Khamis, 25 Julai 2013

Kisah Kayangan


Pada suatu masa dahulu ada sebuah taman di kayangan yang dipanggil 'Syurga'. Di dalamnya penuh dengan keindahan flora fauna yang tidak bisa di bayangkan oleh akal. Baunya yang wangi mampu meluruhkan hati. Keindahan yang tiada tolok bandingan,

Kemudian Raja Kayangan mencipta sesusuk tubuh bernama 'Adam'. Dia adalah makhluk kesayangan Raja. Maka Adam pun hidup gembira tanpa duka nestapa. Setiap hari meriah bagaikan ada temasha yang berlangsung di sana.

Namun pada suatu hari, Adam merasa kesunyian. Dia melihat haiwan-haiwan di syurga semuanya punyai pasangan. Taman syurga yang kononnya terlalu cantik itu tidak lagi terasa indah. Oh rupanya manusia bisa bosan dengan syurga.

Lalu diciptakan Hawa menjadi pasangan Adam. Berdiam di dalam syurga untuk hidup bersuka-suka.

Namun Raja Kayangan bukanlah seorang yang baik seperti yang disangka. Dia mahu menghalau Adam dan Hawa dari Syurga namun Dia tidak mahu memberitahu mereka secara terang-terangan. Mungkin Dia malu atau mungkin sebenarnya dia cemburu.

Lalu Raja Kayangan mencipta sebatang Pohon Larangan dengan buah yang tampak sedap dimakan. Buah-buahnya indah tanpa duri, tanpa racun dan tanpa jelek. Kemudian dia mencipta undang-undang tidak berasas bahawa jika Adam dan Hawa memakan buah-buah dari pohon Terlarang, mereka akan dihalau dari Syurga.

Pohon ini diletakkan ditengah-tengah taman Syurga seolah-olah mahu mengumpan Adam dan Hawa. Dia membenarkan (atau membiarkan sahaja walau dia Maha Tahu) Iblis menyelinap ke dalam Syurga dan menyamar menjadi seekor ular.

Suatu hari Adam dan Hawa berjalan dihadapan pohon Larangan. Iblis yang menyamar menjadi ular tadi menegur mereka. Iblis memujuk mereka untuk makan Buah Larangan. Adam tidak termakan hasutan Iblis namun Hawa sebaliknya. Dia memetik buah tersebut lalu menjamahnya.

Hawa kemudian mengajak Adak sama-sama menjamah buah tersebut. Sebaik sahaja buah-buahan itu masuk ke dalam rongga mulut mereka, Raja Kayangan pun muncul dengan wajah yang murka (sedangkan hatinya gembira kerana plannya sudah berjaya).

"Nyah kamu berdua dari taman ini!" herdik sang Raja. Berkecai hati Adam apabila pertama kali dimarahi oleh Raja Kayangan. Raja Kayangan yang licik ini masih lagi menarik wajam masam seperti nyonya Mansor dalam filem "Ibu Mertuaku".

Maka keluarlah Adam dan Hawa dari taman Syurga. Maka berhasillah apa yang telah dirancang oleh Raja Kayangan yang tidak berperi kemanusiaan. Iblis pula menyusup keluar dari taman itu. Dia tahu jika Raja Kayangan tidak membantunya (seperti membuat peraturan yang tidak masuk akal), pasti dia tidak akan berjaya.

Sekian sahaja buat masa ini kisah fantasi yang tertulis dalam kitab lama berasal dari tanah Arab ribuan tahun dahulu. Moga menghiburkan anak-anak sekalian. Terima Kasih.

3 ulasan:

  1. bro...perkembangan sains dalam 100tahun kebelakangan ini memang banyak penemuan terkini dan menakjubkan,itu memang saya tak nafikan.
    tetapi ini tidak menghalang saya dari beriman pada allah yang maha besar dan termasuk dalam rukun iman.pengertian rukun iman itu adalah termasuk dalam hal2 ghaib dan iman itu sendiri membawa maksud "percaya" dalam bahasa melayu mudah.saya rasa anda sendiri sedia maklum rukun iman enam perkara.

    iman = percaya...so bukan semua orang percaya dengan cara yang sama. ada yang percaya apa yang terlihat samada oleh mata,kajian,sains dan hal2 ghaib,ghaibul ghaib dan sebagainya.
    manakala rukun islam 5 perkara adalah dalam bentuk pekerjaan luaran dan tidak terkait dengan hal kerohanian.rukun islam(pekerjaaan) dan rukun iman(kerohanian)bergabung maka makin hampirlah ke arah kesempurnaan.
    memandangkan anda telah murtad maka saya tidak ingin berbahas dalam hal agama lagi dengan anda.pasti tiada jawapannya apabila jasad dan nyawa berdebat dengan roh yang ghaib(hanya kiasan) tidak dipercayai oleh penganut atheis.

    persoalan saya kepada anda:

    1)kenapa anda terasa tertekan dengan allah yang kami sembah,samada allah itu adil ke atau tidak adil atau kejam dan tidak kejam sedangkan anda telah jadi atheis.kesimpulannya penganut atheis itu sendiri menganggap tuhan itu tidak wujud.

    2)adakah anda masih punya sekelumit kepercayaan kepada tuhan?saya merasakan sebegitu kerana tulisan anda di blog ini menunjukkan anda masih mempertikaikan,ketidakpuasan hati anda samada dari segi keadilan dan kekejaman tuhan sedangkan tidak timbul persoalan ini dalam benak penganut atheis.

    3)adalah menjadi hak islam melaksanakan undang2 bunuh terhadap kaum murtad.jadi ini tidak menjadi masalah pada golongan atheis pada zaman ini kerana di Malaysia tiada hukuman berlandas syariah sebenar.jadi tiada hukuman bunuh buat kaum murtadin.kenapa perlu takut?
    sedangkan golongan atheis hanya mempercayai hasil kajian sains,apakah saya boleh mengatakan bahawa kita boleh melakukan seks dengan ibu kandung kita kerana sains itu sendiri tidak menghalang dari segi biologi untuk menghasilkan anak.adakah sains juga perlu "undang2".pada saya,penganut atheis tidak perlu undang2 kerana sains itu sendiri tidak tertakluk pada manual undang2.

    4)jadi biarlah kami beriman(percaya) akan keujudan allah maha besar dan kamu jadi lah penganut atheis berlandaskan sains.
    pada saya,sains masa kini masih banyak tanda soal dan boleh dipertikaikan kesahihannya bahkan saya mengnggap sebahagian hasil kesimpulan pandngan saintis pada penghujung jawapannya lebih dongeng dari yang difikirkan secara logik akal.mungkin kita akan berbahas di lain masa jika di izinkan allah.

    saya harap kita boleh berbicara di lain masa..ini email saya crx_dzs@yahoo.com

    BalasPadam
  2. @RantingPokok, anda dah silap tafsir ni. Saya bukan tertekan atau tidak berpuas hati dgn Allah. Bagaimana saya boleh tertekan dan tidak puashati dgn sesuatu yg tak wujud? LOL.

    Alunan penulisan aku yang sebegitu untuk mengajak manusia berfikir walau sebentar LUAR dari kepompong pemikiran mereka yg lama. Andai kita hanya menerima tanpa berfikir, apa beza kita dgn tunggul kayu. ye tak? ehehe

    BalasPadam
  3. Bro, ni la kisah dongeng famous yg guru guru agama dok canang dlm pemikiran innocent budak2. Tuhan cipta buah, Tuhan kata jgn makan. Tuhan cipta free will. Tp dia jugak maha berkuasa katanya. Kenapa tak halang saja drpd makan buah tu kn? Entah zaman bila punya la cerita -nd

    BalasPadam