Sabtu, 3 Ogos 2013

Islam dan Sains- part 2

Sejak 100 tahun kebelakangan ini, ilmu Sains telah berkembang pesat dari semua segi termasuk biologi, kimia, astronomi, kuantum fizik, termasuk sains kemanusiaan seperti psikologi, antropologi dan sebagainya. Penemuan yang baru sentiasa menjelaskan penemuan sebelumnya malah ada yang menggantikan penemuan sebelumnya.

Kitab-kitab suci yang ditulis ribuan tahun dahulu tidak mempunyai 'Sains' dalam erti kata yang sebenar. Yang ada di dalamnya hanya bayangan budaya, common sense masyarakat tersebut serta kisah-kisah rakyat atau kisah dongeng mereka. Amat sedih apabila manusia yang lahir pada zaman teknologi meyakini kisah-kisah yang tidak masuk akal seperti ular bercakap, manusia hidup dalam perut ikan, bahtera yang memuatkan billion jenis haiwan berpasang-pasangan, lautan terbelah dua dan macam-macam lagi.

Jika kita mengkaji dari sudut antropologi, kita akan dapati kebanyakkan kisah-kisah ajaib di dalam kitab-kitab suci sudah tertulis di artifak-artifak tamadun kuno seperti tamadun Sumeria, Mesir kuno, Babylon dan lain-lain. Kisah-kisah ini kemudian diadaptasi oleh kaum Yahudi kuno (Semite) ke dalam kitab-kitab mereka. Namun mereka telah mengubah beberapa perkara mengikut ideologi mereka. Sebagai contoh bilangan tuhan yang ramai ditukar menjadi satu tuhan (Yahweh) dan dewa tamadun tersebut diubah menjadi karekter yang buruk. Contohnya dewa ular sembahan masyarakat Babylon ditulis sebagai iblis yang menyamar untuk menipu Adam dan Hawa.

Lantaran itu terdapat banyak percanggahan antara agama dan Sains. Dalam siri artikal kali ini kita akan ambil 2 ayat dari al-Quran sebagai kajian. Ayat tersebut adalah:
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
(An-Naml 27:17)

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:18)
Daripada ayat di atas, beberapa point dapat disenaraikan seperti:
  1. Semut dapat mengesan segerombolan tentera berjalan ke arah mereka.
  2. Semut tahu yang memijak itu membinasakan mereka. Jadi ia memahami konsep nikmat dan sakit.
  3. Semut tahu nama Sulaiman dan statusnya sebagai ketua gerombolan itu.
  4. Semut faham konsep 'sengaja' dan 'tidak sengaja' bila ia mengatakan "sedang mereka tidak menyedari".
  5. Semut boleh berkata-kata.
Banyak percanggahan antara ayat ini dengan Sains (Entomologi). Dalam ayat ini seolah-olah menyatakan serangga itu mempunyai daya intelek seperti manusia. Sedangkan kajian menunjukkan sebaliknya. Semut dan serangga-serangga lain mempunyai saiz otak yang sangat kecil dan tidak cukup untuk membuatkan mereka berfikir secara insaniah seperti mengenal nama dan memahami konsep seperti 'sengaja' & 'tidak sengaja'.


Kajian juga menunjukkan semut berkomunikasi dengan mengesel anggota badan hingga mengeluarkan bunyi-bunyian. Jadi adalah salah jika mengatakan semut itu berkata-kata. Andai perkataan berkata (قالت) itu sekadar kiasan (bahasa isyarat/ berkomunikasi/ dan lain-lain), tetap ia meragukan kerana kata-kata yang dituturkan itu mempunyai ciri psikologi seperti manusia.

Cubalah anda berjalan menuju ke satu kumpulan semut dan lihat sendiri samada mereka akan lari atau tidak. Tindakan semut adalah berdasarkan naluri haiwan dan tak lebih dari itu.

Hujah kedua para cendekiawan Islam adalah perkataan semut dalam ayat di atas adalah bersifat feminine atau muannas. Ini bermaksud semut itu semua adalah semut betina. Sememangnya Sains telah membuktikan koloni semut dipenuhi dengan semut betina.

Hujah ini adalah amat rapuh sekali. Sememangnya dalam bahasa arab setiap benda boleh dikategorikan kepada 2 iaitu feminine (muannas -مُؤَنَّث) atau maskulin (muzakkar- مُذَكَّر) . Perkataan semut sememangnya jatuh dalam kategori muannas yang menyebabkan semua kata nama (noun) dan kata kerja (verb) menjadi muannas. Ini adalah asas tatabahasa bahasa arab yang diguna pakai sejak berkurun lamanya.

Sebagai contoh, dalam bahasa arab burung merpati dikategorikan sebagai muannas tanpa mengira jantina. Matahari pula dikategori sebagai muzakkar.

Kesimpulan: Ayat ini sebenarnya amat jelas dan telus. Ia serupa dengan kisah-kisah dongeng lain yang menceritakan haiwan-haiwan pandai bercakap dan faham bahasa manusia. Dalam budaya kita pun ada kisah rakyat seperti ini seperti Hikayat Sang Kancil, Hikayat Sang Belang, dan lain-lain. Cendekiawan Islam sentiasa cuba mencari persamaan antara al-Quran dan Sains hinggakan ayat yang ringkas pun dirumitkan supaya kelihatan seolah-olah keajaiban dari tuhan.

Jikalau tuhan betul-betul mahu menunjukkan Sains, pasti ia mampu mewahyukan ayat yang lebih jelas dan tiada keraguan seperti 'bumi itu bulat' atau 'tumbuhan mengeluarkan oksigen buat manusia'. Paling kurang pun ia akan mengajar manusia tentang kelebihan mendidihkan air sebelum minum. Namun yang pasti, penerangan tentang air mendidih di dalam al-Quran hanya untuk dituangkan atas kepala ahli neraka yang tidak berdaya.

6 ulasan:

  1. aku xhabis lagi baca setiap post yang ko buat..
    malah aku juga tertunggu-tunggu PMA sampai penghujungnya.

    tapi aku nak tanya part ni.

    " Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
    (An-Naml 27:17)
    Sedangkan kajian menunjukkan sebaliknya. Semut dan serangga-serangga lain mempunyai saiz otak yang sangat kecil dan tidak cukup untuk membuatkan mereka berfikir secara insaniah seperti mengenal nama dan memahami konsep seperti 'sengaja' & 'tidak sengaja'. "


    "Kajian juga menunjukkan semut berkomunikasi dengan mengesel anggota badan hingga mengeluarkan bunyi-bunyian. Jadi adalah salah jika mengatakan semut itu berkata-kata. Andai perkataan berkata (قالت) itu sekadar kiasan (bahasa isyarat/ berkomunikasi/ dan lain-lain), tetap ia meragukan kerana kata-kata yang dituturkan itu mempunyai ciri psikologi seperti manusia.

    Cubalah anda berjalan menuju ke satu kumpulan semut dan lihat sendiri samada mereka akan lari atau tidak. Tindakan semut adalah berdasarkan naluri haiwan dan tak lebih dari itu. "


    1. kajian dilakukan tu pada semut zaman dulu ke?

    2. Darwin's theory kata manusia berevolusi dari monyet? monyet yang dahulunya xboleh bercakap sekarang boleh bercakap? jadi xmustahil semut yang dahulunya boleh bercakap sekarang xboleh bercakap?

    3. Andai kata zaman sekarang kau boleh bercakap atau mendengar semut bercakap. Percaya x kau pada tuhan?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama, kau tau tak kisah Nabi Sulaiman tu baru berusia 3000 tahun? Dan kau tau tak proses evolusi tu mengambil masa berapa tahun?

    "Andai kata zaman sekarang kau boleh bercakap atau mendengar semut bercakap. Percaya x kau pada tuhan?"

    Masalahnya sekarang ni, jangan kata penulis, aku yakin kau pun tak boleh bercakap atau dengar semut bercakap. Bukan andai-andai punya, tapi memang benar. Sepatutnya kami yang persoalkan kepercayaan kau kepada Tuhan.

    *Facepalm*

    BalasPadam
  3. hahaha.ok.

    1.sekarang bagitau aku berapa tahun proses evolusi makan masa?
    cuma kau tau tak banyak factor yang boleh mempengaruhi proses evolusi?
    kau tau kan dalam sains banyak juga benda yang dipanggil catalyst?
    ke kau nak cerita proses evolusi dinosour? yang saiznya memang besar yang mungkin makan masa nak evolusi juta-juta tahun?
    senang cerita aku cakap sini. things evolve everyday? setuju?

    2. " Masalahnya sekarang ni, jangan kata penulis, aku yakin kau pun tak boleh bercakap atau dengar semut bercakap. Bukan andai-andai punya, tapi memang benar. Sepatutnya kami yang persoalkan kepercayaan kau kepada Tuhan. "

    "Bukan andai-andai punya, tapi memang benar"
    macam serbanistas punya jawapan. please. kalau tak serbanistas dengan athiest ni sama saja atau

    memang manusia semuanya sama?

    memang bukan aku. sorry. tapi ramai je kalau kau nak jumpa yang macam tu ada kat wad gila.

    sebab tula soalannya berbunyi " ANDAI kata ZAMAN SEKARANG kau boleh BERCAKAP atau MENDENGAR SEMUT bercakap. Percaya x kau pada tuhan?

    penulis yang buat post tak menjawab. lain pula menjawab.

    ok. Andaikata penulis boleh mendengar dan bercakap dengan semut lalu dibuatnya post di melayuathiest.blogspot ni dengan post Bercakap Dengan Semut.
    apa kata follower?
    penulis melayuathiest ini gila.

    tapi betul ke yang 'orang gila' tu betul-betul gila, berdelusi?
    atau sebab diagnosis by doctor?

    Andaikata penulis boleh mendengar dan bercakap dengan semut.
    dengan ciri-ciri yang macam ni di zaman ni ke wad gila la jawapannya.

    tapi siapa saja yang tau penulis berkata benar?
    Penulis saja yang dengar, penulis saja yang bercakap dengan semut.

    Penulis saja yang tau kan?

    sekarang tak tau kan? kenapa? sebab belum RASA.

    athiest pun bersandarkan saintis.sedangkan saintis pun sampai sekarang tak habis teroka dunia kan?eh, saintis pun manusia juga.kadang-kadang buat silap. dah rosak seluruh kajian.
    andaikata tiba-tiba kajian mengenai semut 20 atau 40 thn akan datang kata semut ada frekuensi yg kecil utk berkomunikasi.hah apa kata kau.

    tapi. takut plak ada athiest yang kata takda andai-andainya memang tak.=p

    dunia ni banyak nya tersirat. tiada yang mustahil.

    atau ayat serbanistas ' tiada yang mustahil dengan izin Allah '

    sigh. nanti athiest2 sedunia marah aku macam Ada Nama tu.


    oh. *Facepalm* Ada Nama tu untuk menunjukkan kebodohan Tanpa Nama la kan? aku tau aku memang bodoh dan aku tau banyak lagi benda yang aku tak tau. tapi aku yakin kau lagi banyak tak tau =p.

    Tak suka kiasan? so aku buat penerangan guna math mudah .
    Ada Nama < Bodoh < Tanpa Nama.

    aku kat sini bukan nak meyakinkan atau bertekak bergaduh bla bla bla. tapi dengan sedikit respect mungkin boleh kita share atau bahas dengan bernas =p.

    oh. boleh la bash aku geng2 athiest. takpe. aku pun selalunya tak lama 2,3 komentar saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sehingga kamu dapat buktikan kamu punya pernyataan,kamu memang gila.

      Padam
  4. Paling kurang pun ia akan mengajar manusia tentang kelebihan mendidihkan air sebelum minum. Namun yang pasti, penerangan tentang air mendidih di dalam al-Quran hanya untuk dituangkan atas kepala ahli neraka yang tidak berdaya.

    Okay part atas ni memang gelak guling-guling kakakakaka

    BalasPadam