Isnin, 23 September 2013

Sekali Terbangun Tidak Mungkin Dapat Tidur Kembali.

Ini adalah soalan dan perkongsian pengalaman dari seorang pembaca blog yang amat menarik kerana ia suatu situasi yang sering berlaku kepada seorang atheist sewaktu mula-mula meninggalkan agama. Saya kongsikan komen beliau di sini (selepas di edit sedikit) untuk tatapan para pelawat blog.
    " Aku ada soalan nak tanya, apa pendapat korang. Aku ni dulu alim dan pernah masa aku nak ambik spm aku sembahyang hajat 90 hari berturut turut dan "alhamdullilah?" aku dapat 9A. Masa aku belajar di universiti aku kenal dengan mamat ni sorang. Dia melayu tapi mak dia kawin dengan arab palestin. Nenek dia sekarang berpindah ke israel. Dia pernah kata kat aku israel layan orang arab 1000x lagi baik berbanding negara arab yang lain. Dia ni pandai. Geng dia (juga melayu) jenis kuat minum dan tak sembahyang. Banyak muzik bagus aku tahu dari dia, macam Arcade Fire dan Arctic Monkey. Tapi apa yang aku kagum mereka ni hidup punyai kesedaran sivik yang aku fikir adalah first world mentaliti (contohnya: lepas makan kat restoran self serving mcm McD, dia kutip segala bagai dia & the gang makan dalam tray, dan kosong kan tray tu kat tempat buang sampah, so org lain boleh terus duduk tempat dia lepak tadi tanpa cleaner crew datang bersih).
           Aku pernah tanya dia kenapa dia tak sembahyang. Dia kata bagi dia sekarang aku tidur, dia tak nak kejutkan aku sebab sekali aku terbangun dah tak boleh tidur lagi. Aku tak paham. Aku tetap nak tahu. Kemudian dia mula bagitau dia tak percaya pada agama & malas nak berhujah sebab semua hujah dia ada dlm buku Dawkins dan Sam Harris. Aku ni bodo, pergi download buku2 tu dan baca cover to cover. Lepas baca tengok plak video2 kat Youtube (walaupun masa tu xde duit nak subscribe broadband laju). Sekarang aku jadi freethinker (agnostic to be exact) berpunca dari mamat tu. Aku berjaya dalam pelajaran & mendapat kerja yang baik. Mak aku kata dia bangga dengan aku sebab jadi contoh kepada adik2 yang lain tapi amat kecewa dengan aku yang tak sembahyang dan tak mengamal cara hidup islam. Mak kata aku kufur nikmat.

       Sebenarnya bukan sekali aku mencuba untuk kembali ke "pangkal jalan" ni. Tapi ibarat kawan aku tu kata sekali terkejut dari tidur ni tak mungkin da boleh tidur balik. Kalau keluar islam masuk kristian ok lagi, boleh lagi diislamkan semula. Tapi bila dah TERSEDAR tanpa apa medium lain (seperti agama) tak mungkin boleh kembali tidur (kembali beragama) lagi, melainkan ada orang boleh reboot otak ni.
           Masa ramadhan 2011 aku puasa penuh, malam mengaji dan terawih 30 hari mengikuti ceramah2 agama disurau, pergi balik kerja dengar ceramah ustaz Idruz. Tapi tak berjaya. Aku pernah join tabligh seri petaling, tapi bila aku dgr hujah2 ketauhidan mereka ni aku tau ia tidak boleh diguna pakai bagi yang berfikir. Hadith2 pula bagiku kelakar kerana banyak element yang self contradictory mcm syaitan diikat dibulan puasa tapi ada juga orang buat perkara dosa. Kemudian disalahkan pula nafsu, tapi tanpa nafsu mcm mana manusia boleh hidup gembira disyurga? Maka diada-adakan pula nafsu jahat tak jahat. Quran pula bercanggah dengan sains seperti ayat sperm dari tulang rusuk, dan matahari muncul dari tanah berlumpur dilihat oleh zulkarnain (masa tu mereka tak paham tentang bumi ni bulat).
       Tapi aku masih lagi rasa cemburu pada mereka yang muslim ni, hidup mereka simple, percaya sungguh pada tuhan, mati dibangkitkan semula, sayang pada islam dan terus berharap hudud dilakusanakan di Malaysia. Kadang2 aku nak hidup macam tu mengikut arus tapi tak boleh. Hidup dua identiti macam aku ni kadang payah contohnya raya tahun 2013 aku join family baca yasin kat kubur arwah datuk aku semata2 nak diterima oleh mereka.
           Aku nak tanya apa pendapat korang? Adakah patut org macam kita berhijrah keluar negara? Sebab kita minoriti yang jika diketahui majoriti diangap sebagai sesat & hina. Kadang2 aku kena berlakon, contohnya bila balik kampung tak larat kene bebel oleh mak, aku pergi sembahyang jumaat walaupun bila dgr khutbah aku rase isinya adalah bertentangan dengan common sense dan logik akal (nak ketawa pun ada). Dan bila aku sembahyang, aku dengar imam menangis. Aku rasa alahai kesiannya kerana menangis takut kepada yang tiada.
       Tapi kadang2 aku cemburu dengan mereka ini yang merasakan dengan penuh yakin inilah kebenaran yang hakiki, hidup senang ikut je apa orang buat. Tapi ibarat kata kawan ku itu, sekali kau terjaga takkan boleh lagi tidur seperti mereka ini. "
 
Jawapan saya:

Perasaan ingin kembali 'tidur' dan terus berdelusi adalah satu fasa, saya kira biasa terjadi di kalangan yang datang dari background keluarga yang religious atau mereka yang sememangnya kuat agama. Saya sendiri mengalami fasa tersebut sewaktu mula-mula menjadi agnostik terhadap ketuhanan. Perasaan yang bercampur-baur dengan kemarahan kepada tuhan yang forsaken/membiarkan saya terumbang ambing dalam konflik akidah. Beribu doa saya pohon supaya tuhan memberi paling kurang satu 'sign' atau 'alamat' mengenai kebenaran islam namun tiada jawapan yang diterima. Pada masa itu juga timbul keinginan untuk kembali duduk dibawah tempurung agama dan menutup suis logika. Saya ingin hanyut dalam delusi agama kerana takut, risau & tidak bersedia menghadapi realiti.

Namun seperti yang saya katakan tadi, ianya adalah satu 'fasa'. Setelah terumbang-ambing dalam emosi dan perasaan, kini segala-galanya dah kembali normal. Saya tidak lagi memandang golongan yang masih 'tidur' itu sebagai golongan yang bertuah (lucky). Malah mereka adalah golongan manusia yang tidak merdeka mindanya dan terperangkap dalam kejahilan.

Dunia tercipta lebih kurang 4.6 billion tahun dahulu. Simple cells wujud 3.6 billion tahun dahulu. Pada 60 juta tahun dahulu, moyang primat mula mengenal hidup. Setelah berevolusi jutaan tahun, muncul spesis manusia moden pada 200 ribu tahun yang lampau. Kemudian pelbagai tamadun tercipta dari Mesopotamia, Mesir purba Parsi, Greek dan lain-lain datang dan pergi bersilih ganti.

Kemudian sampai zaman kita dimana rahsia langit dan bumi semakin jelas terungkap lantaran kemajuan Sains & teknologi. Kajian-kajian yang rapi dan menyeluruh giat diadakan dari hari ke hari. Jutaan saintis dari dahulu hingga sekarang dari pelbagai negara mengharungi cabaran demi memahami realiti.

Namun ciptaaan 3 agama samawi oleh manusia memberi impak yang besar dalam kehidupan insan. Agama ini mempunyai kebaikkan dan keburukkannya. Tetapi masalah yang ia timbulkan jauh lebih besar dari kebaikkannya. Minda manusia yang memeluk agama terperangkap dengan dogma ribuan tahun dahulu. Perangkap ini membuatkan kreativiti dan perasaan ingin tahu manusia tidak lagi bebas. Mereka seumpama banduan terpenjara dalam lokap agama, tidak berani membantah, dan tidak berani bersuara. Maka jadilah mereka ini golongan yang tertidur.

Kita beruntung lahir di zaman ini. Amat-amat beruntung. Jika kita lahir pada zaman Parameswara contohnya, tentu kita tidak kenal apa itu sains, big bang, evolusi, quantum dan pelbagai lagi. Berbillion manusia tidak mendapat peluang serta kekuatan untuk berfikiran secara bebas dan terbuka seperti apa yang kita perolehi sekarang. Ia perlu dihargainya seperti permata yang amat bernilai. Dan semestinya permata ini tidak akan dapat pada golongan yang tertidur.


Berhijrah ke negara luar adalah pilihan masing-masing. Jika kita rasa duduk di Malaysia memberi tekanan fizikal atau mental, lebih baik berpindah keluar. Seperti saya sudah biasa dengan kehidupan di Malaysia. Yup, kadang-kadang perlu berlakon. Tetapi itu saya anggap satu pengorbanan buat menenangkan perasaan ibubapa dan keluarga. Yang penting kita tahu siapa kita dan kita sedar kita adalah orang yang sudah terjaga. Kita adalah golongan yang berpijak di bumi nyata. Tidak mungkin kita nak menghina intelektual kita sendiri dengan  kembali menjadi golongan yang masih 'tidur'. Betul tak?  :)

.

26 ulasan:

  1. Betuuuuuuul sekali!

    BalasPadam
  2. aku ingin bangun.
    aku ingin terjaga.
    moga mimpi pahit semalam terhapus dalam tidurku,
    tidur yang ingin aku tinggalkan.

    BalasPadam
  3. Buat bro yang ingin kembali kepada Islam tetapi tidak mampu tu, saya sudi membantu. kadang-kadang kita tak mampu balik pada Islam adalah kerana hati telah terlampau hitam. Jumpa saya dan inshaAllah anda akan jumpa jalan. Dajal akan mmperlihatkan yg jalan ateis seolah-olah macam betul, so anda kena kuatkan jiwa.Saya doakan anda supaya dapat kembali ke jalan yang benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati hitam? tuan boleh lihat warna hati orang ke? Adakah warna hati menjadi penentu syurga neraka? Jika ya, berani ke tuan menuduh semua non-muslim berhati hitam (sebab dlm quran mengatakan semua kafir tempatnya neraka)?

      Dajjal? Tuan pernah jumpa ke dajjal? Atau sebenarnya tuan hanya dimomok-momokkan oleh agama dan masyarakat agama tuan hingga tidak lagi tahu membezakan fantasi dan realiti?

      Dalam agama tuan, dajjal dikatakan boleh menipu hati manusia, iblis boleh menipu hati manusia, jin pun boleh menipu hati manusia, malah tuhan pun sama boleh menukar-nukar/berbolak-balik hati manusia.

      Andai tuan dapat melihat, sebenarnya yang menipu itu adalah diri tuan sendiri, berfantasi yang bukan-bukan, meyakini pembohongan agama, dan menyembah entiti yang tiada. Jika tuan ingin memberi simpati, maka simpatilah pada diri sendiri dahulu. All the best.

      Padam
  4. saya skrg dlm situasi/fasa seperti diatas tu. Cemburu dengan hidup yg lama. Tulisan ini telah menenangkan saya.terima ksih.

    Yan-
    Batu Buruk

    BalasPadam
  5. Semua manusia adalah lahir sebagai bayi ateis.. Sehinggalah orang tua brainwash pemikiran bayi2 ini. Kembalilah ke jalan asal manusia yang bersih daripada kecelaruan agama...

    BalasPadam
  6. Saya sedih melihat keadaan saudara. Moga diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk kembali ke jalan yang benar. InsyaAllah. Jalan untuk bertaubat masih terbuka kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cukup ke setakat sedih?sepatutnya anda mengalami perasaan horror yg amat dahsyat sbb anda tahu seorang lg saudara akan dibakar hidup2,disiat2 kulit,diberi minum nanah dan air mendidih,dilubangkan perutnya dgn buah2 berduri,dididihkan otaknya,lalu digantikan dgn organ2 yg baru supaya penyeksaan boleh diteruskan selama lama lama lama lamanyaaa....

      serious x cukup setakat sedih bro.mesti cari org ni sampai jumpa dan betulkan balik akidahnya.sanggup ke tgk seorang manusia diseksa mcm tu?huuuu....

      Padam
    2. Kesian kan nasib dia yang bakal masuk ke "Neraka". Untunglah lah kita sebab lahir kat Malaysia dan berbangsa Melayu, lahir-lahir je dah beragama Islam.

      Kesian mereka yang lahir kat negara-negara mundur kat Afrika sana. Dah lah hidup dalam kedaifan dan kelaparan. Agama pun bukannya Islam, sudah tentu ke "Neraka" juga mereka nanti. :p

      Padam
    3. The most liberal country in the world pon punnish people. Take one's freedom(imprisonment). Dont we feel horror about it..

      Padam
    4. nak compare hukuman yg direka dgn teliti ikut jenis kesalahan undang2 yg dilakukan dgn hukuman dibakar idup2 dlm neraka sampai bila2 just for not believing?nilah minda yg dah dibasuh cukup2 oleh doktrin agama

      Padam
    5. Teliti bro? jgn delusion sgt...

      Padam
    6. apa masalah dgn perkataan teliti?semestinya hukuman tu sentiasa dikaji dari masa ke semasa dan diperelok,walaupun tahap usaha berbeza dari satu negara banding negara lain.cuba jgn cari flaw dlm hukuman sekular seolah2 cara tu boleh menaikkan martabat hukum syariah.mmg byk flaw dlm hukum sekular tp tak bermakna automatik hukum syariah jd superior.cubala defend hukum syariah tu tgk jauh mana boleh pegi.

      "hukuman dibakar idup2 dlm neraka sampai bila2 just for not believing" <-masalah jelas dpn mata buat tak nampak, satu perkataan "teliti" dibuat jd bahan nak argue.

      Padam
    7. if u could equate the horror of being imprisoned with the horror of being burned alive in a strange world in relentless fire for eternity, then u have a serious brain damage

      Padam
    8. 30 years of imprisonment of wrong conviction and be compensated with money. U might rethink your stand.

      Padam
    9. There are a lot of documentary showing the reality of court system in the usa. It is fair to say, that the court is a good place to make money. Have you read "Once a jolly hangman"?. It shows how perfect the court system operate.

      Padam
    10. baik la ko pergi sembah je saintis, jepon kafir tu pon kalo diorang cipta robot, robot x menjadi mcm die nak, xde die nak pegi rebus slow2 robot tu kat air mendidih, sbb die tahu robot tu die cipta sendiri kot, kelemahan robot tu sebab dari die.. ininye idak, die cipta manusia, die tu maha mengatahui, die tahu dah manusia tu nanti kelak masuk syurga ke atau neraka, die tahu ade yang nanti masuk neraka die anto juge ke bumi pastu die plak nak seksa2, setan pon die buat gak nak hasut manusia, masalah gak tuhan ko ni sebenarnye..lebih baik ko buang mase ko join scientology plak, walaupun xde kaitan ngan sains tp ade gak la name tu dipakai..hahaha

      Padam
  7. Baru je gi baca yassin hujung minggu lepas, nak tergelak pun ada bila baca yassin ramai2 kononnya untuk 'keselamatan'

    "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"

    tapi kadang2 bila dah masak, masuk kandang kambing aku mengaum.. hehe (confirm kena cop munafik)

    bagi aku tak perlu la berhijrah ke luar negara, kecuali kalau nyawa kita terancam dengan golongan fundamentalist Islam kat negara kita ni. tapi seriously, aku pun kalau boleh nak keluar dari Malaysia untuk melihat dunia, jadi world citizen, cuma aku masih sayang dengan keluarga aku dan komitmen lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Situasi kita sama.

      Tapi tidak kiralah di Malaysia atau di luar negara, yang penting fikiran kita telah bebas dari candu agama. Perasaan seharusnya lebih kuat, pandangan lebih jauh, dan toleransi lebih tinggi. Good luck bro .

      Padam
    2. teruskan berkhayal bro

      Padam
  8. Semua berkebolehan dan mempunyai ilmu yg cukup utk kehidupan sebelum mati. Akhirat bukan ilusi wahai saudara, pemikiran juga bukan fantasi, tapi di sini dunia yg disangka nyata sebenarnya sandiwara yg mengelirukan sahaja. Siapa kata melayu zaman parameswara tiada ilmu yg kamu semua kaji? Kamu hanya membaca berupa fakta yg boleh diolah,kamu menganggap kamu tersedar dpd tidur, tanpa kamu sedari berbangkit lah bermacam persoalan yg kamu sendiri tiada jawapan, dan akhirnya kamu menjawab juga dgn soalan. Jadi di mana kesedaran nya? Anda yakin anda tersedar dpd tidur? Atau anda sebenarnya berada dalam mimpi yg berlainan? Atau anda rasa anda dah ada jawapan yg tepat? Anda pernah mati? Anda tahu apa isi langit dan bumi? Anda menyaksikan kejadian matahari? Anda lahir dulu sebelum wujud nya Alam 'fantasi'? Anda rasa kebebasan bukan lagi hak hakiki manusia? Anda fikir Tuhan sudah menentukan segalanya? Atau anda rasa anda lebih mengerti dan mengetahui? Anda sudah cukup kenal diri sendiri sehingga berani mempersoal Kuasa Ilahi? Anda Tuhan anda lah Hamba utk diri sendiri? Jika ya,berhenti dpd berbuat apa apa di muka bumi, lihat dan tentukan dgn pemikiran sendiri. Anda mahu duit anda tidak perlu cari, anda mahu kerja tidak perlu mohon sana sini, kerana anda tidak perlukan dan tidak layak utk kehidupan fantasi seperti kami, maafkan kami, kami hanya menumpang di sini, anda lah penduduk tetap bumi. Berbahagia lah dan berseronok lah sepuasnya di sini. Saya tiada hujahan yg bijaksana. Saya Tiada ilmu utk menerangkan semuanya, saya hanya manusia. Abjad saya juga bermula dari huruf 'M', bukan 'A'. Jadi saya masih ada 'B,C,D........K, L yg perlu saya cari. Saya yakin anda semua dah kecapi sehingga Z, berbahagia lah. Saya tidak mampu nak berkata lebih. Selamat dunia.

    BalasPadam
  9. Aku pun sama.... dah terbangun lebih 2 tahun. Amat relaks kehidupan tanpa perlu ingat dosa itu dan ini... tapi berlakon sbb tak nak keluarga meleter... hahaha..
    Aku terjaga kerana baca erti quran.... sungguh tak logik dengan sains. Bila tanya ulamak. . Scholar.... semua putar belit nak make the quran make sense.

    But I am happy.... rileks tak perlu risau bukan bukan bab agama.... it feels so nice.... if only the religious people could feel it.

    BalasPadam