburukkan kedai lain dan memuji kedai sendiri berlebih-lebihan. Orang awam boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Sekali sahaja mereka dapat melihat penipuan kita, sampai mati mereka tak akan datang ke kedai kita.
  • Jangan mengatakan kedai orang lain tiada lesen seolah-olah kedai kita sahaja yang sah disisi undang-undang. Jangan buat cerita seolah-olah kedai lain akan dirobohkan Majlis Pembandaran & pemiliknya akan diseksa dalam penjara selama-lamanya. That is Bullshit.
  • Jika boleh renovate kedai yang berusia 1400 tu, cubalah renovate bagi moden sikit. Binaan yang lama dah terlalu tua dan berbahaya kepada orang awam. Jika tak boleh renovate, tutup sahajalah kedai tu. Not worth it anymore. "
Zain bagaikan terpaku. Matanya tak berkedip melihat aku. Dahinya berkerut bagaikan memikirkan sesuatu. Tidak beberapa lama kemudian Zain bagaikan tersedar dari khayalan dan terus beristighfar.

"Kalau aku tak kenal kau Wan, tentu aku ingat kau ni dah murtad! Hahaha!" Ujar Zain sambil ketawa.

"Tak perlu kenal aku, kenal sahaja diri kau rata-rata, nescaya kau kenal hakikat dengan nyata" kias aku ringkas.

Kami berpisah selepas berborak-borak selama sejam. Kebanyakkannya kisah semasa kami di UIA dulu. Aku tidak pasti samada Zain memahami atau tidak kiasan-kiasan aku tadi. Namun biarlah berkias dari bersuluh kerana kadang-kadang manusia ini tidak sanggup berhadapan dengan kenyataaan. Apatah lagi kenyataan yang pahit untuk ditelan.



.

15 ulasan:

  1. "Kalau aku tak kenal kau Wan, tentu aku ingat kau ni dah murtad! Hahaha!"


    I like to play this kind of mind-setting game. Like, what if he know?
    In your case, what if he know that you now an atheist? Will that fact change everything that he think about you before?

    How nice a "real friend" can be.

    BalasPadam
  2. @Lady Laurel
    Soal keyakinan adalah perkara paling utama dalam hidup org Melayu.

    Kebanyakkan mereka berpegang "biar putus saudara & putus kawan daripada putus agama."

    If he know, will that fact change everything that he think about me? Yup. For sure he will never talk to me ever again. :)

    BalasPadam
  3. Funny. I came to the same conclusion yesterday as well. Generally, people only want to see what is "convenient" for them to see because they don't want to live with guilt, helplessness, or face the truth. Being ignorant is sometimes easier. But in their defence, I guess everyone needs to take their own time to muster enough courage to face certain things in life. I dated a Malay for almost 4 years and took the liberty of learning about Islam from sources outside Malaysia. Truth be told, Islam is really a much more beautiful religion than how the majority of Malays portray it to be :)

    I'm currently reading the Bhagavad Gita and am now in a conundrum. If there is truly only ONE God, then all religions have to assume He just came to us at different times, in different languages, teaching what is capable for us humans to assimilate and understand at that point in time. Fighting for the sake of religion is ridiculous, resource wasting, and not to mention corrupts religion itself. I'm glad you came out about your own opinions on life despite all the challenges you might face with society and the culture back home. I might hang around your site for a bit. Have a good weekend ahead :)

    BalasPadam
  4. "Tak perlu kenal aku, kenal sahaja diri kau rata-rata, nescaya kau kenal hakikat dengan nyata"

    Ada ke orang guna ayat macam tu bila sembang dengan kawan hahahah.
    Hebatla ko boleh bagi dia kiasan panjang-panjang. Aku tak berani buat camni sebab macam ko kata la, sure putus kawan kalo diorang tau.

    BalasPadam
  5. That shop analogy is pure gold! He must be like, 'he has a point..' but doesn't want to admit it, hence the silence.lol

    BalasPadam
  6. Bernas dan berani. Moga-moga akan muncul lebih banyak lagi insan-insan yang boleh dan berani berfikir macam suadara.

    BalasPadam
  7. Bro...bila nak update perjalanan ke arah atheist...bminat nak tau kisah lanjut ko la bro..

    BalasPadam
  8. @All
    Thanks guys. Komen u'all amatlah dihargai :)

    @Kebekuan,
    itu kata2 org sufi tu hehe

    @niania:
    Dibalik diam tersembunyi jawapan :)

    @Chuck:
    Just sharing2 bro :)

    @portgas
    Tomorrow perhaps :)

    BalasPadam
  9. Menyebut tentang "kedai" moden, membuatkan saya teringat link ini:

    http://30mosques.com/2011/08/theres-something-in-the-air/

    Antara titik perubahan pendirian saya dari seorang born-muslim kepada atheist adalah kerana saya sudah penat dengan kontradiksi hujah-hujah, seperti Tuhan Maha Penyayang vs. neraka, Islam agama damai vs. Jihad perang berdarah, dan banyak lagi.

    Saya ingin mengetahui apakah pendapat anda tentang Islam yang telah di"renovate"kan, seperti dalam link di atas, Irshad Manji (seorang lesbian yang menganggap dirinya muslim), NGO Malaysia Sisters In Islam yang banyak mengangkat hak wanita Islam, dll.

    Although personally, I'd like to think people should question more, rather than go with a "pick and mix" approach.

    - A.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbalik kepada perumpamaan kedai yg berusia 1400 tahun tadi, jikalau direnovate sekalipun, foundationnya masih sama & tidak boleh diubah. Yang pasti foundationnya sudah bermasalah. Jadi risiko bahaya masih ada.

      Mungkin lebih baik ia dirobohkan sahaja. Namun buat masa sekarang, itu adalah mustahil.

      Yup,people should question more. Real life bukan mudah untuk dihadapi. Setiap insan ada kesimpulan yg tersendiri.

      Jadi kita manusia sepatutnya buka minda dan belajar lagi tanpa jemu sehingga kita dapat mencari jawapan sendiri tanpa benci, tanpa diskriminasi dan selfishness.

      Padam
  10. agama adalah kedai ...hohoho...mungkin anda sebelum ini belum jumpa Islam yang sebenar............ takpe ... carilah kebenaran.... jangan ikut tokoh... jumpa kebenaran barulah jumpa tokoh kebenaran... yang pasti anda dalam kegelapan... saya berdoa anda jumpa islam yang sebenar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini cakap2 orang yang dah buta dengan agama. Kita explain macamana pun tetap dia tak nampak jugak. Memang sampai mati la duduk dalam kegelapan.. Dowh.

      Padam
  11. Analogi yang paling mantap saya jumpa setakat ini.

    BalasPadam