Isnin, 29 Julai 2013

Orphaned Land - Brother.

Orphaned Land adalah sebuah kumpulan Metal dari Israel. Walaupun mereka dari bangsa Yahudi, namun kebanyakkan ahlinya adalah atheist. Lagu-lagu mereka adalah bertemakan pendamaian dan persaudaraan sesama insan. Kobi Farhi (vokalis utama) menyatakan bahawa kaum Yahudi dan umat Islam sepatutnya berdamai dan hidup aman harmoni sesama mereka. Amat menyedihkan apabila kanak-kanak dilibatkan sekali dalam peperangan yang tidak berasas.

Lagu berjudul 'Brother' atau 'Saudara' diinspirasikan dari sejarah kaum Yahudi dan bangsa Arab. Kaum Yahudi adalah keturunan nabi Ishak dan Orang Arab berketurunan nabi Ismail. Kedua-dua nabi ini anak kepada nabi Ibrahim. Maka boleh dikatakan orang Yahudi dan Arab adalah saudara atau adik-beradik.

Lagu "Brother" adalah satu lagu yang kontroversi dikalangan masyarakat Israel kerana ia terungkap pemohonan maaf dari cucu-cicit Ishak kepada cucu-cicit Ismail diwaktu peristiwa Hajar (ibu Ismail) diusir ke padang pasir. Manakala Sarah dan anaknya Ishak tinggal dirumah yang selesa.

Saya suka melodi dan lirik lagu ini. Moga sahabat sekalian juga terhibur.

3 ulasan:

  1. aku dah agak dah.. Awaken malay ni memang ada kaitan dengan yahudi laknatullah

    laknat Allah untuk kamu

    BalasPadam
  2. Lol tak memasal yahudi -nd

    BalasPadam