Selasa, 3 September 2013

Cinta Sang Psychopath.

"Cinta kau hanya untuk aku seorang sahaja! Jangan kau berani menaruh hati kepada yang lain! Aku tahu apa yang ada dalam otak kau! Aku tahu kemana sahaja kau pergi! Seluruh hidup kau adalah untuk taat kepada aku! Aku sayang sangat pada kau. Kalau kau lupa aku atau kau tinggalkan aku, aku akan cari kau! Dan bila dah jumpa aku tumbuk kau sampai pecah muka, aku akan tendang mulut kau sampai patah gigi, aku akan pijak perut kau sampai keluar semua makanan yang aku beri kepada kau selama ini! Dengar cakap aku! Aku sayang pada kau. Sayang aku lebih dari ibu kau sayang pada kau. Jadi kau kena puji aku setiap hari! Tugas kau hanya patuh padaku tanpa perlu soal itu dan ini!. Tak perlu kau guna otak lembab kau untuk faham. Ikut sahaja arahan aku sebab aku jauh lebih bijak dari kau! Faham sayang?!"


  

PS: Inilah cinta seorang psychopath. Jika anda mempunyai pasangan bipolar seperti ini, adakah anda akan setia sehingga hujung nyawa? Atau anda cepat-cepat angkat kaki keluar dari rumah dan hidup seperti insan yang benar-benar merdeka minda serta fizikalnya?. Begitulah persoalan ketuhanan. Analogi yang sama dalam dimensi yang berbeza. 

Layakkah ditaati sesuatu entiti yang mempunyai peribadi psychopath? Jika kamu rasa tuhan tidak mungkin psychopath, maka fikirkanlah kemungkinan bahawa tuhan psychopath yang engkau sembah itu adalah watak yang diciptakan oleh suatu minda yang gila..

Dan yang mampu membayangkan malah merealisasikan kegilaan sebegitu hanyalah satu organisma sahaja di muka bumi ini. Organisma yang dipanggil manusia.

.

8 ulasan:

  1. Hakikatnya majoriti manusia memuja dalam keterpaksaan watak psychopath yang amat digeruni secara tak sedar kerana tidak mempersoalkannya...

    BalasPadam
  2. Memang terbaik kiasan ni bro! Tepat pada sasaran! haha

    BalasPadam
  3. Anda memang kreatif dalam menulis. Teruskan jangan berhenti!

    BalasPadam
  4. Perumpamaan yang baik kepada mereka yang masih lagi katakan tuhan itu Maha Penyayang tetapi wujudkan neraka.

    Seperi satu pengalaman saya cuba membantu seorang teman lama yang mengadu tentang teman lelakinya yang abusive. Siap sudah buat report polis, minta digantung semester, berbincang dengan keluarga semua TAPI akhirnya teman saya masih lagi berhubung dengan si kaki pukul itu tak lama selepas itu, malah kali terakhir saya dengar khabar, mereka sudah berkahwin dan beranak dua.

    Disini saya sedar, tiada siapa yang dapat menolong jika mereka tidak mahu menolong diri sendiri. Kebanyakan mereka yang bebas dari abusive relationship, semuanya bermula dengan daya kemahuan dan kekuatan sendiri :)

    -A.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, sangat setuju dgn -A.

      Selagi diri kita sendiri tidak berani melihat luar dari perangkap ideologi dan emosi sendiri, selagi itu kita akan terus terperangkap.

      Padam
  5. memang tak layak untuk ditaati dan dipercayai, tuhan islam yang ganas dan kejam.

    BalasPadam
  6. tapi, analogi cinta psychopath ini valid untuk yang tiada pertalian darah. kalau nak dikaitkan dengan tuhan, kenapa tak bagi analogi yang mempunyai pertalian darah paling kukuh, cinta lagi utuh? eg;ibu. mesti hati orang yg melahirkan satu nyawa baru ke dunia ni hancur luluh, kalau nyawa dilahirkan itu derhaka. hukuman apa yg paling sesuai? itu persoalannya....

    BalasPadam