Riuh rendah orang-orang desa. Kambing dan lembu ditambat kukuh pada batang pokok kelapa. Temasya biasa setiap kali menyambut raya korban. Sana sini terdengar suara meriang.
Datang seorang pendita dari hujung desa lalu bertanya. "Korban untuk siapa?"
Lalu dijawab anak-anak kecil di desa, "korban untuk tuhan!".
"Tuhan yang mana? Yang bertangan empatkah? Yang dipasang colokkah? Yang terpaku di tiang salibkah? atau yang tuhan yang mana?
"Bukan wahai pendita. Ini tuhan yang berkuasa atas segala-galanya, tiada makhluk yang terlepas dari kuasanya, maha tahu setiap perkara, serta maha mulia" ujar anak-anak itu serentak.
"Oh tuhan yang itu. Lalu mengapakah dia memerlukan penumpahan darah haiwan sebagai korban?" si pendita bertanya.
Datang seorang pendita dari hujung desa lalu bertanya. "Korban untuk siapa?"
Lalu dijawab anak-anak kecil di desa, "korban untuk tuhan!".
"Tuhan yang mana? Yang bertangan empatkah? Yang dipasang colokkah? Yang terpaku di tiang salibkah? atau yang tuhan yang mana?
"Bukan wahai pendita. Ini tuhan yang berkuasa atas segala-galanya, tiada makhluk yang terlepas dari kuasanya, maha tahu setiap perkara, serta maha mulia" ujar anak-anak itu serentak.
"Oh tuhan yang itu. Lalu mengapakah dia memerlukan penumpahan darah haiwan sebagai korban?" si pendita bertanya.
Anak-anak desa terdiam terpaku. Lalu datang beberapa golongan dewasa dari desa itu menjawab "Tuhan tidak melihat darah korban itu, tetapi Dia melihat ketaatan hamba yang mengikuti perintah korban".
"Oh begitu.. Tetapi mengapa dia mahu melihat ketaatan manusia sedangkan dia maha tahu setiap perkara? Jika dia maha tahu, tentu dia sudah sedia maklum siapa yang taat siapa yang tidak"
Lantas orang dewasa desa terdiam. Tampil pula para kiai kehadapan untuk menjawab soalan pendita.
"Wahai pendita, tuhan mahu melihat ketaatan kita kerana Dia mahu menaikkan darjat dan keimanan kita" jawab kiai.
"Jika Dia sememangnya MAHA MENGETAHUI siapa yang taat dan siapa yang tidak, bukankah lebih baik dia terus sahaja menaikkan darjat dan keimanan mereka yang taat itu. Kenapa perlu diwajibkan ritual korban persis budaya zaman purba ini? "
Para kiai terdiam. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Lalu datang para Ulama untuk menjawab.
"Wahai pendita, mengapa dikau mempertikaikan urusan ini? Ini adalah urusan orang yang beragama. Kami mendengar perintah tuhan lalu kami mematuhinya tanpa bicara. Apa masalahnya dengan menyembelih haiwan untuk makanan? Majoriti penduduk dunia membunuh haiwan untuk makanan bukan?" jawab para ulama dengan wajah yang sedikit masam.
Pendita tersenyum. Manakan sama penyembelihan haiwan untuk dijadikan makanan dan penyembelihan untuk tujuan peyembahan. Dia dapat merasakan tekanan dari penduduk desa memenuhi ruang. Ada yang menjeling tajam dari jauh. Pendita faham sudah masanya dia berdiam diri walau hatinya memprotes rationaliti ritual primitif sebegitu. Namun dia tahu ini bukan masanya untuk berhujah.
Di atas adalah sebuah kisah benar. Cuma wataknya diubah-suai. Desa itu adalah kampungku. Aku adalah analogi watak sang pendita, dan kiasan watak-watak lain adalah anak-anak saudara, pakcik-pakcik dan golongan otai dalam famili. Ia adalah dialog spontan berlaku di dalam rumah besar warisan keturunan kami dihujung kampung.
Sejak kecil lagi aku sedikit canggung dengan idea menumpahkan darah haiwan hanya sekadar untuk menarik perhatian tuhan. Namun walau bagaimana pun, demi hormat kepada mereka yang lebih tinggi pangkat kekeluargaan, aku hanya mampu menelan persoalan tersebut. Yang pasti raya kali ini sememangnya aku telah berkorban. Aku korbankan sebentar kebebasan pemikiran. Aku korbankan sebentar kebebasan kata-kataku.
Selamat hari raya korban!
.
Sejak kecil lagi aku sedikit canggung dengan idea menumpahkan darah haiwan hanya sekadar untuk menarik perhatian tuhan. Namun walau bagaimana pun, demi hormat kepada mereka yang lebih tinggi pangkat kekeluargaan, aku hanya mampu menelan persoalan tersebut. Yang pasti raya kali ini sememangnya aku telah berkorban. Aku korbankan sebentar kebebasan pemikiran. Aku korbankan sebentar kebebasan kata-kataku.
Selamat hari raya korban!
.
Sembelih haiwan korban adalah manifestasi sembelih 600 orang yahudi bani qurayza.masa kecil aku sering bantu bapa aku sembelih ayam,kesian tengok ayam kena sembelih menggelupur kesakitan berlarii ke sana ke mari darah berhambur dari leher sebelum mati.
BalasPadamBro.. aku ex-muslim tapi aku kurang setuju dgn statement kau. Penyembelihan haiwan korban adalah ibadat yg diciplak dari ajaran yahudi dan kristian. Asalnya dari kisah ibrahim mahu mengorbankan anaknya. Tiada kena mengena dgn peristiwa berdarah bani Qurayza.
PadamJuga mengenai ayam disembelih. Apa masalahnya? apa kena mengena dgn kisah di atas? Kita adalah haiwan omnivor. Kita jenis haiwan makan daging dan juga tumbuh-tumbuhan. Yg penting setiap haiwan yg kita makan ditamatkan riwayatnya dgn cara yg berperikemanusiaan.
ex-muslim since 2005
Rephrase: "Sembelih haiwan ternakan termasuk qurban..."
PadamKegilaan/ketagihan melihat manusia mati disembelih spt pengganas alqaeda lakukan terhadap tawanan perang telah terbawa2 ke penyediaan makanan,ini hanya pandangan aku utk renungan.
rasanya takde kaitan pun sembelih ayam di hari biasa dengan isu yang penulis blog ni bawa. tu la banyak sangat nengok video bebukan, tu makan dia.
PadamZaman sekarang ni kalau seorang ayah nk sembelih anak sebab dengar suara tuhan yang suruh...mesti org kata da gila kan..dulu pun sama...so citer Nabi Ibrahim sembelih Nabi Ismail ...pastu ditukarkan dengan seekor kibas...magik2...confirm citer tipu....
BalasPadamApalah sangat keajaiban sebegitu berbanding ciptaan langit dan bumi, bintang2 tergantung tanpa tali. Allah SWT mampu membuat segala keajaiban walau tidak masuk akal.
PadamSometime bukan kerana ia kisah tipu, tetapi mata anda yg buta yg nampak ia tidak logik & menipu.
Kamu percaya Allah kamu yang buat...penganut agama pun percaya tuhan mereka yg buat...hmm...kejadian langit, bumi dan bintang2 tergantung tanpa tali tu ada penjelasan saintifiknya...ni kisah nk sembelih anak sendiri apa penjelasannya..sah2 si ayah boleh dikata gila...
Padamtakde bukti pun allah cipta langit, bumi dan bintang tu semua kecuali claim dari kitab purba bergelar quran tu. ayatnya semua macam kata-kata dari persepsi manusia zaman purba yang memandang alam sekelilingnya dari atas bumi. bintang2 tergantung tanpa tali? LOL!! allah tahu ke tak apa sebenarnya bintang2 tergantung tanpa tali tu? quran kata apa? perhiasan langit nak lontar setan eh? bila nampak kisah tak logik, kata mata buta. padahal otak muslim2 yang dah rosak. iman konon. sebenarnya iman tu cara sistematik untuk merosakkan otak hingga terjadinya halusinasi kewujudan allah.
Padamkenapa benda tergantung memerlukan tali?kerana sebuah objek berjisim cukup besar menghasilkan tarikan graviti cukup kuat utk mempengaruhi objek disekitarnya.contoh,bumi menghasilkan graviti 9.8m/s2.jd,utk apa2 objek terapung diatas permukaan bumi adalah mustahil melainkan disokong oleh daya tujahan atau anchored to some point yg kukuh dan tidak terapung.
Padam"Apalah sangat keajaiban sebegitu berbanding ciptaan langit dan bumi, bintang2 tergantung tanpa tali. Allah SWT mampu membuat segala keajaiban walau tidak masuk akal."
kalau anda paham teori graviti,anda akan nmpk komen diatas ni lg x masuk akal.dalam konteks alam semesta,dimana point tarikan graviti?dari bawah seperti di bumi?nampak sgt muhammad x paham hakikat ni dan buat statement berdasarkan pemahaman geocentric org zaman dulu.how could muhammad who's illiterate could have known about this 1400 yrs ago?LOL
at the very least,statement tu invalidates itself sbb x ada apa yg ajaib pun bintang2 tergantung tanpa tali.kalau nk buat metaphor pun,he should've picked other example,provekan ke'rasul'an dia utk umat manusia berjuta2 tahun akan dtg,bkn setakat org2 zaman dia je.
-Bukan Hamba-
What kind of crack was God smoking when he ordered Ibrahim to sacrifice Ismail?
BalasPadamAnd they called that Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani?!
Baca Al Quran Dan fahami ertinya, anda Akan fahami isinya.
BalasPadamLa hawla wala quwwata illa billah.