Khamis, 25 Julai 2013

Penutup Akal.


Mereka yang menutup akal dari berfikir tidak mungkin melihat kebenaran. Penutup akal adalah rasa takut di'cop sebagai syirik atau kafir di mata tuhan. Kita tak berani untuk berfikir luar dari kotak kerana telah di'brainwash sejak kecil ancaman-ancaman neraka yang menakutkan. Itu juga adalah masalah orang Kristian dan Yahudi. Mereka terperangkap dalam idealogi mereka sendiri seperti semut terjatuh dalam gam gajah.

Apa kata buang sebentar rasa takut itu. Buka minda dan kaji sendiri tidak kiralah dari internet mahupun buku-buku ilmiah tentang kebenaran. Niatkan untuk mencari kebenaran, bukan untuk melawan tuhan, bukan untuk ragu kewujudan tuhan, ataupun untuk berbahas dengan golongan atheist. Jangan baca buku-buku yang dikarang oleh orang Islam kerana sudah tentu ia bias dan berat sebelah. Baca pengalaman ex-muslim, kaji kenapa mereka keluar dari agama. Baca dengan hati yang rational dan terbuka.

Moga kita bebas dari belenggu ajaran yang dicipta oleh nenek moyang kita.

.

3 ulasan:

  1. akal manusia terbatas..saintis mengatakan penggunaan otak manusia normal hnya beberapa percent shj...bayangkan nk cari yg mana dulu antara telur dan ayam pun susah...misteri mimpi..nombor yg terakhir....apatah lg nk mengungkai rahsia alam yg terbentang luas

    BalasPadam
  2. Akal manusia memang terbatas untuk mengetahui setiap fenomena alam. Tapi kami tak berputus asa dan terus mengkaji.

    Tetapi itu tidak bermaksud kami perlu menerima sahaja jawapan dari sumber yg magikal/fairytale.

    PS: Sila guna nama sendiri apabila memberi komen. Fungsi 'Anonymous'/'tanpa nama' adalah untuk kami. Sepatutnya kami yang bersembunyi kerana digugat oleh golongan agama bukan sebaliknya. tq

    BalasPadam
  3. Sbb akal terbatas dan terbelenggu agama la buat manusia malas usaha nak fikir. Rujuk kitab, dapat ayat yg nampak ada kaitan sikit, pakai. -nd

    BalasPadam