Ahad, 28 Julai 2013

Jom masuk agama yg damai ini (tapi kalau kau keluar, aku bunuh kau!)

Sewaktu Bilal bin Rabah memeluk Islam, beliau diseksa oleh golongan kafir Quraisy di tengah-tengah padang pasir yang panas membara. Bilal masil lagi menyebut "Ahad" berulang kali yang bermaksud "Yang Esa".

Beberapa sahabat nabi melihat tanpa mampu berbuat apa-apa kerena waktu itu mereka masih belum kuat untuk mengalahkan pihak Quraisy. Apatah lagi Bilal adalah hamba abdi milik keluarga kafir iaitu Umaiyyah/Amit bin Khalaf. Sudah menjadi adat orang luar tidak boleh masuk campur urusan keluarga orang lain.

Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.

Kisah yang sedih bukan? Hak seorang insan ingin memeluk kepercayaan yang dia mahukan telah disekat. Bukankah ini pelanggaran hak asasi manusia? Hanya kerana berlainan fahaman, beliau dihukum. Dimana letaknya akal manusia?

Selepas beberapa tahun, Islam menjadi agama yang kukuh. Madinah menjadi kubu kuat orang Islam dan menjadi negara Islam pertama. Mekah kemudiannya telah ditawan mereka. Kemasyhuran Islam telah tersebar. Kekuatan Islam telah diketahui dunia.


Namun sekarang Islam mula menampakkan 'wajah sebenarnya'. Jika dulu mereka mengutuk kekejaman kafir Quraisy yang melarang bangsa mereka memeluk Islam, sekarang para Muslimin pula menghalang penganutnya dari memeluk agama lain. Bukan sekadar menghalang, malah diugut dengan hukuman keras seperti hukuman bunuh!

Di bawah adalah hadis-hadis berkenaan hukum murtad adalah sahih pada darjatnya yang tertinggi (status Sahih). Antaranya:
Daripada `Ikrimah bahawa orang-orang zindiq dibawa kepada Ali bin Abi Talib lalu beliau hendak membakar zindiq itu, tetapi Ibn `Abbas melarangnya kerana mendengar Nabi s.a.w. pernah melarang menyiksa dengan api, lalu Ibn `Abbas menasihatinya supaya beramal dengan sabda Nabi s.a.w.:  Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia. -  (Riwayat al-Bukhari)
Hadis ini juga berasal dari Bahz bin Hakim dan `Aisyah mengikut riwayat al-Tabrani.
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad). - (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
Hadis ini juga berasal daripada `Uthman bin `Affan dalam riwayat Imam al-Shafi`e, Ahmad, al-Turmizi, Ibn Majah dan al-Hakim melalui Abu Umamah bin Sahl.

Betapa kejamnya agama ini. Agama yang mempunyai satu pintu masuk. Siapa yang memasukinya akan disambut dengan temasya, ucapan tahniah, dan persaudaraan. Namun ia langsung tidak mempunyai pintu keluar. Pintu keluarnya hanyalah maut ditangan orang Islam.

Inilah salah satu ketidak adilan Islam. Ulama-ulama kontemporari cuba menyembunyikan hal ini dengan menyatakan hukuman bunuh itu tidak disebut dalam al-quran. Apa cerita? Bukankah selama ini kebanyakan usul fekah diambil dari hadis nabi? Malah hadis di atas tertulis dalam kitab Sahih.

Maka jadilah umat Islam itu seperti kafir Quraisy dan para murtad sebagai Bilal bin Rabah. Namun kafir Quraisy lebih baik kerana mereka hanya menyeksa, sedangkan Islam terus menjatuhkan hukum bunuh.

4 ulasan:

  1. blog ini dikongsi oleh seorg teman rapat aku dan sejak aku jumpa blog ni, aku rasa hepi sbb aku tak sendiri lagi..dan mengenai hukum bunuh, aku pernah terima ugutan ni...dan apabila aku tnya teman ku yg lain yg juga atheist, mereka juga ada yg dapat ugutan yg sama..tp yg pasti, aku tau segala info psl aku (org yg email ugutan bunuh tu tau aku asal mana, aku keje mana, rumah aku kt mana) tu dibocori oleh teman aku sendiri yg beragama islam (sbb islam je ada hukum bunuh utk murtad), yg mungkin sanggup tgk aku mati dari terus hidup. agama damai? damai my ass!

    BalasPadam
  2. Selamat datang sahabat :)

    Yup, jika erti kedamaian bagi seseorg itu adalah pertumpahan darah, maka dia mempunyai masalah dalam jiwa dan virus dalam sistem pemikirannya.

    BalasPadam
  3. Ada yg persoalkan kenapa asyik hentam Islam tp bukan kah dh kata, ex muslim tentu la cerita tentang bekas agama sendiri. Takkan ex muslim nk cerita tentang bekas agama org lain kan. Bukan hentam Islam. Yg menyedihkan, agama yg dikatakan agama penyayang, pengasih, menuntut umatnya jalankan hukum bunuh terhadap org yg keluar dari jalan islam. Katanya tuhan maha pemaaf, kenapa tak maafkan manusia yg selalu buat silap, kenapa terus bunuh?

    BalasPadam
  4. Orang yg x de keimanan dalam diri mereka je akan kata macam ni.sedih sgt2 dgr pengakuan orang yg ALLAH bg akal utk tentukan yg mana baik n buruk.tapi last2 kau pilih jg agama yg mcm ni.semoga kita org2 yg beriman akan sentiasa berada di bawah naungan rahmat ALLAH...amin.

    BalasPadam