Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Selasa, 15 Oktober 2013

Realiti yang Memualkan.


Ini adalah realiti. Mereka datang ke negara orang mencari rezeki. Namun secara senyap ideologi gila mereka merebak bagaikan kanser. Melawan pihak berkuasa. Menghina kebebasan rakyatnya. Dan tanpa selindung memandang hina mereka yang tidak bersyahadah sebagai ahli neraka.

Ini adalah realiti. Kebodohan bermaharajalela atas nama agama. Yang moderate masih berdelusi. Yang radikal mula membuat angkara.

Ini adalah realiti..

Mual..

.

Angsa Yang Tumbuh Dari Pokok.


Video yang menarik mengenai keyakinan manusia zaman silam. Ia menceritakan secara ringkas bagaimana tercipta confirmation bias dan bagaimana mudahnya manusia terperangkap dalam bentuk pemikiran sebegini. Cara untuk kita untuk mengelakkan diri dari terperangkap dalam confirmation bias adalah dengan sentiasa mempersoalkan keyakinan kita dan sentiasa terbuka kepada penemuan serta bukti-bukti yang lebih kuat.

PS: Confirmation Bias bermaksud minda kita mencari dan mempercayai apa sahaja idea/bukti/kenyataan yang menyokong keyakinan (belief) kita dan tidak mempedulikan idea/bukti/kenyataan yang tidak menyokong keyakinan kita. Ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau bawah sedar.

.

Rabu, 2 Oktober 2013

Does the Universe Have a Purpose?


Video yang menjawab persoalan 'Adakah kewujudan alam semesta ini mempunyai tujuan (sebab/asbab)?'. Penerangan yang ringkas tetapi padat. Recommended. Selamat menonton.

.

Khamis, 26 September 2013

Jalan Para Atheist.


Kenapa kami memilih jalan ini? Kerana ia adalah jalan yang bebas dari penipuan dan penindasan rasionaliti. Ia bukannya satu kepercayaan atau suatu agama. Ia adalah keadaan asal manusia, default setup, tanpa cengkaman idea-idea karut dan muntahan minda puak arab ribuan tahun dahulu.

Kami adalah golongan manusia yang memilih Sains dan meninggalkan ajaran kitab kuno yang banyak kesilapan sana sini. Bukan kami bermaksud Sains bebas dari silap. Sains hanya ilmu pengetahuan. Sains mempunyai kelemahan. Tetapi kesanggupan warga Sains untuk tunduk kepada penemuan baru dan teori yang lebih kukuh menunjukkan Sains sentiasa dalam keadaan diperbaiki dan dipertingkatkan.

Tidak seperti agama, segala-galanya rigid, kaku, jumud dan beku hingga pelbagai konflik terjadi apabila agama bertembung dengan realiti. Mana mungkin ketamadunan baru yang berteraskan Sains dan teknologi cuba dibentuk mengikut acuan masyarakat padang pasir 1400 tahun dahulu. Hasilnya hanya kepincangan moral, penindasan wanita, penafian hak minoriti, pemberontakan jiwa serta penghinaan terhadap intelektual manusia.


.

Rabu, 25 September 2013

Pesanan Seorang Wanita Yang Pernah Ditindas.


Pesanan dari seorang wanita yang bernama Wafa Sultan. Dengarkan dan fahamilah realiti yang berlaku sekarang. Mana-mana negara yang menerapkan 100% undang-undang syariah akan menghadapi masalah diskriminasi, penindasan dan penafian hak minoriti. Itu bukan lagi suatu kata-kata kosong, malah ia adalah fakta yang jelas bagi mereka yang jujur dalam membuat penilaian.


.

Isnin, 23 September 2013

Mormonism: The Beginning.

Mormonism adalah suatu cult/agama baru yang dicipta oleh Joseph Smith pada tahun 1820-an. Ianya suatu ajaran yang diolah dari agama Kristian & masih diamalkan sehingga sekarang. Mormonism mempunyai kisah-kisah yang tidak masuk akal dan terlalu pelik untuk akal rasional menerimanya. Namun masih ada orang yang menyakini dan memperjuangkan agama ini. 

Di bawah adalah video mengenai permulaan dunia berdasarkan kepercayaan Mormonism.


PS: Orang yang beragama khususnya dari 3 agama utama (Yahudi, Kristian, & Islam) pasti ketawa besar melihat kebodohan agama mormonism. Namun tanpa sedar, agama yang mereka pegang selama ini tidak kurang lucunya berbanding Mormonism. Yang membezakan adalah agama samawi dicipta  oleh delusi lelaki Yahudi/Arab ribuan tahun dahulu. Manakala agama Mormon dicipta oleh delusi lelaki US sekitar 190 tahun yang lepas.


.

Sabtu, 21 September 2013

Islam Bukan Agama Kedamaian?


Islam bukan agama kedamaian? Ini diakui sendiri oleh tokoh Islam di UK, Anjem Choudary. Dengar sendiri kupasan dari beliau mengenai Islam dan hala tuju kehidupan orang Islam.


.

Sabtu, 14 September 2013

Senyuman Wanita Kecanduan..


Manusia yang normal tidak akan tersenyum setelah membunuh orang awam dan kanak-kanak dengan serangan bom. Namun manusia yang kecanduan agama boleh ketawa mengingati perbuatan zalim mereka. Kenapa? Kerana mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu diredhai tuhan. Darah insan-insan kecil yang tak berdosa bagi mereka umpama haiwan korban kepada tuhan.

Orang yang baik akan tetap baik dan orang yang jahat akan tetap jahat tidak kiralah dia beragama atau tidak. Namun yang mampu mendorong orang yang baik berbuat jahat adalah agama.

.

Isnin, 9 September 2013

Kebencian Yang Telah Berakar Umbi.


Sebuah rancangan TV Mesir membuat satu prank dimana tetamu rancangan tersebut (Muslim Mesir) diberitahu bahawa rancangan TV itu adalah kelolaan Israel sewaktu siaran dijalankan. Lihat bagaimana reaksi mereka.

PS: Lihat tetamu lelaki tersebut memukul wanita (pengacara) tanpa belas kasihan. Selepas dia diberitahu itu hanya satu prank, dia menjawab jika dia tahu wanita itu bukan dari Israel, dia tidak akan memukulnya. Jawapan yang memualkan keluar dari mulut lelaki yang menganut agama yang kononnya agama 'kedamaian'.

Begitu juga dengan tetamu kedua, beliau menerkam lelaki yang menyamar menjadi Yahudi tanpa teragak-agak sedangkan lelaki itu hanya berdiri tanpa provokasi.

Beginilah kebanyakkan mindset golongan Muslim masakini. Keganasan dan kebencian sentiasa ada dalam hati mereka. Selain Yahudi, ada lagi group yang menjadi mangsa kebencian terpendam mereka seperti negara Amerika, atheist, golongan gay & lesbian, kumpulan  Syiah, ajaran Wahabi, mubaligh Kristian, wanita tidak bertudung, dan pelbagai lagi.

Andai kebencian itu akan meletup, pastinya golongan wanita dan orang awam akan menjadi mangsa..

.

Selasa, 27 Ogos 2013

Sabtu, 24 Ogos 2013

What If You're Wrong?

Soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai atheism, "Bagaimana jika kamu sebenarnya salah?". Soalan ini boleh dijawab dari pelbagai sudut. Namun jawapan dari Professor Richard Dawkins sangat menarik, logik dan tepat pada sasaran.


.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Muslim vs Amerika.

Kebencian sebahagian umat Islam terhadap negara non-Muslim terutama United State, Amerika amatlah menghairankan. Sikap prajudis dan stereotype terhadap Amerika bagaikan sebati dengan jiwa mereka. Laungan boikot barangan Amerika, pembakaran bendera Amerika, kutukan laknat dalam doa-doa orang mukmin terhadap Amerika menunjukkan sikap kebencian mereka yang membara.

Tahukah mereka di United State, bilangan penduduk yang beragama Islam mencecah 2.6 juta (2010) dan jumlah itu telah meningkat berkali ganda pada akhir-akhir ini. Secara amnya orang Islam di Amerika hidup aman dan tenteram bersama masyarakat bukan Islam. Namun keharmonian itu sering terganggu dengan aktiviti-aktiviti keganasan yang dihadiahkan oleh puak pelampau Muslim.

Sudah tentu juga terbit kemarahan dari pihak non-Muslim hingga menimbulkan beberapa konflik dalaman. Walaubagaimanapun, pihak Amerika masih bertoleransi dengan umat Islam kerana mereka sedar bukan semua Muslim menyokong keganasan. Namun sebaliknya umat Islam sentiasa berharap kejatuhan Amerika dan diganti dengan kerajaan Islam. Tidakkah itu menjadikan umat Islam seperti ular yang bersembunyi di dalam rumah menunggu masa mematuk tuan rumah sehingga mati?

Setiap solat Jumaat di negara kita ada bacaan doa mengutuk Amerika seolah-olah negara itu hanya diduduki oleh Iblis, dajjal dan syaitan. Pelajar-pelajar kita yang melanjutkan pelajaran kesana dapat melihat bahawa negara itu tidak seburuk seperti apa yang ditanam ke dalam otak mereka sejak kecil.

Ya, mungkin kita tak setuju beberapa polisi dalam dan luar negara mereka. Itu negara mereka dan urusan mereka. Untuk apa kita melenting? Malah bukan semuanya penduduk US bersetuju dengan kerajaan yang memerintah. Kita dengan mudah menyalahkan seluruh Amerika, bakar bendera, dan melaungkan 'Allah hu Akhbar" seolah-olah sedang berjihad. Kita mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati. Jesteru itu tidak usah kita marah jika ada dikalangan mereka melabelkan Islam ini agama keganasan, agama yang tiada toleransi, dan agama kebencian.

Di bawah ini adalah video dokumentari experiment bagi melihat reaksi penduduk US terhadap discriminasi terhadap Muslim. Lokasi di sebuah kedai serbaneka. Penjual Muslim dan pembeli anti-Muslim tersebut adalah pelakon. Kita lihat gelagat mereka dan buat kesimpulan sendiri tentang sikap kita terhadap mereka dan vice-versa.


.

Ahad, 18 Ogos 2013

Ulama Mengaku Hukuman Murtad adalah Bunuh.


Hukuman yang termaktub dalam Islam bagi murtad adalah hukuman bunuh. Selalunya ulama Islam dan penganutnya akan teragak-agak memberi jawapan apabila persoalan ini diajukan dihadapan umum.

Ini kerena jauh dalam hati mereka tahu hukuman tersebut tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia serta tidak adil buat individu tersebut. Agama ini sememangnya terkenal dengan polisi no return'nya. Sekali anda masuk agama ini, anda tidak boleh keluar lagi.

Namun seperti kata-kata bijak pandai, orang yang baik tidak akan membunuh insan yang lain dengan zalim tanpa alasan yang kukuh. Hanya agama yang mampu membuatkan orang yang baik bertindak sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan rasa bersalah.

.

Selasa, 6 Ogos 2013

Seksaan Alam Kubur.

Sesetengah orang terutamanya Muslim fundamentalist mungkin terasa sakit hati melihat cara penyampaian pemilik video ini, tetapi cuba hayati dan fikirkan dengan akal yang terbuka.


Mungkin bukan salah mereka ketawa dengan fahaman kita, tetapi salah kita yang berpegang pada fahaman yang tidak munasabah. Ajaran agama ini terlalu taksub dengan seksaan. Ia menagih ketaatan penganutnya dengan memberi seribu ancaman kesakitan yang tidak masuk akal. Dalam kitab Mukhtasar Tazkiratul Qurthubi menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seksaan orang kafir di dalam kubur, dan demi Zat yang jiwaku berada pada genggaman kekuasaan-Nya, bahawasanya Allah menguasakan 99 tannin. Tahukah kamu semua, apakah tannin itu? Tannin ialah 99 ular yang setiap ular mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan melingkari orang kafir hingga hari kiamat. Ia diiring dari kuburnya dalam keadaan buta. Manusia yang masih hidup tidak dapat mendengar seksaan mayat di dalam kubur, ia hanya dapat didengar oleh haiwan.” 
Tiada beza antara mereka yang mematuhi Hitler lantaran takut dengan kezaliman seksaannya dengan mereka yang mematuhi agama lantaran takut kezaliman seksaanNya. Mari kita sama-sama fikirkan.

PS: Tahukah anda ada suatu hadis berbunyi:  “Siapa yang mati kerana sakit perut tidak akan disiksa dalam kubur (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan an-Nasa’i).



.

Isnin, 5 Ogos 2013

Jom Kita Menari.

Macam-macam perangai orang Melayu ni. Semakin lama semakin pelik. Kalau laju sikit mesti macam tarian K-Pop Korea. Biarlah, malas masuk campur.


.

Manusia, Semut & Ketuhanan.

Video pilihan yang amat menarik mengenai analogi manusia, semut dan ketuhanan. Sila menonton dengan hati yang terbuka dan tanpa prajudis.


Best Quote: "If you see me put a tray of live ants into an oven, if you actually saw me doing that, what would you think about me?"

.