Aku mempunyai seorang rakan yang agak bipolar apabila masuk bab agama. Adakalanya dia kelihatan alim dan asyik bercerita mengenai kesufian & lain-lain. Namun adakalanya berpewatakan gila-gila bila masuk bab karaoke dan clubbing. Malah sanggup simpan serban dalam kereta semata-mata nak pergi clubbing. Nama panggilannya "Ustaz Clubbing".
Dia tahu aku atheist walau aku tidak pernah pun memberitahunya. Ustaz Clubbing mengatakan kononnya dia mendapat ilham dari ilahi. Aku hanya menjawab dengan ketawa kecil.
Pada suatu hari kami sudah berjanji untuk berbasikal melaui track hutan di FRIM. Janjinya pukul 8 pagi tapi si ustaz clubbing ni tak sampai-sampai. Telefon pula tidak berangkat. Maka aku memutuskan untuk membatalkan aktiviti pagi tu. Tidak mneyeronokkan bagiku berbasikal secara solo.

Santak tengahari baru terdengar bunyi Triton si ustaz clubbing depan rumah. Setelah menjemputnya masuk, kami duduk di ruang tamu.
"Hai ustaz, lambat benar sampai? Ini janji tak ditepati ni" perli saya kepadanya.
"Anta nak tahu kenapa ana lambat sampai?"
"Kenapa lambat?"
Dia membetulkan duduknya. Dari riak wajahnya seolah-olah ingin bercerita suatu yang serius.
"Begini Wan. Sewaktu ana datang ke sini, ana terpaksa menempuh sungai. So tiada sampan atau rakit di situ. Maka ana menungu sebatang pokok tumbang dengan sendiri, kemudian terbelah & terpahat dengan sendiri. Kemudian kayu tersebut tersusun sendiri menjadi sebuah sampan. Dengan sampan itu ana datang kemari." ujar ustaz clubbing dengan wajah selamba.
Aku tersenyum dan di dalam hati menyumpah-nyumpah. Rupanya si ustaz bipolar ini mahu berdebat mengenai ketuhanan dengan aku. Kiasan yang digunakan adalah kiasan klasik golongan agama. Ah, aku paling malas berdebat kerana padaku ianya membuang masa. Orang yang berdelusi tidak akan keluar dari delusi mereka hanya kerana pedebatan. Itu adalah pengalaman aku.
"Are you kidding bro?" soalku.
"Maka begitulah alam ini tidak mungkin terjadi sendiri sama seperti sampan itu yang tak boleh jadi sendiri"
"Ustaz, anta tahu tak menipu tu berdosa?"
"Er.. tau.."
"Habis tu kenapa menipu?! Dah jelas anta datang driving ke mari. Agama anta ajar menipu ke? Tuhan anta ajar menipu ke?"
"Tapi.."
"Mana ada sungai dalam perjalanan ke rumah aku? Kejap lagi kau tunjuk aku sungai tu boleh bro?"
"Takde sungai.. ana hanya berkias.."
"Bukankah itu menipu namanya? Dah la anta mungkir janji. Tidak tepati masa. Lepas tu anta sanggup beri alasan dan menipu aku macam budak-budak?" aku keraskan sedikit suara.
"Ok ok Wan.. Ana minta maaf. Jom kita keluar, ana belanja makan tengahari! Anta pilih tempat! Lepas tu kita pi karaoke. Dah lama ana tak nyanyi lagu Rabbani 'Intifada'!" ujar ustaz clubbing lembut.
"OK ustaz. Naik Triton anta lah. Nak tunggu pokok tumbang terbelah jadi kereta takut ambil masa lama plak!." jawab aku disahut oleh ketawa aku dan si ustaz.
PS: Permainan analogi oleh golongan agama adalah suatu yang biasa dan tipikal. Namun mereka sering terbabas dari landasan premis perbincangan/perbahasan ilmiah tersebut lantaran mereka sendiri tidak berpegang kepada logik sebagai sumber perbahasan. Logical fallacies sepatutnya difahami oleh kedua-dua pihak sebelum analogi digunakan dalam sesuatu perbahasan. Jika tidak, tiada guna berdebat kerana setiap argument akan berlegar-legar dalam bulatan tanpa solusi.
.

Mereka harus balik kepada al quran & sunnah.utk ketahui sunnah perlu faham seberapa banyak hadis sahih & sira nabi(biografi muhammad).al quran perlu difahami ikut kronologi,bak kata muslim kena ikut konteks.baru boleh faham cerita mcmana anak angkat (kisah nabi kawin dgn isteri anak angkatnya zaid) diharamkan dlm islam.
BalasPadamSaya juga mempunyai seorang kawan 'ustazah clubbing'. dia ni keturunan arab yemen mix. dia mengaku kononnya keturunan sebelah bapa dia ada kaitan dengan nabi muhammad. tapi realitinya, x nampak pula nilai2 islamik budak ni, except being kind and friendly. pelik kerana kadang-kadang dia ni ada simptom swing mood (satan & angel kind of cycle). selalu juga kami berborak2 pasal agama. seringkali saya kritik islam di hadapannya sampai dia menangis2 sebab saya buat dia terasa macam hipokrit sangat. saya tegur pasal betapa berdosanya muslimah macam dia kerana tak tutup aurat, tak jaga sembahyang, pergi tempat2 penuh maksiat, minum air setan, dan macam2 lagi. saya dengan nada sindir cakap orang yang dah mengaku islam ni tapi tak patuh pada islam tak ada pendirian yang tetap/kukuh dan hipokrit.
BalasPadamLepas dah terkena nasihat 'agama' saya yang macam tu,pandailah dia nak pakai tudung balik,showoff kat orang lain dia dah insaf n tak pergi foya2 clubbing. we're still hangout even dia dah 'insaf'. tapi lepas beberapa minggu je pandailah buka tudung balik n going back to the club.waktu tu saya selalu tercakap pasal agama lagi kat dia sampai dia nangis and insaf pakai tudung balik for few weeks,tapi later dia masih juga go back to her 'bad' habit.saya sendiri pun tak dapat kira berapa kali dah cycle macam tu terjadi kat budak ni :3 mungkin dia ni ada masalah cognitive dissonance like most muslim do.
manusia ni ada pelbagai perangai. Kadang-kala sukar untuk ditafsirkan. Ditambah dengan delusi agama, kepelbagaian itu berpecah-pecah lagi menjadi identiti yg unik dan kadangkala berkecamuk.
Padamyup.macam kena mental/psychological crisis like multiple personality disorder.when I was a muslimah selalu saja diserang dengan perasaan bersalah untuk sesuatu yang bukan kesalahan.dah tahu sesuatu itu haram di sisi agama tapi masih juga terus melakukannya and making it as an excuse like benda tu most muslim pun buat like listening to haram music dengan alunan muzik bertali2,tiup2an,dan kelunakan aurat suara wanita yang mengasyikkan. it bothers my mind a lot back then because everyone enjoy beautiful music sehingga sukar saya terima kenyataan adanya larangan seperti ini dalam islam.too many uncertainties yang mengelirukan.tapi since dah dengar macam2 pendapat orang2 hebat kat internet (especially in science,freethought & atheism) and educational mass media/documentaries, baru dapat keyakinan yang semua kecelaruan tu sebenarnya datang dari kekalutan agama.selagi kita tak berani keluar,selagi tu takkan dapat bangkit ^_^
Padamkalau kiasan ustaz tu boleh pakai pon,still x dpt explain mcmana dpt conclusion yg mencipta tu ialah 'god',apalagi god of islam.hah mcmana tu ustaz?
BalasPadam-Bukan Hamba-
indeed. :)
Padamsaya pon ada sorang kawan beraliran sufi dari Morocco (international student). beliau mmg seorang yang agak chill dan lembut hati...tapi beliau gemar sangat get high menghisap hashish (getah ganja). katanya dlm aliran Sufi, hashish ni digalakkan untuk merapatkan diri dgn tuhan. klakar la pulak. sembahyang pon high. tapi sy tak kisah sebab perwatakan dia jauh lagi pleasant dan friendly kalau nak compare ngan student arab lain.
BalasPadamhahaha.. beza org Islam yang hati tenang dalam kesufiannya dgn org yang asyik fikir pasal hukum hakam :D
PadamItu jer ceritanya? Jangan buang masa org la bai. Cerita2 macam tu yang takde pengajaran baik lu simpan dalam diary. wasting time!
BalasPadamWhy you came here in the first place then? To waste your time??? Clearly you don't understand sarcasm in this story. Such low level of mentality. What a shame :\
Padamlohh..org mcm ni pun ada ke?
Padam*menguap*
PadamAku cukup menyampah bila pak ostad bagi anologi perempuan di ibaratkan sebagai gula2...kiranya betul lah anologi tu..boleh lah buat perempuan2 insaf bila baca analogi tu... padahalnya anologi tu paling biadap dan bangang sekali pernah aku baca
BalasPadamYup. Mereka buat analogi tentang agama serta ketuhanan dan menganggap analogi mereka tepat & logik. Sedangkan analogi mereka jauh tersasar, malah merosakkan pemikiran orang lain yang percaya kepada mereka.
Padambodoh sial member ngko tuh, itu pon nasib baik dier pilih kiasan bodoh 'perahu terjadi ngan sendiri'. Jangan dier piliah kiasan 'tiga soalan dari ateis', kang tak pepasal dier kasi lempang kat ngko.
BalasPadamhahaha.. kawan2 tak baik gaduh2 bro.. hehe
Padamorang2 mcm membe ko ni same la mcm zakir naik, muslim spin doctor, ble org memperlekehkan quran sbb quran kate sperm datg ikut tulang rusuk, matahari keliling bumi, bulan mengeluarkan cahaya sendiri, diorang cube nafikan dgn alasan bahasa arab maksud nya lain. penafsir tu yang salah x mungkin tuhan salah..blah blah blah..lol..ade yg tahap kronik ddk telan jugak kordial kurma sampai kene diabetes, sbb nk makanan sunah, pastu x nak percaya kambing kolestrol tinggi cakap tu dakyah yahudi..OMFGWNE! (oh my F god who never existed)
BalasPadampasal kambig ni benda baru dlm famili saya.belum ada masa nk research,tp dorang kata kambing sbenarnya rendah kolestrol banding dgn lembu.WHO x release info ni sbb sengaja tanak bg org islam mkn kambing sbb kambing tu kegemaran nabi.
PadamPasal kambing vs lembu ni subjektif, tak boleh nak banding2 dan generalize macam tu aja. Kena tengok kambing/lembu tu dari negara mana, kalau negara sejuk lemak dia lagi banyak, lagi kena tengok gizi pemakanan dia. Lepas tu, kena tengok bahagian daging mana yang dibandingkan, kaki lain, rusuk lain, tulang belakang lain.
PadamDalam situasi tertentu, kambing lagi kurang kolestrol dari lembu, dalam situasi lain lembu lagi kurang kolestrol dari kambing. Sudah2 lah dok mengata Yahudi tipu, WHO tipu, korang hanya memalukan diri sendiri dek kemalasan diri sendiri untuk membaca dari sumber2 yang boleh dipercayai.
Oleh kerana kemalasan Muslim yang asyik copy paste tanpa soal selidik, selalu kena troll dengan orang lain. Contohnya macam kes Rowan Atkinson masuk Islam baru ni, kena tipu bulat2.
Lain kali sebelum percaya kepada sesuatu perkara, pastikan sumbernya mana.
search je google tu tgok sendiri, huhu, google xde mase nak menipu org islam ni..type beef vs lamb cholesterol , yang pasal WHO tu, WHO berkonspirasi ke? hahaha..rela orang kapir (satu geng dgan WHO) mati sakit jantung makan bende kolestrol tinggi daripada memberitahu fakta..pun begitu, negara bukan islam mempunyai jangka hayat lagi tinggi dari kebanyakan negara islam yg slalu bergolak dan x mo terima kemajuan..x adil kan dunia ni?
PadamMenipu memang salah, tak menepati janji juga salah...mamat tu tak tnjukkan contoh muslim yg betul.
BalasPadam