Khamis, 3 Oktober 2013

Kisah Seorang ex-Muslimah.

Ini adalah satu kisah yang diceritakan oleh salah seorang pembaca blog tidak bernama. Kisah gadis ini agak sama dengan kisah saya kerana kami sama-sama mempunyai identiti agama yang kuat sejak kecil. Ini adalah kisah beliau:

"Saya adalah bekas penganut Islam yg agak konservatif dan telah menjadi ateis.Saya berasa gembira dan lega sekali apabila membaca tulisan ini.. Seperti membaca sebahagian luahan perasan saya sendiri. Sejak meninggalkan agama Islam 2 tahun lepas, saya juga berasa MARAH, SEDIH dan BENCI kerana berasa tertipu dan jadi mangsa agama. Saya telah menjadi seorang Islam yang boleh dikatakan taat agama selama 26 tahun. Tidak pernah meninggalkan solat sejak tingkatan satu sehingga 2 tahun yg lalu dan tahu hadith mengenai setiap pergerakan dalam solat. Memakai tudung sejak darjah 4 sehingga sekarang .
   Semasa sekolah rendah, selain daripada menerima pendidikan agama dari sekolah kebangsaan, saya juga mengikuti kelas fardhu ain dan juga bersekolah di sekolah agama rakyat di waktu petang. Mendapat pendidikan agama juga dari sekolah agama yang memang pilihan sendiri bukan keluarga kerana ingin menjadi muslimah yang lebih baik. 
   Saya tidak pernah bercinta selama saya hidup 27 tahun kerana 'bercouple' dikira haram. Kononnya ingin mendapatkan jodoh dan berkahwin kerana Allah. Jadi saya menolak cubaan lelaki memikat saya. Terasa bodohnya saya. Saya juga selalu cepat rasa bersalah kalau membuat perkara yang dikira berdosa dalam agama walaupun perkara kecil. 
   Dalam 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk keluar Islam, saya membaca al-Quran dengan terjemahan.dan juga belajar memahami hadith secara online. Saya juga menjadi rujukan kawan2 tentang hal2 agama dan masih lagi sedemikian kerana saya perlu berlakon menjadi Muslim yang baik. 
   Permulaan saya keluar dari Islam apabila saya mengetahui bahawa fahaman muktazilah yang mengangkat logik akal mengatasi ilmu wahyu pada zaman keemasan Islam di zaman khalifah Abbasiyah yang telah membawa mereka maju dalam pelbagai bidang. Kemajuan mereka bukan sebab agama Islam pun. Sebelum ini otak saya didoktrinkan bahawa al-Quran itu panduan manusia sejagat dan jawapan kepada kehidupan manusia dalam pelbagai bidang tetapi apabila membaca terjemahan2 di dalamnya saya tak rasa ianya penduan pun. Kisah2 nabi seperti kisah2 dongeng yang diulang2 dalam beberapa surah yang berbeza kononnya untuk pengajaran tapi tiada penjelasan terperinci. Baik baca buku sejarah peradaban dunia, boleh diketahui terperinci tempat, masa dan pelakunya yang menunjukkan kejadian itu sememangnya terbukti berlaku . 
   Banyak ayat suci pun asyik-asyik menyentuh hal hukuman macam tuhan ni kejam sangat. Belum lagi diskriminasi kepada perempuan yang banyak dilakukan oleh Islam berbanding agama lain. Tak pakai tudung dalam masyarakat melayu Islam pun dikira mcm berdosa besar sangat. Perempuan disalahkan apabila terjadinya rogol sebab tak tutup aurat. Perceraian berlaku kerana perempuan tidak ikut perintah suami. Bercinta sebelum kahwin dilarang sebab takut terlanjur jadi disuruh berkahwin seolah-olah  perkahwinan dalam Islam ni sekadar nak halalkan seks je. Pastu lelaki jadi raja sebabnya lelaki diangkat sebagai pemimpin dan perempuan jd macam hamba. Sejak keluar dari Islam baru terfikir semua ni dan rasa sangat stress memikirkan keadaan keadaan wanita dalam Islam.
   Sengaja saya menulis sebegini kerana mahu masyarakat yg beragama Islam faham yang bukannya semua orang Islam keluar agama itu sebab mahu kebebasan melakukan maksiat tetapi ada juga seperti saya yang keluar agama kerana saya mengkaji. Tambah-tambah org Islam jarang bersolat, tak tau pun makna ayat al-Quran dan kaki maksiat tidak layak memandang rendah kepada orang seperti saya kerana mereka sendiri tidak memahami dan mengamalkan Islam. Walaupun saya murtad, saya berpegang kepada Golden Rule
   Saya tidak mahu berdakwah kepada orang yang beragama kerana sangatlah sukar bagi seorang penganut yang agak taat meninggalkan 'tuhan'nya. Ianya lebih perit dari menghadapi kematian orang tersayang. Dulu apa-apa yang saya buat, saya akan buat atau cuba buat semuanya adalah demi Allah. Jadi tentulah saya rasa sedih bila saya kehilanganNya. Saya pernah fikir tidak mahu hidup lagi... Namun saya cuba tabahkan hati, cuba melakukan perubahan positif dalam pemikiran dan tindakan saya. Akhirnya saya dapat melalui penderitaan kehilangan tuhan dalam masa setahun setengah ini walaupun saya perlu berlakon sebagai penganut agama Islam."
-----------------------------end----------------------------------------

PS: Terima kasih atau perkongsian saudari. Pertama sekali tahniah atas keberanian saudari melangkah keluar dari dogma agama. Benar, bukan semua yang keluar dari agama untuk mengejar nafsu. Ramai dikalangan ex-muslim adalah golongan berpendidikan dan telah menghabiskan banyak masa dalam mendalami agama. Yang membezakan mereka dan orang agama yang lain adalah mereka mendalami agama demi mencari kebenaran, tanpa takut untuk mempersoalkan sebarang keraguan yang dijumpainya sepanjang pengajian mereka. Saya berharap moga saudari tabah, be positive dan dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya.


.

45 ulasan:

  1. very inspiring story :) Harap akan banyak lagi ex-muslim sharing kisah hidup mereka.

    BalasPadam
  2. lama tak update blog? Hehe

    Sebenarnya Islam terlalu luas.. Tapi sayang anda-anda semua terlalu cepat berputus asa dalam mencari kebenaran. Islam ada jawapannya. Percayalah. Yang penting jangan bersangka buruk pada ilahi. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau, kebanyakan kami mempunyai level moral yang tinggi. Kami percaya hidup ini sahaja yang kami. Jadi kami gunakan sebaik-baik mungkin. Bagaimana kami mahu ber-prasangka buruk pada tuhan kamu. Sedangkan percaya pun, kami tidak. :)


      Padam
    2. pembetulan

      *Kami percaya hidup ini sahaja yang kami ada.

      Padam
    3. Sayang juga kat muslim kerana sudah berputus asa mencari kebenaran, dengan konklusi terburu-buru hanya kerana faktor tradisi nenek moyang. Secara peribadi, saya tiada sangka buruk terhadap ilahi, sebaliknya hanya menegakkan kebenaran nyata sifat-sifat sedia ada tuhan itu yang banyak persamaannya dengan personaliti manusia dengan masalah psikologi yang teruk, lebih teruk dari fitrah semulajadi kebanyakan manusia itu sendiri. Terdapat banyak pertentangan dalam sifat-sifat tuhan, tetapi malangnya golongan agama hanya menerimanya sahaja secara membabi buta tanpa keraguan/persoalan.

      Padam
    4. Anda-anda mencari kebenaran tetapi terlupa tuhan itu sumber kebenaran. Tiada apapun yg berada diluar ilmu Allah SWT. Kerna anda-anda mencari tanpa hidayah ilahi, anda tersesat lagi menyesatkan. Benarlah firman Allah:

      "Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka."
      [Al-Araf: 186]

      Padam
    5. Apa bukti kamu bahawa tuhan itu adalah sumber kebenaran? Al quran, hadis, etc? Apa bukti kitab-kitab itu adalah datang dari allah?

      Padam
    6. Berputus asa??? Mudahnya membuat kesimpulan. Sudahkah anda benar2 memahami al quran dan hadith yang menjadi rujukan agung anda itu. Bukanlah sukar untuk memahami sebahagian ayat al quran dan hadith sekiranya tahu serba sedikit bahasa arab. Benar2 kah tiada keraguan di dalamnya. Kita menggunakan logik akal dalam menghadapi kehidupan seharian. Anda rasa logik tak cerita2 yang ada didalamnya. Pernah terfikir tak untuk mendapatkan ahli sejarah atau pun mungkin saintis untuk mengkaji kebenaran cerita yang terdapat dalam al quran dan hadith tu. Mungkin anda yang tidak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi untuk mengetahui pun dan bersikap taqlid buta. Kebanyakan melayu islam ni tidak mengetahui sangat pun makna al-quran yang mereka baca, makna bacaan solat mereka dan dalil amalan yang mereka lakukan seharian tapi berlagak macam alim ulamak. Belum ditanya lagi tentang kepelbagaian mazhab dan kenapa alasan setiap mazhab itu berbeza bagi 1 persoalan. Bukankah perlunya ada ilmu dulu sebelum datangnya amal.

      Ex muslimah di atas

      Padam
    7. Yeah! Our hero ex-muslimah telah menjawab dgn cemerlang! Go girl! (^_^)

      Padam
    8. Seorang kawan aku yang sangat alim pernah mengajak aku menjadi sepertinya, aku bertanya kepadanya: jika kita semua ditakdirkan Allah akan nasib masing2, bagaimanakah Allah boleh menghukum akan sesuatu yang mengikut takdirnya, (aku bawakan ayat2 alquran yang jelas bagi hal ini) percayalah agama samawi itu adalah dongeng semata, meniru agama yahudi dan nasrani kemudian berkelahi dengan mereka (sepatutnya bayarlah sikit royalti kepada mereka), kini syukur kawan aku sudah mula tahu kemanisan hidup dengan menikmati hidup tanpa berharap balasan selepas mati. Ketahuilah konsep dihumban kedalam neraka adalah bertentangan dengan logik minda manusia yang berfikir.

      Padam
  3. Cuba lihat di timur tengah sana. Mereka berbunuhan demi memperjuangkan versi tuhan siapa yang benar. Tuhan kamu membiarkan sahaja mereka berbunuhan demi dia. Kenapa tidak bagi hidayah saja kepada mereka, kan lebih mudah begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidayah is something given by God, not you earn it. Faham ka Melayu celup?

      Padam
    2. Then why God need to be selective in which person that have his hidayah or not? Kenapa tuhan perlu laknat-melaknat manusia yang dia sendiri x berikan hidayah sedangkan itu semua sudah tertulis atas ketentuanNya? Kenapa tuhan membawa watak kebudak-budakan seperti itu? Dia ni drama king ke?

      Padam
    3. Okay, jika tuhan kamu bersikap pemilih, aku boleh faham. Pasti ada kriteria tertentu untuk pemberian "hidayah" kapada hambanya. Tapi kalau hambanya dah berbunuh-bunuhan demi dia. Nak tunggu apa lagi?.

      Cuba engkau tarik keluar faktor agama pada konflik di timur tengah sana. Cuba sila cuba.


      Padam
  4. Sedangkan jarum pon ada pencipta. Xkan la DNA yg kompleks xde pencipta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unsur2 organik ni terbentuk sendiri, ditambah juga dengan faktor evolusi kehidupan di dunia yang berjuta tahun. Nature works on itself in that looong time. It organizes and evolves itself.

      Padam
    2. pssfftt.. (tahan gelak)

      Padam
    3. Unsur2 organik ni terbentuk sendiri*Fakta Bodoh La Ko Nih...Rosak2.

      Padam
  5. Sedangkan jarum pon ada pencipta. Xkan la Allah yg kompleks xde pencipta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keyakinan ukhti terhadap pencipta amatlah kurang...semoga Allah mengampuni mu...istigfar banyak2...

      Padam
  6. Ex Muslimah di atas:

    Memang betul, melayu muslim banyak yang ambil mudah Islam. Saya pernah belajar di negara barat dan lihat non-muslim sebagai majoriti. Banyak bezanya. Non-muslim lebih menyerupai muslim lagi spt. menepati masa, menepati janji, hormat. Ini semua ada di dalam Alquran dan Hadith. Setuju? Tetapi saya tak pernah salahkan agama saya disebabkan umatnya macam tu. Mungkin di sini kita berbeza: Saya ingin lihat melayu muslim menyerupai muslim yang sebenar sebab muslim ni tidak ikut ajaran Islam. Sebab saya percaya, ajaran itu betul tetapi umatnya yang berbuat salah. Dengan ayat mudah, pelajar yang gagal subjek sains bukan kerana sains tu tak betul, tapi pelajar tu yang malas/tidak faham apa yang dia belajar.

    Saya yakin anda belum lagi menjadi 100% atheist sebab saya rasa anda ada banyak masa dan ruang untuk mendalami Islam sebelum anda menolak Islam itu sendiri. Peace.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tanggapan dibuat tentang islam, tanpa mempelajari islam, hanya sekadar mendengar ajaran dari ustaz2 yang tidak menyuluruh, menyebabkan seseorang buta islam walaupun mereka adalah muslim.Dalam hal ni, maksud ko orang islam malaysia haruslah rejam merejam, menyatakan dalm2 undang penyaksian wanita tidak ada kredebiliti, menghalalalkan hamba, mengahwini kanak2, mempercayai sains ala al Quran, barulah orang melayu menjadi sehebat britain..salah fahaman sebegini..undang2 @ panduan cara hidup yang bagus dari tuhan seharusnya mengandungi kompenen yang menyebabkan pengikutnya tidak lari dari landasan bukan sekadar apa yang perlu dibuat..mereka (penduduk britain) bagus sebab mereka bukan islam, tidak perlu membazir masa mendengar ceramah2 yang bertujuan menindas minoriti, tidak perlu hidup dalam kebencian, semua diberi peluang untuk maju & menyumbang kpd masyarakat (wanita, yahudi, islam, LGBT) jadi banyaklah penyumbang kpd kemajuannya, dan kebetulan niilai2 murni yang mereka amalkan ada terkandung dalam ajaran islam tapi bab menepati janji tu lain mcm sikit. Dalam Islam boleh reka alasan / pertuduhan yg sangat subjektif kalo ko x nak berpegang pada janji..At taubah ayat 8: Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.Bab hormat pula? quran ajar nak menghormati wanita begini, kalo kaum mereka kalah perang wanita2 bolehlah diambil sebagai hamba dan boleh digunakan utk memuaskan nafsu, Al-ahzab ayat 55: Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang. -AMINBAKRI-

      Padam
    2. Tanpa Nama 2.09 ptg..

      "salahkan penganutnya, jangan salahkan agama, agama tak pernah salah, tuhan tidak pernah silap" ayat cliche dari penganut mana2 agama untuk mempertahankan agama. Anda sudah didoktrinkan dari kecil bahawa agama islam betul, mana mungkin anda nak salahkannya. Cuba lihat negara yang majoriti penduduknya beragama islam. Kita lihat kemiskinan, kemunduran, perpecahan, penyelewengan dan kurang kesedaran sivik. Cuba lihat negara yang majoriti penduduknya kristian sekular dan ateis. Kita lihat kemajuan, keamanan, ketelusan dan sifat baik yang anda nyatakan . Ajaran agama dan juga budaya masyarakat itu sendiri adalah antara faktor penyebab jurang perbezaan ini. Mana2 ajaran agama dan moral pun menganjurkan melakukan kebaikan tidak terhad kepada agama islam sahaja. Melayu islam pada zaman dahulu pun tidak mengamalkan ajaran islam sebenar juga, tetapi nilai moral mereka lebih tinggi pun nak dibandingkan dengan melayu islam zaman sekarang.

      Ajaran islam sebenar?? Kerana mencari ajaran islam sebenarlah yang menjadi punca saya keluar dari agama ini.

      Ex Muslimah di atas

      Padam
    3. Haha.... Nak tergelak aku....ohhh... I am losing faith because my religion does not go the way I want.... Ayat cliche diberi oleh orang yang berputus asa dan BODOH.... Tak payah guna nama ex=muslimah kalau dari awal hati kamu sudah tolak Islam.. Ajaran Islam memang dah ada jalan nya iaitu Al-Quran dan Sunnah ... People like you are too blind too see... Orang Radikal dan manusia macam kamu semua yang merosakkan agama ini dari dalam dan luar... Who are you in front of Allah? Rasul ajar kebenaran tapi orang seperti kamu rosakkan...Ada Muslim lain menderita tetapi iman mereka teguh... Kamu baru dicuit sikit, dah jadi emo gelaban... Salahkan Islam bila perkara tidak pergi ke arah yang kamu hendak.... I am not telling you to go to hell but think why things doesn't go your way.... Islam ada dihadapan kamu cuma kamu sahaja yang butakan hati sebab nak kesenangan dunia sahaja....

      -MrClear

      Padam
    4. Ke hadapan Mr. Clear,
      Hmm..susah untuk menerangkan kepada orang yang kecanduan agama seperti kamu ni, tapi saya boleh faham. Anda menuduh saya menolak islam dari awal sebabkan nak kesenangan dunia mungkin kerana anda takut untuk percaya bahawa wujudnya orang seperti saya dan penulis ini yang kuat latar belakang agama boleh murtad bukan? Saya menolak agama ini bukan kerana saya putus asa dalam hidup atau ianya menyekat kehidupan saya.,kerana kehidupan saya berlangsung dengan agak lancar. Saya tiada masalah pun untuk melakukan suruhan agama dan meninggalkan laranganNya sebelum saya murtad.
      Saya sangat arif bahawa islam berpegang kpd Al Quran dan Hadith yang mana Al Quran itu pokok dan Hadith itu ranting. Jika kita fokuskan kepada bab ibadat, dari pengalaman saya sepanjang belajar agama mahupun secara formal disekolah atau menghadiri ceramah agama, dalil yang bersumberkan hadith kurang ditekankan malah kata2 ulamak yg x bersandarkan dalil dibesar2 kan dan lebih teruk jika disandarkan hadith palsu.. Penceramah kata, ulamak yang kata. Yelah. Ulamak mana? Bersandarkan hadith dan ayat quran yang mana? Agama islam ni diwahyukan kepada nabi muhammad atau ulamak ni? Misalnya dalam bab solat, kebanyakan kita hanya diajar pergerakan solat tapi dalil pergerakan solat x diajar pun. Pernah terfikir x yang amalan ibadat kamu itu ikut-ikutan dan tradisi turun temurun?
      Dari situ saya mencari ajaran islam sebenar bersumberkan al quran dan hadith. Saya berjaya mencarinya kerana seorang penceramah, iaitu dengan mengikuti jalan salafi. Tapi hanya bertahan 3 tahun sahaja. Kalau disambung cerita inisaya takut Mr. Clear terbangun dan tidak boleh tidur balik. Buat Mr. Clear, saya tidak harapkan lebih ramai umat islam murtad, kerana proses peralihan dari menjadi penganut islam konservatif kepada ateis itu adalah sangat menyeksakan. Cuma saya berharap melayu islam menjadi lebih liberal dan sekular tanpa perlu meninggalkan agama, seperti apa yang telah telah terjadi kepada penganut kristian Eropah yang telah meninggalkan zaman gelap kepada Renaissance. Dan hasilnya kita dapat lihat kemajuan, keamanan, kekayaan, nilai moral yang tinggi dan kurangnya penyelewengan di negara mereka.

      Ex Muslimah

      Padam
    5. orang buta nak nak tunjuk arah jalan...sains tu jawapan mutlak ker?inilah kalau tak belajar sifat2 Allah dan kupasannya...nak buat camana kalau hati dah hitam legam tertutup rapi..itu semua Af'al Allah yang membolak balikkan hati...

      Padam
    6. Jgn risau ex-muslimah...apa yg anda rasa ini adalah keadaan tipikal org yg ingin mcari kebenaran lalu dia join mana2 gerakan atau mazhab.
      Islam tak mghalang kemajuan pun. Cari je mana2 pelajar phD yg aktif berdakwah. Hartawan yg sedekahkan harta utk org buat dakwah. Mereka ini juga ada moral yg tinggi. Nikmat ini cuma sebagai batu loncatan je yg akhirnya digunakan utk dakwah kepada org lain. Islam juga tak mengajar penyelewengan duit dll.

      Sy prnah blaja di eropah. Byk nilai murni di sana. Tp sy x pernah salahkan islam disebabkan melayu muslim yg tak ada nilai yg anda inginkan.

      Mcm yg sy kata sblum ni, anda blum habis belajar mdalami Islam. Dengan kata lain, anda bukan 100% atheist lagi.

      Padam
    7. Malas sebenarnya nk ulas islam menghalang kemajuan ni.Byk isunya. Fortunately saya da memang 100% atheist dan tak mungkin akan beragama sampai mati...cukup je satu sebab....sebab sumer agama ni ade citer yg TAK LOGIK dan diwarisi dari satu agama ke satu agama...misalnya Krishna tuhan Hindu lahir tidak berbapa...dalam kristian pn ada Jesus yg lahir x berbapa juga...dalam Islam pun Nabi Isa lahir x berbapa...sudahla menyalahi hukum alam..kebetulan plak lg...nampak sgt penulis kitab2 ni duk copy paste kitab2 terdahulu...Bukan ni saje contohnya...sila research psl agama2 lain dan anda dpt tau ada kesamaan antara agama2 yg wujud ni...Pasal anjuran kebaikan tu....kita sebagai manusia x perlu agama pun leh fikir...common sense kot...
      Sy da buang masa dlm hidup byk da utk belaja agama...nk suruh lg mendalami islam? ...sy amik formal exam utk agama masa sekolah menengah dan sekolah rendah..result sy ok...da abis sekolah pn pergi kelas2 agama...inisiatif sendiri..ingat sy ni bebal sgt ke x faham2 agama ni....-Ex Muslimah

      Padam
    8. Ini adalah golongon manusia yg sombong dgn ilmu, merasa cukup dan tahu penghabisan ilmu2 yg konon nya sering dan sudah d kaji habis2an. Tidak guna berdebat dgn mereka krn debat hny utk manusia yg mahu merendahkn diri dgn ilmu, yg tahu wujud luas nya ilmu alquran yg bukan hny d terjemah ikut level akal msing2 walhal tidak mngetahui rukun2 peringkat ilmu, itulah hasil kesesatan dan kebodohan yg d agung2 bercambah2. Agama ku islam dan aku islam kerana mencintai kebenaran.

      Padam
  7. memang kamu tak bebal tetapi iman itu bukan untuk diwarisi tetapi untuk dicari dan dijaga... simple.. kmu boleh rasanya adanya angin tanpa melihat angin tu sendiri berlalu dihadapan kamu.. begitu juga TUHAN ... xkan kmu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan kmu..? bolehkah kamu dilahirakn didunia ini tanpa ada ibu dan ayah kmu ...??? renung2kan dan fikir2kan... selamat berfikir .. semoga hidayah ALLAH itu masih ada untuk kamu semua ..

    BalasPadam
  8. memang kamu tak bebal tetapi iman itu bukan untuk diwarisi tetapi untuk dicari dan dijaga... simple.. kmu boleh rasanya adanya angin tanpa melihat angin tu sendiri berlalu dihadapan kamu.. begitu juga TUHAN ... xkan kmu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan kmu..? bolehkah kamu dilahirakn didunia ini tanpa ada ibu dan ayah kmu ...??? renung2kan dan fikir2kan... selamat berfikir .. semoga hidayah ALLAH itu masih ada untuk kamu semua ..

    BalasPadam
  9. Menarik dibaca. Boleh tau knapa susah nak post komen eak?? Sori,bru blaja komen di blog. Hope bg tnjuk ajar .

    BalasPadam
  10. anda mendalami ilmu agama islam...bagus...cuma fahami maksud ayat ini..."KUN FAYAKUN"....

    BalasPadam
  11. kepada sape sape2 yang mengaku telah mendalami ilmu agama Islam bersandarkan Al-Quran dan Hadith...bole anda cuba rungkaikan makna ayat ini...."Kun Fayakun"...

    BalasPadam
  12. Mr S (i am a non muslim)12 Disember 2013 pada 1:34 PG

    haizzzz..
    sebenarnya, saya berasa amat keliru dengan komen Ex Muslimah ni..
    kebenaran apakah yang telah anda memperoleh dan apa yang salah dalam Al-Quran ?
    Ikut secara membabi buta ? hmm.. rasanya yang ni namanya 'Taat n Percaya kepada Ketentuan Allah' mencari kebenaran ? arif ? hebatnya ^_^
    memperoleh keputusan yang cemerlang dlm exam agama tidak membuktikan pape :)
    yang penting adalah sama ada kita dapat aplikasikan ilmu pengetahuan tersebut dalam hidup kita atau tidak. saya perasan satu point tau, anda asyik kata anda arif dlm bab agama islam, attend ceramah, bc Al-Quran, mengaji n mencari kebenaran.
    Sebenarnya kebenaran apakah yg entah cari tersebut ?
    Kebenaran yang menjatuhkan Islam atau membangunkan Islam ?
    Ingat lagi x 2 kalimah syahadah ? (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah).
    anda kata anda arif dlm bab agama islam n anda tidak percaya kepada Allah ? pelik ?
    perkahwinan dalam Islam (nikah) = menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. betul la tu :D
    melakukan persetubuhan tanpa hubungan tu pe ? demi keseronokan atau.. pe ?
    nikah tu sebenarnya ada objektif lain iaitu nak beritahu org lain bahawa seseorg tersebut telah pun kahwin dan pegang tgn, peluk atau yg lebih2 lg tersebut bukan maksiat atau zina :) (secara ringkas : x nak org sangka buruk terhadap kita)
    bila perempuan dirogol atau sebagainya, salah perempuan sbb x tutup aurat ?
    sebagai lelaki, saya rasa point ni amat betul ;) aurat = rmbt, dada, punggung dan.. (rasanya satu bdn girl kot ;) ) lelaki lazimnya akan terangsang sekiranya melihat seseorg perempuan. apatah lg bila nampak prt2 tertentu (aurat) ?
    TAPI, bukan salah perempuan sahaja tp lelaki juga bersalah kerana
    1) tidak menjaga hati selepas memandang kaum hawa ( fikir yg bukan2)
    2) tidak menjaga mata
    element ni yg menjatuhkan maruah sebagai lelaki.. kalau seorg boy ni, dia pandang girl tanpa fikir bukan2, sure x kan berlaku kes rogol atau sebagainya. (seorg budak lelaki yg berumur 4/5 tahun tidak akan ada niat yg buruk >> kan belakunya kes sebegini)
    kesucian hati + niat memainkan peranan yang amat penting dalam kes ni. kalau niat x elok, hati x suci, fikir bukan terhadap girl n imaginasi sesuatu yg x menghormati girl, kes ni pasti akan berlaku. ada ke dalam Islam menyatakan bahawa pemimpin semestinya lelaki ? rasanya individu yg mempunyai unsur Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fathanah layak jd pemimpin ;)
    girl JARANG menjadi pemimpin dalam ISLAM disebabkan 9 nafsu satu akal n boy jd pemimpin sbb 9 akal 1 nafsu.
    9 nafsu 1 akal atau 9 akal 1 nafsu adalah basic thing je n x semestinya tp kebykan mcm ni. yg ni beza dlm setiap individu. pd zaman kini, boleh je girl jd pemimpin sekira Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fathanah ;)

    BalasPadam
  13. saya amat kagum dgn keberanaian ex muslimah terutama dlam negara ini. Oh ya...biasanya orang melayu islam ni terlalu emosional bila berbincang bab agama dan suka buat conclusion tanpa kajian mendalam..suka melabel secara one track mind keburukan agama lain atau kepercayaan orang lain..menjadi atheist sebenarnya lebih dekat dengan tahap hakikat berbanding dari tahap syariat sahaja dan you girl sudah mencerminkan suatu hati yang terang dan minda yang jernih spt kata Buddha..enlightened..atau berchahaya..Syabas and may your life be happy and successful.

    BalasPadam
  14. Bertaubat la sebelum pintu taubat tertutup....kamu ni sebenarnya bukan memcari kebenaran tp mencari kebebasan nafsu diri...

    BalasPadam
  15. Masih lagi kekal sbgai atheist, walaupun sblum ni mengisytiharkan diri sbgai deist...but now more towards atheism..with family to be cared, still on disguise. ..but im still here, supporting any cause of atheism...to all my friends out there who once knows me, im still here...always supporting at your back by my own...

    Also known as Portgast D. Deist in Murtad in Malaysia and Singapore...

    BalasPadam
  16. Bagaimana jika Islam itu ialah sistem/cara hidup sahaja bukan agama? Tahniah saudari.

    BalasPadam
  17. ex muslimah, sy rasa anda masih belum habis lg mengkaji tentang islam. teruskan mengkaji alquran kerana anda akan dpt hidayah nanti. sy rasa drp awal lg anda bukan islam wlaupun ibadah anda n pakaian islam. islam itu ialah pegangan yg dtg dari hati. ia takkan goyah walaupun dtg ribut taufan sekalipun. sy akan terus kekal sbg islam bukan dgn org2 islam di sekeliling sy tetapi yakinlah sebenar2nya bahawa dunia ini ciptaan allah n kepadaNya kita akan kembali. akhirat yg kekal abadi.mohonlah hidayah drpnya. kerana seorang atheis tidak layak menghirup udara ciptaan Allah

    BalasPadam
  18. Rakan perhatian,
    Nama saya Vanessa Wayne Morgan dan saya mendasarkan di Texas Amerika Syarikat. "Kehidupan saya kembali !!! Selepas 1 tahun perkahwinan patah, suami saya meninggalkan saya dengan dua kanak-kanak. Saya rasa seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan i berani mati hampir komited, i emosinya turun untuk masa yang sangat lama. Terima kasih kepada si penyihir kesan hebat yang dipanggil Imam Dr Idahosa ABOSUN yang saya bertemu dalam talian. Pada suatu hari setia, seperti yang saya telah melayari internet, saya terjumpa banyak testimoni mengenai ini ejaan bedak tertentu. Ada yang memberi keterangan bahawa dia membawa kekasih Ex mereka kembali, ada memberi keterangan bahawa beliau mengembalikan rahim, kanser mengubati, dan penyakit lain, ada yang memberi keterangan bahawa dia boleh membuang ejaan untuk menghentikan perceraian dan sebagainya. saya juga mencari satu kesaksian Khususnya, ia adalah kira-kira seorang wanita bernama Sonia, dia memberi keterangan tentang bagaimana dia dibawa balik kekasih Ex dia dalam masa kurang dari 7 hari, dan pada akhir keterangannya dia jatuh Imam Besar Dr Alamat emel Idahosa'S ABOSUN . Selepas membaca semua ini, saya membuat keputusan untuk mencubanya. Saya menghubunginya melalui e-mel (drabosun@gmail.com) dan menjelaskan masalah saya kepadanya. Hanya dalam 3 hari, suami saya kembali kepada saya. Kita menyelesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia daripada sebelum ini. Imam Dr ABOSUN adalah benar-benar seorang yang berbakat dan saya tidak akan berhenti menerbitkan dia kerana dia adalah seorang lelaki yang baik ... Jika anda mempunyai sebarang masalah di sini adalah alamat e-mel untuk sampai kepadanya. drabosun@gmail.com anda akan senang anda lakukan.

    Nota: Dia juga boleh membuat anda kaya, menyembuhkan HIV / Aids, Penyembuhan apa-apa jenis penyakit kanser, menghalang anda daripada mempunyai mimpi buruk, membuat anda hamil jika anda tidak mempunyai anak dan melepaskan kamu dari orang-orang yang jahat okay. sila hubungi beliau hari ini dan hidup bahagia selama-lamanya.
         (drabosun@gmail.com)

    BalasPadam
  19. Aku baru melaluinya setahun yang lalu..aku telah meninggalkan agama setahun setahun yang lalu..aku telah mencapai peringkat yang paling tinggi dalam ketuhanan...kepada muslimah di atas...apa yang anda buat adalah betul..tapi anda kurang satu iaitu Allah..dan Allah bukan tuhan..sebenarnya tuhan adalah tiada dan agama adalah ciptaan..tapi Allah wujud..Allah sebenarnya ada...aku telah menjalani pengalaman yg amat panjang untuk sampai ketahap ini..aku dapat jawab semua persoalan tentang kehidupan..siapa allah siapa manusia siapa tuhan..apa itu masa..bagaimana masa wujud..aku bukan aties dan bukan juga beragama..aku tinggalkan agama sejak setahun yg lalu..aku telah sampai ke tahap mengenal Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu tanpa nama.. Awal agama mengenal Allah.. X kesah la agama apa yg dianuti tu.. Sesungguhnya Allah itu wujud

      Padam