Salam sejahtera buat sahabat yang sudi berkunjung ke blog ini. Kedatangan sahabat sekian dialu-alukan. Malah diharap-harapkan.
Aku adalah seorang murtad /ex-Muslim. Suatu gelaran yang membawa maksud yang amat hina disisi umat Islam. Aku lebih suka memandang diriku sebagai atheist (walaupun aku bukan atheist sejati).
Untuk apa aku menulis? Bukan mencari gaduh, bukan mencari perbalahan, namun hanya mengores sedikit coretan kehidupan dalam mencari kebenaran. Kebenaran yang dulu kupanggil dengan nama agama, yang dulu kupanggil dengan nama tuhan.
Bacalah dengan getaran hati yang positif dan minda terbuka. Jika sahabat rasa aku ini terpesong, tinggalkan aku. Tak perlu kita berbalah dan bergaduh. Biar kita menghabiskan sisa-sisa usia kita di dunia ini dgn hidup yg tenang dan damai.
.
Blog terbaik! dan ditulis dalam bahasa melayu!! terima kasih Wan Izzuddin kerana sudi berkongsi.
BalasPadamSama-sama. Moga bermanfaat :)
BalasPadamWalau kita berbeza, aku membaca blog mu dgn fikiran terbuka. Dengan niat. Aku ingin melihat segala sesuatu melalui segenap pandangan.
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadamterima kasih buat pelawat semua :)
BalasPadamhi bro. Aku ikuti blog ko tahun lepas sebagai muslim. Aku pernah bagi komen negatif dalam blog ni. But masa berlalu dan sekarang aku anggap ko seorang pemikir genius. Harap kau dapat sambung semula menulis. Ramai memerlukan enlightenment dari kau.
BalasPadamikhlas,
ex-muslim DXC
Bro please menulis semula. Please.
BalasPadamSangat berharap bro akan menulis lagi. Saya suka. - nd
BalasPadam