Tuhan, suatu konsep yang telah sebati dalam sejarah manusia. Pelbagai tuhan diciptakan oleh manusia mengikut tahap intelektualiti dan budaya masyarakat mereka. Tuhan adalah lambang kebaikan, kasih sayang, dan juga keadilan. Ia adalah kuasa tertinggi dalam alam semesta.
Namun tahukah anda tuhan yang dibayangkan dalam agama samawi (Abrahamic religions) adalah tuhan yang mempunyai sifat cemburu yang tinggi, kejam, tidak berperikemanusiaan, egoist, tidak adil, bersifat manipulasi, dan juga punca segala kerosakkan, dosa, dan masalah di dunia ini?
Bagi penganutnya ini adalah satu pembohongan. Apa yang mereka nampak dalam kitab-kitab suci mereka adalah tuhan yang maha baik dan sempurna. Adakah itu benar?
Mari kita sama-sama fikirkan. Tuhan mencipta neraka yang amat dasyat. Seksaan-seksaan neraka hanya mampu dicipta oleh sesuatu entiti yang mempunyai peribadi yang kejam dan sadis! Peribadi itulah yang digelar tuhan.
Manusia yang hina ini pun lebih bertimbang-rasa. Ada tak dikalangan manusia yang menghukum haiwan peliharaan mereka jika haiwan itu tidak patuh atau tidak dengar cakap? Jika anda memelihara anjing ataupun kucing, adakah anda akan membakar kulit mereka, mencurahkan air mendidih ke dalam mulut mereka, atau mengorek mata dan memotong lidah mereka jika mereka buat sesuatu kesalahan? Tentu tidak. Hanya manusia yang gila, kejam dan bermasalah mental sahaja yang mampu buat sedemikian.
Hukuman manusia jauh lebih berperi-kemanusiaan. Untuk kesalahan paling serius pun hukuman mati dijalankan dengan cepat seperti hukuman gantung, kerusi elektrik dan sebagainya. Namun dalam hukuman ilahi, hanya tidak percaya pada tuhan, manusia diseksa selama-lamanya dengan seksa yang terlampau zalim dan hina!
Perumpamaannya seperti kita mempunyai sebuah sarang semut buatan dimana ada jutaan semut di dalamnya. Adakah kita akan mengamuk jika ada beberapa semut ini yang tak percaya pada kita? Adakah kita terasa hati jika ada yang tak mahu menyembah kita 5 kali sehari? Adakah kita mahu menyeksa semut-semut yang tidak mahu menutup kepala mereka dengan hijab? Tentu tidak tergamak!
Berlainan pula dengan tuhan yang maha sensitif dan cepat terasa. Di dalam satu hadis berkaitan seksaan yang diperlihatkan kepada nabi sewaktu isra miraj:
Secara asasnya tuhan adalah pencipta yang maha tahu dan maha berkuasa. Ia mengetahui segala-galanya dan dan ia juga berkuasa atas segala-galanya.
Jika Dia sudah tahu apa akan berlaku, kenapa tetap juga mencipta manusia dengan pelbagai nafsu dan kehendak. Kenapa tidak ciptakan manusia yang hanya patuh dan sujud kepadanya?
Adakah ini semua untuk menguji manusia? Kalau sudah tahu keputusan, buat apa nak diuji lagi! Dia dah tahu kekufuran akan berlaku tapi masih cipta manusia dengan pelbagai kelemahan, kemudian letak pelbagai nafsu, letak pelbagai ujian, kemudian letak ancaman dan seksaan yang tidak masuk akal!
Ada yang berhujah itu bahawa itu semua adalah keadilan. Yang membunuh ke neraka, yang merompak neraka, yang merogol ke neraka, dan yang patuh (selepas diseksa beberapa tahun) akan dimasukkan ke syurga. Yang tak yakin dengan tuhan, neraka selama-lamanya. Tidak kiralah kau baik masa di dunia, tolong orang miskin, cipta ubat penyakit malaria, menyelamatkan mangsa bencana alam, membina pusat jagaan haiwan, memberi sumbangan kepada mangsa kebuluran, memperjuangkan segala kebaikan dalam dunia, kau tetap isi neraka kekal selama-lamanya (kekal tu bukan duduk saje-saje, kekal sambil diseksa tanpa henti!).
Tidak dinafikan kejahatan di dunia kebanyakkannya datang dari tangan manusia. Masalahnya, siapa yang membenarkan itu semua berlaku? Ia tidak akan berlaku tanpa keizinan yang maha berkuasa yang kononnya memerintah setiap perkara hatta pergerakkan zarah sekali pun! Bukankah tuhan itu MAHA TAHU? MAHA BERKUASA? MAHA PENYAYANG? Dia boleh hentikan segala kerosakkan sebelum dia cipta manusia lagi. Namun Dia hanya membiarkan.. membiarkan kita merangkak menuju 'jalan raya' yang sesak...
.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wassalam berkata, "Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah seseorang yang dipakaikan kepadanya dua kasut dari api neraka, lantas mendidih otaknya kerananya." (HR. Ahmad dan al-Hakim, lihat ash -Shahihah no. 1680)Tanpa diminta, tuhan mencipta kita, kemudian membebankan kita dengan pelbagai undang-undang, kemudiannya mengancam kita dengan api neraka dan pelbagai seksaan-seksaan yang kejam & tidak masuk akal! Malah siapa yang tidak percaya kewujudannya akan diseksa selama-lamaya (infiniti)! Anda faham tak maksud SELAMA-LAMANYA?
Manusia yang hina ini pun lebih bertimbang-rasa. Ada tak dikalangan manusia yang menghukum haiwan peliharaan mereka jika haiwan itu tidak patuh atau tidak dengar cakap? Jika anda memelihara anjing ataupun kucing, adakah anda akan membakar kulit mereka, mencurahkan air mendidih ke dalam mulut mereka, atau mengorek mata dan memotong lidah mereka jika mereka buat sesuatu kesalahan? Tentu tidak. Hanya manusia yang gila, kejam dan bermasalah mental sahaja yang mampu buat sedemikian.
Hukuman manusia jauh lebih berperi-kemanusiaan. Untuk kesalahan paling serius pun hukuman mati dijalankan dengan cepat seperti hukuman gantung, kerusi elektrik dan sebagainya. Namun dalam hukuman ilahi, hanya tidak percaya pada tuhan, manusia diseksa selama-lamanya dengan seksa yang terlampau zalim dan hina!
Perumpamaannya seperti kita mempunyai sebuah sarang semut buatan dimana ada jutaan semut di dalamnya. Adakah kita akan mengamuk jika ada beberapa semut ini yang tak percaya pada kita? Adakah kita terasa hati jika ada yang tak mahu menyembah kita 5 kali sehari? Adakah kita mahu menyeksa semut-semut yang tidak mahu menutup kepala mereka dengan hijab? Tentu tidak tergamak!
Berlainan pula dengan tuhan yang maha sensitif dan cepat terasa. Di dalam satu hadis berkaitan seksaan yang diperlihatkan kepada nabi sewaktu isra miraj:
Wanita tergantung pada rambutnya, sedang otaknya mendidih/mengeledak. Inilah balasan wanita yang tidak menutup rambutnya.Dan ini pula hukuman yang zalim, hina, dan langsung tidak masuk akal:
Seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; kerana sesungguhnya ia memberikan air susunya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.
Secara asasnya tuhan adalah pencipta yang maha tahu dan maha berkuasa. Ia mengetahui segala-galanya dan dan ia juga berkuasa atas segala-galanya.
Jika Dia sudah tahu apa akan berlaku, kenapa tetap juga mencipta manusia dengan pelbagai nafsu dan kehendak. Kenapa tidak ciptakan manusia yang hanya patuh dan sujud kepadanya?
Adakah ini semua untuk menguji manusia? Kalau sudah tahu keputusan, buat apa nak diuji lagi! Dia dah tahu kekufuran akan berlaku tapi masih cipta manusia dengan pelbagai kelemahan, kemudian letak pelbagai nafsu, letak pelbagai ujian, kemudian letak ancaman dan seksaan yang tidak masuk akal!
Ia umpama seorang bapa memberitahu anaknya yang masih kecil supaya jangan pergi ke jalan raya. Bapanya memberi amaran bahawa dia akan dihukum jika melanggar perintah. Bapanya juga mengatakan dia amat sayang dan kasih kepada anaknya itu.Adakah sahabat faham analogi di atas? Manusia dimanipulasikan oleh kuasa yang lebih besar dari mereka.
Lantaran asyik bermain, si anak lalai dan terus merangkak menuju jalan raya yang sesak. Si bapa melihat sahaja sambil mengurut janggutnya. Si bapa tahu anaknya itu akan dilanggar kereta tapi dia membiarkan sahaja (walau dia mempunyai kuasa untuk menghalangnya dari berlaku). Dan apabila anaknya dilanggar kereta, dia pun tiba-tiba murka dan memukul anaknya itu dengan besi panas, menuangkan lava api ke dalam mulut anaknya, dan menyepak-yepak kepala anaknya hingga terburai otak sambil berkata "Inilah azab seksa yang telah kami janjikan!"
Ada yang berhujah itu bahawa itu semua adalah keadilan. Yang membunuh ke neraka, yang merompak neraka, yang merogol ke neraka, dan yang patuh (selepas diseksa beberapa tahun) akan dimasukkan ke syurga. Yang tak yakin dengan tuhan, neraka selama-lamanya. Tidak kiralah kau baik masa di dunia, tolong orang miskin, cipta ubat penyakit malaria, menyelamatkan mangsa bencana alam, membina pusat jagaan haiwan, memberi sumbangan kepada mangsa kebuluran, memperjuangkan segala kebaikan dalam dunia, kau tetap isi neraka kekal selama-lamanya (kekal tu bukan duduk saje-saje, kekal sambil diseksa tanpa henti!).
Tidak dinafikan kejahatan di dunia kebanyakkannya datang dari tangan manusia. Masalahnya, siapa yang membenarkan itu semua berlaku? Ia tidak akan berlaku tanpa keizinan yang maha berkuasa yang kononnya memerintah setiap perkara hatta pergerakkan zarah sekali pun! Bukankah tuhan itu MAHA TAHU? MAHA BERKUASA? MAHA PENYAYANG? Dia boleh hentikan segala kerosakkan sebelum dia cipta manusia lagi. Namun Dia hanya membiarkan.. membiarkan kita merangkak menuju 'jalan raya' yang sesak...
.
"Seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; kerana sesungguhnya ia memberikan air susunya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya."
BalasPadamI lol'd at this. "Your boobs are my boobs! How are you give milk to other kids. My milk! MINE!!!!"
yup. Dan paling kelakar, banyak hadis mengenai perkara ini dah disembunyikan ulama moden. Hanya terdapat dalam kitab-kitab lama yg asli dijaga oleh fundamentalist Muslim.
BalasPadamUlama moden pun tahu perkara ini tak masuk akal. :)
Jadi yg betulnya bgmana?
BalasPadamjadi hadis itu palsu? atau konsep ketuhanan itu tidak betul. yg betul itu yg bagaimana?
BalasPadamWoww
BalasPadamSemoga admin mati sadis dalam kemalangan hingga hancur seluruh tubuh badannya digilis lori,nanti tutup kes je,knp nak kondem yg bawa lori tu,nak samanla nak jaillah,kan Kau nanti dah mampus digilis Lori,jadi nak apa lagi,siasat pmandu Lori knp break Ada xguna,knp xbreak dan mcm macm lagilah nak tuntut pampasan,yg digilis mdapat maut,yg mgilis kene jail,kaum klurga dpt insuran,knp xbhati hati dijalan raya,awas bkn mati digilis sahaja dalam kburukkan dijalan raya,mati ktika mrrmpit pun Ada,mati ktika serangan jantung pun Ada,mati ktika bjalan pun Ada,mati kene ragut pun Ada,tu neraka yg wujud dijalan raya....jadi pesan utk Syurga dijalan raya jgnlah mabuk,jgn ngisap dadah,jgn buat maksiat,jgn bgayut,itu adalah larangan yg mampu mjadikan jalan raya itu Syurga bukan neraka kematian selamanya.
BalasPadam