Perdebatan antara Muslim dan Atheist selalunya tidak ada penghujung. Hujah para Atheist adalah berdasarkan penemuan Sains yang terbaru. Manakala hujah Muslim berdasarkan kitab al-Quran. Ringkasannya Atheist mengkaji Sains dan kemudian membuat kesimpulan. Berbeza dengan Muslim yang membuat kesimpulan dahulu berdasarkan al-Quran dan kemudian baru mencari bukti Sains yang menyokong kesimpulan itu.
Keyakinan umat Islam terhadap al-Quran sangat tebal, membuta-tuli, dan tanpa ada sedikit sangsi atau was-was. Ini menyebabkan fikiran mereka tertutup terus dari melihat mengikut kaca-mata Sains. Yang lucunya, apabila mereka berjumpa ayat al-Quran yang seolah-olah menepati dengan penemuan Sains, mereka mengelarkan ini Mukjizat al-Quran.
Jika dikaji ayat-ayat al-Quran yang kononnya menyentuh tentang Sains adalah kabur dan boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Para cendekiawan Islam akan mengembar-gemburkan tafsiran yang tampak saintifik dan tutup mata kepada kemungkinan tafsiran yang lain. Di dalam istilah psikologi dipanggil "confirmation bias" iaitu menyokong sesuatu yang menguatkan pegangan mereka dan buat-buat tak nampak sesuatu yang membangkang pendapat mereka.
Jadi dalam siri topik "Islam dan Sains", kami akan kupas satu persatu ayat Quran yang kononnya menyentuh soal Sains. Jom kita mulakan!
Tidak, ia bukan mukjizat! Ayat di atas terang-terang menceritakan tentang perubahan siang dan malam. Masyarakat pada zaman dahulu secara umumnya memang mempercayai bulan dan matahari beredar mengelilingi bumi. Bagi mereka itulah punca terjadinya siang dan malam. Al-Quran yang ditulis oleh kaum dari padang pasir ini juga tidak terkecuali.
Sains membuktikan ini tidak benar sama sekali. Bermula dari teori Nicolaus Copernicus (dan kemudiannya disokong oleh Galileo), bumilah yang berputar mengelilingi matahari hingga terjadinya siang dan malam. Bulan sememangnya berputar dan beredar mengelilingi bumi.
Peredaran bulan pula telah diketahui sejak zaman kuno lagi (sebelum Islam). Peredaran bulan dijadikan asas kalender & navigasi perjalanan masyarakat dahulu.
Kesimpulannya, ayat di atas tidak menyentuh tentang peredaran matahari mengilingi galaksi. Ayat diatas sebenarnya menyatakan peredaran matahari menyebabkan siang dan malam. Ia adalah satu kesilapan yang besar dan pastinya bukan suatu mukjizat.
Cendekiawan Islam mula mencari bukti di dalam Quran dan berjumpa dengan ayat di atas. Dengan segera mereka mengatakan bahawa fakta ini telah tertulis dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu.
Jika kita perhatikan ayat di atas hanya menyatakan tentang kekuasaan tuhan yang luas tidak terhingga. Ia tidak menyentuh tentang alam semesta semakin mengembang atau galaksi semakin bergerak menjauh. Ada pula ulama yang cuba mentafsirkan perkataan 'luas' (موسعون) sebagai 'mengembang'. Namun dalam kontek ayat tersebut, perkataan 'lamūsiʿūn' bukan disifatkan kepada langit. Ia disifatkan kepada tuhan, lalu bermaksud 'kekuasaan tuhan yang luas tidak terhingga'.
Bersambung ke part-2.

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?Kaum Muslim mengaitkan ayat di atas dengan teori Big Bang. Ayat tersebut menyatakan langit dan bumi dahulunya bersatu, kemudian Allah memisahan kedua-duanya. Padahal mengikut Sains, planet bumi itu adalah sebahagian dari langit. Ia tidak pernah terpisah dari langit.
(Al-Anbiyaa' 21:30)
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing. (Al-Anbiyaa' 21:33)Cendekiawan Islam seperti Dr. Zakir Naik mengatakan bahawa Al-Quran yang turun 1400 tahun dahulu telah tertulis yang matahari beredar mengikut paksi mengelilingi galaksi tersendiri. Hal ini hanya diketahui para Saintis pada zaman sekarang. Bukankah ini suatu mukjizat?
Tidak, ia bukan mukjizat! Ayat di atas terang-terang menceritakan tentang perubahan siang dan malam. Masyarakat pada zaman dahulu secara umumnya memang mempercayai bulan dan matahari beredar mengelilingi bumi. Bagi mereka itulah punca terjadinya siang dan malam. Al-Quran yang ditulis oleh kaum dari padang pasir ini juga tidak terkecuali.
Sains membuktikan ini tidak benar sama sekali. Bermula dari teori Nicolaus Copernicus (dan kemudiannya disokong oleh Galileo), bumilah yang berputar mengelilingi matahari hingga terjadinya siang dan malam. Bulan sememangnya berputar dan beredar mengelilingi bumi.
Peredaran bulan pula telah diketahui sejak zaman kuno lagi (sebelum Islam). Peredaran bulan dijadikan asas kalender & navigasi perjalanan masyarakat dahulu.
Kesimpulannya, ayat di atas tidak menyentuh tentang peredaran matahari mengilingi galaksi. Ayat diatas sebenarnya menyatakan peredaran matahari menyebabkan siang dan malam. Ia adalah satu kesilapan yang besar dan pastinya bukan suatu mukjizat.
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains.
(Adz-Dzaariyaat 51:47)
Cendekiawan Islam mula mencari bukti di dalam Quran dan berjumpa dengan ayat di atas. Dengan segera mereka mengatakan bahawa fakta ini telah tertulis dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu.
Jika kita perhatikan ayat di atas hanya menyatakan tentang kekuasaan tuhan yang luas tidak terhingga. Ia tidak menyentuh tentang alam semesta semakin mengembang atau galaksi semakin bergerak menjauh. Ada pula ulama yang cuba mentafsirkan perkataan 'luas' (موسعون) sebagai 'mengembang'. Namun dalam kontek ayat tersebut, perkataan 'lamūsiʿūn' bukan disifatkan kepada langit. Ia disifatkan kepada tuhan, lalu bermaksud 'kekuasaan tuhan yang luas tidak terhingga'.
Bersambung ke part-2.
Memang bagus.
BalasPadamartikel ni sangat berguna. tapi mana sambunganya bro?
BalasPadampe pendapat ko klu seseorg itu tak tahu membaca dan menulis tetapi dia boleh menceritakan hal-hal yang akan diketahui dimasa akan datang?
BalasPadamdr.zakir naik...
BalasPadamcari dr.zakir naik
BalasPadamItu lah, dapat penemuan terbaru, gigih godek kitab, jumpa ayat ada kaitan sikit mula la guna. Entahkan kitab tu hanya ciptaan tulisan manusia zaman kuno. Manalah tau kan. -nd
BalasPadam