
Pada suatu masa dahulu ada sebuah taman di kayangan yang dipanggil 'Syurga'. Di dalamnya penuh dengan keindahan flora fauna yang tidak bisa di bayangkan oleh akal. Baunya yang wangi mampu meluruhkan hati. Keindahan yang tiada tolok bandingan,
Kemudian Raja Kayangan mencipta sesusuk tubuh bernama 'Adam'. Dia adalah makhluk kesayangan Raja. Maka Adam pun hidup gembira tanpa duka nestapa. Setiap hari meriah bagaikan ada temasha yang berlangsung di sana.
Namun pada suatu hari, Adam merasa kesunyian. Dia melihat haiwan-haiwan di syurga semuanya punyai pasangan. Taman syurga yang kononnya terlalu cantik itu tidak lagi terasa indah. Oh rupanya manusia bisa bosan dengan syurga.
Lalu diciptakan Hawa menjadi pasangan Adam. Berdiam di dalam syurga untuk hidup bersuka-suka.
Namun Raja Kayangan bukanlah seorang yang baik seperti yang disangka. Dia mahu menghalau Adam dan Hawa dari Syurga namun Dia tidak mahu memberitahu mereka secara terang-terangan. Mungkin Dia malu atau mungkin sebenarnya dia cemburu.
Lalu Raja Kayangan mencipta sebatang Pohon Larangan dengan buah yang tampak sedap dimakan. Buah-buahnya indah tanpa duri, tanpa racun dan tanpa jelek. Kemudian dia mencipta undang-undang tidak berasas bahawa jika Adam dan Hawa memakan buah-buah dari pohon Terlarang, mereka akan dihalau dari Syurga.
Pohon ini diletakkan ditengah-tengah taman Syurga seolah-olah mahu mengumpan Adam dan Hawa. Dia membenarkan (atau membiarkan sahaja walau dia Maha Tahu) Iblis menyelinap ke dalam Syurga dan menyamar menjadi seekor ular.
Suatu hari Adam dan Hawa berjalan dihadapan pohon Larangan. Iblis yang menyamar menjadi ular tadi menegur mereka. Iblis memujuk mereka untuk makan Buah Larangan. Adam tidak termakan hasutan Iblis namun Hawa sebaliknya. Dia memetik buah tersebut lalu menjamahnya.
Hawa kemudian mengajak Adak sama-sama menjamah buah tersebut. Sebaik sahaja buah-buahan itu masuk ke dalam rongga mulut mereka, Raja Kayangan pun muncul dengan wajah yang murka (sedangkan hatinya gembira kerana plannya sudah berjaya).
"Nyah kamu berdua dari taman ini!" herdik sang Raja. Berkecai hati Adam apabila pertama kali dimarahi oleh Raja Kayangan. Raja Kayangan yang licik ini masih lagi menarik wajam masam seperti nyonya Mansor dalam filem "Ibu Mertuaku".
Maka keluarlah Adam dan Hawa dari taman Syurga. Maka berhasillah apa yang telah dirancang oleh Raja Kayangan yang tidak berperi kemanusiaan. Iblis pula menyusup keluar dari taman itu. Dia tahu jika Raja Kayangan tidak membantunya (seperti membuat peraturan yang tidak masuk akal), pasti dia tidak akan berjaya.
Sekian sahaja buat masa ini kisah fantasi yang tertulis dalam kitab lama berasal dari tanah Arab ribuan tahun dahulu. Moga menghiburkan anak-anak sekalian. Terima Kasih.