"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.
Sewaktu kecil, hadis ini sering diwar-warkan oleh ustaz di sekolah. Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang seorang ibu. Namun jika diteliti ajaran agama dan kitab sucinya, kita akan dapati pelbagai percanggahan dengan maksud hadis di atas.
Sejarah manusia pertama (mengikut agama samawi) pun dah menunjukkan percanggahan itu. Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.
Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya dihiasi dengan ancaman seksaan yang tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya diseksa, dibakar, disepak terajang setiap hari untuk tempoh yang infiniti.
Yang pasti banyak statement dari agama bercanggah antara satu sama lain. Sifat tuhan tidak konsisten dan lebih kepada sifat diktaktor yang mempunyai masalah emosi. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.

.
tuhan hanya ciptaan manusia. Moral of the story, sayangi ibubapa kita! (^_^)
BalasPadamSayang creations pada tuhan adalah sayang paksaan. Sayang kerana dipaksa bukan dari hati. sayang kerana takut kena buli dengan tuhan.
BalasPadamPerasaan sayang yg datang dari ancaman seksaan adalah tanda minda telah korup dan dalam keadaan 'denial'.
PadamSama seperti orang yg patuh dan sayang kepada Hitler lantaran takut diseksa oleh beliau dan tentera2 beliau.
Tuhan seperti ini adalah zalim dan penuh kebencian, sesuatu yang bertentangan dengan kasih sayang. Bukalah mata anda wahai pemuja2 dan penyembah2 delusi kejahatan di luar sana...
BalasPadamKerana tuhan itu adalah ciptaan manusia, maka kita jumpa pelbagai masalah dalam sifat dan penyifatannya, serta af'al (perbuatan) dan pengadilannya.
Padamjumpa dr.zakir naik
BalasPadam