Khamis, 25 Julai 2013

Paradox: Tuhan itu Tidak Berdaya atau Tuhan itu Zalim?

 

Kezaliman berlaku setiap hari didunia ini. Pembunuhan, penderaan, penderitaan, kebuluran, penyakit, kes rogol, buang bayi dan sebagainya.

Sudah tentu tuhan mengetahui semua ini. Tetapi persoalannya kenapa ia tidak berbuat sesuatu untuk menghalang kezaliman ini dari terus berlaku? Ada 2 kemungkinan:

1. Adakah tuhan itu TIDAK BERDAYA? Tuhan melihat kezaliman tetapi ia tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menunjukkan tuhan itu adalah lemah dan tidak berkuasa.

Atau,

2. Adakah tuhan itu ZALIM? Tuhan melihat kezaliman tetapi ia membiarkan sahaja walau ia ada kuasa untuk mengubahnya. Ini menunjukkan tuhan itu adalah zalim.

Jika kita manusia ada kuasa untuk menghalang kejahatan dan kezaliman, pasti kita akan halang. Tiada insan yang mempunyai akal dan budi sanggup membiarkan penderitaan berlaku depan mata. Hanya mereka yang tidak berupaya menghalang kezaliman sahaja yang akan berdiam diri. Atau juga orang itu sebenarnya menyokong kezaliman.

Kesimpulannya sahabat, pilih antara satu samada Tuhan itu tidak berdaya atau Tuhan itu zalim. Guna akal dan fikir-fikirkan.

.

2 ulasan:

  1. Tuhan memang pencipta, tapi agama itu yang sesat. Semua agama adalah ciptaan manusia termasuk agama bangsa arab. - nd

    BalasPadam